Rupanya tujuan suami kahwin dengan saya supaya saya dapat buat loan bayar hutang abangnya

Hanya 3 bulan perkahwinan sahaja yang indah, tiba – tiba abang ipar datang tuntut suruh saya bayar hutang. Rupa – rupanya tujuan suami kahwin dengan saya hanyalah untuk suruh saya buat loan bayar hutang ahIong abang ipar, dan juga untuk mak mentua besarkan rumah memandangkan saya kerja kerajaan. Suami juga sebenarnya sudah berkahwin dan saya isteri kedua. Selama ini mereka semua berlakon..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin… Ni fake akaun. Nama saya Lia. Anak yatim dari umur 5 tahun. Dahagakan kasih sayang penyebab saya sering bermimpi akan ada keluarga bahagia. Setelah 18 tahun tinggal di rumah anak yatim, saya mencuba nasib hidup berdikari.

Kerja, ya kerja. Sejak pertama kali mengenal duit saya jadi seronok. Saya kumpul impian ingin ada rumah kecil, cukup la ada basikal pun tak apa untuk turun kerja. Impian untuk ada rumah sem4kin hampir. Tapi kawan sekerja nasihatkan saya sambung belajar agar lebih terjamin.

Saya ikut, saya belajar sambil bekerja. Bukan mudah tapi tuhan mempermudahkan. Amin – amin..syukur ketika itu, saya dapat kerja berjawatan dalam kerajaan. Saya ada kuaters namun impian untuk rumah sendiri masih saya kejar.

Bukan basikal saya beli waktu itu tapi rezeki saya dapat kancil dengan harga yang murah. Perkara pertama saya buat, saya kembali ke rumah anak yatim. Saya ajak beberapa kanak – kanak jalan – jalan pusing kawasan. Berapa kali pusing saya tak ingat sebab saya angkut semua kanak – kanak agar dapat merasa.

Setiap kali gaji, saya belikan mereka KFC banyak – banyak, gula – gula, coklat dan keropok. Ya, memang itulah idaman makanan saat saya masih kecik. Waktu tu hidup saya lurus je.. Entah kenapa, hati saya di panah cinta. Mulanya cinta itu sedap nikmat ibarat gula – gula dan coklat yang sering saya sedekahkan.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang agak baik ciri – cirinya. Keluarga yang ramai saud4ra mara. Bagaikan bintang jatuh di riba. Perasaan berbangga teramat sangat bila kita yang yatim ada keluarga. Sebulan dua hidup ini bagaikan drama TV3. Indah seakan tak mau bangun dari tidur.

Bulan ke 3, abang ipar datang kuaters saya. Suami masa tu belum bangun tidur. Dia menuntut hutang. Katanya selepas kahwin dengan saya, saya akan bayar semua hutang tu. Saya terkedu. Saya k3jut suami, entah kenapa dia terus j3rit, “Ehmmm dah tau? Apa lagi bayarlah!!! “Saya tergamam.

Saya teringat kawan baik saya pesan. ” Hidup biar kepala di atas kepala, bukan kaki di atas kepala.” Saya suruh abang ipar balik dulu dan ugvt dia sebelum saya panggil orang ramai. Masa tu suami muka serius sangat. Petang kemudian, orang yang baru saya panggil mak iaitu ibu mertua call.

Saya gembira ingatkan dia tanya khabar ke atau nak saya balik ke rindu ke tapi sebaliknya mem4ki hamun saya, katanya saya penipu. Kedekut. Anak har4m sebab tu jadi anak yatim. Pertama kali dalam hidup saya kene m4ki hamun begitu.

Sepanjang saya membesar di rumah anak yatim belum pernah kami menyebut siaI, ceIaka dan sebagainya. Saya cari suami, kelibat dia hilang dari rumah. Kad bank, barang kemas dan beberapa barang saya dia bawa. Perkara pertama saya buat, saya call bank, mujur bank dapat block kad tu dan mintak saya ke bank berdekatan untuk urusan bank.

Perkara ke dua, saya buat laporan polis. Dan perkara ke-3 saya google mencari peguam. Saya hadapi dengan tenang. Entah kenapa air mata saya tak jatuh di pipi saat tu. Saat memandang gambar perkahwinan jiwa saya bagaikan dit1kam.

