Suami memang tak kisah langsung, seluar dalam yang dah berlubang pun pakai lagi. Sesusah kami dulu, tak pernah lagi pakai seluar dalam rabak. Hati ibu mana tergamak tengok anak terliur tengok orang makan, atau lusuh bajunya. Saya nekad, biarlah tak jadi isteri solehah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya isteri dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Lulusan luar negara. Pernah melalui beberapa fasa bekerja dan tidak bekerja. Saya nak kongsikan pengalaman dari kaca mata seorang isteri dan ibu.
Sebelum itu, saya nak bagitahu latar belakang keluarga saya supaya pembaca tahu apa yang membentuk pemikiran saya. Ibu saya suri rumah sepenuh masa, mempunyai 9 orang anak. Arw4h ayah meninggaI dunia semasa ibu saya mengandungkan anak bongsu.
Ibu tidak mempunyai lesen kereta waktu tu. Tidak dapat bekerja kerana faktor akademik yang terbantut setakat SPM kerana berkahwin muda dan anak yang ramai masa tu. Semasa ibu saya jadi suri rumah, dengan hanya berg4ntung gaji arw4h ayah yang RM 1500 lebih waktu tu, dan anak yang ramai.
Pembaca boleh bayangkan macam mana kami hidup ala kadar waktu tu? Peng0rbanan ibu sangat besar memastikan kami tidak lapar, sedangkan ibu terp4ksa menahan diri. Semasa arw4h ayah hidup, ibu sedar pendapatan ayah tidak mencukupi.
Ibu berniaga siang dan malam. Sedangkan ibu masih ada anak – anak yang masih kecil dan menyusu badan waktu tu. Hasil usaha keras ibu, kami dapat hidup senang sikit. Dapat merasa baju baru. Arw4h ayah sudah boleh beli van.
Ibu juga dapat mengumpul aset. Apabila arw4h ayah meninggaI dunia, ibu ibarat jatuh terjelepok. Pencen arw4h ayah hanya RM800 sebulan. Bayangkan kami 9 orang termasuk ibu jadi 10 orang, bagaimana nak hidup setiap bulan?
Tak ada orang masjid bagi bantuan. Tak ada saud4ra mara bagi bantuan. Tak ada baitulmal bagi bantuan. Ironinya kami ni tinggal di pusat bandar negeri serambi mekah. Di mana ceramah agama selang beberapa ratus meter boleh kedengaran.
Di mana orang pakai ketayap, serban, jubah ada di merata tempat. Di mana ustaz yang gatal masih mencuba nasib nak jadikan ibu sebagai bini ke seterusnya. Di mana stigma janda ni masih menebal. Ibu saya bukan wanita jaIang dan tak ada maru4h diri walaupun anak ramai dan kem4tian suami.
Tak mahu menjadi fitnah juga antara faktor ibu tak bekerja. Apa yang menyelamatkan kami adalah simpanan ibu sepanjang ibu berniaga waktu muda dulu. Dengan simpanan ibu lah, kami bertahan dari setahun ke setahun.
Aset yang ibu kumpul semasa berniaga pula, ibu kata terp4ksa letak nama arw4h ayah masa beli dulu, sedangkan ianya dari duit ibu. Ibu bukan anak jati negeri tersebut. Maka turun naiklah ibu ke pejabat kerana tuntutan faraid bukan satu perkara mudah.
Wujud pula saud4ra mara jadi batu api kerana katanya dah nama arw4h ayah, maka kena difaraidkan ikut hukvm. Yang tak pernah dengar perkataan faraid pun, angguk dan setuju asalkan tak pergi kepada ibu segala harta arw4h ayah.
Tapi bila bab nak jaga kami 9 beradik semua berdolak dalih. Drama sangat masa tu. Akhirnya selesai juga urusan, dengan bantuan amanah raya. Tolak upah amanah raya, bayar peguam, hasil yang tinggal ada lah juga, tapi tetap tak dapat balik kat ibu.
Walaupun asalnya dibeli dengan duit ibu. Ditukarkan hak kepada kami anak – anak yang tak cukup umur pada waktu tersebut. Saya saksikan kesusahan ibu dari hari pertama arw4h ayah meninggaI dunia. Setitik air mata ibu, saya tak pernah lihat. Ibu begitu tabah.
