Sebelum keluar, ayah minta ibu masak hidangan untuknya tapi sejak hari tu ayah tak balik

Punca ayah ada perempuan lain kerana dia untung main saham. Ditinggal semasa 13 tahun, saya berjumpa semula ayah semasa 19 tahun. Saya berjumpa dengan pemilik nama yang saya tr4uma sejak kecil iaitu ibu tiri saya. Tanpa bertanya ayah bagitahu sebab kenapa dia tinggalkan ibu. 

#Foto sekadar hiasan. Kisah yang dikongsi oleh Puan Rima Melati sebelum ini, mendapat komen hangat daripada pembaca – pembaca. Tapi saya tidak kenal dia dan dia bukan ibu tiri saya. Bila saya terbaca kisah tersebut, saya amat merasakan yang dia orang yang baik juga tapi dia merasakan dirinya lebih baik daripada isteri pertama dan kerana itu suaminya lebih memilih untuk bersamanya daripada isteri pertama.

Bagus juga orangnya kerana dia jenis yang sedar diri. Tapi walau apa pun, dia tidak berhak memburukkan isteri pertama kepada orang lain hanya untuk mengatakan yang dirinya lebih baik dan lebih disukai keluarga suami. Mungkin ada kebenarannya di dalam kenyataan tersebut, tapi jangan lupa, kita tidak berada di tempat isteri pertama.

Ini bukan kisah saya. Tapi ia kisah ibu saya dan ayah saya dan juga ibu tiri saya. Ibu saya isteri pertama dan ibu tiri yang kedua. Ibu dan ayah bercinta sebelum berkahwin, suka sama suka. Ibu suri rumah, ayah anggota t3ntera berpangkat biasa.

Ibu dari selatan, ayah pula dari utara. Ibu dari keluarga sederhana tapi ada lah sedikit harta, ayah pula dari keluarga biasa – biasa. Sewaktu saya kecil, memang sudah terdengar kisah ayah ada perempuan lain. Semenjak kecil, saya tr4uma mendengar satu nama.

Ya, itu lah nama ibu tiri saya. Saya tak suka mendengar nama dia. Sebab saya tahu dia ambil ayah saya daripada kami sekeluarga. Saya anak sulung, ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Selalu saya melihat ibu menangis kerana makan hati dengan sikap ayah.

Punca ayah ada perempuan lain kerana dia untung main saham. Bila senang, faham – faham sajalah. Selepas beberapa tahun, saham itu rugi dan ayah tersepit kerana banyak hutang yang perlu dibayar. Gaji anggota tentera berpangkat koperal tahun 1994 berapa lah sangat.

Tapi nama ibu tiri masih kedengaran dari jiran – jiran dan kenalan – kenalan ibu. Kami sekeluarga duduk nun jauh di utara. Ibu tidak ada tempat nak mengadu. Ayah memang jarang – jarang balik. Kadang tidur di kem. Kadang – kadang tidur di rumah nenek.

Saya dan adik – adik seminggu sekali atau dua minggu sekali baru jumpa ayah. Ayah pun tidak rapat dengan kami. Hampir tidak pernah dia membeIai atau memeIuk kami. Tidak ada dalam ingatan saya memori seperti itu. Semenjak saya tahun 3, ayah lebih jarang balik.

Kadang – kadang hanya sebulan sekali atau dua kali. Kami adik beradik hanya takut pada ayah sebab dia bermuka garang. Dia ada tapi seperti tidak ada dalam hidup kami. Sem4kin saya membesar sem4kin jarang ayah pulang. Hingga semasa saya Tingkatan 1, sewaktu itu raya puasa.

Ayah ada di rumah sewaktu hari raya pertama. Ayah kata dia ingin pergi solat raya. Bila dia pulang, dia ingin makan masakan ibu. Dia berpesan pada ibu supaya menyediakan hidangan tersebut. Ibu pun sibuklah di dapur menyediakan hidangan yang ayah minta.

Namun begitu, hidangan itu tidak dimakan ayah kerana ayah tidak pernah pulang ke rumah kami lagi semenjak hari itu. Ayah ada kirimkan wang RM100 pada anak saud4ranya untuk dihantar ke rumah kami setiap bulan. Apalah nilai RM100 dengan rumah sewa, bil – bil, anak 3 orang yang masih bersekolah?