Tapi memandang gambar saya bersama semua ahli keluarga saya terduduk. Menangis sampai susah nak bernafas. Hanya beberapa bulan, kisah cinderella saya yang begitu bahagia. Tak sampai beberapa jam kad di block, suami ber4ng membuka pintu.

Muka saya ditamp4r dan dia dengan mudah melafaz taIak. Alasan dia untuk berkawin dengan saya diluahkan. Dia nak saya buat loan untuk bayar hutang family dia. Abang dia hutang ah Iong. Mak nak besarkan rumah dan suami harus mencari wanita berkerjaya.

Paling saya kecik hati, rupanya saya isteri ke 2. Isteri pertama ada di kampung berpant4ng. Saya langsung tidak menyedari semua tu. Mereka pandai berahsia. Dua malam saya menangis bagai nak giIa. Akhirnya kawan saya datang.

Dia kata dia tak sedap hati. Bagaikan terpanggil untuk jumpa saya. Kawan saya hanya suruh saya mandi dan bersolat. Jangan cita apa – apa cerita dulu dengan tuhan. Malam tu dia bawa saya keluar. Rupanya kawan saya ajak ke rumah pakcik makcik dia.

Dia pun dulu anak yatim tapi pakcik makcik dia orang susah. Ketenangan dapat saya rasai di rumah itu. Tapi bagaimana dengan hari esok? Andai saya balik semula ke quaters, adakah saya akan tenang, dapatkah saya kerja seperti sediakala.

Bagaimana berhadapan dengan orang sedangkan saya baru beberapa bulan menikah. Bagaimana nak melupakan keindahan beberapa bulan yang saya hadapi. MaIangnya saya, andailah saya ada ibubapa adik beradik seperti yang lain.

Adakah kej4m cara saya tidak membantu keluarga bekas suami saya? Kepada bekas suami ku Azmi, sudah 5 hari kau ceraikan aku. Terima kasih, Kau lupa Mie, kau lupa. Aku ni anak yatim. Aku kejar nak beli rumah. Kalau aku kaya, aku beli Alza bukan kancil.

Ambil la bawa gadai barang kemas tu. Jangan kau menangis depan kedai tu ye. Sebab tu semua rantai mas celop. Aku walau pegawai kerajaan sekalipun, impian aku adalah untuk beli rumah, sedekahku pada orang yang memerIukan, kasihku pada yang ikhlas. Carilah lagi yang lebih berkerjaya dariku. Bye Mie, kirim salam pada semua family kau ye..

Komen Warganet :

Fatin Ammarah : Sis saya respek kat sis, alhamdulillah sis sangat bijak. Sis move on, s4kit tu sekejap je. Masa akan rawat Iuka sis. Saya tau sis kuat, jangan terlalu fikirkan perkara yang ibarat sampah dalam hidup sis.

Nadiatul Akma : Alhamdulilah masih diberi kesed4ran tak buta sebab cinta. Teruskan hidup dengan lebih baik, mungkin susah sebab kita ni tak aIami. Saya doakan awak berjaya dunia akhir4t, ditambahkn rezeki dapat jod0h yang baik. Aniaya anak yatim ni tak pergi mana pun.

Quueen Tina : Mula – mula memang sedih sangat baca. Sampai air mata sudah penuh tunggu saat jatuh ke pipi. Tapi bila sampai emas celop tu seakan air mata itu jadik beku. Akak tau ko kuat dik sebab dari kecil ko memang sudah berdikari, sendirian, biar pun ada teman – teman di sekeliling. InshaAllah ada lagi jod0h tuk adik yang baik dan ikhlas di luar sana. Anggap je Si Azmi tu mimpi ngeri.

Siti Nor Fatimah : Wanita bijak abad ini, teruskan dik.. Akak dan makcik – makcik bawang semua support ko. Memang bersepah lelaki macam ni sekarang, cuma ko tersilap sikit je kahwin dengan lelaki macam ni. Keep on moving, doa akak bersama ko. Aminn.

Intan Bertuah : Alhamdulillah, tahniah dik. Jangan susah hati sebab baru kahwin tapi dah bercerai kalau itu yang terbaik yang Allah bagi. Jangan toleh jangan cair lagi dengan bekas suami tu. Adik ada kerjaya. Teruskan kehidupan jangan berputvs asa, sebagaimana seusia 5 tahun dah boleh berdikari masakan dah dewasa sudah tentu boleh untuk hadapinya. Hati – hati, jaga diri baik – baik, Allah ada bersamamu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.