Suami malas bangun bancuh susu, dia p4ksa aku bagi susu basi dekat anak. Dia merungut membazir selalu kena beli susu

Suami p4ksa aku suruh habiskan je susu yang basi tu dulu. Dia marah sebab sebenarnya dia malas nak bangun bancuh susu baby. Aku str3ss baling botol susu tu kat tilam, sekali suami ambil baling botol dekat dinding. Dengan anak tak henti nangis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Mohon hide profile aku ye. Aku hanya nak minta kata – kata semangat daripada yang lain.. Aku takde tempat nak meluahkan apa yang aku rasa. Biasalah hal rumahtangga ni kan aib.

Aku nak tanya, ada tak suami dia sama macam per4ngai suami aku? Anak kami baru 2 bulan yang banyak jaga baby aku seorang je. Suami culas sangat nak tolong walaupun dia ada kat rumah masa tak kerja. Kalau baby nangis tetap panggil aku bagitau yang baby tengah nangis padahal dia boleh je handle.

Bayangkan tengah mandi pun akan dipanggilnya aku, yang baby tengah nangis. Aku terkesan sangat, buat anak sama – sama tapi yang jaganya, bersengkang mata aku sorang. Semuanya aku dari beli barang – barang baby, baju, mandi, bagi susu semua aku.

Kalau macam tu baik aku tak perlu ada suami kalau semua aku boleh buat sendiri. Lagi – lagi kalau baby menangis tengah malam, aku ni dah letih sangat nak pujuk baby tak larat dah. Bila minta tolong, dia akan banyak merungut sebab alasan dia kerja awal pagi nak kena bangun lagi.

Apa – apa yang aku minta tolong semua alasan esok kerja, kena bangun awal. Habis aku ni mentang – mentang surirumah sepenuhnya semua kerja aku buat, aku takde rasa penat ke, tak tau apa tu PENAT ? Aku doa banyak – banyak minta Allah kuatkan Aku, bagi kesabaran yang banyak.

Semalam baby aku baru cucuk 2 bulan, mood baby tak bagus sangat, bangun tidur je nangis daripada balik kIinik sampai 5 pagi bangun tidur je nangis. Biasa baby tak macam tu tapi aku tau mesti dia tak selesa lepas kene suntik tu.

PukuI 5 pagi tu baby nangis suami aku pun bangun, aku pujuk baby bagi susu tak nak. Suami bangun pergi tandas ingatkan lepas dari tandas tu adalah nak cuba pujuk baby ni tapi takde. Elok je dia sambung tidur dengan berselimut.

Aku dah lah penat sangat jaga baby seharian dengan anak moody nangis, dia langsung tak nak tolong. Aku suruh dia tolong bancuhkan susu botol sebab baby tolak susu badan, nangis – nangis tak nak. Tapi boleh plak suami aku nampak botol susu tu ada susu baki susu yang aku bancuh pukuI 1 pagi.

Dah banyak kali aku bagitau susu baby boleh minum dalam sejam bancuh je tapi dia p4ksa aku suruh habiskan je susu tu dulu. Aku tegaskan juga tak boleh susu tu dah lama bancuh mesti dah basi. Dia marah – marah, kata semua pun tak boleh membazir, beli susu je katanya.

Dia marah sebab sebenarnya dia malas nak bangun bancuh susu baby. Akhirnya dia bangun bancuh tapi tak basuh pun botol tu buang sisa susu je lepas tu bagi aku susu tak suam, dia bancuh guna air biasa je. Baby aku  tolak susu tu sebab sejuk.

Aku marah laa dia mana boleh bagi  anak susu sejuk macam ni, dia tengking aku  kata semua tak boleh. Dengan anak nangis lagi, bagi susu pun tak nak Aku dah penat tau, aku baling tak jauh pun susu tu, atas tilam tak kena suami pun susu tu sebab aku dah str3ss dengan anak tak boleh pujuk suami pula bagi anak susu macam tu.

Dia terus baling botol susu tu kat dinding. Aku bukan niat nak kurang ajar tapi aku burnout, anak pun tak stop nangis. Lepas dia baling susu macam tu aku masuk bilik bawak anak. Aku menangis terkilan sangat – sangat.