Selepas 3 bulan ayah tidak pulang, ibu mula meng4muk. Ibu pergi ke rumah abang ayah yang beristeri tiga. Huhuhu… Ibu mengatakan kalau hanya RM100 yang dibagi setiap bulan, lebih baik tidak payah dibagi. Pembaca – pembaca sekalian, ibu tiri saya juga boleh menjaja buruknya per4ngai ibu saya.

Memang kalau kita dengar seperti orang yang tidak bersyukur. Tapi cubalah kita fikirkan sejenak, mengapa ibu saya bersikap seperti itu. Bayangkan semenjak saya tadika sehingga saya tingkatan 1. Berapa lama ibu saya telah makan hati dengan sikap ayah saya.

Sewaktu saya tahun 6, ayah telah mengaku berkahwin dengan ibu tiri saya semasa saya Tahun 4. Ayah juga berhenti tentera kerana status tidak mampu berkahwin 2. Ibu yang memang telah menjangkakan perkara itu, tidak meng4muk bahkan minta ayah bagi nafkah yang secukupnya dan bersikap adil.

Pada mulanya, ayah balik dengan lebih kerap, dan selalu membawa kami pulang ke kampung nenek sebeIah ayah. Sebelum itu kami sudah lama tidak merasakan hal – hal seperti itu. Seronoknya hati kami kerana dapat merasakan kebahagiaan ada ayah.

Tapi tidak kami sangka semua itu tidak lama. Mungkin ibu tiri tidak suka ayah menghabiskan masa bersama kami atau ayah yang tertekan dan tersepit dengan keadaan. Kami tidak pasti apa sebabnya yang ayah meninggaIkan kami.

Tiada lagi ayah dalam hidup kami. Dia ada tapi entah di mana. Selepas kejadian ibu saya meng4muk, ayah tidak lagi mengirimkan kami wang walau 1 sen. Mungkin ayah memang tidak mahukan kami lagi dalam hidupnya. Kami membesar seperti manusia lain walaupun berada di tempat orang.

Ibu putvs hubungan dengan keluarga di selatan. Ibu tidak ada lesen kereta. Kami juga tidak ditinggalkan apa – apa. Ada lah sebuah motor lama yang ayah tinggalkan pada ibu. Dengan motor itu ibu cari rezeki membesarkan kami 3 beradik, menghantar kami pergi sekolah, membawa barang berniaga.

Ibu seorang yang sangat kuat. Kenalan – kenalan ibu ramai yang bersimpati dengan nasib ibu. Ada juga yang menghulur pada kami bertiga kerana kasihan. Bapa saud4ra kepada ibu tiri (kahwin dengan ibu saud4ra ibu tiri) yang kebetulan kenal dengan ibu juga turut berasa simpati.

Kata dia keluarga ibu tiri kuat main b0moh. Kata dia lagi, dia sendiri pun dib0moh isterinya supaya jadi b0doh. Entah lah, kami pun malas nak fikir apa – apa. Hanya teruskan hidup kami walaupun kadang terasa sedih juga dengan sikap ayah.

Benda yang paling menyedihkan bila ada di antara kami yang bermimpi bahawa ayah sudah balik. Namun bila terjaga dari mimpi, alangkah hampa sekali bahawa itu hanyalah mimpi semata. Mungkin kami sangat mahu ayah pulang ke pangkuan kami sehingga terbawa – bawa ke mimpi.

Selepas saya SPM, ibu berjaya menghubungi semula keluarga di selatan. Sungguh gembira hati kami kerana di utara kami seperti tidak ada saud4ra mara. Keluarga ibu sungguh terk3jut dan marah dengan ayah. Mereka cuba memohon fasakh tapi ayah tidak memberi kerjasama.

Selepas itu saya dapat menyambung diploma di negeri yang ayah tinggal. Mungkin itu lah takdir kami. Semasa semester 3, saya dapat berjumpa semula dengan ayah dan keluarga sebeIah ayah. Ditinggal semasa 13 tahun, berjumpa semasa saya 19 tahun.

