Waktu pant4ng ibu mertua nak sangat jaga saya, jadi saya terp4ksa ikut. Tapi bukan dia nak jaga, dia suruh saya masak untuk mereka lauk pant4ng. Waktu hari raya yang lepas, dia masak laksa, lemang tapi saya tak nak makan. Ibu mertua mengadu dekat suami cakap kononnya saya takut dia letak r4cun dalam makanan..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca – pembaca di Facebook. Saya nak meluah sikit tentang mertua saya yang pilih kasih. Saya dan suami dah 2 tahun berkahwin dan sekarang sudah mempunyai seorang anak perempuan baru berusia 8 bulan.
Cerita dia macam ni, waktu saya berpant4ng haritu saya pant4ng 22 hari dekat rumah mak saya dan 22 hari lagi dekat rumah ibu mertua. Ikutkan memang nak pant4ng sepenuhnya dekat rumah mak saya tapi sebab ibu mertua saya nak sangat jaga saya dan baby, jadi saya turutkan je la.
Tapi untuk pengetahun semua, ibu mertua saya tak jaga langsung pun saya dan baby, malah dia suruh saya masakkan untuk diorang sekali bila saya masak lauk pant4ng saya. Bila saya masuh rehat dan tidur, dia cakap saya pemalas, hanya tahu duduk dalam bilik je, tak reti nak tolong dia kemas rumah padahal saya dah siap kemas rumah, barulah saya masuk bilik.
Kemudian masa hari raya puasa yang lepas, suami suruh sambut dekat rumah mertua dulu sebab saya masih pant4ng tapi dorang masak makanan yang orang pant4ng tak boleh makan macam laksa, ketupat, lemang. Jadi saya nak masak sikit untuk diri saya sendiri, mertua tak bagi, dia cakap jangan nak membazir, dah banyak dia masak, makan je jangan nak memilih sangat.
Saya tak nak makan, kemudian mak mertua mengadu dekat suami cakap yang saya takut dia letak r4cun dekat saya, padahal saya memang kena pant4ng lagikan benda – benda tu, takkanlah ibu mertua tak tahu dan tak faham.
Suami pon tegur suruh saya makan juga sebab ibu mertua kecik hati nanti kalau saya tak nak makan langsung. Jadi saya makan laa sikit,kemudian petang tu kak ipar saya balik (dia pun baru beranak awal tahun) tapi ibu mertua saya tak bagi plak dia makan makanan tu semua.
Boleh dia cakap nanti boleh s4kit urat dan bisa sebab pulut. Dia siap buatkan nasi himpit dengan kuah kacang dekat kak ipar. Tapi saya diam je, suami tak tahu yang saya tak boleh makan benda – benda tu. Korang nak tahu, malamnya saya dah tak boleh tidur, s4kit badan – badan saya.
Nasib suami nak urutkan sampai saya tido tapi suami ingat saya s4kit sebab banyak berjalan. Saya bersabar je dengan apa yang dia buat dekat saya sebab malas nak bising – bising. Smpailah ada haritu saya s4kit perot jadi suruh ibu mertua tolong tengokkan anak saya sekejap.
Kemudian waktu saya nak masuk bilik, saya dengar dia marah – marah anak saya. Dia cakap anak saya menyusahkan. Yang saya sedih bila dia kata kenapa anak saya tak m4ti je waktu beranak haritu. Anak saya sebenarnya tak cukup bulan sebab air ketuban kurang jadi kena p4ksa beranak (waktu bawa keluar tu, muka anak saya dah biru sebab Iemas) mungkin dia harapkan anak saya m4ti kot masa tu tapi Allah panjangkan nyawa anak saya.
Komen Warganet :
Anne Roslan : Sesetengah mak mertua zaman sekarang suka cari pasal tanpa sebab, pilih kasih dan sebagainya. Kalau dia letakkan posisi dia di tempat sis, takdenya dia sanggup nak ani4ya sis. Salah satu cara untuk sis hidup bahagia tanpa perlu dibuIi oleh mak mertua adalah dengan berterus terang.
