Esoknya rakan sekampus suami hubungi saya. Dia minta maaf pada saya tapi tak sanggup tengok saya kena tipu. Saya tak lagi rasa sedih, setitik air mata pun tiada. Saya minta dengan ketua untuk pulang awal, saya terus memandu ke pejabat agama, failkan cerai. Sebelum pulang saya bagitahu suami, saya dah kemaskan beg dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya Myra seorang penjawat awam berusia lewat 30an mempunyai 2 orang anak lelaki yang meningkat remaja. Saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya yang pernah dicurangi suami, sepertimana Dr N yang telah dicurangi oleh suaminya Dr H yang berskandal dengan R.
Kira – kira 12 tahun lepas, saya dan suami berjauhan kerana suami menyambung pelajaran dan saya berpindah tinggal bersama ibu saya di satu daerah yang hanya lebih kurang satu jam 30 minit sahaja dengan institusi suami belajar.
Namun atas kekangan kenderaan, suami menetap di asrama. Ketika itu, anak baru seorang, masih kecil, berusia 1 tahun, tinggal bersama saya dan saya sedang mengandungkan anak kedua. Saya bekerja sebagai penjawat awam di daerah tempat tinggal ibu saya.
Permulaan kecurangan suami bermula suami dan perempuan tersebut sekelas (saya namakan A) sering berkomunikasi dan bergurau senda. Walaupun suami pulang bertemu saya dan anak di hujung minggu, mereka seringkali ber-sms (12 tahun lepas masih belum ada aplikasi whatsapp atau telegram).
Saya berasa sangat pelik dan hairan, mereka cuma sms bertanya, sudah makan? buat apa? sedangkan sepatutnya sebagai rakan sekelas yang berbeza jantina, tidak perlu nak bertanya khabar sebegitu. Sehingga suatu hari saya buka laptop suami (sebenarnya milik saya tapi suami pinjam untuk kegunaan belajar), saya dapati ada gambar A dan rakan – rakan lain.
Saya mula mengesyaki sesuatu, kenapa perlu menyimpan gambar perempuan lain di dalam laptop. Hampir sebulan, caj sms di bil meningkat tetapi saya tidak dapat ‘trace’ nombor. Saya sem4kin pelik kerana kami berdua berkongsi ‘line’ yang sama.
Jika kami berhubung atau ber-sms tiada caj dikenakan. Saya pelik dan bertanyakan suami, suami beritahu memang dia kerap sms kawan – kawan sekelasnya atas urusan belajar. Saya tanya juga suami, apa hubungan dia dengan A, sebab kerap kali nampak dia ber-sms dengan A, dia cakap dia hanya menganggap A sebagai adik sahaja.
Suami sering memberi alasan untuk tidak pulang hujung minggu bertemu saya dan anak. Saya mula tidak sedap hati, jadi saya pula memandu bersama anak, pergi ke kampus suami untuk bertemu beliau dan menyewa motel.
Suami masih berhubung dengan A ketika saya bersama dia di motel. (saya semak tarikh dan masa di bil). Suami jatuh s4kit ketika dalam kelas. A bawa suami ke hospitaI dan suami dimasukkan ke wad. Saya bergegas ke daerah suami dan tinggalkan anak kepada ibu saya dan menjaga suami di wad.
Ketika dalam wad, suami masih berhubung dengan A (semakan tarikh dan masa di bil), ketika saya sedang tidur duduk di sisi suami, dalam keadaan tidak selesa dan mengandung, suami masih lagi curang. Saya berasa sangat tidak tenang bila saya kembali berjauhan dengan suami.
Saya kerap hubungi suami. Saya perasan, suami mula rimas dengan saya dan selalu mengelak dari saya. Bil telefon sem4kin meningkat tetapi suami jarang hubungi saya. Akhirnya saya minta syarik4t telekomunikasi sediakan bil ‘detail’ nombor yang di-sms dan Allah tunjukkan nombor A paling kerap dihubungi suami.
Suami dan rakan – rakan sekelasnya mengadakan program di sebuah tempat. Suami tidak bercadang untuk pulang ke rumah ibu saya. Tetapi disebabkan saya, seorang isteri yang halal dan sentiasa merindukan suami, saya memandu ke tempat program suami dan mengajak suami pulang ke rumah.
Saya cuba tenangkan hati, tidak mahu marah – marah suami walaupun hati saya s4kit melihat nombor A yang kerap dalam bil. Saya cuba bercakap dengan baik, saya minta suami berterus terang, akhirnya suami mengaku beliau telah menjalinkan hubungan cinta dengan A.
Betapa r3muknya hati saya ketika itu, saya rasakan bagai seketul batu menghempap kepala saya. Lutut saya menjadi lemah. Saya terfikir apa kekurangan saya dibandingkan dengan A. Saya cantik, berkerjaya, saya mampu memberikan suami anak, saya berk0rban wang ringgit untuk membiayai anak saya sedangkan suami saya cuma mendapat biasiswa yang cuma untuk dirinya sahaja.
Begitulah sebagaimana Dr N rasakan bila dia tahu suaminya Dr H mencuranginya. Berbeza kes saya, suami saya tidak sampai tahap melakukan z1na tetapi hati yang pecah tu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya minta untuk bersemuka dengan A.
A bersetuju dan berjumpa dengan saya. A mengaku dia sayangkan suami saya, dia tahu suami saya itu suami orang, bapa orang. A mengaku suami saya pernah mengucapkan I LOVE U kepadanya dan dia pun membaIas cinta suami saya.
Saya tanyakan mereka berdua apa yang akan mereka buat setelah mereka sudah kant0i? Mereka setuju untuk putvskan hubungan. Saya minta suami saya jauhkan diri dari A dan A jauhkan diri dari suami. Bagi saya, suami saya adalah hak saya dan anak saya dan saya harus pert4hankan perkahwinan saya.
A adalah orang luar jadi dia tidak perlu berada dalam hubungan kami. Selepas peristiwa itu, hati saya masih tidak tenang dan selalu terfikirkan tentang kecurangan suami. Saya menjadi penyedih tapi saya berusaha melayan suami dengan baik.
Setiap malam saya bangun solat dan menangis memohon Allah memberi ketenangan kepada saya. Saya amalkan zikir dan doa untuk menghilangkan kesedihan. Saya sering menyalahkan diri sendiri, mungkin kerana saya tidak mampu mencantikkan diri disebabkan saya mengandung, bentuk badan tidak menarik, suami tidak lagi tertarik kepada saya.
Saya melalui hari – hari dengan keadaan yang sedih, tidak tenang, sentiasa mengesyaki suami masih curang dengan A. Hampir sebulan berlalu, pada suatu malam, saya bangun dan saya tidak lagi berdoa Allah berikan ketenangan kepada saya.
Tetapi saya tukar doa saya memohon Allah memberi petunjuk kebenaran kepada saya jika suami masih lagi mencurangi saya. Allah Maha Baik, esoknya seorang rakan sekampus suami menghubungi saya. Dengan penuh sopan, beliau mohon maaf pada saya dan memberitahu saya bahawa beliau sangat kasihankan saya apabila beliau melihat suami dan A sering bermesra, kerap keluar ‘dating’.
Kata beliau, sekarang ini pun (jam 1 petang) mereka berdua keluar makan tengahari berdua. Ketika itu saya di tempat kerja, sekali lagi saya rasa lutut saya lemah, kepala saya dihempap batu dan saya rasa saya ini bukan sahaja dicurangi tetapi saya dikhi4nati dan ditipu hidup – hidup.
Saya tak lagi rasa sedih, setitik air mata pun tiada tetapi saya rasa saya sangat b0doh meratapi kesedihan setiap malam, saya rasa j0doh saya dan suami hampir ke penghujung. Saya minta dengan ketua untuk pulang awal, saya terus memandu ke pejabat agama, saya rasa tidak mampu lagi untuk mempert4hankan perkahwinan saya.
Saya membuat permohonan untuk bercerai atas alasan tidak ada persefahaman. Sebelum pulang, saya hubungi suami. Saya katakan pada suami, saya tahu dia tak mampu berpoIigami dan saya pun tak mampu untuk hidup bermadu.