Saya berjumpa dengan pemilik nama yang saya tr4uma sejak kecil. Dia agak baik juga. Dia melayan saya dengan baik. Tapi, di matanya saya tahu dia takut kalau – kalau saya marah pada dia. Hati saya masa itu seperti kosong. Saya tidak ada apa – apa perasaan pada dia.

Bagi saya, benda sudah berlalu, saya hanyalah seorang anak. Takkanlah saya nak berceramah atau menceIa perbuatan mereka. Hati saya hanya gembira kerana dapat berjumpa ayah saya semula. Saya ada 2 adik tiri. Saya layan seperti biasa walaupun rasa agak janggal sedikit.

Keluarga ibu saya marah pada saya kerana bersikap baik pada ibu tiri dan anak – anaknya. Kata mereka, saya patut rasa marah dan menegur ibu tiri yang mer4mpas ayah saya. Dia melayan saya dengan elok, saya rasa tidak patut pun saya membaIasnya dengan kata – kata tidak elok.

Entahlah, mungkin saya salah. Suatu ketika, tanpa saya bertanya, ayah berkata. Tapi bukanlah di rumahnya. Sewaktu itu di rumah nenek. Ayah mengatakan bahawa sebab ayah meninggaIkan ibu adalah kerana tidak tahan dengan per4ngai ibu.

Kata ayah, ibu suka marah, berIeter, suka mem4ki bila berg4duh. Saya diam sahaja. Mungkin itu hujah pembeIaan dari dirinya. Kata ayah, ibu tiri tu ada jugak membebeI tapi lebih dengar cakap dan tidak meIawan. Jawapan suami puan Rima Melati tidaklah jauh dengan jawapan ayah saya.

Ada beza tapi intipatinya lebih kurang. Isteri pertama tak elok, isteri kedua lebih elok. Tapi jika ibunya yang tidak dia berkenan, mana pula hak anak – anak. Jika ingin buang ibunya, apakah anaknya juga perlu dibuang sekali? Sungguh mudah mengatakan dia begitu, dia begini.

Bukankah isteri patut di didik suami? Cuba fikirkan keadaan hati isteri pertama. Sudahlah suaminya di ambil, haknya dikurangkan dari segi nafkah zahir, batin atau masa. Lagi lah bila suami sudah jarang – jarang atau tidak ingin lagi pulang ke rumahnya.

Bukankah perasaannya sedih, mungkin suami tidak memujuk, lebihlah hatinya s4kit. Sudah tentu bila begitu, hatinya member0ntak. Tambah bila dipoIigami, lebihlah h4ncur berk3cai hatinya. Jika isteri pertama meng4muk, sebenarnya dia ingin dia difahami.

Dia inginkan perhatian daripada suaminya. Perempuan bila kecewa, sedih dan marah, memang dia akan buat perkara yang bukan – bukan. Semua manusia ada kekurangan, tidak ada yang sempurna. Dalam konteks kisah puan Rima Melati dan kisah keluarga saya, tidak ada yang lebih salah melainkan suami.

Mereka lah yang paling bersalah dalam kisah ini. Jika kasihankan suami, nasihatlah suami supaya berlaku adil. Suami dan ayah yang tidak adil, tidak tertanggung baIasannya di dunia lebih lagi di akhir4t. Ayah saya, tidak pernah senang selepas meninggaIkan ibu saya.

Sewaktu saya berjumpa semula dengan dia kali pertama, dia dan ibu tiri sekeluarga tinggal di rumah sewa kampung yang sudah bertahun tidak dibayar. Selepas itu ayah membawa lori besar tapi syarik4t majikan selalu tidak mahu membaiki kenderaan pekerja jadi pekerja terp4ksa mengeluarkan duit sendiri.

Selepas saya tamat ijazah, ayah dapat kerja dengan gaji lumayan, sehingga dinaikkan pangkat dalam masa sekejap. Namun tidak sampai setahun, dia dibuat orang kerana cemburu. Ayah saya sekarang, tidak dapat melihat tapi dia tidak buta. Hanya dapat melihat bayang – bayang atau samar – samar.

Sudah puas dia ke sana sini berubat tapi matanya masih begitu. Anak sulung daripada ayah dan ibu tiri terp4ksa bekerja separuh masa semenjak 16 tahun kerana ayah tidak boleh bekerja. Dia mendapat tawaran untuk menyambung pengajian, namun terp4ksa ditolak kerana perlu mencari rezeki.

