Mertua telalu sayang anak aku, cucu sulung. Tengah malam dia p4ksa kami balik kampung. Dia pancing anak aku dengan mainan

Mertua akan call pagi, tengahari dan malam nak tengok cucu dia. Setiap hari dia suruh kami datang bawak cucu. Saya tak tahulah, mertua saya ni dia tak reti penat ke, rehat – rehatkan diri? Mulut kata penat tapi gayanya macam tidak, entahlah.

#Foto sekadar hiasna/ Tajuk macam orang putus cinta lak. Tak tak. Ni pasal menantu, mentua dan cucu. Sebagai pengenalan, saya ibu kepada dua anak. Saya anak sulung daripada tiga beradik, semua dah bekerja. Suami anak sulung daripada 6 beradik, suami dengan adik je yang bekerja yang lain di uni, dan paling kecik sekolah rendah.

Memandangkan kami berdua anak sulung, makanya cucu yang lahir juga adalah cucu sulung, untuk keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya memang merantau, dari tingkatan satu sekolah asrama, pastu sambung belajar dan kerja di KL.

Bertemu jodoh pun dengan orang sekitar KL/Selangor, keluarga dia pon rumah di KL/Selangor tapi mereka asal dari Utara. Anak sulung saya sekarang 5 tahun dan yang kedua 4 tahun. Masa dapat anak sulung, saya dan suami bekerja di tengah – tengah KL, tapi kami ambil keputusan berpindah dekat dengan rumah mertua sebab suami risau nak letak anak di pusat jagaan takut kes d3ra ke apa.

Jarak rumah kami dengan mertua 5 minit je, selang satu jalan gitu dalam satu kawasan taman yang sama. Jarak ke tempat kerja kalau tak jem sekitar 40 minit, kalau jem time peak hour, 2 jam tu standard lah. Suami bisnes sendiri, jumpa client sana sini dan waktu kerja tak tentu.

Biasanya siang dia ada kat rumah, tapi petang ke malam dia busy. Tapi ada masa pagi je dia busy, petang ke malam free, tengoklah projek dia. Sepanjang saya bekerja, memang mertua jaga anak sulung saya. Penat sangat berulang hari – hari 2 jam pergi balik, sampai rumah anak da tertidur, dapat main belek – belek anak sulung sekejap je. Lepas tu pepagi buta esoknya da kena bangun hantar anak semula ke mertua.

Kadang – kadang sedih anak sulung taknak kat kita, nak kat mertua. Pastu, mertua pulak kalau anak nangis dia akan ambil anak, dia kata dia jaga dia lagi tahu. Sobs. Tu belum lagi masa kita sampai rumah balik kerja tahu – tahu anak dia bawak jalan pergi rumah sed4ra lain tak bagitahu or tanya pun kita.

Dia bagitahu suami je. Tu pun suami beritahu kita masa diorang semua da gerak bawak anak. Melanguk la kita sampai pukuI 10.30pm dengan berair mata. Suami lak kata, bukan pegi mana pun nanti baliklah, jangan tunjuk muka nangis kat famili dia nanti masa amek anak. Lagi sedih kat situ.

Kadang  – kadang mertua nak keluar jalan masa weekend, dia datang rumah kami nak ambil anak. Padahal itulah masa saya dengan anak. Huuuu. Tapi saya tak bagiIah cakap elok – elok nanti Isnin saya hantar kat Ibu ya. Setiap Isnin, mertua akan kata anak saya paling susah jaga, asyik nangis je sebab weekend duduk dengan saya.

Hari Selasa baru ok sikit dan seterusnya bertambah ok. Saya dapat anak kedua masa anak sulung saya setahun lebih dan saya ambil keputusan berhenti kerja. Tak sanggup rasa nak tinggal anak dengan mertua lagi. Saya nak sangat jaga anak sendiri.

Masa saya dah berhenti kerja pun, bila jaga anak sendiri, mertua akan call pagi, tengahari dan malam nak tengok cucu dia. Jadinya, setiap hari memang akan jadi rutin ke rumah mertua terutamanya dari petang sampai malam. Sebab mertua dia akan suruh datang kata dah masak macam – macam.

Saya walaupun berhenti kerja, alhamdulillah ada bisnes online sendiri bolehlah buat duit tepi sikit – sikit. Fast forward, adik suami pun dah kahwin diorang laki bini duduk dengan mertua, anak adik, mertua yang jaga. Lapang sikit saya, tak perlu layan kerenah mertua bab anak ni.

Tapi tak bermakna ia berhenti di situ ya tuan – puan semua. Tang kena datang rumah setiap hari tu memang kena. Kalau sehari tak datang ok lagi, hari kedua tak datang dia mesti akan call punya suruh datang walaupun kadang – kadang da lewat pukuI 10 ke atas.

Dia kata tak apa, anak kan pergi playschool masuk tengahari. Anak – anak saya sekarang bijak lagi pandai. Rutin ke rumah mertua tu memang diteruskan. Balik lewat malam tu dah biasa. Tapi sebab rumah kami sangat dekat, kami memang tak tidur bermalam di rumah mertua.

Lagipun kurang selesa bilik – bilik semua adik – adik suami ada. Kalau adik – adik kat uni ke, kami still lagi suka balik rumah sendiri. Tapi itulah, berbalik kepada tajuk, mertua sekarang dia selalu cakap kat anak sulung saya yang 5 tahun supaya tidur dengan dia. Suruh anak tanya saya, walaupun mertua ada je depan saya masa tu.

