Aku balik kampung, terk3jut tengok keadaan adik tak terurus. Pergi sekolah baju tak bergosok, kasut sekolah tak berbasuh

Bila aku balik kampung, adik aku tak terurus. Aku bincang dengan ibu tiri nak ambik adik aku, tinggal sekali. Dia meng4muk, marah kata, itu hak dia. Ibu tiri aku ni masa remaja dia pun tak habis belajar..

#Foto sekadar hiasan. Salam dan selamat sejahtera semua. Seperti yang kalian lihat tajuk di atas, aku nak bercerita, berkongsi dan minta pendapat dari kalian. Harap kalian sudi bantu, setidak – tidaknya doakanlah yang terbaik buat keluarga aku terutamanya adik aku.

Aku mempunyai seorang adik perempuan di sekolah rendah, aku gelarkan dia Adik. Adik aku ini merupakan hasil perkahwinan arw4h ayah dengan ibu tiri aku yang memegang status BWN (bukan w4rganegara). Ayah aku telah meninggaI dunia dan ibu tiri aku ni tinggal berdekatan sahaja dengan kawasan perumahan kami.

Masalah muncul apabila ibu tiri aku ni sekarang tengah dalam proses mencari penjamin untuk dia tetap tinggal di sini. Mesti kalian terfikir, kenapa aku serta adik beradik aku yang lain tak sudi untuk jadi penjamin ibu tiri kami?

Jawapannya adalah masalah ibu tiri aku ni yang tak boleh nak uruskan berkenaan visa anak lelaki dia (anak dia dengan suami lama). Kiranya arw4h ayah aku ni berkahwin dengan seorang janda yang ada anak lelaki dan statusnya BWN.

Ayah aku sekolahkan anak lelaki tiri ni sama macam kami. Tapi biasalah, masalah keluarga memang akan ada sehinggakan budak lelaki ni malas bersekolah dan buat hal sendiri bila ayah aku meninggaI. Dia bekerja tanpa ada permit yang sah sampailah sekarang.

Kami dah pujuk dan pernah hantar dia balik ke negara asal untuk selesaikan berkenaan visa tapi dia balik semula ke sini. Keluarga ibu tiri aku kat sana pun bermasalah juga taknak bantu selesaikan. Aku dan adik beradik aku dah cuba nasihat tapi dia buat tak endah.

Setelah ayah aku meninggaI, ibu tiri aku ni minta bantuan kawan dia jadi penjamin. Selesai bab penjamin masa tu. Kemudian kawan dia tarik diri dari jadi penjamin dan kakak aku sanggup jadi penjamin dia. Cumanya kakak aku ni bagi tempoh kepada ibu tiri aku untuk selesaikan berkenaan visa / permit anak lelaki dia tu tapi tak berhasil.

Anak lelaki dia degil dan sanggup keluar dari rumah yang mereka tinggal. Kakak aku tak sanggup ambil risiko memandangkan dia penjamin kepada ibu tiri aku, kiranya kalau anak lelaki dia buat hal mestilah melibatkan kakak aku jugak dah dua beranak ni statusnya BWN.

Aku tanya pada kakak aku, apa yang jadi kalau ibu tiri aku tak dapat cari penjamin selepas kakak aku tarik diri? Katanya ibu tiri aku kena balik ke negara asal dia. Bendalah ni yang buat aku serabut sekiranya dia nak bawak adik perempuan aku balik sekali.

Aku bukannya nak pisahkan seorang ibu dan anak tapi aku terfikirkan masa depan adik aku. Aku bukan nak buat kerja Tuhan tapi aku cuma risau macam mana pendidikan adik aku kat sana nanti. Ibu tiri aku tu, dah berbelas tahun tak pernah balik negara asal dia.

Pendidikan kat sana semestinya dah berbeza dengan kat Malaysia. Keluarga dia kat sana pun bukannya senang sangat, ya keluarga aku pun bukanlah senang mana tapi kami adik beradik dah bekerja, Alhamdulillah. Aku pernah bincang dengan ibu tiri aku tu berkenaan aku nak ambil Adik duduk menetap dengan aku. Sebulan sekali kami baliklah jenguk dia.

Dia kata okay, sekarang ni dia dah tak jawab call atau baIas wasap aku. Mungkin sebab kami ada berbalah beberapa hari lepas, beria dia kata itu anak dia, hak dia. Aku tak nafikan hak dia sebagai ibu tapi aku nak fokuskan pendidikan adik aku sampai dia habis SPM sahaja.

Aku keluar dari kepompong kemiskinan dengan pendidikan dan aku nak adik aku jauh lebih berjaya dari aku. Ibu tiri aku ni dia masa remaja dia pun tak habis belajar, dia cerita. Bagi dia belajar tu tak penting mana pun. Adik aku pergi sekolah pun baju tak bergosok kadang – kadang tu, kasut sekolah tak berbasuh.

Bila aku balik kampung, aku tegurlah dengan baik. Aku tengok adik aku kadang – kadang tak terurus bila duduk dengan dia. Aku nak ambil adik aku. Kami ni walau berbeza ibu tapi aku sayang adik aku sepenuh hati. Adik aku membesar depan mata aku, mak aku yang jaga dia masa ibu tiri aku dalam pantang dulu dan mereka bukan bermadu pun (harap korang boleh faham).

Aku dah tak pandang apa yang ibu tiri aku buat pada kami sekeluarga sampai aku melalui zaman remaja yang penuh tekanan, sebab itulah aku berusaha untuk jaga adik aku sebaiknya. Aku nak sekolahkan dia dan bagi pendidikan terbaik semampu aku.

Cuma sekarang aku buntu, mampukah adik aku berpisah dengan ibu tiri aku, tak zaIim ke aku pisahkan mereka? Macam mana aku nak dapatkan hak penjagaan terhadap adik aku? Maaf kalau panjang, tapi aku mohon nasihat atau dorongan semangat dari kalian. Jauh kat sudut hati, aku rasa aku dah gagal untuk jaga adik aku sebaiknya dan dah mungkir janji aku dengan arw4h ayah aku. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sakinah Safiyya Hisyam: Saya baca, jaga masa pantang tapi bukan bermadu. Maksudnya  adik tu lahir sebelum perkahwinan ibu tiri dengan ayah tt ke. Ikut law dikira anak kandung ayah tt ke tak. Ibu tu, mesti sedih nak berpisah dengan anaknya tapi dalam keadaan macam ni kalau dia ada kesed4ran, tt lah peluang untuk anaknya dapat pendidikan dan kehidupan yang lebih baik.. cuma tu la macam mana nak bagi  kesed4ran tu kat dia.

Nora Osman: Janganlah semakkan kepala tt dengan perkara macam ni.. Tt dah buat yang terbaik, dah ibu dia nak macam tu, biar jelah.. Fokus pada anak – anak dan keluarga kecil tt ye.. Nanti jika apa – apa berlaku pada adik tu (jika masih dalam penjagaan tt), confirm awak dipersalahkan.. Jangan ambil risiko pada asal niat kita nak membantu tu.. Orang tua tua kata, “buat baik berpada – pada”…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.