Makcik datang usap perut aku yang dah sarat mengandung. 3 kali dia pegang, malam tu perut aku berombak kuat

Aku tak pernah canang dekat FB yang aku ni mengandung anak kembar. Tiba – tiba makcik call cakap nak datang. Aku perasan masa dia datang, dia tengok je aku kemudian 3 kali dia usap perut. Malam tu lepas isyak, perut aku berombak kuat. 3 hari kemudian tiba – tiba doktor cakap tak dengar nadi anak kembar aku..

#Foto sekadar hiasan. 11 tahun berlalu amat bermakna untuk diri aku. Yela rezeki bertimpa – timpa, dapat kerja tetap dan disahkan mengandung anak kembar. Aku bukan jenis upload UPT kat FB, canang baby bumb, kongsi gambar scan 3D bagai.

Bila ada yang tanya status secara depan -d epan baru ceq habaq. Jadinya masa raya, aku masih tak heboh yang aku bakal melahirkan kembar seiras kelak. Cerita aku bermula pada 27.11.2011. Tengah siap – siap nak pegi kenduri aqiqah kawan mak, tiba – tiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nak datang rumah.

Tanpa rasa sangsi ayah terus ‘okay’. Jadi bila dorang sampai aku yang sambut maklumlah dah 36 minggu. Tak larat dah nak buat apa – apa kat rumah mak. Bila dorang sampai makcik aku sorang ni dia teruja lain macam.

Sampai – sampai je, dia terus salam sambil pegang perut aku. Pastu aku bagitahulah yang kandungan ni adalah kembar seiras dan tarikh jangkaan pada 1.1.2012. Makcik aku boleh tak percaya, siap meragui pulak kerja doktor. Dia kata salah cek..

Habis dah sesi warm up sembang, aku pun pergiIah dapur nak tolong mak angkat – angkat cawan nak bagi dorang minum. Tiba – tiba makcik aku ni datang dapur nak tolong. “Eh, biar Uteh tolong. Sian mak buyung buat kerja.” (sambil pegang perut aku).

Kita pun seronoklah sebab badan tak larat, ada pulak yang datang bantu. Memang kena masa la bantuan dia. Untuk pengetahuan korang, mak cik aku ni ada 2 orang anak d4ra tau tapi anak d4ra dia pemalas. Dah ready makan minum, dorang pun makan la kat meja yang disediakan.

Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa. Dia perhati je ape yang aku buat. Masa tu tengah suapkan anak makan, jadi piring tu aku letak atas perut buat macam meja. Dia tegur, “tengok tu perut dah besar sampai boleh letak piring”.

Selesai sembang pasal anak lelaki dia yang nak bertunang bulan 2/2012, dorang pun start nak gerak balik. Ehhh.. lagi sekali pegang perut aku. 3 kali dah dia pegang. Esok malamnya lepas je isyak, tiba – tiba perut aku berombak.

Pergerakkan twin sangat – sangat agresif. Ke kiri ke kanan dorang, sampai mak dan suami tengok perut aku yang tengah berombak tu. Senak beb. 2 orang dalam perut macam tengah wrestling. Aku pun dah tak tentu arah time tu.

Lusa pergerakan twin sayup – sayup je. Aku ingatkan sebab tempat dah sempit, jadi twin pun behave dalam perut bonda dia. 30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah. Tak mungkin la terk3ncing. Rupanya air ketuban dah pecah, warna dia macam kopi o cair.

Terus panggil mak, semua kelam kabut bangun siap – siap pergi MHKL. Sampai kat hospitaI, prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm. Dorang cek time tu masih 1 cm. Jadi dorang pun relax je la sebab belum masa lagi.

Dorang cari heartbeat twin beIah kiri, senyap! BeIah kanan, senyap! BeIah bawah pun senyap! Jadi nurse panggil doktor, doktor pelatih pun scan. Tiba – tiba doktor tu hilangkan diri. Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1. Pun senyap.

Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar. Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE! Aku tanya la sejak bila? Dia cakap dalam tempoh lebih 24 jam. Bila di flash back mungkin masa perut tengah berombak ritu. Jadi dorang bawak aku pergi bilik kaunseling.