Banyak lagi nak diceritakan, tapi biarlah jadi sejarah. Oleh itu, saya tanamkan cita – cita saya hanya satu waktu tu, mahu belajar pandai – pandai, dapatkan biasiswa, bantu ibu dan adik – adik. Alhamdulillah tuhan mendengar doa saya.
Sepanjang pengajian, saya mampu menghulur duit untuk ibu dan adik – adik. Ikutkan saya tak mahu pun berkahwin, sebab adik – adik masih kecil. Yang paling bongsu waktu tu masih sekolah rendah. Tapi jodoh akhirnya berkahwin juga.
Awalnya suami meminta saya berhenti kerja. Saya dengan niat nak jadi isteri solehah (pemikiran kuno isteri solehah mesti duduk di rumah). Setelah dipujuk suami, ikutlah permintaan suami. Baru kahwin kan. Masa tu saya bunting pelamin, tak lama lagi akan lahir anak yang sulung.
Sepanjang jadi suri rumah tu lah, baju saya tak bertukar, semua masih pakai waktu bujang. Saya tak pernah minta gaji suami. Tak pernah pegang langsung duit suami. Gaji suami RM3000 waktu tu. Simpanan saya waktu bujang pula sem4kin menipis.
Mas kahwin saya RM8000. Ikutkan rendah nilainya bagi saya graduan luar negara. Kenduri kahwin semuanya guna duit saya, saya tak nak susahkan ibu atau sesiapa. Kemudian lepas kahwin suami pinjam RM5000 katanya untuk modal berniaga.
Niat saya nak bantu suami. Isteri solehah kan? Inai pun masih merah. Akhirnya bisnes tu tak nampak langsung dah bayang – bayangnya. Tak pernah disebut lagi oleh suami. Ibarat habis macam tu je lah cerita insiden suami meminjam duit.
Beli peralatan rumah juga, saya yang sumbangkan duit padahal saya tak bekerja, hanya guna duit simpanan je. Baik kan isteri solehah? Dah tahu diri tak bekerja, bagi lagi duit kat suami. Cuba kira tolak tambah, boleh agakkan sebenarnya nilai si isteri ni takde lah tinggi mana? Huhuhu.
Dah lah jadi suri rumah, ibarat orang gaji tanpa gaji. Duit simpanan pula menyusut. Nak makan pun dicatu. Sedangkan saya pun seumur hidup tak pernah rasa dicatu makanan oleh ibu kepada kami 9 orang adik beradik ni…
Saya kata kat suami, takpe lah nafkah saya, cukup ada rumah, api air, saya ok dah. Niat taknak suami susah hati. Baru nak mula hidup bersama kan? Suami lega lah. Ibu saya waktu tu frust, saya tahu tu, tapi saya elakkan berbicara apa – apa yang menjatuhkan reputasi suami saya.
Ibu saya pernah melalui fasa susah, mak ayah mana yang nak anak lalui perkara sama? Ibu saya tahu baju saya tak bertukar. Baju anak yang dalam pun dari saya zaman bujang. Siapa yang tergamak nak meminta suami, sedangkan saya tahu baju suami juga tak bertukar.
Suami memang tak kisah langsung, seluar dalam yang dah berlubang pun dia pakai lagi, padahal ada je jual bawah RM5. Sesusah kami dulu, tak pernah lagi pakai selur dalam rabak. Huhuhu. Kerja rumah semua saya bereskan. Suami cuma balik dan berehat.
Lampu rosak, apa saja kerja kasar, saya buat sendiri. Nak tunggu suami betulkan, agaknya duduklah saya dan anak dalam gelap, dapur pun tak berasap. Saya ada lesen, keretanya tak ada. Sebab waktu saya dah berhenti kerja, saya masih tak memiliki kereta kerana masih baru nak sesuaikan diri selepas lama di negara orang.
Duduk lah saya kat rumah 24 jam. Tidur atas lantai. Hadap dinding. TV takda. Kawan – kawan tak ada. Tiap – tiap hari kerja saya tunggu suami balik. Ingat dah balik, boleh lah sembang. Tapi suami penat. Malam hanya melayan suami. Boleh bayang tak hadap hidup hari – hari macam tu?