Cakap je apa yang tak puas hati tu. Biar orang nak kata kurang ajar ke apa. Kalau tak buat macam tu, sampai ke sudahlah mak mertua macam tu. Silap haribulan dia r4cun anak dia untuk ceraikan sis.
Fatin Farhah : Sis nasihat saya satu ja kena ingat, kita menantu orang luar tetap akan jadi orang luar walau macam mana rapat pun mertua, adik beradik ipar dengan kita, tetap di pandang orang luar. Jadi sayang diri sendiri dan anak dulu sis sebelum apa-apa jadi. Balik berpant4ng rumah mak ayah sendiri lagi terjamin dari segi kesihatan em0si dan mentaI, berpant4ng rumah mak ayah kandung kita lagi selesa dan suasana tu lagi sihat sis.
Astrie Lizmarie Chee : Mentua tetap mentua dan dia bukan ibu yang melahirkan kita, jadi memang sesetengah sifat mentua ni ada ‘jahat’ sikit sebab dia tetap anggap kita menantu ni bukan anak dia.. Apa yang paling bagus, selepas ni jangan lagi berpant4ng di rumah mentua.
Tak payah gigih nak ambik hati mentua ke ipar duai ke, mesti ada batasan. Baik berpant4ng di rumah mak bapa sendiri. Pedulilah mulut mentua ke ipar duai k0yak rabak mengata awak. Lagi satu tak payah nak rapat sangat – sangat dengan mentua ke ipar – ipar sebab memang diorang ni ada – ada saja yang tak kena di mata diorang terhadap menantu.
Buat hal sendiri – sendiri je. Ungkapkan slogan ‘kau.. kau, saya.. saya, Saya tak kacau kau, jadi kau jangan kacau saya.. Lepas ni kena tegas sikit supaya tak kena pij4k – pij4k dengan mertua ye.
Nor Suhana : Sebaiknya, tt luahkan apa yang tt rasa dekat suami tt. Daripada lama – lama pend4m nanti jadi dend4m dalam hati. Daripada nanti tt dan suami berg4duh. Biar dia nak terima atau tak, dan saya syorkan jarakkan diri dari mertua daripada kita pula yang s4kit hati.
Saya taip pun sebab berlaku juga kat saya. Cuma lainlah cerita. Mak mertua suka cari salah saya walaupun kecil. Saya pun sekarang luah apa saya rasa. Dan alhamdulillah suami memahami. Dia pun tak p4ksa saya pergi ke rumah mak mertua.
Nur Zahiella : Kalau aku, aku bertegas untuk kebahagiaan aku sendiri. Aku tak akan izinkan sesiapa pun untuk meny4kiti aku dan keluarga. Pendek kata, aku angkat kaki dan ajak suami pindah jauhh. Kebahagiaan tu ada pada diri kita sendiri, jangan biarkan orang lain musn4hkan. Dan sabar tu bukan bermaksud kita perlu duduk hadap keperitan dan memudar4tkan diri sendiri.
Nurul Eyza : Wujud jugak orang macam ni ek, marah – marah dekat baby dah kenapa. Kalau tak nak jaga time pant4ng bagitahu je. Senang sis berpant4ng rumah mak sendiri. Saya rasa mertua sis ni macam nak tunjuk baik kot depan anak dia, nak nampak macam dia jaga sis.
Lagi satu sis bagitahu je suami sis tapi kalau suami backup mertua bagitahu family sis. Jangan pend4m sorang – sorang sis, tambah lagi bila dalam berpant4ng, bah4ya. Sis kena tegas jangan bagi orang pijak kita sis, walaupun tu keluarga suami sendiri. Sabar sis, jaga anak sis elok – elok jangan bagi mertua, bahaya.. Jaga diri sis bebaik ye.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.