Keutamaan suami adalah handphone. Tengah bawa kereta, makan, tengok TV, tengah buang air besar pun nak tatap HP tu. Sekali tu, aku pegang HP suami, tiba – tiba whatsapp perempuan tu masuk, “tido lah awak, good night” alaaaa shibai betul!
#Foto sekadar hiasan.. Salam semua. Penulisan yang aku hanya boleh mulai dengan mengatakan yang aku sudah PENAT. Boleh dik4takan sudah sampai ke satu tahun setengah ini setiap bulan kami berg4duh. Macam – macam benda yang dig4duhkan. Terlalu letih atau lelah nak membayangkan lagi.
Dan sebenarnya hari ini aku sudah tekad untuk memfailkan cerai namun bila aku meminta peguam aku menanyakan hal itu kepada suami dia terus mengatakan dia tidak setuju. Atas alasan aku tak munasabah. Dan pastinya aku tak mahu lagi menangguh hal ini sebab pastinya bila seorang perempuan sudah sampai ke tahap mahkamah itu maknanya dia betul – betul sudah nekad.
Tapi bila ini jadi, aku rasa lelah bila dia tak mahu beri kerjasama sedangkan setiap kali berg4duh, aku akan minta dilepaskan dan ayat dia, “pergi mahkamah dulu kita tengok macamana”, “failkan dulu cerai tu”, “bagitahu jea saya bila nak pergi mahkamah”.
Sudahnya bila kali ni aku betul – betul tekad, ayat yang dia keluarkan, “aku tak setuju”. Korang faham tak penat tu macamana? Selama ini aku akui aku bertahan sebab aku malu kalau aku cerai, macam aku ni sudah gagal lah, kahwin pun cerai. Haa aku macam tu selain sebab no 1 iaitu anak – anak.
Aku tak nak anak – anak hidup membesar dalam keluarga yang tak lengkap tapi bila terus pula, anak – anak melihat perg4duhan sentiasa. Sampaikan anak – anak boleh cakap anak nak duduk dengan aku, anak akan kuat demi aku, korang rasa apa bila anak – anak yang masih mentah tu cakap macam tu dengan kita?
Seperti yang aku katakan, aku tak mampu nak bayang lagi dan berulang lagi benda – benda yang buruk tu terjadi lagi dalam hidup aku ni. Tolonglah, apa aku kena buat? Patutkah aku bertahan demi anak – anak dan hanya mengiyakan sahaja apa yang dia lakukan dalam rumahtangga kami ini? Aku senaraikan sikit saja ya.
1) Dia ni kadang – kadang nampak dia care tentang anak – anak dan tentang aku, tapi kadang – kadang nampak dia melebihkan hal dia sendiri sahaja.
2) Berg4duh benda sama sehingga konon dia jadi muak sedangkan hal itu berpunca daripada dia.
3) Telefon is his priority. Driving, eating, watching even BER4K PUN HP. Pernah bersumpah tiada chat apa – apa tapi bila aku dekat je dengan hp dia, gelabah macam hilang teruna.
4) Paling penat. Aku rasa antara punca utama juga ni tau, aku tak suka dia kawan dengan sorang perempuan ni.
Alasan aku kukuh ya sebab dia pernah kantoi menipu aku nak cover perempuan ni baik punya dan bertahun ya kami berg4duh pasal dia dan nak tahu tak sekarang ni apa? Aku MENGALAH. Aku mengalah membiarkan dia berkawan semula dengan perempuan tu dengan alasan dia selesa kawan dengan perempuan tu sebab per4ngai dia macam JANTAN DAN BUKAN TYPE YANG DIA NAK FIKIR JADI ISTERI PUN.
What the fish? Kau cakap dengan WIFE KAU PASAL PEREMPUAN YANG KONONNYA TAKDA HATI PUN NAK JADIKAN ISTERI TU, dah depan kau ni apa mangkuk ayun? Belum lagi tahap aku pegang hp dia, tiba – tiba wasap perempuan tu masuk kata “tido lah awak, good night” alaaaa shibai betul.
Aku terus pandang dia, apa ni? Muka dah merah tapi masih ya bertahan macho kata “entah dia, tetiba plak wasap macamni” hahahahaa. Dia ingat aku perempuan giIa ke tak tahu beza. Okay habis pasal that BETINA tu.
5) Simple satu ayat. Pemalas. 6) Baran. Badan aku dah lebam – lebam tau tapi aku ni buta kot. Tapi aku tak salahkan dia sebab aku Iebam ni sebab kadang – kadang aku c4bar dia. Contoh c4bar apa tau? Aku c4bar ungkit pasal betina tu, dia marah ok!
Dia kata tak habis – habis pasal betina tu, kau faham tak aku dah takda pape dengan dia! Nohhhh rokiah oiiii, kalau takda pape kemain semua medsos dia kau prennnnnzzz siap pakej post menari alasan content game office? Kah!
Okay cukuplah ni sahaja. Dan sebab utama aku mampu bertahan sebab apa tau selain anak – anak, aku ada keluarga mertua yang sangat baik dari makpak, atoknenek, adikberadik, makcik pakcik, aihhh semualah tapi aku tak tahu dia ni sesat tang mana per4ngai tiba – tiba macam h4ntu.
Sekarang ini sebenarnya aku nak simpan duit sebab nak jimat dari kos turun naik mahkamah segala, aku cakap dengan lawyer aku nak fast track tapi dah jadi gini apakah korang rasa aku ada peluang untuk fast track tu weyh?
Dan paling aku tak boleh tahan, bila adik – adik aku menanyakan betul ke ni nak cerai? Sudah habis fikir belum? Im touching because i know they all care about me except that mangkuk. Tengah g4duh ni member siap ber ML weyh relax macam tiada apa – apa berlaku.
Haa lelaki memang macam tu, dorang relax tak macam perempuan complicated kan tapi kau tengoklah bila kita dah tekad, tak setuju pulak. Dipendekkan cerita, penat ya penat. Dan sila beri nasihat semua pembaca. Terima kasih. Sayonara guyssss! – REJA (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Sakinah Safiyya Hisyam : Suami cari pasal berkawan dengan perempuan lain. Isteri tak tenang jadi perg4duhan. Suami tak tenang, tuduh isteri mengungkit. Berg4duh lagi, berg4duh lagi.. sampai angkat tangan bagai. Last – last penat.
Suami tu sila respect la sikit nak berkawan jadah apa dengan betina mana – mana pun.. pastu expect isteri tenang – tenang jangan cari g4duh. Orang cakap isteri tu cerminan suami tak percaya pulak. Sekarang ni suami tu pemimpin, kena betulkan la apa yang patut dan isteri tu sila la banyakkan bersabar. Tak sia – sia pun sabar ni.. d0sa suami tu biar Allah je yang baIas.. minta la yang terbaik kepada Allah.. kalau suami tu bukan terbaik, dah habis jodoh bercerai jua..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.