Mulanya sorang je adik ipar datang menumpang, kemudian sorang lagi datang. Sampai kami suami isteri kurus kering

5 tahun kami duduk dalam keadaan str3ss bila adik ipar datang menumpang. Bila kami pindah rumah besar sikit, datang lagi sorang adik ipar nak menumpang. Tak lama lepas tu, pak mertua s4kit. Sekarang mak pak mertua pun datang menumpang…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Akak ni nak ajar korang cara cara untuk tinggal ataupun menumpang di rumah orang samada adik beradik, sed4ra mara selain dari mak ayah kita. Akak menerima adik ipar perempuan tinggal di rumah selepas dia habis SPM.

Kata mak mertua dia tak mau belajar lagi dah jadi disuruhnya bekerja dengan suami akak. Suami akak ni belajar takde la tinggi tapi Alhamdulillah Allah bagi dia rezeki dalam bidang peruncitan. Mungkin mula – mula mak ayah mertua ni tak pernah terfikir suami akak ni boleh ada rezeki dalam bidang ni.

Lepas kahwin dan lepas dapat anak pertama, dia dapat semuanya. Semenjak tu mak ayah mertua baru la rasa anak dia ni ada masa depan dan terus suruh adiknya tinggal dengan kami. Adik ni sangat dimanjai oleh mak ayah dia sehingga satu apa pun tak pernah buat.

Jadi mungkin diorang fikir bila duduk dengan kami (akak ni surirumah ye), cerah la masa depannya macam si abang ni walaupun setakat SPM. Maka bermula episod kehidupan dia bersama kami. Omakkk aii… memang dia ingat, dia duduk dengan mak ayah dia agaknya.

Satu apa pun tak tau nak buat. Bangun pagi, duduk – duduk, ambil pinggan sarapan dan duduk lagi. Makan tengahari, duduk lagi, makan petang, pastu makan malam. Mesti korang kata kenapa akak tak suruh dia buat kerja, hurm dia pun tak pernah masuk dapur, jenguk akak ni haa.

Buat kerja rumah ni tak payah tuan rumah suruh kalau dah tau diri tu menumpang. Penyapu, mop dan lain – lain, semuanya ada.. Ambil la buat aja, lagipun dapur akak ni kecik je. Kalau dia masuk dan tolong, mau bergesel punggvng.

Sebenarnya banyak kerja dia boleh buat kalau dia nak buat. Jadi perkara pertama akak nak bagitahu, kalau menumpang rumah orang jangan rasa diri tu tetamu pulak dah. Sentiasa nak tuan rumah bagi keistimewaan pada kita.

Dan pada mertua mertua, tolonglah pesan – pesan pada anak kita tu suruh la dia buat apa yang patut, jangan la sampai tuan rumah rasa meluat. Sem4kin hari sem4kin tertekan hidup bila kami suami isteri dah tak boleh nak bersembang lebih – lebih, rasa diperhatikan.

Yelah.. memang betul apa yang kami fikirkan. Dia balik kampung cerita pada mak ayah dia. Adoiiii str3sss str3ss! Tiba – tiba pak mertua tanya kami rumah yang kami baru tengok berhajat nak beli. Dah sah – sah la dia bawa mulut. Habis tu kami kena sembang dalam bilik tidur la kalau gitu.

Satu hal lagi suami tak boleh la nak cerita pasal kerja dan pekerja dia kat rumah sebab nanti adik dia pergi cerita balik pada staff – staff dia. 5 tahun oii, dia duduk menumpang, kami duduk dalam keadaan macam tu. Str3ss tak usah cerita la, badan kami kurus kering, selalu jatuh s4kit. Sabar aja la.

Akak bersyukur juga suami faham dengan keadaan akak bila diberinya pembantu rumah selepas kami berpindah rumah yang lebih besar dan bertambahnya bilangan anak. Tapi akhirnya pembantu rumah dan adik ipar pula sem4kin bertambah berat badan, kami berdua tetap kurus kering.

Sem4kin lama sem4kin bertambah bilangan ahli rumah, sorang lagi adik ipar datang kerja dengan abang dia. Maka bila Jumaat malam je disuruh la abang dia ni hantar ke bus station untuk dia balik kampung. Yang herannya kenapa yang sorang lagi ni tak mau balik.

Kesian suami akak, balik kerja penat – penat pastu kena berjaga sampai lewat sebab nak hantar adik dia ke bus station untuk naik bas lewat malam. Nak jadikan cerita mertua pun sama, datang tinggal sama lebih sebulan bila pak mertua tak sihat.

Jadi setiap kali nak ke hospitaI akak yang akan temankan mertua. Ye la, bila ditanya apa doktor cakap, dua – dua cakap, ” Entahla.” Jadi akak la masuk sama dalam bilik doktor bila ada appointment doktor. Maka bermula la episod melayan mertua. Takpelah, itu kira tanggungjawab..

