Nafkah aku setahun suami tak bagi, dia boleh bercuti dengan bini baru. Dia berpakat dengan isteri baru, cuIik anak aku dari sekolah

Suami cabar aku pergi mahkamah. Aku tunggu sampai nafkah tertunggak jadi 100k, aku terus naik mahkamah. Puas hati, bila Hakim baca jumlah tuntutan ratus ribu. Dia tak puas hati, dia cuIik anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Untuk Part I, Bila suami dah kahwin dua, dia bandingkan aku dengan bini baru. Dia ugvt ceraikan aku dekat FB. Aku baIas d3ndam. Khi4nat bayar khi4nat! Bukan setakat rumah dia aku jual, segala joran pancing harga ribu riban jenama abu garcia, shimano, daiwa dia pun aku jual.

Sport rim, bumper, lampu, sound system kereta dan entah apa lagi barang untuk dyno kereta dia semua aku jual. Jam tangan, koleksi robot, koleksi anime limited edition dia semua aku jual. Asal jadi duit, aku cash kan je. Peduli apa aku dia rela ke tak rela. Dia kahwin lagi, ada dia peduli aku aku rela ke tak selama ni? Takde.

Aku ni bukanlah sengkek sangat sampai semua harta orang aku nak sita. Tapi sebab kesabaran aku dicabar. Nafkah aku sebagai isteri hampir setahun dia tak bayar langsung. Bil api air WiFi rumah kereta yuran sekolah anak semua ni dia sengaja tak bayar dan dibiarkan tertunggak.

Tapi dengan bini baru sengaja post pergi bercuti sana sini. Loan dia tapi bank cari aku. Sekalipun gaji aku besar dan boleh je aku bayar tapi aku tak redha ye dia tak bayar nafkah aku. Apa nak jadi, jadilah. Sumpah sampai m4ti aku tak redha.

Entahlah… mungkin suami aku bosan agaknya dengan aku sebab aku ni hati baik, diam, tak meIawan. Dia buat apa pun, aku still ada dengan dia. Bila fikir balik, kalau aku jadi dia, aku pun bosan bini baik sangat ni. Takde cabaran. Rasa bosan hidup, tak thrill.

So, alang – alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Sebelum ni, bila dia banding aku dengan perempuan lain, aku perhatikan perempuan yang dia suka tu. Aku tiru semua gaya perempuan tu aku buat jadi template. Aku pergi saloon buat rambut buat treatment habis RM2000 untuk rambut sahaja.

Belum masuk facial treatment, manicure pedicure. Tapi rambut aku hasilnya memang cantik lah kepok – kepok golden blonde. Aku tukar gaya penampilan aku. Baju aku di rumah semua s3ksi singkat kain belah. Di luar aku masih muslimah, jangan risau.

Aku pergi gym bagi fit badan. Mana yang patut besar bagi besar. Mana yang patut slim bagi slim. Aku pastikan aku lebih cantik dari perempuan yang dia bandingkan aku tu. Of course aku swipe kad bank dia dengan rela hati masa tu. Aku fikir lepas aku make over diri, upgrade penampilan, pakai s3ksi, pakai perfume mahal wangi, cantik, rambut kepok – kepok persis model, dia akan stay dengan aku. Rupanya tidak.

Cantik tak cukup ye. Dia jadikan pulak alasan kerjaya aku yang sentiasa sibuk membuatkan dia kurang kasih sayang. Eh kau kalau nak bini hadap muka kau je 24 jam kau jangan kahwin dengan orang kerja hospital lah. Aku pernah minta tukar kerja klinik atau research line tapi faham – faham lah bukan harini kau mohon esok lulus kan?

Dia ni pun satu, dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Tak payah lah cakap bini yang punca sedangkan sebenarnya si suami ni yang tak reti bersyukur! Suami aku ni ada banyak kebaikan dia pada aku dan keluarga. Banyak kebaikan dia yang aku sangat hargai dan bersyukur.

Dia bayar kos surgery aku, dia sponsor separuh yuran aku sambung belajar. Family dia pun baik. Mak mertua aku baik macam mertua dari syurga. Kalau g4duh laki bini, mak mertua aku pertahankan aku sampai laki aku ni pernah lah tanya siapa anak mak sebenarnya ni?

Sebab tu.. Aku ni jenis selagi boleh pertahankan, aku pertahankan. Tapi… jangan bagi sabar aku habis je. So lepas rumah dah selamat dijual, sudah tentu lah suami aku ni mer0yan. Duit hasil jualan rumah tu aku suruh peguam aku simpan dalam akaun firma dia.

