Ni masalah biras saya. Kerja cikgu, muka cantik, badan cantik tapi per4ngai tak cantik. Bila balik rumah mertua, dia main sepah je baju kotor. Mak mertua terp4ksa ambil dan basuh, pakej dengan pakaian dalam dia…
#Foto sekadar hiasan. Salam, saya sudah lama ingin menulis tentang isu ini tetapi tidak berkesempatan. Ceritanya macam ini. Suami saya ada tiga adik beradik lelaki dan semua sudah berkahwin. Jadi isteri – isteri abang ipar saya itu biras saya, bukan?
Salah seorang biras itu seorang cikgu, muka cantik, badan cantik. Tetapi per4ngai sahaja tidak cantik… (saya serius saya tidak dengki langsung dengan kecantikan dia). Kami semua memang tinggal berasingan. Sudah ada rumah sendiri.
Tetapi kami semua tinggal satu bandar, jadi boleh dik4takan hujung minggu memang selalu balik rumah mertua. Antara saya dengan biras itu memang tidak banyak bercakap. Tidak tahu kenapa tetapi saya memang tidak pandai hendak berbual dengan dia.
Dia pun boleh dik4takan pendiam semasa di rumah mertua (diakui oleh orang lain juga). Yang saya perhatikan dia ini walaupun macam pemalu, nampak sopan (dari segi pakaian agak muslimah jika dibandingkan dengan saya yang agak ranggi sedikit), tetapi ada juga perkara – perkara yang saya rasa tidak patut seorang perempuan buat, terutama kepada mak mertua.
Kalau guna apa – apa di rumah mertua mesti tidak reti hendak simpan balik. Basuh n4jis anak dalam sinki dapur. Yuck! Menjijikkan, bukan? Tempat orang memasak dia pergi cuci n4jis anak. Lepas pakai baju (baik baju dia sendiri, anak – anak dan suami dia), mesti tinggal terbiar atas lantai.
Lepas itu nanti mak mertua datang kutip dan basuh. Lebih memaIukan, pakaian dalam dia pun sanggup dia tinggalkan untuk mak mertua basuh. Lepas itu, mak mertua pun ada bunyi juga pasal benda ini tetapi tidak berani hendak tegur sebab dia takut menantu dia terasa hati nanti.
Saya pun cakaplah kepada mak mertua, biarkan sahaja baju – baju itu, lain kali dia datang tengok baju itu masih di situ, dia fahamlah, bukan? Tetapi mak mertua pula cakap tidak suka tengok rumah dia berselerak. Kemudian saya kata, kalau mak hendak basuh juga, mak basuh sahaja jangan bising / merungut.
Kalau tidak mahu basuh, mak kena cakaplah kepada dia atau pesan kepada suami dia supaya tegur isteri dia, bukan? Tetapi saya tengok sekarang ini, selepas tiga tahun, mak mertua saya masih basuh dan biras itu tetap dengan per4ngai yang sama.
Ada sekali tu, masa adik ipar saya tengah basuh baju, dia pon dengan selamber datang bawak kain baju kotor dia anak beranak letak dekat washing machine. Pastu nampak adik ipar basuhkan sekali baju – baju tu. Pasal basuh baju itu memang saya tidak pernah tegur.
Tetapi pasal basuh n4jis anak di sinki masak itu, suami saya pernah tegur sebab dia memang jenis tidak boleh tahan kalau kotor – kotor ini. Apa lagi kalau n4jis. Kebetulan masa suami saya pergi dapur tengok dia tengah basuh n4jis anak di sinki, terus dia tegur, “Laa, kenapa basuh n4jis di situ? PergiIah basuh di tandas.”
Tetapi dia buat muka selamba sahaja… lepas itu tidak tahu dia buat lagi ke tidak sebab anak dia sudah besar sekarang. Menurut suami dia sendiri, katanya isteri dia ini degil nak m4ti. Belajar tinggi – tinggi tetapi b0doh melantun – lantun (ini suami dia sendiri yang cakap).
Pernah suatu hari itu mereka berg4duh, kemudian suami saya tanya berg4duh pasal apa? Selamba sahaja lelaki itu cakap “Entahlah, kau macam tidak tahu isteri aku per4ngai macam b4bi…” Terk3jut saya dengar. Untuk pengetahuan anda, suami dia pun cikgu juga, ustaz lagi.
Mungkin sudah tidak boleh sabar dengan per4ngai isteri dia itu kot. Umur dia tua daripada saya. Saya bukan takut hendak tegur (saya memang mulut laser), tetapi malaslah. Kalau saya tegur, nanti dia cakap saya dengki kepada dia pula sedangkan orang lain tidak ada pun hendak bising – bising, bukan?
Satu yang saya tidak suka dengan per4ngai mertua semua ini sebab di depan macam redha sahaja buat semua itu. Belakang biras saya itu mulalah mereka hendak mengadu kena kemas rumahlah, kena basuh baju menantu lah… bila saya cakap suruh tegur, tidak mahu pula.
Saya tidak tahu orang lain, tetapi kalau saya, baju kami anak beranak lepas pakai mesti letak dalam beg baju kotor bawa balik rumah sendiri, kemudian basuh di rumah sendiri. Kalau cuti lama dan tidur rumah mertua dua / tiga hari baru saya basuh baju di sana.
Itu pun pergi basuh, jemur sendiri. Malu kot orang basuhkan pakaian dalam kita. Lepas itu pernah sahaja masa saya tengah basuh baju – baju saya, sementara hendak siap basuh saya tinggal sekejap pergi tengok anak, bila datang balik saya tengok ada lagi kain dalam bakul.
Tengok – tengok baju – baju itu adalah baju dia. Jadi apa? Nak suruh saya basuh baju dia sekali ke? Maaf, saya buat tidak tahu sahaja. Jadi, apa pandangan anda pula? Jom kongsikan…
Komen W4rganet :
Aira Maysara : Rasanya ni memang jenis pemalas. Jangan sangka muka dan badan cantik ni rajin semuanya. Mungkin rajin bab mencantikan diri tetapi malas bab – bab lain. Walaupun tak dapat dinafikan bukan semua yang cantik tu pemalas ada juga yang rajin serba serbi.
Mungkin per4ngainya dah cam tu dari kecik dah gitu cara dia dibesarkan. Mungkin dari kecik memang mak dia yang buatkan semua jadi per4ngai tu yang terbawa – bawa sampai sekarang. Kalau kat rumah dia pulak cam mana adakan sama je per4ngai dia atau kalau kat rumah dia sendiri pandai lak dia buat suma kerja – kerja tu.