
Setiap kali aku naik h4ntu, suami jadi m4ngsa. Tapi suami aku baik, dia sabar je. Aku tersedar, aku suruh suami cari wanita lain. Sehinggalah suami bagitahu yang dia dah jumpa pengganti. Aku minta dilepaskan…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku membesar dalam keluarga yang kucar kacir. Ibu bapa aku tak berpisah, tetapi sentiasa berg4duh atas sikap bapa yang sentiasa buat hal. Curang, boros, tak solat, tak bertanggungjawab, mentally abvsive, suka mengeluarkan kata – kata tidak elok.
Ibu pula akan lempiaskan kemarahan dekat anak – anak. Tapi bila dah besar, ibu berhenti memarahi anak – anak. Aku pula jadi rapat dengan ibu sebab aku anak perempuan bongsu yang masih tinggal dengan mereka setelah abang dan kakak – kakak aku berkahwin.
Aku tak nak tinggalkan ibu dengan bapa sebab ibu cakap dia boleh jadi giIa kalau hidup berdua dengan bapa. Ibu banyak kali minta cerai, tapi bapa tak nak lepaskan ibu dan ibu redha hidup macam tu. Jadi aku lah yang setia menjadi saksi perg4duhan ibu dan bapa.
Satu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki dan kami berkahwin. Pada masa itu aku masih belum pindah keluar sebab ibu aku s4kit. Sebulan selepas aku nikah, ibu meninggaI dunia. Selepas itu aku berpindah ke rumah yang suami aku sediakan. Bapa aku pula tinggal dengan keluarga kakak aku.
Setelah ibu takde, hubungan keluarga aku m4kin renggang. Aku pula ibarat tak dapat menerima hakik4t bahawa ibu telah pergi selama – lamanya. Aku sedar ada yang tak kena dengan diri aku, jadi dengan sokongan suami aku pergi ke hospitaI untuk mendapatkan rawatan psikiatri.
Aku didiagnos dengan depr3ssion, anxiety dan post traum4tic str3ss disorder. Semua berpunca dari childhood tr4uma aku. Suami aku sangat baik. Dia merupakan tempat yang selamat bagi aku. Tapi disebabkan aku susah kawal emosi, suami juga menjadi saksi tiap kali aku mengalami mental breakdown.
Dia terlalu sabar dengan aku dan sem4kin lama aku sedar yang aku sebenarnya meny4kiti dia. Kalau lah aku tahu aku seteruk ini, tak mungkin aku akan terima lamaran dia. Setahun selepas nikah, aku mengandung. Selepas bersalin, aku didiagnos Post-partum depr3ssion pula.
Aku tak dapat kawal kemarahan sehingga sekecil – kecil perkara buat aku marah meluap – luap. Aku tahu, begini lah keadaan ibu aku semasa aku kecil dahulu. Sentiasa meng4muk disebabkan bapa yang tak bertanggungjawab. Akhirnya anak – anak membenci sama sendiri, keluarga jadi kucar kacir. Aku tak mahu jadi seperti ibu aku.
Suami aku bapa yang sangat baik, juga seorang suami yang bertanggungjawab. Tapi aku tahu aku meny4kitkan dia apabila aku tr1ggered. Aku selalu memarahi dia. Aku terlalu sayangkan suami dan anak aku dan aku tak nak mereka s4kit disebabkan aku.
Aku berbincang dengan suami, bahawa lebih elok sekiranya dia lepaskan aku. Sebab sesungguhnya suami aku terlalu baik dan aku tak sanggup untuk meny4kitinya lagi. Disebabkan aku terlalu attached dengan suami aku, attachment turned into feelings, and feelings made me vulnerable. Bila aku vulnerable, akhirnya aku akan meny4kiti orang sekeliling aku.
Pada awalnya suami aku berkeras tak mahu lepaskan aku. Dia mahu menjaga aku tapi aku sedar diri yang aku hanya akan sentiasa meny4kitkan dia. Kami masih berkahwin, tapi dalam masa yang sama aku izinkan suami aku untuk mencari wanita lain sebab aku tak mampu nak sediakan dari segi emosi. Jadi aku akan tunggu sehingga dia berubah hati.
Satu hari, suami beritahu bahawa dia sedang berkenalan dengan seseorang. Bagi aku, senang begini supaya suami aku tak terlalu s4kit untuk lepaskan aku bila dia jumpa orang lain. Tapi syarat aku, sekiranya dia ingin berkahwin lain tolong lepaskan aku sebab aku tak sanggup lihat dia dengan wanita lain walaupun itu yang terbaik untuk dia.
Aku terlalu sayangkan suami aku, jadi aku perlu lepaskan dia sebab dia memang layak dapat yang lebih baik. Bekas suami aku kini telah berkahwin lain. Mereka mempunyai anak bersama dan anak aku juga tinggal dengan mereka. Aku bersyukur ibu tiri anak aku seorang wanita yang baik dan terima anak aku seperti anaknya sendiri.
Anak aku juga sentiasa ceria apabila giliran dia bertemu aku, jadi aku rasa amat lega kerana aku merasakan keputusan aku selama ini tak sia – sia. Dalam hati aku, aku masih sayangkan bekas suami aku. Tak mungkin dia akan bahagia seperti ini sekiranya kami masih berkahwin.
Aku redha bahawa mungkin tiada jodoh aku di dunia, dengan sikap aku begini aku tak mahu s4kitkan hati sesiapa. Kepada N bekas suami ku, saya sentiasa doakan awak bahagia. Kepada isteri bekas suami ku, A, terima kasih kerana menyayangi anak aku sepenuh hati.
N seorang lelaki yang sangat baik dan kalian truly deserves each other. Terima kasih kerana saling menyayangi antara satu sama lain. Kini aku bahagia bila aku lihat kalian bahagia. Adakah aku tak teringin rasa disayangi pasangan? Sudah tentu aku mahu.
Sejujurnya hati aku hanya ada N. Tapi tak mungkin aku akan kembali pada dia disebabkan aku terlalu sayang, jadi melepaskan lebih elok daripada bertahan. – Awan (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
IKON CLUB : Saya pernah dengar sorang ustaz ni cakap, “melepaskan orang yang kita cinta dan sayang adalah cinta yang tulus.” Bukan mudah untuk puan buat keputusan ni. Tapi demi diri sendiri, suami dan anak puan berani buat keputusan untuk melepaskan orang tersayang.
Tengoklah sekarang semua bahagia. Paling penting sekali puan. Keadaan puan sema4kin baik. Puan bahagia dengan anak. Anak pun ceria je Alhamdulillah. Baikkan Allah. Moga Allah merahm4ti, mengangkat darjat puan dan dimasukkan ke dalam syurga tertinggi tanpa hisab. Moga Allah kurniakan kesihatan afiyah yang baik dan berpanjangan pada puan Aamiin Ya Mujib.
Tinn Weena : Mak dan ayah tolong jangan g4duh depan anak – anak. Jangan lepaskan marah or mentally abvsive pada pasangan. Kalau rasa tak boleh break the cycle better pilih jalan masing – masing. Sebab kesan dia pada diri sendiri, anak lepas tu cucu dan repeat for generations.
Tengoklah orang – orang yang baran sekeliling kita, cuba pergi tengok parents dia. Saling tak tumpah. As a grown-up kita la yang kena tunjuk contoh yang baik pada anak – anak. Kalau kita yang salah, perbetulkan. For tt, jangan skip jumpa psychiatrist ya. Awak tak berjuaang sorang – sorang. Allah uji sebab Dia sayang. Stay in supportive circle.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.