Aku mohon perintah injunksi dari mahkamah untuk menghalang duit tu dari diusik walaupun 1 sen sehinggalah semua tuntutan mahkamah aku ke atas dia selesai. Bermulalah perjalanan kami turun naik mahkamah. Sebenarnya aku bukan suka sangat nak naik turun mahkamah ni.

Tapi, dah suami aku ni posting kat Fb dia cabar aku pergi mahkamah tuntut hak aku, okay aku tunaikan permintaan dia. Dia nak sangat, aku bagi. Aku jual rumah tu semasa kami masih suami isteri. Lepas suami aku kahwin lagi, benda pertama aku buat adalah perjanjian poligami.

Dalam perjanjian tu aku tuntut siap – siap hak penjagaan anak, rumah ni aku minta dia hibahkan bahagian dia pada aku. Bila g4duh besar dan dah tak tinggal bersama, aku terus pergi mahkamah bawa perjanjian tu dan convert jadi perintah mahkamah.

So, aku dapat hak penjagaan anak aku. Pastu aku jual rumah. Selesai dua perkara ni baru aku minta cerai. Kenapa aku lambat – lambat minta cerai? Sebab aku nak bagi nafkah tertunggak isteri tu banyak biar cecah 100k supaya berbaloi aku pasang peguam.

Alang – alang pergi high court biar tuntut amount ratus ribu terus! Puas hati jugak lah bila dengar Tuan Hakim baca jumlah tuntutan ratus ribu tu. Takde lah s4kit hati sangat penat turun naik court tapi takde untung duit kan? Lepas cerai, Ex aku sem4kin mer0yan.

Dia bawak lari anak pulak dah. Entah macam mana dia berpakat dengan bini baru dia pergi sekolah menyamar jadi aku pastu tukar sekolah anak aku. GiIa betul! Dia lupa agaknya aku ada 3 orang peguam? Tak pasti lah dia sengaja cabar aku ke atau dia memang dah tak w4ras.

Aku ni mengenangkan dia bapa pada anak aku dan banyak kebaikan – kebaikan dia sebelum ni, aku sabar. Walaupun aku ada perintah mahkamah dan aku boleh je nak sumbat dia masuk lokap sebab mengh1na perintah mahkamah. Aku sabar.

Aku minta peguam aku setel tepi dengan budi bicara dan kebijaksanaan akal. Peguam mohon JKM ambik anak tu sebab dengan bapak dia terabai tak pergi sekolah. Bila Ex aku tahu JKM nak ambik anak, akhirnya dia surrender dan pulangkan semula anak pada aku.

Aku ni sebenarnya nak hidup tenang – tenang je. Drama sikit – sikit g4duh – g4duh manja tu boleh lah. Tapi kalau sampai aib, maruah aku sebagai isteri diinjak – injak, aku jadi hilang rasa hormat pada dia. Rasa nak pandang muka dia dengan pandangan kasih sayang tu dah takde.

Aku doa minta pada Allah supaya hapuskan semua rasa sayang cinta rindu benci menyampah aku pada dia. Biar takde rasa supaya aku boleh pandang dia dengan rasa kosong dan professional sahaja lepas ni hanya sebatas hal anak. Selepas bercerai, dia cadangkan kami kahwin semula.

PJJ pun takpe asalkan aku kembali jadi isteri dia. Dia kata dia dah sedar silap dia. Dia dah takde dah impian nak bini 4. Bini 1 pun cukup dah. Aku? Aku tak seen je wassap dia tu. Aku cuma wassap dia perihal anak sahaja. Alhamdulillah dia bapa yang sangat bertanggungjawab.

Aku bersyukur kerana masih ada kebaikan dari dia. Tak kurang kasih sayang pada anak. Cukup segala makan pakai keperluan anak. Aku sentiasa berterima kasih pada dia sebab tak abaikan anak. Dia baik. Aku pun baik. Cuma, takdir Tuhan kata jodoh dah habis. Terima jelah takdir tu.

Aku sayang diri aku. Betul aku sayang orang. Tapi aku paling sayang diri aku. And yes, aku kekalkan gaya penampilan baru yang rambut kepok – kepok tu. Sebab aku upgrade diri aku bukan untuk dia tapi untuk aku. Aku suka tengok diri aku cantik depan cermin. – Dr.Mira (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Aini Mohamad : Terbaik Doktor. Dulu ye..lembut, baik, patuh,rajin berk0rban, hormat laki, sayang rumah tangga. Bila diinjak – injak, tiba masa ajar apa yang patut. Tahniah doktor. Sekarang bertambah cantik, bertambah bijak, bertambah slay.
Semoga sem4kin bahagia, tenang, gembira, baik pada yang selayaknya dan semoga berjumpa jodoh baru yang qawwam, bertanggungjawab, memahami dan menghargai.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :