Kawan aku mengandung, apa aku makan dia akan ‘mengidam’. Sampai mengidam naik kereta mahal nak suruh orang drive

Aku upload gambar pergi kebun durian konon nak tunjuk dekat saud4ra mara. Tapi kawan aku yang nampak, katanya terus mengidam, nak durian kampung yang warna kuning, spesifik! Bila giliran aku mengidam masakan dia, boleh dia suruh aku masak sendiri je..

#Foto sekadar hiasan. Nora (bukan nama sebenar) adalah rakan sekerja aku. Permulaan, kami agak rapat berbanding rakan sekerja yang lain. Sem4kin lama, aku sem4kin menjauh kerana demi nak jaga mulut dan hati aku supaya tak sengaja menyembur dan tak terIuka mana – mana pihak.

Nora ni, bab dia, dia nak orang kasihan dan prihatin. Alkisahnya, sewaktu dia mengandung, semua yang dia nampak, dia kata dia mengidam. Makanya, rakan – rakan, akan cuba la tunaikan permintaan dia. Dia nampak aku up status balik kampung, pergi kebun abah, dia kata dia teringin rambutan gula batu.

Dapatlah dia sebakul rambutan masak ranum yang diidam. Sebab kawan kan, usahalah kita ni bawa dari kampung nun jauh ke tempat kerja. Terima kasih dia lupa barangkali. Seterusnya, nampak pula status orang lain proses koko.

Mengidam buah koko pulak, mengidam kek coklat homemade hasil dari koko tadi, mengidam nak naik kereta mahal sekian – sekian.. Mengidam nak pergi jalan girls day out dengan kawan – kawan tapi takmau drive sebab alahan takmau bersusah payah, janji dapat jalan ke situ.

Lepas tu, aku ni terlupa lagi dan tak serik, tak belajar dari pengalaman, aku ni pergi up la status balik kampung nenek pula nun jauh nuu kat hujung. Masa tu musim durian kat kebun arw4h aki, rezeki tahun tu banyak berbuah durian.

Bukan durian kayangan Musang King ke Udang Merah ke, bukan. Durian kampung isi kuning cantik ibarat kucing tengah tidur. Durian yang senget – senget yang kecik manis tu. Elok bapak aku tengah pegang tersengih buah durian tu, aku up la gambar durian tu bertujuan nak suruh makcik pakcik yang lain cemburu dan cepat – cepat balik hujung minggu berkumpul sesama.

Aduh! Mengidam durian yang tu pula. Yang isi kuning. Spesifik. Disebabkan akrab waktu itu, rapat, gigih aku gagahkan jua bawak balik yaa durian itu. Wangi kereta toksah cakap. Fuh! Ada je segalanya sesuatu untuk dia. Ada ya, tak tertinggal.

Tapi, bila time aku pula yang tetiba teringin, bukan benda mahal pun aku minta, sekadar lauk yang dia pandai masak je, bertahun tunggu. Sudahnya, dia baIas, “masak la sendiri, biasa – biasa je, tumis biasa je pun, semua orang boleh buat..”.

Iya, memang mudah pun lauk tu, kadang – kadang air tangan tu yang memberi kesedapan. Seterusnya, dia suka sangat kritik dan komen setiap apa yang berlaku sekelililing tempat kerja kami. Ada saja yang tak kena di mata dia.

Nora ni pernah bagi nasihat dan tips pada aku, disebabkan aku ni belum dapat anak. Maklumlah, PJJ dengan suami dan kerap kerja tak tentu masa siang malam weekdays weekend. Belum rezeki nak dikurniakan anak la makanya.

Pernah aku ceritakan (atas dasar percaya dan rasa rapat, jadinya aku berkongsi masalah aku), maIangnya, dia acuh tak acuh, endah tak endah saja. Dik4tanya, aku tak reti melayan suami, tak rela k0rbankan cuti untuk balik cuti dekat dengan suami.

Dia kata, biar macam ni lama – lama suami akan lari. Gitu nasihat dia. Sabar je la. Sampai waktunya, Nora pernah la lagi sekali menegur dan menasihati bab anak ini. Nora menyarankan aku pergi berjumpa ustaz, mungkin ada masalah dekat rahim (something berkaitan yang tumpang rahim la apa la) dan mungkin suami tak redha sebab aku PJJ dengan suami ni.

Aku mengangguk saja malas nak cakap banyak. Angguk, diam je. Sebab dah terasa hati. Sedangkan waktu itu alhamdulillah kandungan aku sudah mencecah usia 15 minggu. Dek kerana makan hati, lama juga la baru dia tahu bahawa aku dah mengandung, bila kandungan dan perut dah nampak besar.

Itupun, Ya Allah, response dia, “finally, see, bukan susah pun kan”. Allahuakbar, r3muk. Masa ni dah perlahan – lahan aku m4kin bawa diri dan shut off from her, masih berkawan, cuma aku jaga borderline. Seterusnya lagi, suka kritik tapi lepas tu dia buat.

Dia kritik genre lagu yang aku suka, tapi lepas tu dia yang pasang ringtone lagu tu. Padahal, aku cerita, lagu ni istimewa sebab suami suka jamming lagu tu, jadikan ringtone la apa la. Nora cakap, lagu tu tentang pengkhiaanatan la tak elok la, music tak best la, bingit. Alih – alih dia on ringtone lagu tu juga. What?

Lagi satu, untuk family contact number, aku suka save nama keluarga ibarat macam kita doa dan panggiIan sayang ahli keluarga kita tu kan. Special la kita edit. Dia komen dan kritik, panjang la, kalau em3rgency susah orang nak cari la apa la.

