Saya dan suami selalu g4duh sebab perempuan. Saya jumpa video suami rekod diam-diam, isteri kawan dia tengah baring. Masa tu…

Waktu kami berg4duh jugak, kat gallery fon suami, saya jumpa video suami rekod bilik rumah jiran belakang. Masa suami rekod dia duduk dalam bilik belakang rumah kami. Bilik rumah jiran tu langsir terselak – selak sikit..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profil saya ya. Saya sebenarnya tak pandai dan tak tahu macam mana nak bercerita apa yang jadi dari A to Z, tapi saya cuba ringkaskan cerita dengan harapan w4rga pembaca alam maya supaya dapat beri pandangan yang positif dan terbaik.

Usia perkawinan saya dengan suami baru 4 tahun dan telah dikurniakan sorang cahaya mata berumur 1 tahun. Sebelum berkahwin kami dah berkenalan selama 8 tahun, Sebelum kahwin ade la sikit – sikit per4ngai dia yang saya tak suka tapi saya tetap nak kahwin dengan dia jugak sebab saya selesa dengan dia. Saya pun malas nak kenal dengan lelaki lain.

Suami saya ni seorang yang bertanggungjawab bab nafkah. Cuma ada beberapa sifat dan per4ngai dia yang buat saya s4kit hati, kecewa, sedih, tr4uma sehingga saya dapat kemurungan. Sebenarnya sejak zaman bercinta saya ada trust issue dengan suami pasal perempuan.

Ya.. masa zaman bercinta lagi, dia pernah curang, katanye dia bawak perempuan tu untuk pergi convoi motor je, takde apa – apa perasaan. Tapi tidaklah b0doh sangat saya nak percaya ‘takde apa – apa’ dia tu. Lepas kantoi, dia tinggalkan perempuan tu.

Perkara lain pula, saya pernah nampak gambar raya dia bergambar rapat dengan sepupu perempuan dia. Rapat sangat. Saya jelous kalau tengok suami saya tak ada batas macam tu. Jadi, sejak bercinta lagi kami memang kerap berg4duh bab pergaulan dia dengan perempuan.

Kemudian, selepas kahwin, setiap kali g4duh, saya mesti akan jumpa hal – hal yang pelik, Tapi hal ni berlaku 2 tahun yang lepas. Antaranya :- Waktu kami berg4duh, saya pernah jumpa dia download app chatting dan hantar chat kat perempuan – perempuan dalam tu, maIangnya, apps tu berbayar baru boleh chatting. Jadi dia tak berjaya curang lah.

– Waktu kami berg4duh jugak, kat gallery fon suami, saya jumpa video suami rekod bilik rumah jiran belakang. Masa suami rekod dia duduk dalam bilik belakang rumah kami. Bilik rumah jiran tu nampak macam langsir terselak – selak sikit, tak tahulah ade orang ke tak.

Dan kat bilik tu ada jemur seluar kecik kat belakang langsir, jadi kita yang duk luar ni memang nampak la. – Lagi, saya pernah jumpa video suami saya rekod video isteri kawan dia tengah baring – baring masa dia pergi rumah kawan dia.

– Dekat google, kat telegram tak payah cakap la, dah berapa kali kantoi suami saya tengok video tak senonoh. – Sekarang, dia cuci mata kat reels youtube dengan reel facebook pulak tengok video – video tak senonoh tu.

H4ncurnya hati ni hanya Allah yang tahu, Semua perbuatan suami saya tak pernah cerita kat sesiapa. Keluarga saya tak pernah tahu masalah rumahtangga saya. Ini aib yang saya malu sangat nak kongsi dengan orang luar.

Saya cuma hadap, pendam seorang diri yang akhirnya memakan diri. Setahun yang lepas, saya cuba ubah diri saya sebab suami saya penah cakap dia buat semua tu sebab saya, sebab saya suka marah – marah dia. Ya, memang betul saya suka marah – marah dia, tinggi suara kat dia tiap kali berg4duh.

Mana mungkin saya boleh bersabar, nak hadap per4ngai dia yang macam tu. Saya wanita biasa sebab hal yang sama asyik berulang. Mungkin sebab tu saya emosi, marah – marah pada suami. Ok, lepastu saya cari ilmu kawal emosi, saya betul – betul nak belajar kawal emosi supaya saya tak mudah marah – marah suami.

Saya doa sungguh – sungguh mintak Allah bantu saya. Lepas saya dah kurang marah – marah dia, saya bahagia, dia layan saya pun baik. Tapi maIangnya, baru – baru ni masih kantoi dia tengok video – video tak senonoh dan trigger saya untuk marah – marah lagi, Allahu. Sekarang saya macam dah tak sanggup nak teruskan hubungan ni lagi.

Saya takut saya termarah – marah dia lagi. Saya takut dia akan terus – terusan Iukakan hati saya lagi. Tambah – tambah sekarang kami dah ada anak, saya tak nak anak saya hidup dalam suasana mak ayah sentiasa berg4duh. Sekarang ni apa benda betul yang patut saya buat? Ni antara plan saya sekarang :

Plan 1 : Sekarang saya tak kerja, jadi plan saya adalah nak hantar anak ke pengasuh. Saya perlu cari kerja, bergaul dengan dunia luar, cari bahagia saya dengan kawan – kawan. Tak payah dah fokus pada suami.

Plan ke 2 : Saya kerja, kumpul duit, bila dah ada duit sendiri, saya akan minta cerai dengan suami atas sebab seba yang saya nyatakan di atas. Tolong bagi saya pandangan lain jika ada.

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Memang ramai je wanita yang sebenarnya nampak je per4ngai bf tu, tapi samaada dia buat – buat tak nampak, atau siasat sikit je dah boleh tahu tapi memilih ignorant, atau oh terima seadanya, tak pun oh nanti lepas kahwin ada anak berubah lah tu tapi bila suami tak berubah atau lagi teruk, menyesal pula, Awak la pilih nak teruskan ke tak, rasanya dah tahap creepy lagi. Jangan plak oh setia demi anak, lepas tu tambah lagi anak dahla.

Syifa Rahim : Macam cerita saya dulu, bezanya tak ada la di rakam video – video jiran ni tengok video tak senonoh tu pun sama dengan bekas suami saya. Orang macam ni memang itu la per4ngai sebenar dia, dia memang susah nak berubah.

Saya pun sama juga dulu 5 tahun kawan lepas tu kahwin, dia janji la macam mana pun berubah sekejap je dan akan cari salah kita sebab kita dia jadi macam tu?? Padahal sebab sikap dia kita jadi macam tu ?? Orang macam ni memang pandaiii pusing ceritaaa nak kita serba salah!!

Kalau sis boleh tahan, bertahanlah. Kalau tak boleh, jangan tunggu lama – lama pergi jelah sis. Teruskan kehidupan dengan anak – anak jauh lebih baik mental sis. Jangan takut jadi single mom, kahwin ni tak semestinya bahagia. Kadang – kadang bila dah bujang lagi bahagia, lagi tenang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.