Tak lama lepas tu saya dapat tawaran bekerja. Saya kesian adik – adik saya yang masih sekolah. Siapa nak bantu ibu saya kalau bukan kami anak – anaknya? Suami waktu tu berkeras, katanya isteri kawan – kawan dia semuanya suri rumah.
Saya berbeIah bahagi antara nak kekal solehah dan taat pada suami, atau ingkar untuk membantu ibu dan adik – adik. Saya kata, suami tahu ke background keluarga isteri kawan – kawan dia? Samakah dengan saya yang masih ada adik – adik kecil yang ramai ni? Akhirnya suami benarkan saya bekerja.
Saya rasa tiada beza sangat di saat saya tidak bekerja dan saya bekerja. Baju – baju saya masih saya yang provide sendiri. Suami setakat bayar rumah, bil api air. Dari awal kahwin sampai dah 15 tahun sekarang. LagiIah suami tahu saya ada duit sendiri.
Hutang RM 5000 suami buat lupa sampai lah dah 15 tahun lebih kahwin. Hahaha. Beza yang ketara adalah saya dah ada duit saya sendiri. Baju suami malah yang dalam pun saya belikan untuk suami. Kalau raya, sayalah yang provide semuanya.
Bab makan, m4kin lama suami m4kin jarang bayarkan. Baju untuk anak – anak, semua saya provide. Kalau saya tak beli, tak adalah suami nak beli. Pakailah anak – anak saya baju yang kecik dan senteng yang sampai siku dan lutut. Gaji suami saya masa ni dah RM8000.
Suami siap mampu beli aset lain tanpa berbincang dengan saya pun, hebat kuasa suami kan? Tak perlu pandangan dan persetujuan isteri pun. Duit gaji saya 2/3 untuk keluarga. 1/3 yang untuk saya tu termasuk lah bayar kereta untuk pergi kerja.
Simpanan saya adalah juga, daripada tiada langsung. Simpanan saya memang untuk kec3masan. Saya juga buat simpanan untuk anak – anak andai saya meninggaI nanti. Saya tak harapkan duit suami. Suami tak sedar langsung, peritnya jadi ibu tunggal walaupun saya dah share pengalaman ibu saya.
Baginya, hartanya 100% untuk dia. Saya tak pernah meminta nafkah sekali pun sepanjang 15 tahun berkahwin. Apa suami saya sediakan dan beri saya terima. Cuma adalah sekali selang 1 – 2 tahun saya rasa terp4ksa sebut kat suami untuk dia bayarkan baju dalam saya. Baju dalam ya, bukan baju luar.
Tu pun saya ambil paling murah. Kalau saya tak sebut, takde lah dia teringin hulur duit atau belikan. Sebab saya taknak dia berd0sa walaupun dia terlupa yang dia patutnya dah mampu sangat untuk belikan saya baju dah.
Takkan lah nafkah rumah, api air sahaja seumur hidup? Suami pun bukan tak berpelajaran atau tak tahu hukvm. Lama kelamaan saya rasa mujurlah saya bekerja, mungkin berkat doa ibu saya yang tak mahu anaknya lalui hidup yang dia lalui dulu.
Kali kedua saya tak bekerja atas permintaan suami untuk saya jadi suri rumah. Benda sama berulang, masa tu anak kami dah 3 orang. Hati ibu mana tergamak tengok anak terliur tengok orang makan, atau lusuh bajunya. Hati ibu mana sanggup tengok anak susah dan bercatu makannya.
Tapi begitulah masa jadi suri rumah, hidup ala kadar ikut apa yang suami bagi makan. Seperti saya kata, sepanjang 15 tahun lebih kahwin, tak pernah sekali pun suami saya bagi saya duit. Yang dibagi duit pun, yang mana saya minta pinjam sebab saya takde cash waktu tu, yang mana juga saya akan bayar balik duit suami.
Tak pernah saya rasa suami hulur duit, cakap kat saya, yang, ambillah duit ni buat beli apa sayang rasa perIukan. Tak pernah sekali pun. Masa kali kedua jadi suri rumah ni, saya dah nekad. Sebenarnya saya bukan kerja untuk ibu dan adik – adik saya lagi dah.
Saya KENA kerja untuk saya dan anak – anak saya. Sebab saya tak boleh harap dengan pemberian suami sahaja. Saya tolak tepi lah pemikiran kuno yang isteri solehah duduknya di rumah. Baiklah saya tak dicop solehah, asalkan masa depan saya dan anak – anak terjamin.