Dan, dia pun tak boleh nak putvskan hubungan dengan A, jadi baiklah saya yang mengundur diri supaya dia boleh terus bersama dengan A. Saya dah penat untuk mempertahankan perkahwinan ini, jadi saya anggapkan j0doh kita hanya di sini.
Saya doakan suami bahagia dan tolong doakan saya juga temui kebahagiaan saya. Saya juga memberitahu suami, saya telah menfailkan penceraian dan meminta dia menunggu surat mahkamah yang saya alamatkan ke rumah mentua.
Tahu tak apa perasaan saya ketika dicurangi kali kedua? Perasaan saya KOSONG. Allah tarik rasa cinta dan kasih pada suami dan gantikan rasa KOSONG. Tiada apa apa perasaan langsung pada suami. Muka dia pun saya tak ingin lihat lagi.
Saya beritahu suami, pulangkan semula laptop saya dan datang ambik beg pakaian dia. Saya pulang ke rumah. Saya kemas semua pakaian dia. Saya sudah tidak mahukan dia lagi. Saya memang tidak perIukan suami kerana saya bekerja dan saya mempunyai wang sendiri.
Saya tak perIukan suami yang mengkhi4nati saya, yang tidak menjamin saya ke syurga, yang solat pun kadang – kadang buat kadang – kadang terlepas. Petang itu, suami sampai ke rumah ibu. Suami merayu rayu memohon maaf, suami beritahu, apa yang berlaku adalah tanpa sedar.
Beliau sendiri tidak sedar bila masa dia jatuh cinta, beliau benar – benar insaf dan memohon peluang kepada saya. Beliau berjanji akan berubah dan tidak akan menduakan saya lagi. Saya memberi kata dua kepadanya. Sama ada dia berlaku setia atau jika dia mencurangi saya, akan jatuh taIak satu.
Suami mengangkat sump4h bahawa jika dia mencurangi saya, akan jatuh taIak satu. Saya memberitahu suami bahawa saya memang tidak mahukan dia dan tidak perIukan dia tetapi dia tidak sanggup anak kami hidup tanpa seorang ayah.
Suami meminta saya menarik balik permohonan cerai yang telah saya kemukakan. Suami memberitahu bahawa beliau bukan setakat hilang saya dan anak tetapi beliau akan kehilangan keluarganya jika keluarganya tahu beliau mencurangi saya.
Mengenangkan ibu mentua saya yang sangat baik, dan jugak anak lelaki saya yang perIukan kasih sayang seorang ayah, saya menerima kembali suami dalam hidup saya. Kami masih lagi suami isteri sehingga 10 tahun sebelum beliau meninggaI dunia ketika tidur.
Sepanjang 10 tahun, terus terang saya katakan, saya memang tidak ada perasaan langsung kepada suami. Saya cuma tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri, tanpa rasa cinta kepada suami. Setiap hari saya berdoa semoga Allah berikan semula rasa kasih kepada suami tetapi tidak ada sekelumit pun rasa untuk dipupuk.
Hampir setiap bulan saya akan mengingatkan suami tentang lafaz sump4h dia dahulu. Dia sedih dan merajuk saya tidak lagi percayakan dia, tetapi saya katakan padanya, jika awak menduakan saya, tolong beritahu saya supaya saya tahu status saya sebab saya tidak mahu hidup dalam maksi4t tanpa pengetahuan saya.
Saya sebenarnya sudah tidak kisah jika saya tidak menjadi isterinya. Saya sudah pun memaafkan suami tetapi untuk saya tidak mampu melupakan apa yang telah berlaku. Berbalik kisah Dr N, bagi saya beliau memang sangat kuat.
Sudah tentu beliau berfikir panjang sebelum beliau menviralkan kisah kecurangan Dr H itu. Saya rasa jika Dr N itu wanita yang kurang iman, sudah lama beliau membawa pis4u dan tik4m suami dan skandaI itu. Tetapi Dr N masih boleh bercakap dengan baik, masih boleh terima Dr H melafazkan taIak di depan skandaInya itu.