Cerita pulak dengan mak, mak yang nangis. Aku? Konfius dengan perasaan masa  tu. Air mata pun tak mampu nak keluar. Jiwa kosong, perasaan berkecamuk. Aku kena masuk ward. Jam 2am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm.Terus dorang tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm.

Teran bagai nak rak sebab 100% tenaga kita kerah. Doktor tak galakkan untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”. Sump4h penat! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni. Sunyi LR.

Aku peIuk Qaisara. Mengalir d***h kat hidung anak bonda. Aku nampak muka Qaisara dah biru. Ya Allah bid4dari syurga yang aku tengah lihat ni, aku civm. Nurse balut Qaisara dan letak tepi. Subhanallah orang lain teran.

Baby keluar riuh LR tapi aku hanya jasad je yang ada. Roh twin dah sampai di syurga. Tepat jam 6.50am lahirlah bid4dari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara. Dua – dua comel. Dua – dua pengiring bonda. Saham untuk bonda di akhir4t kelak.

Urusan pengebvmian berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan urusan h4mbaMu ini. 4 hari lepas besalin baru discharge sebab d***h banyak hilang waktu besalin. Siap kena refill 1 beg d4rah . Sampai kat rumah, rutin berpantang pun bermula.

Hari pertama berurut lepas selesai semua, tiba – tiba d4rah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci. Azabnya la nak keluar bila jahitan tak elok lagi. Lepas je keluar, aku bIeeding tak henti. Dari pukuI 12 malam sampai subuh aku dah tukar 12 keping pad.

Punyalah banyak d4rah keluar. Esok pagi mak ajak pegi balik hospitaI. Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak, menjerit aku dalam bilik. Dah la s4kit jahit belum baik. Doktor boleh seluk pulak. Bukan sekali, 2 kali kena seluk.

Rasa macam nak tendang doktor tu. Dorang scan tengok ada d4rah beku dalam rahim. Esoknya aku kena cuci, bila dah “cuci” yang kuar hanya 2 cc je kot, lepas “cuci”.. kena la refill balik HB (d4rahh merah) 1 beg. Settle masukkan d4rah dalam kol 5 petang, makan – makan sembang sebelum family dengan anak balik sekali tiba – tiba nak dekat maghrib sejuk yang amat – amat.

Sampai tangan merekot – rekot kejang. Nurse kelam kabut tengok aku. Sump4h tak tipu masa tu rasa nak pecah urat nak cari bl00d pressure pun tak dapat. Nak detect temperature pun tak boleh. Masa tu macam – macam ayat baca.

Aku fikir malaik4t m4ut nak cabut nyawa dah ke. Aku kuatkan semangat. Aku niat, “Ya Allah Ya Tuhan ku, aku ada anak. Kuatkanlah semangat aku demi dia yang masih kecil.” Selepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow – slow terus badan panas dan demam.

Lepas dah ok, lusa dah boleh discharge. Balik rumah pantang lagi macam biasa. Lepas 2 hari discharge, tiba – tiba aku tumpah d4rah lagi. Kali ni 3 hari lepak rumah sebab f0bia kena seluk dalam bilik PAC masih mengh4ntui.

3 hari bIeeding tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak. Telinga dah berdesing, bibir dan lidah dah pucat. Muka pun dah jadi kuning. Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring, nak basuh jauh la sekali.

Hanya kumpul je dalam plastik skali d4rah beku yang keluar berketul – ketul besar tapak tangan tebal seinci tu. Sump4h s4kit..! Fikirkan anak, aku pegi jugak la hospitaI. Betullah Allah cakap, selagi belum ajaI, teruk mana pun dugaan kau, tetap belum  sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko.

Sampai hospitaI, bIeeding yang tak henti 3 hari tu, terus takde. Tapi masih kena seluk gak la sebab doktor nak tengok d4rah beku. Dalam PAC dorang dapat result tengok HB tinggal 6 je. Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12.

Separuh beb hilang sebab bIeeding 3 hari non stop. Kena masuk wad lagi 3 hari, kena masuk d4rah 2. Bila 2x dah jadi macam tu, mak aku pun mintak bantuan sorang ustaz. Nak pulihkan semangat aku. Takut aku tak kuat.

Dengan anak kembar yang meninggaI. Tumpah d4rah pulak. Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan s4kit yang biasa – biasa tapi sebenarnya ada gangguan. Orang yang terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang. Tapi sebenarnya niat dia lain.

Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yang mak makcik aku tu bidan. Ustaz yang bagitahu satu persatu tentang “mak lampir” ni. Aku terkilan sangat. Kenapa keluarga sendiri buat aku macam tu. Anak tu takpe la mungkin dah janji kembar aku dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.

Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” sekali. Sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni. Risau aku tertumbvk muka dia. Kat sini aku nak nasihat sikit, apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan. Allah tak akan menguji h4mbaNya jika dia tau kita tak mampu.

Lagi satu, anak, suami, mak ayah, semua ni pinjaman, amanah untuk kita. Redhalah walaupun perit sebab setiap yang hidup pasti akan meninggaIkan dunia yang fana ni.

Nota kaki : Terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak. Aku tak p4ksa dan aku tak mintak simpati tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni. Banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada di sekeliling kita.

Jangan salah sangka ye kisah anak kembar aku ni. Bukanlah aku pertikaikan kerja Allah, aku redha ketentuannya. Itu hanya asbabnya sahaja. Kat sini aku nak highlightkan perbuatan syir1k dia, siksa yang aku tanggung masa berpantang.

Dua kali tumpah d4rah, 4-5 beg d4rah kena refill, kena seluk, kena cuci disebabkan perbuatan “mak lampir”. Jadinya yang rasa suci, rasa kebal dengan gangguan 3rd party ni, teruskan berdoa supaya tidak diberi dugaan macam ni. Kbai. Terima kasih admin.

Komen Warganet :

Fateen Hamdan : Masa pregnant pun jangan sebarangan pergi berurut. Masa saya pregnant, peha saya s4kit, tapi orang urut tu pergi urut kat pangkal rahim, koyakkk terus uri doc cakap. Alhamdulillah before bersalin uri tu bercantum semula so dapat bersalin normal dan baby sihat.

Tapi macam mak saya masa mengandungkan saya nasib dia kurang baik, orang urut tu pengamal, dia nakkan anak sulong je tapi dia tak tahu yang saya ni anak keempat, dia urut mak saya sampai saya punya tali pusat da terbelit kat leher, rupanya dia nak “musn4hkan” saya tapi sebab salah, dia yang jatuh s4kit.

Demam – demam katanya lepas urutkan mak saya. Arw4h atuk memang mengubat orang, dia dapat tahu dan dia tanye mak, mak pun ngaku memang ada pergi berurut. Arw4h atuk dapat “selamatkan” saya, sebulan jugak mak saya duduk hkl sampai la bersalinkan saya secara czer.

Noora Shaari : Aku percaya. Bila baca kisah dia. Teringat plak apa yang pernah jadi kat akak aku dulu, melenggang perut dengn bidan, akhirnya bidan tu lepaskn belaan dia pada akak aku, sebabnya nak pegi mekah dan beliau meninggaI kat mekah.

Lepas berubat, benda tu beralih plak pada mak aku, sampai ada satu hari tu, jiran mak aku baru beranak, anak dia m4ti, puncanya mak aku pergi tolong masa jiran dia tu mandikn anak dia dan anak dia lemas, tak tahu la lemas camne.

Tapi mak aku pergi tolong, ustaz kata benda yang dari bidan tula yang buatkn baby tu takde, lepas mak aku tolong, sebab benda tu ada kat mak aku, memang tak cite ape pon kat ustaz ni, tapi satu – satu dia bagitahu dan semuanya betol.

Dan sekarang benda tu dah takde dah. Ustaz tu dah buang habis dah. Part paling seram bila ustaz kata benda tu ada kat umah mak aku, duduk kat dapur. Rambut mengerbang, mencangkung.

Nurul Nasuha : Aku percaya dan paham apa yang dirasai penulis. Aku pernah pregnant dan aku hampir hilang anak aku time pantang. Syukur aku kuat semangat dan anak aku kuat semangat jugak. Time pregnant dulu aku memang tak bagi orang sentuh perut aku.

Hanya suami dan mama aku dan for sure lah nurse dan doktor. Orang lain memang tak bagi langsung. Sebab aku percaya dengan benda – benda ni dan benda ni pernah berlaku jugak dalam family aku. Sebab tuh aku hati – hati. Semoga tabah. Ada jugak yang tunggu dipintu syurga nanti. Al-fatihah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?