Kalau suami korang jenis yang fikir panjang dan memang letak nama kamu pada asetnya, sediakan simpanan dan beli insurans untuk kamu dan anak – anak, bagi keperluan secukupnya, saya rasa takde lah isteri nak bekerja lagi. Memang berbaloi duduk rumah.
Siapa taknak tengok anak – anak membesar depan mata? Tapi kalau suami korang bukan macam tu, saya rasa berhentilah berharap. Mulakan langkah kerana tiada hasil tanpa usaha. Rezeki memang dah ditetapkan tetapi seperti pengalaman ibu saya, kalau ibu saya tak usaha berniaga dan menyimpan masa muda, masakan kami dapat membesar, diberi pelajaran dan berjaya semuanya 9 beradik,
Tanpa kehadiran seorang ayah dan suami, dengan hanya pencen RM800 sebulan? Harapnya takdelah yang tanya kenapa tak family planning? Orang dulu bukan tahu sangat pasal ni. Benda dah jadi. Pengalaman ibu saya ni lah, dan pengalaman saya jadi suri rumah tak bekerja sebanyak 2 kali ni lah, yang membuatkan saya kena bekerja dan keluar dari zon pemikiran kuno.
Seorang ibu sanggup berk0rban, asalkan anak – anak tidak susah. Seorang ibu sanggup buat apa sahaja, asalkan anak – anak kenyang, sihat dan gembira. Itu fitrah seorang ibu. Apa sahaja bunyi yang negatif kepada isteri dan ibu, saya akan biarkan ibarat angin lalu.
Kerana hanya empunya diri sahaja yang melaluinya dan mengetahuinya. Orang boleh bercakap apa saja. Bukan mereka yang bagi kita makan, pakai dan tempat perlindungan. Usaha saya bekerja ni adalah satu bentuk ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.
Saya berusaha menjaga ikhtilat saya semasa saya bekerja. Saya tahu Allah akan jaga anak – anak saya walaupun saya dah tiada. Tetapi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat hasil. Itu tanggungjawab saya untuk pastikan kebajikan anak saya terjaga.
Kita takkan dipertanggungjawabkan tentang mulut orang atau cakap – cakap orang lain. Tapi kita akan dipertanggungjawabkan, anak – anak di bawah tanggungan kita ini. Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda:
“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.
Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin.
Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka.
Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumahtangga, suami dan anak – anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya.
Seorang h4mba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya.
Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.” – Mariah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norizan Mamat : Salam, untuk confessor, semoga bahagia dalam hati dan ikhlas berkongsi. Bila ikhlas, maksudnya tidak disimpan dalam hati. Kalau rasa tak boleh ikhlas, tuntut saja atas dunia, sebelum ajaI menjemput suami (kes hutang).
Kepada yang membaca, jika ada suami minta berhenti kerja, buat perjanjian untuk psstikan kita tidak dibuat seperti orang tak berguna. Orang gaji pun dapat gaji. Pandai – pandai la yer kalau berhadapan dengan suami yang begitu. Samada berdikari atau bersendiri, tak ada la banyak sangat beza di hati sendiri. Kita mungkin tak mau bersendiri kerana sebab sebab lain (anak / masyarakat). Semoga baik – baik saja.
Siti Khuzaimah Yahya : Kepada tt, wajib minta hak sebagai isteri. Kalau suami sengaja menafikan hak isteri dia berd0sa. Isteri dan anak – anak adalah tanggungjawab suami. Isteri boleh membantu tetapi bukan menggalas tugas suami. Janganlah nak jadi solehah awak yang terk0rban. Sia – sia belajar tinggi sampai luar negara tetapi tak pandai menghargai diri sendiri.
Naazhira Nazri : Sungguh ibu puan seorang yang hebat. Dia bukan seorang suri rumah sahaja, tapi dia seorang bisnes woman sebenarnya. Dia boleh berjual dan boleh menyimpan, malah dia boleh membesarkan anak seramai 9 orang ramainya.
Hebat ibu puan. Sesungguhnya Allah meletakkn sesuatu keadaan itu sesuai dengan kemampuannya pada waktu itu. Semoga puan lebih tegas perihal melibatkan kewangan, supaya hak puan tak dipijak – pijak lagi – lagi. U such a strong mother.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.