Netizen yang hanya tahu mengomen tentang aib suami itu mungkin tidak pernah rasa dicurangi suami agaknya. Atau pun lelaki lelaki yang hanya menangkan kaum lelaki juga, yang tidak memikirkan hati dan perasaan seorang isteri yang setia.
Paling ditakuti, isteri juga membaIas d3ndam dengan mencurangi suami dengan alasan suami curang. Eh laki aku boleh buat, aku pun boleh buat juga. Alhamdulillah saya tidak berfikiran sebegitu. Walaupun selepas bersalin, saya kembali cantik dan langsing, ada mata mata gatal yang mengganggu, yang tidak tahu saya punyai suami yang berjauhan.
Tetapi Allah masih pelihara iman saya. Buat Allahyarham suami, saya maafkan awak. Saya juga mohon maaf kerana tidak dapat mencintai awak seperti dulu lagi. Saya terima awak semata – mata kerana ibu dan anak – anak.
Benarlah orang kata, suami adalah hak Allah. Hanya pinjaman kepada isteri. Kalau tidak diambil orang, tetap juga diambil Allah. Buat A, saya dah lama maafkan awak. A pun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya doakan awak tidak diuji kecurangan suami, sebab s4kit itu hanya yang mengalami sahaja yang faham perasaan itu.
Buat Dr N, saya doakan anda tabah dan tidak menoleh ke belakang lagi. Saya sangat faham apa yang anda rasakan, walaupun berbeza kisah kita. Tetapi untuk menerima suami yang telah berz1na, dengan bukti yang ada, memang seumur hidup akan buat anda tr4uma dan susah untuk maafkan dan lupakan.
Saya sendiri hidup tanpa rasa selama 10 tahun. Memang hidup saya tidak bahagia tetapi hati saya seronok melihat anak – anak saya yang sem4kin membesar dan cerdik. Saya doakan anda akan bahagia dan bertemu j0doh dengan lelaki yang 1000 kali lebih baik dari Dr H.
Kini fokus saya hanya membina kerjaya dan membesarkan anak – anak saya. Doakan anak saya menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhir4t. Semoga Allah tempatkan roh suami saya dalam kalangan orang beriman. Mohon pembaca sedekahkan Al fatihah kepada suami saya. – Myra (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Mohd : Saya tertanya – tanya. Bagaimana puan selepas suami meninggaI. Sebab.. puan hidup 10 tahun tanpa cinta. Adakah puan mendoakannya? Adakah puan memohon anak – anak mendoakannya? Sebab.. saya pun balu.
Alhamdullilah, suami menyantuni saya dan anak – anak dengan baik sewaktu hayatnya. Jadi.. saya memang terkesan dengan pemergiannya. Teori saya dan rakan – rakan balu yang lain, perasaan sedih kami ini valid kerana kami disantuni dengan baik oleh arw4h suami – suami kami. Namun, saya tertanya bagaimana isteri yang ditinggalkan oleh suami begini.
Liz Abdul : Jalan cerita agak sama dengan saya, 13 tahun dulu. Memang hati rasa kosong. Tapi saya pilih untuk keluar dari perkahwinan yang saya rasa akan hanya menghancurkan anak – anak saya kalau saya sendiri tidak bahagia.
Alhamdulillah, saya dan anak – anak bahagia sekarang tanpa dia, 10 tahun telah berlalu. Confessor sangat tabah kerana mampu hidup tanpa perasaan. Hats off. Insyaallah, ada pelangi selepas hujan. Semoga anak – anak membesar jadi anak yang soleh dunia akhir4t.
Hanna Emilya : Rasa s4kit suami diambil orang itu sangat berbeza rasa s4kitnya suami diambil Tuhan. Kerana kita semua tahu kem4tian itu adalah satu kepastian. Rasa sedih itu tidak disertakan bersama rasa dikhi4nati, ditipu. Big hug to confessor. Awak adalah contoh dan bukti bahawa wanita itu boleh memaafkan, tapi tidak untuk melupakan, walau orang yang meny4kiti itu sudah tiada.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.