Ibu tiri juga terp4ksa menjual kuih untuk mencari pendapatan lebih. Kami bertiga beradik juga sewaktu sekolah terp4ksa bekerja separuh masa untuk membantu ibu dan ibu juga menjual kuih untuk mencari pendapatan, kerana ayah tiada di sisi.

Mereka juga menerima nasib yang sama tapi dengan ayah di sisi mereka. Allah itu Maha Adil dan Maha Melihat. Takutlah dengan baIasan yang Tuhan sediakan untuk kita jika kita berbuat zaIim sesama manusia. Sekarang saya sudah berumur 33 tahun, adik – adik saya juga sudah dewasa.

Kami bertiga juga sudah berkahwin. Seperti kata Puan Rima Melati, anak – anak isteri pertama tidak menghulur pada suaminya. Saya dan adik – adik saya juga setahun sekali atau dua kali saja menghulur pada ayah kami. Saya tidak mengatakan bahawa tindakan ini betul.

Tapi jika mereka merasakan kasihnya seorang ayah pada diri mereka, pasti mereka akan membaIas jasa ayah mereka. Jadi fahamilah perasaan anak – anak yang tidak mendapat hak mereka. Kami bertiga menghulur bukan kerana tanggungjawab tapi kerana beIas ihsan sesama manusia.

Insyallah, saya cuba untuk memujuk hati supaya lebih mengikhlaskan diri ini supaya dapat membaIas jasa ayah saya yang telah menjaga saya sewaktu kecil dulu. Sekian. Maaf jika meIukakan hati sesiapa dengan tulisan ini. – Nur

Komen w4rganet :

Azlan Hashim : Pada aku seorang suami dan ayah, ini yang paling nak dijauhkan. Anak – anak tak ada perasaan dekat kita? Allah, memang rasa tak sanggup, moga dijauhkan kita dari sikap tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Lelaki poIigami yang adil dan amanah, disayangi isteri dan anak – anak hanya insan terpilih. Kebanyakan kita tak mampu, cukuplah dengan 1, tunaikan amanah dan tanggungjawab. Kita hidup kat dunia bukan lama.

Ezd Airaniez : Lebih kurang kisah kita. Mak kita adalah mak yang kuat walau diuji. Jarang ada wanita yang bahagia bila mengani4ya wanita lain. Wanita tu lupa, suami dia tak tunaikan amanah, mana boleh hidup senang. Semoga Puan dan keluarga bahagia selamanya. Aamiin

Nur Ain Mustafa : Ya Allah menangis aku baca cerita kau wehhh. Mak aku pernah pesan, jika suami menceraikan isteri pertama tanpa sebab hidup dia tak akan pernah aman, ada saja baIa. Lagi satu sekiranya suami tak adil di dunia, di akhir4t nanti ayah kau akan jalan tempang atau senget sebeIah.

Shuhada Shah : Well said. Tahniah Puan Nur. Nak hasil tanaman yang banyak bila beIa, baja dengan kasih sayang, diberi air secukupnya. Tapi kalau dah tak lakukan semua itu masakan tanaman nak berbuah?

Begitulah kehidupan kita. Setiap kebaikan dibaIas kebaikan. Apa pun nasihat untuk saya juga. Hidup ini sentiasa berpusing. Kejap di atas kejap di bawah. Tak selamanya kita akan sedih. Moga puan diberkati selalu. Jagalah Ibu Puan sebaiknya.

Eidda Hisham : Jika tidak berada di tempat orang yang mengaIami nasib sedemikian jangan pandai – pandai mengeji dan mengata. Lagi satu, dah pandai ambil hak orang, pandai – pandailah menasihati dan ingatkan diri kita tentang hak – hak orang yang telah diambil.

Berkahwin lebih dari satu memang menarik ceritanya, tapi nak membahagiakan bukan semudah yang disangka, banyak hati yang perlu dijaga. Kalau la mudah, tentu ramai lelaki yang berjaya membahagiakan pasangan – pasangan mereka, tapi banyak keceIakaan yang timbul dari bahagia.

Semoga confessor menemui jalan bahagia yang di’tulis’ sendiri, cari kebahagiaan dan usahakan ke arah itu, inshaAllah semoga dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.