Mertua marah suami membazir beli susu mahal dekat anak kami. Bila aku menjawab, dia merajuk, balik pun tak nak salam. Siap ugvt, ibu tak boleh diganti..

Ayah mertua s4kit jantung, mak mertua cakap nak duduk rumah kami. Aku redha mertua duduk bilik kami sebab bilik kami da aircond. Satu kerja rumah pun mak mertua tak buat. Aku masak, aku kemas rumah. Lepas 2 bulan nampak mertua berubah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum SEMUA PEMBACA. Aku dah berumah tangga 6 tahun, selama 6 tahun pelbagai dugaan onak duri kami lalui. Alhamdulillah benarlah jika kita sayangkan rumah tangga, bersabar banyak – banyak. Tu yang ibu aku selalu pesan.

Dalam pada tu aku ada masalah dengan keluarga mertua. Aku cuba layan dan terima keluarga mertua sebaiknya dan lebih baik dari aku layan keluarga sendiri. Alhamdulillah suami pun berbuat demikian pada ibu dan ayah aku. Raya tahun ni pertama kali kami akan beraya berasingan.

Kerana setiap kali ada konflik atau salah faham, mak mertua akan suruh suami ceraikan aku. Kali pertama, masa awal – awal perkahwinan mak mertua suka soal selidik kewangan kami. Contohnya, gaji kau sebulan berapa. Gaji berapa hari bulan. Belanja dapur berapa. Bayar utiliti berapa. Belanja susu pampers anak berapa. Mak ayah aku pencen berapa sebulan.

Aku amat – amat tak suka bila mak mertua soal selidik macam tu, sampai dia pernah tegur suami aku kenapa belikan anak aku susu yang mahal, Pediasure. Ummi dulu besarkan korang 8 beradik bagi susu murah saja. Jadi saja orang, berjaya juga. Jangan diikutkan sangat isteri kau tu.

Jadi aku beritahu pada suami, dan suami cakap baik – baik dengan mak dia. Tapi mak mertua respon sangat mengecewakan. Dia marah aku dan suami sampai nak balik dia tak nak salam aku. Masa suami salam ummi dia, ummi pesan, kau kena ingat, ummi ni seorang saja dekat dunia, kau tak boleh cari ganti, isteri tu.

Dia habiskan ayat sampai di situ. Sedih sungguh hati ni, tak apa aku sabar dan bila balik aku buat macam tak ada apa – apa. Awal 2025 ayah mertua aku s4kit jantung dan minta suami untuk tinggal dengan kami. Selama 2 bulan mertua duduk dengan kami, selama 2 bulan mereka duduk di bilik tidur utama kami, bilik tu saja ada penghawa dingin.

Kami suami isteri tidur di bilik tetamu. Tak apa aku izinkan mungkin tu buat mereka lebih selesa. Setiap pagi aku akan buat sarapan dan kadang – kadang lewat ke tempat kerja. Balik kerja aku kemas bilik tidur, rumah dan masak makan malam.

Mak mertua memang tak tolong kerja rumah apa – apa sebab katanya tak larat. Tak apa aku ikhlaskan hati demi sayang pada suami. Selepas 2 bulan ayah mertua sihat dan balik ke kampung. Alhamdulillah. Sejak dari tu hubungan aku dan mertua bertambah baik, setiap hari aku akan telefon bertanya khabar.

Aku rasa bersyukur masa tu, mungkin keluarga mertua dah buka hati untuk terima aku sebagai menantu. Tapi aku sangka panas sampai ke petang. Allah uji aku lagi sekali. Salah seorang ipar aku buat fitnah, dan yang menyedihkan ummi dan abah mertua percaya.

Mereka tak mahu bercakap dengan aku bila aku telefon. Tak mahu dengar penjelasan aku. Bila suami cuba terangkan perkara sebenar, ummi berkata, kau kena ingat ye antara kau, ummi dan abah tak akan bercerai. Suami pun bertanya kembali pada ummi, sekarang ni ummi nak kami bercerai ke. Tu lah perbualan telefon yang aku dengar sebab suami beredar ke tempat lain.

Hati aku sedih, patah hati. Kenapa aku dilayan begini. Aku cuba yang terbaik untuk jadi menantu, aku ikhlas jaga mertua ketika s4kit. Aku tak mengharapkan apa – apa balasan, cuma terima aku sebagai menantu, doakan rumah tangga aku bahagia bersama anaknya, suami aku.

Jadi tahun ni aku mohon suami izinkan aku beraya di Kedah, rumah mak aku, sebab tahun ni giliran belah suami. Alhamdulillah suami memahami dan izinkan. Mungkin mertua hanya mahukan anaknya saja, bukanlah aku orang luar ni.

Aku suruh suami raya dengan maknya, kerana aku tak mahu suami jadi anak derh4ka. Tak apa lah hati aku ni biarlah masa akan mengubati. Abang, raya tahun ni pertama kali kita berempat raya berasingan. Syurga abang pada ummi, jangan jadi anak derh4ka, tak perlu terangkan pada mereka yang memang tak mahu mendengar. Hati ayang ni akan pulih, abang bahagiakan lah ummi.

Aku sedih sangat – sangat. Pada w4rga FB yang bergelar mak mertua termasuk aku suatu hari nanti, layanlah menantu lelaki atau perempuan seperti anak sendiri. Sebab menantu dah ambil alih tugas kita sebagai emak dengan jaga makan, minum, pakai, menyayangi dan terima baik buruk anak kita. Mohon semua doakan buat aku, biarlah hati mertua aku lembut dan tahu kebenarannya nanti.

Ulasan Pembaca :

Elly Orly : Pesanan mak aku kepada anak – anak selaku mertua kepada menantu – menantu dia, jangan masuk campur urusan anak menantu. Mak kalau pergi rumah anak – anak, apa mereka masak tu lah mak makan, kalau mak larat mak masak sementara anak menantu pergi kerja.

Jadi mak aku pergi rumah mana pun dia boleh duduk, sebab mak aku jenis tak banyak kira. Rumah berselerak ke, menantu tak reti masak ke, dia ok saja. Biasa kalau mak mula berjalan rumah anak menantu, seminggu tak cukup sebab berebut anak menantu panggil duduk dengan mereka.

Nasihat tu juga lah rahsia aku boleh duduk serumah dengan keluarga abang selama 11 tahun. Aku buat hal sendiri, kalau mereka bergaduh ke, makan nasi dengan garam saja ke, mulut kunci jangan gatal pergi cerita dekat sesiapa, terutama ibu bapa. Kalau rasa boleh bantu, sila bantu, kalau tak boleh bantu, pekakkan telinga tutup mata.

Aku duduk dengan abang tak bayar sewa, rumah kuarters nama kakak ipar, tak bayar sewa pula tu. Jadi aku ambil inisiatif segala bil utiliti aku bayar, sebab abang ada anak anak kecil. Aku pasang penapis air, bayar bulanan dan walaupun dah 3 tahun aku tak duduk dengan abang sebab aku dah berkahwin, aku masih bayarkan sewa bulanan penapis air rumah abang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :