Mertua p4ksa suami ambil adik ipar sebab mereka suami isteri. Bila sampai, adik ipar dengan suami dia baru balik mall ‘healing’

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami aku telefon adik dia, dengar adik dia nangis teresak – esak. Sebab risau, suami pergi dengan abang dia, 2 jam perjalanan. Sampai sana, mereka kena sidai 2 jam. Rupanya, adik ipar dan suami dia pergi makan ayam goreng, healing pergi mall

#Foto sekadar hiasan / AI. Sebagai pengenalan, aku Lily. Aku dan suami sangat baik dan rapat dengan keluarga mertua masing – masing. Maksudnya, suami rapat dengan keluarga aku, aku rapat dengan keluarga suami. Aku sangat rapat dengan mak dan pak mertua. Apa yang aku beli untuk ibu dan abah, mesti akan ada untuk mertua juga.

Aku sangat rapat dengan mertua sampaikan kalau mereka datang rumah aku seminggu dua, aku akan menangis bila mereka nak balik ke kampung semula. Sampai satu hari, pak mertua inform akan kahwin kan adik ipar, Qila dengan teman lelaki dia yang kami tahu ada rekod d4dah.

Bila tanya kenapa, katanya untuk menghalalkan hubungan, yang pada akhirnya baru aku dan suami tahu yang dia dah mengandung 6 bulan (dapat tahu selepas nikah). Selepas bernikah, Qila tinggal dengan suaminya di rumah keluarga mertua dia.

Ketika itu, selalu dia mengadu pada mak dan pak mertua dia dipukuI ketika suaminya lalok, duit dalam simpanan habis suaminya ambil untuk beli d4dah. Barang kemas yang dia pakai pun semuanya habis digadai suami. Walaupun aku sangat rapat dengan mertua, aku tahu batas aku sebagai menantu dalam keluarga.

Aku malas nak masuk campur masalah kalau tak dijemput, dan kalau ada apa – apa aku nak suarakan, aku hanya sampaikan pada suami, terpulanglah kalau suami nak sampaikan pada keluarga dia atau tidak. Bila Qila dah nak melahirkan, pada masa tu suami dia menghilang.

Mertua aku panik, tak tahu nak buat macam mana, nak sorokkan kelahiran dari keluarga besar untuk menutup malu. Masakan tidak, baru 3 bulan bernikah, dah bersalin. Mak mertua minta pendapat aku. Setelah aku dam mak mertua berbincang dengan Qila, Qila nak serahkan anaknya pada keluarga angkat.

Katanya dia tak mampu nak jaga sebab tak bekerja, suami pula hilang entah ke mana, dengan masalah ket4gihan lagi. Juga atas nasihat kenalan terdekat, aku dan suami tak offer untuk jaga anak tu, dikhuatiri suami Qila akan sentiasa menggangu dan mengugvt untuk minta duit dari kami sebab “ambil” anak dia.

Jadi anak itu kami serahkan kepada keluarga angkat (yang aku cari sebab mak mertua dan Qila minta tolong) beberapa hari selepas kelahiran. Alhamdulillah, aku dan suami mengikuti rapat perkembangan dia, keluarga angkat juga tidak menghalang kami untuk berjumpa dengan dia.

Qila tinggal dengan mertua ketika berpantang, suami dia masih missing in action. Katanya nak bercerai lepas habis pantang. Aku macam biasalah, malas nak ambil tahu masalah mereka kalau aku tak dijemput. Beberapa bulan lepas tu, Qila cakap nak merantau ke negeri lain (negeri aku dan suami menetap) jauh dari mak pak mertua dan suami dia untuk mula hidup baru. Mertua setuju, siap hantar terus depan pintu rumah sewa.

Bila mertua balik semula ke kampung, kami semua di block Qila dekat whatsapp dan semua media sosiaI. Kemudian, baru dapat tahu yang dia sebenarnya berpakat dengan suami dia nak “lari” bersama. Mak mertua sangat sedih, yang akhirnya adik beradik suami berpakat untuk biarkan saja Qila dengan pilihan hidup dia. Taknak buat mak mertua sedih lagi.

Lebih kurang setahun yang tenang tanpa masalah dan khabar dari Qila. Mak mertua sem4kin ceria. Tapi tiba – tiba selepas setahun Qila block kami, dia whatsapp adik bongsu suami untuk bagitahu dia mengandung. Katanya tak perlu bagitahu kami semua, nanti kami bagi anaknya ke orang lain lagi. Dia juga bagitahu mertua dia akan jaga dia berpantang. Kami diamkan saja perkara ni dari pengetahuan mak mertua.

Ingatkan dah berakhir di situ. Rupanya selepas dia bersalin, dia bagitahu saud4ra mara dia berpantang bersendirian, mak mertua tak nak jaga dia berpantang, suami dan abang suami halau dia dari rumah mertua (sebab tu dia lari ke negeri lain) dan kakak ipar (aku) bagi anak luar nikah dia pada orang lain.