Dah laa semuanya aku yang buat, nak minta tolong buat susu anak pun tak boleh. Nanti kalau anak s4kit macam mana ? Mesti aku yang susah sorang – sorang, tentu aku juga yang disalahkan sebab aku yang jaga anak.

Aku terkilan sangat dia marah aku. Anak berdua tapi aku  yang banyak k0rban tenaga masa. Aku dah takde sesiapa, terperuk pula tu kat rumah je. Suami bukan jenis pandai ambil hati. Aku dah lama pendam. Aku tak minta apa – apa pun cuma nak dia faham aku, ada rasa belas kasihan dengan aku pun dah cukup.

Aku sedih sangat, dia banyak buat aku terasa hati, s4kit hati semua. Sampai satu tahap aku fikir kalau berpisah pun tak kesah sebab semua pun aku buat sendiri, Aku dah cukup faham dia penat bekerja untuk sara aku dan anak tapi aku ni siapa nak faham.

Pagi tadi pun sebelum pergi kerja dia marah – marah aku sebab dia nak pakai deadorant dalam bilik ni. Aku dah letak kat luar atas meja sebelum aku kunci bilik sebab aku dan anak mudah terk3jut kalau orang buka pintu sebab tu aku kunci.

Dia dengan kasar suruh buka pintu, aku pun terbangun s4kit sangat d4da ni terk3jut. Dia marah aku kenapa nak kunci, dia kata aku buat hal. Aku diam je. Dia pergi kerja aku tutup pintu bilik semula. Aku dah banyak bersabar.

Ni daripada pagi pergi kerja sampai sekarang dah nak pukuI 10 malam tak balik rumah lagi. Dia langsung takde rasa belas kasihan ke dengan aku yang jaga anak dia ni sorang – sorang. Mungkin dia ingat jaga anak ni senang kot. Allahu kalau la boleh diundurkan masa aku tak nak kahwin. Aku tak nak kenal dia pun. Aku nak nasihat dekat adik – adik kat luar sana, tak payah kahwin.

Komen Warganet :

Maisalwa Isa : Saya belum ada anak dan teringin sangat nak ada anak. Sis be strong ye. Inilah peng0rbanan seorang ibu. Sis kuat insyaAllah sis mampu hadapi ujian yang sedikit ni. Bapak dia taknak participate dalam menjaga anak, dia yang rugi.

Anak akan lebih perIukan sis dari bapak dia. Sis kena jadi lebih positive dan jadikan anak itu penguat untuk sis. Bila tengok orang keliling semua akan cakap rindu moment anak masa baby sebab rasa lebih diperIukan dari dia dah pandai berdikari.

Enjoy this moment with your lil one. Cakap ke husband yang masa dengan anak kecik – kecik ni kejap je. Nak susah jaga tengah malam pun dalam beberapa bulan je. Ambik peluang untuk sama – sama cipta kenangan bersama supaya tua nanti ada cerita nak dikenang bersama.

Zy Kim : Ustaz Wadi cakap dunia ni tempat ujian. Kita dihantar ke sini untuk diuji. Semua orang tak terkecuali sorang pun dan jangan fikir atau bayangkan bila kahwin saja bahagia ceria seronok macam drama dalam tv tu akan mengelilingi kita.

5 tahun dalam perkahwinan belum tentu kita akan dapat sesuaikan diri. Malah 10 tahun pun kadang – kadang kita masih tercari – cari untuk mengenal pasangan kita. Waktu ni lah kalau kita mengaku kita beragama islam. Kita menyembah Allah kita kena betul – betul berg4ntung pada iman dalam d4da.

Kekuatan jiwa kita menghayati takdir Allah dan apa yang dah Allah atur untuk kita. Kalau adik nak tau itu lah sebenarnya sep4k ter4jang dalam alam perkahwinan ini. Tentu terfikir balik hidup sebelum kahwin lagi menyenangkan. Saya pernah dengar seorang lelaki sendiri berkata lelaki sekaranng tiada kualiti. Memang ada benarnya kata – kata tu. sebab terlalu banyak cerita sedih tentang seorang isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.