Alih – alih, dia pun tiru. Sebiji ya dia tiru. Guane tu? Aduhai, macam mana la nak menghadapi orang macam ni? Seterusnya lagi, bahagian dia semua kena prihatin simpati part kedua ni pula, bahagian duit dan kesenangan hidup.

Dia komen dan kritik aku dan termasuk la beberapa rakan lain berkenaan bab duit. Jangan samakan perjalanan hidup dia dan kami, disebabkan kami yang lain ni datang dari keluarga senang. “Kau untunglah, tak pernah susah, tak pernah rasa susah, aku ni lain” – kata Nora ni.

Tapi, dia tak tahu, perjalanan cerita setiap orang tu. Macam aku, Alhamdulillah tak perlu pinjaman PTPTN. Tapi, betapa bersukatnya aku dengan duit belanja yang ibu abah beri sewaktu belajar tu. Sebulan sekian – sekian perbelanjaan yang ibu abah beri, berjimatlah sampai hujung bulan.

Nak mintak lebih, takut. Senang dia cakap aku ni ibarat macam tak sedar diuntung. Bila dah masuk kerja, sebelum kahwin, saving seribu sebulan sebelum berbelanja dan billing, minyak kereta. Berjimat ya. Tak makan luar sangat melainkan bila kawan ajak, on certain occassion, tak membeli itu ini.

Sampai introvert dan kedekut dia label aku ni. Tapi, waktu dia berbelanja bagai nak rak, dia kata itu self reward. Bila melebih – lebih everyday makan tempat mewah, dia kata jangan berkira bila bab makan. Aku tak halang dia nak berbelanja sebegitu rupa, aku tak judge.

Ikutlah nak beli tudung harga beratus, baju sepasang tiga empat ratus, makan sedap, minum sedap, ikutlah. Tapi, jangan la haang ni Nora haang judge aku. Gitu. Kalian tahu tak, aku ni dengan Nora bakal lama la kat tempat kerja ni kan sampai pencen la kot noh? Macam mana la nak menghadap.

Ni, belum bab dia komen pasal anak aku. Kang orang komen pasal anak dia, mula meraban. Anak aku pun tak terlepas ya dari kritikan ini. Cara aku didik anak, cara masak untuk anak, cara aku gentle parenting dengan anak.

Astarghfirullah. Sekarang ni, aku diam je sebab tak reti nak menyembur. Takut – takut kang menyembur, terIuka haa. Tapi, m4kin kita elak dia, dia m4kin datang dan bercerita dan mengadu dan buka la segala hal dia.Macam mana? Yang ikhlas, aku yang tengah tahan menyembur. – Tatrazine (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Puan : Dah tua – tua ni. Rajin plak ye korang melayan kerenah ngada – ngada kawan tu. Saya sejak zaman sekolah sampai umur cecah 40 tahun ni. Hanya berkawan sekadarnya je dengan siapa – siapa pun. Tak kuasa nak bajet jadi kawan sejati padahal bukan rela hati pun nak melayan kerenah orang. Buat hal sendiri lagi bagus.

Time lunch rilek je makan sorang – sorang kat cafe. Kalau ada yang nak teman, onz je. Kalau tak makan je lah macam biasa. Pernah ada staff baru pelik tengok saya kerap makan sorang – sorang, siap tegur saya kata dia kesian tengok saya.

Macam kena ‘pulau’. Saya gelak je lah.. yang mana dah kenal saya sejak 12 tahun lepas. Bukan perkara pelik if dia orang tengok saya lepak makan sorang – sorang kat cafe. Tak kira lah kat sekolah ke.. kat asrama (zaman sekolah dulu), kat kolej dan rumah sewa malah di alam pekerjaan pun saya layan semua kawan sama rata. Takde nak beria ber bff bagai.

Adik beradik pun dah 9 orang termasuk diri sendiri.. tu pun macam – macam kerenah nak hadap dan layan. That’s why saya boleh ‘masuk’ berkawan dengan sesiapa tak kira jantina / peringkat usia. Macam sekarang.. kawan – kawan saya, hanya kawan – kawan kat tempat kerja yang memang setiap hari bertegur sapa / berurusan dan ex staffs yang pernah rapat dengan saya kat tempat kerja rajin bertanya khabar tiap kali dia orang tertengok saya up status kat WhatsApp story.

Tu pun jarang sebab saya tak aktif sangat benda – benda macam tu. Kami kalau bersembang dan saling menasihati pun.. cerita kat situ habis kat situ je lah. Lagi plak sejak masing – masing dah kahwin. LagiIah takde masa nak ‘berkawan’ luar waktu kerja.

Masa kami dah banyak habis kat tempat kerja.. so lepas habis waktu kerja memang kami dah tak fikir pasal kerja / kawan – kawan / orang lain selain daripada urusan sendiri / rumah tangga masing – masing.

Bariah Khairul : Jauhkan diri daripada manusia t0xic macam ni agar hidup aman dan tenteram. TT dah ada suami, anak patutnya takyah la duk bazirkan masa fikirkan hal orang macam ni. Saya yang bujang ni pun takder nak semakkan fikiran dengan hal orang. Banyak lagi benda lain nak fikirkan.

Que Ashiela : T0ksiknya kawan macam ni. Jangan layan sis.. Bila dia nak mengadu atau datang nak bercerita cepat – cepat bangun buat – buat ada kerja lain. Pergi tandas ke, buang sampah ke, buatlah apa – apa sahaja alasan yang boleh supaya tak menadah telinga pada dia. Yang kedua, boleh sergah je bagi dia terk3jut sikit yang kita ni bukan lembik asyik nak mendengar keluh kisah dia yang merepek tu!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.