Ya, dia mengaku dekat saud4ra mara yang dia ada anak luar nikah setelah selama ni kami sedaya upaya sorokkan. Teruk kami disindir dan dipandang sinis ketika balik kampung berhari raya. Bukan takat itu sahaja, pak mertua dihubungi adik beradik dan anak – anak saud4ranya untuk diberi nasihat, katanya sedangkan nabi pun ampunkan umat.

Di sinilah bermula masalah dalam keluarga kami. Pak mertua jenis people pleaser dan sentiasa mahu dipandang baik oleh orang luar, tanpa kisahkan apa yang kami nasihatkan. Pak mertua mula ambil tahu hal Qila. Qila dan suami mula naik kepala, seronok barangkali ada backup besar.

Qila dan suami mula mintak duit dari pak mertua dengan alasan untuk bisnes. Bila ada masalah rumah tangga, Qila dan suami mula mengadu domba dekat pak mertua. Pak mertua pula akan membantu apa sahaja masalah mereka (mostly berkaitan duit), dengan alasan siapa nak tolong anak kalau bukan dia.

Lagi satu alasan, kesian kan cucu (ketika ini aku dan suami masih belum ada anak). Bila anak – anak nasihatkan FIL, hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kata orang, seperti mencurahkan air ke daun keladi. Aku macam biasalah, hanya memerhati dari jauh. Apa – apa cuma cakap dekat suami je.

Sampailah satu peristiwa yang buat aku turn off dengan mertua. Peristiwa yang ubah aku dari menantu yang sangat rapat dan seronok bila mertua nak datang, kepada menantu yang bila suami video call pun, aku malas nak ada sebelah. Pada hari cuti umum, aku dan suami pergi melawat nenek di kampung.

Tiba – tiba pak mertua telefon, suruh balik dan ambil Qila bawa ke rumah kami (jarak rumah kami ke rumah Qila lebih kurang 1 jam 30 minit) kerana dia berg4duh suami isteri. Suami menolak, katanya tak mahu masuk campur hal suami isteri.

Tapi kemudian pak mertua marah dan tinggikan suara pada suami. Katanya suami tak ada hati perut dan mementingkan diri sendiri. Suara pak mertua sangat jelas walaupun panggiIan tu tak diletakkan dalam mode speaker. Hilang mood kami untuk melepak dengan nenek selepas makan tengah hari.

Plan untuk duduk rumah nenek sampai petang terp4ksa kami batalkan. Kami pulang ke rumah kami. Ketika dalam perjalanan, suami menghubungi pak mertua untuk berbincang, tapi panggiIan tak berjawab. Suami cuba pula menghubungi mak mertua tapi apa yang kami dengar, cumalah suara pak mertua. Ayatnya sampai sekarang mengguris hati aku, “letak telefon tu sekarang” – kerana dia tak mahu dengar suara suami aku.

Ketika ini aku mengandung 12 minggu. Mungkin aku ada emosi orang mengandung itu. Tapi kesedihan ketika kejadian ini, masih aku rasa sampai sekarang. Bila sampai di rumah, suami hubungi abang ipar untuk berbincang apa nak buat. Abang ipar juga setuju untuk tak masuk campur dalam urusan rumah tangga Qila.

Bila abang ipar hubungi pak mertua, reaksi pak mertua juga sama seperti tadi. Katanya kami semua tak ada hati perut. Nak biarkan saja adik tu dalam masalah dan kesedihan, dan nak biar saja adik tu bvnvh anak dia baru kami nak bertindak (Qila kata dekat pak mertua dia terlalu tertekan berga4duh dengan suami dan nak bvnvh anak).

Pak mertua kata dia nak datang ambil Qila dari kampung – perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam, nak bertolak pukuI 10.30pm. Suami dan abang ipar risau mak dan pak mertua nak datang dari jauh, lebih risau kak ipar yang kena memandu tengah – tengah malam.

Akhirnya suami dan abang ipar setuju untuk ambil Qila dan bawa ke rumah aku. Sebelum bertolak, mereka menghubungi Qila. Qila menjawab panggiIan dengam suara tersedu – sedu, menangis teresak – esak sehingga tak faham butir bicaranya.

Suami dan abang ipar jadi risau dan terus bergegas. Aku tunggu saja di rumah. Ketika itu aku di awal kehamilan, suami risau aku penat dan taknak aku str3ss dengan masalah berpunca dari Qila. Bila suami dan abang ipar sampai di rumah Qila, Qila dan suami tiada di rumah. Katanya ke mall untuk healing.

Membaralah kemarahan mereka berdua. Menangis macam dah kena d3ra teruk sangat, sampai ugvt nak bvnvh anak. Tapi boleh pula cakap pergi mall untuk healing, bukan dia tak tahu suami dan abang ipar dalam perjalanan nak ambil dia.

Hampir dua jam juga suami dan abang ipar kena “sidai”, yang akhirnya baru dijemput naik ke rumah. Ketika itu, Qila dan suami dia baru habis makan ayam goreng dari restoran makanan segera. Tak nampaklah macam tengah berg4duh dan tertekan sampai nak bvnvh anak tadi tu. Mata pun tak bengkak dan sembap seperti baru lepas menangis teresak – esak.

