Mertua tahu kami nak ke Bandung, dia minta suami sponsor 30k nak renovate rumah untuk Raya. Bila suami tak bagi, mertua datang meng4mok

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mertua cemburu, dapat tahu kami nak pergi jalan luar negara, dia suruh suami aku sponsor pergi umrah. Kak ipar pulak kaki cucuk. Dia bagitahu mak mertua berapa simpanan suami aku. Terus mak mertua mintak lagi 30k buat renovate rumah.

#Foto sekadar hiasan / AI. Dah lama aku nak cerita. Mula – mula rasa macam benda kecil saja. Lama – lama aku memang tak boleh nak simpan seorang. Aku memang tak pernah cerita dekat famili aku pasal problem hidup aku. Tak mahu mereka susah hati.

Lagipun, biasa problem itu pasti datang dari sebeIah famili mertua aku. Mereka tu tak habis – habis menyusahkan aku. Jadi, aku sekarang sedang pening kerana pada masa yang sama, aku dapat pilihan yang boleh selesaikan masalah aku ini. Tapi, aku kena betul – betul buat keputusan besar lah. Meh aku cerita satu – satu…

Bulan Julai lepas, mak mertua aku ada minta duit dari suami aku. Pada aku banyak juga lah. Dalam 30 ribu. Alasan dia, nak ubah suai rumah mak dia dekat kampung. Dia cuma minta dekat suami aku seorang. Suami aku tak mahu lah. Kalau kongsi ramai – ramai dia tak kisah.

Biras aku cakap, dia dengar kakak ipar aku bagitahu mak mertua aku jumlah simpanan suami aku dalam akaun. Kakak ipar aku ini juruwang dekat bank saja. Tapi, macam mana entah dia boleh kesan duit suami aku. Padahal buku dekat suami aku. Aku syak dia gunakan nombor kad pengenalan…

Kebetulan sebelum itu, suami aku ada lah ubah suai rumah itu sikit. Sikit saja. Nak bagi selamat. Aku dah cakap, nanti famili awak bising. Dia degil, dia cakap tak apa. Katalah gunakan duit awak. Tapi, kakak ipar aku tahu yang suami aku ada keluarkan duit untuk jumlah tertentu.

Itu dia dok cucuk mak mertua aku. Dan mak mertua aku pun, selamba sound suami aku. Jangan habiskan duit dekat isteri saja. Patutnya mak nombor satu. Aku betul – betul kecil hati. Dua minggu lepas, tiba – tiba suami aku setuju. Aku marah juga lah.

Bukan aku nak berkira, tapi aku sendiri selalu bertolak ansur dengan dia, jadi dia tak habiskan duit dia. Tetapi sesenang nak beri dekat mak dia. Aku dulu – dulu memang tak kisah. Tapi, semenjak dua menjak ini menjadi – jadi mak dia menyibuk dalam urusan famili aku. Dan aku banyak kali beralah.

Paling aku marah, mak dia datang meng4muk bila dengar kami patutnya pergi bercuti dekat Gold Coast. Bising orang tua itu. Jadi, dia minta pergi umrah. Aku okay saja. Suami aku dah bayar semua. Tetapi, dia masih bising lagi pasal percutian tu.

Sebab baru saja tahun lepas kami pergi Jepun dan Dubai. Hello. Itu tajaan abang aku. Okay baik, aku tak mahu bising. Aku cadangkan dekat suami aku, kita pergi Bandung dan Jakarta saja lah. Aku ingat mak mertua akan diam. Tengok – tengok, dia bising lagi dan tak putus – putus nak minta 30 ribu dari suami aku.

Entah kenapa, tiba – tiba suami aku cakap, beri saja lah duit itu dekat mak dia. Lagipun, sementara mak dia hidup lagi. Aku cakap, cukuplah awak beri. Itu rumah atuk awak, bukan rumah mak awak. Padahal, sebelum adik dia kahwin, suami aku dah ubah suai rumah mak dia dalam 40 ribu tau. Itu memang aku tak kisah lah.

Yang aku marah itu, biras aku dengar semua rancangan kakak ipar dan mak mertua aku. Mereka memang nak gunakan suami aku dan aku untuk sokong projek kakak ipar aku dekat kampung yang hampir dah nak lingkup itu. Korang rasa logik ke?

Lelaki pendatang mana entah pekerja ladang kakak ipar aku itu yang duduk dekat rumah kampung itu. Rumah itu memang dah nak reput, tapi kakak ipar aku yang cerdik pandai ini nak gunakan duit suami aku untuk tampung bahagian dia.

Aku dah cakap macam – macam dekat suami aku supaya dia sedar. Dah lama tak berg4duh dengan dia. Tiba – tiba dia marah aku. Ada lah kata – kata dia yang buat aku terus diam dan makan hati. Dan sekarang ini aku memang taw4r hati giIa dekat dia.

Tak pernah dia cakap macam itu dekat aku. Bila tengok aku diam saja, baru dia nak sedar dan janji tak beri dekat mak dia 30 ribu itu. Tapi, hati aku serius dah taw4r giIa dekat dia. Walaupun dia beri kad bank dia dekat aku, tapi aku tetap macam tunggul saja. Tak rasa apa – apa dah.

Aku bukan marah dekat dia, tapi entah. Kecil hati giIa… Jadi, sabtu lepas dia telefon mak dia. Kata tak jadi nak beri 30 ribu itu. Meng4muk orang tua itu. Aku dengar mertua tuduh aku macam – macam. Lagi lah aku terasa. Petang itu, biras aku mesej.

Dia cakap, dia dalam perjalanan bawa mak mertua aku datang rumah aku. Aku cepat – cepat cakap nak keluar dekat suami aku. Aku tak bawa anak – anak. Dah senja baru balik rumah. PanggiIan tak berjawab dari suami aku jangan cerita lah.

Sampai dekat rumah, suami aku cakap, banyak kali mak dia telefon aku. Nasib baik aku tak jawab. Anak aku cakap, atuk marah mummy. Dia cakap mummy hasut abah jadi kedekut. Mummy jadi begini sebab ada teman lelaki baru. S4kitnya hati aku.

Kalau anak aku terima bulat – bulat dan cerita dekat mak aku, mahu kena aku. Suami aku diam saja lah… Aku sebenarnya dah fed up sangat – sangat dengan hidup aku sekarang ini. Bukan dengan anak – anak atau suami aku, tetapi mak mertua dan kakak ipar aku itu.

Dan aku tak boleh lupakan apa suami aku pernah cakap dekat aku, walaupun dia cakap, masa itu dia main cakap saja. Sebab dia marah aku tak sokong dia beri duit itu. Kononnya, masa itu dia tak rasional. Secara tak langsung, semua itu buat aku macam nak pergi saja.

Aku tak mahu ada hubungan dah rasanya dengan mertua aku itu. Nak pulihkan balik hubungan kami suami isteri, aku dah malas fikir. Aku memang dah jadi kayu. Kadang – kadang kesian juga dekat suami aku. Macam – macam dia buat nak ambil hati aku balik. Tapi, entah lah. Sebab aku rasa kalau dia tak fikir macam itu, takkan dia nak cakap kan. Minggu ni kami nak pergi Bandung kononnya persiapan raya. Tapi, aku serius tak ada mood…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.