Tapi ada masa akak ni nak juga jumpa mak ayah akak, jadi c4baran jugak la nak meninggaIkan mereka mereka ni di rumah. Maka bermula la episod masam muka pak mertua. Bersabar la banyak – banyak. Suami akak, dia buat tak tak tau je.. pandai – pandailah akak handle semuanya.

Maka apabila bertambah rasa sesak di d4da ni. Allah datangkan hidayah buat akak. Setiap malam akak solat hajat minta Allah bantu kami.. Tahajud, setiap malam, baca surah Yaasin, hari –  hari akak minta tolong dari Allah ye.

Pabila satu hari pak mertua akak jatuh s4kit yang lebih teruk, maka adik ipar terp4ksa balik ke kampung untuk bantu mak dia menguruskan ayahnya. Dengan rela hati dia balik kampung dengan beg besar. Satu hal tentang mertua ni dia amat manjakan anak bongsu dia ni.

Hinggakan hari ini adik ni dah berkahwin dan masih tinggal dengan mertua. Tak perlu buat apa – apa kerja rumah, tak tau masak, sidai kain pun mak dia buat sebab dia nak kena jaga anak dia. Belanja dalam rumah tak usah kata la, pagi – pagi letak je duit atas meja, suami si adik ni akan pegi beli.

Senangnye hidup. Kami ni duduk sendiri semua berg4ntung pada diri sendiri. Akak nak pesan kat korang, bukan semua benda yang mak ayah kita buat pada kita tu betul. Sebenarnya kita perbetulkan balik supaya ianya tak mendatangkan mud4rat pada kita di masa hadapan.

Korang bayangkan kalau mertua tu takde, apa akan jadi pada adik tu nanti. Kalau sikit – sikit, kami boleh bantu tapi takkan lauk nasi pun kami nak kena supply kut. Jadi ingatlah, dalam hidup ni biarlah bersusah – susah dahulu,bersenang – senang kemudian.

Alhamdulillah hidup kami lebih aman dan hingga sekarang akak masih bertahajud. Hidup kami mungkin tidak kaya macam orang lain tapi kami tetap bersyukur bila Allah bagi kami anak – anak yang soleh, berpengetahuan agama lebih dari kami dan dapat menghafal Al Quran lebih jauh baik dari kami.

Dalam hidup jangan suka mengata orang. Sentiasa lihat kekurangan diri berbanding orang lain terutama dalam hal Akhirat. Rezeki ini bukan la duit dan kekayaan semata – mata tapi sebenarnya ketenangan hidup tu yang diperIukan.

Carilah sebanyak ilmu., jadikan anak – anak sebagai aset pelaburan kita dia dunia dan akhirat. Akhir kata, akak doakan kita semua dalam lindungan Allah dan dimurahkan rezeki.. – Ummu Amr

Komen W4rganet :

Fatma Nawi : Tips menumpang rumah orang, saya tinggal kat umah kakak yang dah kahwin hampir 6 tahun lebih.  Walaupun dengan kakak sendiri (dia surirumah).. kita kena letak diri sebagai ‘menumpang’. Kena tahu privasi diorang.

Rajin – rajin kemas rumah.. cuci toilet. tolong masak simple – simple kalau diorang keluar. Atleast diorang balik makanan da ada. Kalau kerja.. time gaji pandai – pandai la amik hati. Belanja makan or beli la apa – apa buat makan sama – sama.

Bawa anak – anak diorang makan ke.. Bulan – bulan hulur – hulur la sikit duit. Jangan nak lepak depan tv je memanjang. Kalau takde bende nak buat duk dalam bilik je. Nak keluar mana – mana bagitahu sepatah.

Faizura Zulkifli : Tinggi tahap kesabaran akak ni sebab hormatkan mertua, dia sanggup tahan perasaan dan minta tolong hanya dengan Allah. Lama dia pendam. Bukti kata – kata mak saya yang selalu pesan.. Banyak sabar dan doa dengan Allah. Jangan biadap sebab rezeki yang Allah bagi kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin dapat pada anak macam confessor. Rezeki dapat anak yang tinggi ilmu quran.

Cik Puan Minn : Tak kira lah menumpang rumah siapa, perlu ada common sense. Takkan sebab kita menumpang rumah mak kita kita boleh duduk free anak beranak dengan alasan mak tak bising pun nak duit, takkan kita biarkan mak kita basuh baju kita laki bini dengan alasan mak tak bising pun suruh basuh baju, tak masak untuk laki dan anak – anak dengan alasan sebab masakan mak sedap.

Belum lagi yang jagakan anak pastu free pulak dengan alasan nak kasi main dengan cucu. Tulis kat socmed pandai sayang my parents tapi dalam tak sedar buat mak bapak macam orang gaji.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.