Suami abang ipar sampai ke rumah semula lebih kurang 2 pagi. Aku ada menjengah ke bawah, kemudian masuk bilik semula. Malas untuk beramah mesra. Aku cuma keluar bilik bila pak mertua, mak mertua dan kak ipar sampai. Mak mertua kata kak ipar terlelap ketika memandu sehingga kereta naik ke divider. Aku cuma suruh mereka tidur dahulu dan berbincang saja esok pagi.

Esoknya selepas subuh, suami dan keluarganya berbincang dengan Qila. Jawapan yang dapat dari Qila hanya meny4kitkan hati aku. Katanya suruh suami dan abang ipar hantar dia semula ke rumah dia dan suami dia. Aku mula panas hati dan hilang sabar. Sudahlah suami aku kena marah dengan pak mertua kerana dia, kak ipar aku terp4ksa memandu tengah – tengah malam sehingga terlelap dan naik divider,

Suami aku dan abang ipar perlu memandu hampir 2 jam untuk ambil dia dan lagi 2 jam untuk pulang semula ke rumah, belum lagi kira kena “sidai” 2 jam sebab dia pergi “healing”. Belum sampai 10 jam dia dekat rumah aku, dia boleh cakap suruh hantar dia balik?!

Aku yang selama ini diam dan tak masuk campur masalah keluarga suami aku memang hilang sabar. Aku tinggikan suara aku depan mak dan pak mertua. Habis semua aku hamburkan. Nasib baik aku masih mampu mengeluarkan ayat – ayat yang baik walaupun dalam nada yang tinggi.

Awal bicara aku sempat minta maaf kat mak dan pak mertua aku sebab aku akan marah anak mereka. Aku sangat marah. Aku point out:

– isu dia berg4duh suami isteri pun nak kena report dekat pak mertua.

– isu dia berg4duh sampai suami dan abang ipar turut berg4duh dengan pak mertua.

– isu kak ipar memandu sampai terlelap.

– isu suami dia baran dan men4gih.

– isu dia mengadu domba dekat saud4ra mara sampai menjatuhkan maruah suami  abang ipar.

– isu katanya aku yang bagi anak luar nikah dia dekat keluarga angkat.

– isu dia memburukkan kami dengan mengada – adakan cerita sampai saud4ra mara pandang sinis dekat kami.

– isu dia ugvt nak bvnvh anak yang akhirnya dia cakap dia hanya bergurau nak bvnvh.

Habis semua aku hamburkan. Aku berusaha menjaga maruah suami, menjaga nama baik suami dan keluarga. Macam tu je dia buat untuk burukkan kami. Kemudian, aku dan suami tinggalkan rumah untuk pergi ke pejabat suami. Aku jarang ikut suami ke pejabat. Tapi hari itu aku rasa geram, rasa marah. Tak rasa nak duduk rumah untuk tengok Qila. Takut aku hilang akal dan tempeleng muka dia tu.

Ketika di pejabat suami, aku mendapat perkhabaran yang membuatkan hubungan aku dengan mak dan pak mertua renggang sehingga sekarang. Kak ipar whatsapp aku, katanya pak mertua nak bawa Qila bercuti ke tepi pantai dan terus pulang ke kampung.

Kak ipar whatsapp untuk beritahu mereka sudah dalam perjalanan dan kunci ditinggalkan di tempat biasa. Katanya, Qila sangat str3ss dan berasa sangat tak gembira berada di rumah aku. Qila tertekan kena marah dengan aku dan katanya aku menambahkan str3ss dia, str3ss yang accumulate dari dia berg4duh dengan suami. Jadi pak mertua bawa dia bercuti untuk tenangkan jiwa dia.

Aku sangat terasa dengan peristiwa itu. Aku tahu aku hanya menantu dan orang luar. Tapi pak mertua aku tak tahu ke, aku sangat hilang sabar sebab aku risaukan keselamatan mereka ketika kak ipar memandu tengah malam sehingga terlelap.

Aku sangat hilang sabar kerana sikap Qila la berdrama itu sehingga suami aku dan abang ipar berg4duh dengan pak mertua. Aku sangat hilang sabar kerana dia dah memburukkan nama baik keluarga pada saud4ra mara sehingga kami di pandang sinis.

Dan yang paling aku hilang sabar, kesihatan mak mertua merosot teruk sejak tahu dia mengandung luar nikah! Walaupun dah setahun dua perkara ni berlaku, tapi aku masih terasa hati dan memilih untuk menjauh dari keluarga suami aku. Aku lebih memilih untuk ada, tapi macam tiada.

Sebab akhirnya aku tahu, aku hanya menantu dan orang luar. Walaupun niat aku untuk “backup” mak dan pak mertua, akhirnya pak mertua tetap menangkan anaknya. Cerita lama ni aku buka semula, sebab semalam ibu dan abah aku datang bermalam di rumah.

Suami aku macam biasalah, sangat rapat dengan ibu dan abah. Dia lebih banyak memasak dan melayan ibu dan abah. Aku dulu begini juga bila mak dan pak mertua datang. Tapi sekarang tak lagi. Aku tak excited macam dulu. Aku yang oversensitive ke? – Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.