Saya ada cakap kat mertua, si kakak ni malam – malam nangis nak k3ncing nak susu, nak urut apa semua. Lagi pula, kalau si kakak tak ada, si adik pulak nanti menangis cari kakak dia. Berulang kali sangat mertua saya buat macam ni, sampai saya tengok anak saya tu macam serba salah gitu nak jawab. Mendesak cara halus gitu.

Saya cakap elok – elok kat mertua, suami pun ada backup. Tapi tulah mertua memang buat tak faham je. Anak saya pulak, dia nak tidur dengan mertua, tapi nak saya ada sekali. Sekarang ni pulak, rasanya dia cakap kat anak saya rumah dekat je so nanti nak saya mertua boleh je hantar.

Anak dah besar da pandai, faham orang cakap, jadi dia pun da cakap macam ni kat saya. Saya sebenarnya tak bersedia nak lepaskan anak saya. Saya masih nak peIuk dua – dua anak saya malam – malam ada depan mata. Saya rela penat bangun terjaga malam anak ngigau, nak susu, nak k3ncing apa semua asalkan diorang depan mata saya.

Saya kalau boleh tak nak susahkan mertua, umur dia pun dah lebih separuh abad. Siang jaga anak adik, pepagi nak bangun hantar anak sekolah rendah lagi. Kalau cuti sekolah pun, mertua masih  jaga anak adik. Saya memang kena lepaskan anak saya ke? Biar je dengan mertua terus?

Saya terasa hati dengan mertua saya buat macam ni, rasa taknak jejak kaki rumah sana. Pada masa sama, anak saya pun buat saya rasa serba salah. Saya dari Pantai Timur dan ambil masa 4 jam perjalanan dari KL. Saya cuma dapat balik jenguk parents sebulan sekali ataupun dua bulan sekali especially long weekend atau cuti sekolah. Kalau balik rumah parents saya, memang kami ada bilik sendiri.

Anak saya pulak lagi suka nak tidur ruang tamu, tapi parents saya tak pernah pulak buat macam mertua saya, nak anak masuk bilik tidur sekali. Walaupun tak selalu jumpa, parents saya chill je. Ada sampai nak video call tengok cucu pon diorang risau, sebab taknak anak – anak nangis nak balik Pantai Timur pulak.

Kalau mertua saya, kalau tak datang rumah, dia akan call kata ada beli mainan itu ini, buat anak nangis, so kami memang akan terp4ksa pergi jugak walau dah lewat malam atau hujan lebat. Maaf ya kalau penceritaan saya kurang baik atau memeningkan.

Tapi, saya mohon pendapat dan nasihat semua untuk menenangkan hati saya. Lagi – lagi mak – mak, menantu – menantu dan mertua – mertua sekalian. Saya ada terbaca artikel ni dan saya rasa tepat sangat tapi saya tak boleh nak buat apa, kang send kat mertua kang kecik hati beliau, keruh segalanya dan semestinya sayalah yang buruk tu.

Saya harap sangat suami dapat kerja jauh sikit, kami boleh pindah dan saya boleh atur anak saya lebih baik, selain menjaga silaturrahim keluarga dan mental sendiri. Lagi – lagi lepas ni anak masuk tadika pepagi. Rutin balik lambat dari rumah mertua bagi saya tak patut diteruskan dan saya kalau boleh nak anak ada rutin yang baik setiap hari.

Atau pilihan lain, saya pergi je kerja, so tengahari mertua ambillah anak saya balik sekolah, petang habis kerja saya ambil balik umah so bab rutin malam dan tidur terjaga sikit. Rasanya pilihan kedua macam ok, mertua win, saya pun win.

Tapi suami lak macam tak setuju nak susahkan ibu ayah dia bab ni dengan mertua jaga anak adik lagi dan adik bongsu yang sekolah rendah. Saya tak tahulah, mertua saya ni dia tak reti penat ke, rehat – rehatkan diri? Mulut kata penat tapi gayanya macam tidak, entahlah. Sekian luahan hati saya yang dalam dilema dan sedang berusaha menjaga hati perasaan sendiri. – Viva (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fairuez Ramli : Entah la kak. Kadang – kadang nak cakap pun tak berada di situasi akak. Tapi bagi saya, bincang elok – elok dengan suami situasi akak, apa yang akak rasa, apa yang akak nak. Explain kat suami, tolong pesan sama dengan mak dia. Sebab tu mak dia.

Kalau mak kita, boleh la kita yang cakap. Suruh suami main peranan. Tapi kalau still benda yang sama terjadi juga. Akak berlapang d4da je la, asalkan kita tahu anak kita at least ada dengan orang – yang yang kita tahu dan percaya. Asalkan anak kita ok dan bahagia, alhamdulillah.

Mungkin mertua pun sunyi dan memang suka jaga cucu – cucu dia. Kalau dia treat anak akak sama dengan anak adik ipar akak, takde masalah la bagi saya. Tapi apa – apa pun semoga yang baik baik untuk akak.

Nurakma Qurratu’aini Khairul Azam : The best way sis, pindah duduk jauh sikit. ‘ik4t’ hati anak – anak supaya ikut acuan sis sendiri. Bila hati anak – anak dah terik4t dengan kita, dia nak rapat dengan mana – mana nenek pun, dia tetap akan bertegas nak ke kite ni, maknya. Takdelah dia nak serba salah macam sis tulis tu. Nenek ni, kalau cucunya dah bertegas, lama – lama dia sendiri diam dan ikutkan cucu je.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.