Dapat jiran psiko. Aku baling semula sampah depan rumah dia. Aku buat live tiktok macam influencer buat content

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Hari tu aku pernah tegur kenapa spender, bra segala benda private, kau kena g4ntung betul – betul menghadap rumah aku? Tak malu ke? Lepas tu, hari – hari memang dia sengaja sidai benda tu hadap rumah aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Rangga. Muda dan manis orangnya. Ini mungkin sambungan artikel sebelum ini >> Jiran pembersih, rumah dia berkilat tapi sampah dia buang rumah aku. Punya busuk hati, mop pun sangkut dekat pagar aku.

Ringkas saja aku nak tulis untuk korang yang baca dan respon. Ya, memang ada jiran yang giIa dan per4ngai b0doh. Aku baca setiap komen, dan setiap pengalaman yang korang korang tulis, bayangkan aku alami untuk seorang jiran. Tapi aku masih buat rilek dan bersabar sambil aku melawan secara psychology.

Terima kasih kerana dapatlah juga mengurangkan sedikit tekanan dalam hati aku. Tak lah aku rasa aku bersendirian menghadapi jiran mangkuk sebegini. Baru semalam aku lihat belakang rumah aku dia pergi buang sampah.

Ini antara habit b0doh jiran aku setiap kali dia makan apa – apa, dia akan buang ke rumah orang lain. Patutlah masa aku pindah sini, belakang rumah aku tu, siap tepi dinding rumah aku berlonggok – longgok sampah. Lepas tu mengadu dengan jiran lain ular banyak. Padahal dia punca. Jahanam kan per4ngai?

Aku kadang – kadang tak faham macam mana otak depa anak beranak ni berfungsi. Kalau dia sorang aku boleh faham, sebab dia w4rga emas, tak reti bahasa melayu sangat. Mungkin tak biasa hidup berjiran. Tapi ini anak beranak per4ngai begitu.

Sampah buang ke kawasan orang lain. Sampah, sapu ke rumah orang lain. Kalau ada sampah besar longgok ke tong sampah orang lain. Jiran aku yang b0doh ni, bila terserempak dengan aku, dia akan mengelak. Mungkin tak tahan kena perli.

Hari tu bila aku tahu dia buang sampah di belakang rumah aku, setiap kali aku rasa dia di belakang rumah, aku akan teriak kuat – kuat, ‘siapalah b0doh buang sampah kawasan rumah orang lain ni, semoga eksiden cepat’. Hari tu aku pernah tegur kenapa spender, bra segala benda private part kau kena g4ntung betul – betul menghadap rumah aku? tak rasa malu ke?

Dan hari ni, setiap hari dia g4ntung benda alah tu menghadap rumah aku. Boleh tahan psiko dan tak tahu malu kan? Anak perempuan dia pun sama, tak malu ke g4ntung spender tepi rumah jiran? Ada korang komen yang jiran suka parking merata. Jiran aku la juga tu punya per4ngai. Kereta banyak, tapi tak tahu nak letak mana.

Jiran hujung tu balik – balik bising sebab dia letak kereta depan rumah dia. Mentang – mentanglah tanah tu, reserve. Suka hati mak bapak dia letak situ sampai menyusahkan orang lain. Report polis aku dah buat. Sebab tu depa ni slow dah dengan aku. Kalau dak, depa akan claim semua tempat depa punya.

Satu nasihat aku, kalau korang alami benda macam ni, jangan lupa tangkap gambar, rakam. One day kalau jadi kes, kau boleh tunjuk keb0dohan depa. Jenis orang macam ni takkan mengaku salah kecuali ada bukti. Aku dah rasa. Depa tak mengaku. Last sekali aku tunjuk gambar / video baru senyap. Berbelit bila bercakap.

Jiran lain pun mengadu, depa sekeluarga berlagak seperti ketua kampung area ni. Nak buat apa takkan inform dengan semua jiran. Terutama bila nak buka khemah depan jalan. Yela orang pepagi nak pergi kerja. Sekali tetiba ada khemah, tak boleh lalu.

Kalau bab main mercun, depa akan main mercun depan rumah orang lain. Bukan depan rumah dorang. Pastu anak – anak yang masih kecik tu akan baling – baling mercun pop – pop  atau yang kecik – kecik depan rumah. Kalau kau ada anak kecik, kau ada orang tua yang tido, kau kena mengalah. Bukan setakat mercun tapi pakej berteriak – teriak sekali.

Apa la salahnya kau main depan rumah kau, kotor kan depan rumah kau. Bukan orang larang pun. Pernah sekali dia letak pasu pecah tepi pagar aku. Aku pun tak tahu apa motif. Lepas tu aku amek, aku pi hentak depan pagar dia sambil ketuk pagar dia, jangan buang sampah depan rumah orang lain.

Jijik betul ada jiran begini. Alhamdulillah, sekarang aku dah berkawan dengan takdir. Benda ni aku da rasa kecik berbanding hal lain. Kalau dulu aku rasa str3ss nak m4mpos. Awal pagi kena redah air dari rumah dia. Setiap hari depan rumah penuh plastik sampah.

Bila buka pintu spender bra akan jadi pemandangan, member datang siap perli kita pula macam itu kita punya. Sekarang aku layan per4ngai dia selayaknya dia perlu dilayan. Sekarang aku tak tegur perbuatan b0doh dia, tapi depan depan dia aku akan snap gambar, buat – buat macam influencer tiktok tengah buat konten. Malas bazirkan air liur. Mesti dia gugup takut kena viral.

Aku hidup bukan nak kacau kau. Kau dan keluarga kau sekadar t4ik dalam pandangan aku. Jijik dan tak perlu nak diambil peduli. Kau buang sampah ke rumah aku, aku akan baling semula ke rumah kau, simple. Dulu pernah staff TNB tanya aku, banyaknya bang baju nak kena sidai.

Masa tu aku tengah angkat baju aku dalam pagar. Tapi luar pagar kiri kanan penuh dengan baju jiran – jiran b0doh ni. Kalau dulu aku berbasa basi bagitau bukan aku punya baju luar pagar aku tu. Tapi, sekarang aku akan cakap kuat – kuat bagi orang lain dengar dan dia anak beranak dengar. Yang depa tu b0doh. Cer0boh kawasan orang lain.

Masuk kawasan je aku akan tolak balik ke kawasan kau. simple. Life is simpel. Lebih – lebih lagi bila berhadapan dengan orang yang b0doh sombong.. Aku rasa setakat ni je la ye dak. – Rangga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Alhamdulillah saya dari mula dapat kunci rumah dah buat pintu pagar sliding jadi cuma kami yang boleh parking depan rumah kami. Kiri kanan tembok batu saya yang buat jadi dari mula saya dah cakap saya tak suka letak benda di atasnya.

Dulu ada penyewa rumah sebeIah yang suka mengintai jadi saya naikkan dinding yang menghalang dia menjengok ke dalam rumah saya. Sebenarnya dapat jiran yang baik per4ngai adalah satu bonus. Jiran giIa memang kena buat giIa untuk mengajarnya.

Farahin Nas Rodin : Tanam pokok sebeIah tempat dia sidai baju.. tanam pokok yang kalau kena miang – miang, biar gatal – gatal lepas pakai spender bra, pastu siram pokok, siram sekali baju – baju dia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.