Aku kesian dengan Ana hidup terumbang ambing, keluarga langsung tak peduli. Aku yang suami orang ni la yang ambil berat. Aku tolong sara 3 orang anak Ana sebab bekas suami buat tak tahu. Aku pun dah bagi hint dekat isteri nak poIigami tapi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua. Aku merupakan suami orang, isteri aku seorang kakitangan awam. Beliau seorang isteri yang sangat – sangat baik. TAK ada ceIa pada beliau cuma aku je yang macam terceIa.
Kisah bermula 3 tahun lepas aku berkenalan dengan Ana di alam maya dan Ana seorang ibu tunggal anak 3 dan juga seorang kakitangan awam. Walaupun seorang kakitangan awam, ekonomi Ana sangat teruk disebabkan pinjaman – pinjaman dia terdahulu bersama suami dia.
Masa tu pinjam bank bagi sampai 20 tahun kot. Ana tahu aku ni laki orang dan aku tidak merahsiakan status aku. Aku mengenali secara rapat semua anak – anaknya. Yang besar umur 15 tahun yang kedua umur 13 tahun dan yang kecil umur 5 tahun.
Yang kecil tu anak angkat dan mereka sekeluarga memanggil aku dengan geIaran Pak uda. Ana tinggal di Utara dan aku di KL. Aku kerja selalu out station dan aku gunakan kelebihan ini untuk curang dengan Wife. Boleh kata setiap minggu aku akan datang ke Utara untuk bertemu Ana.
Malah kadang – kadang tu drive jauh – jauh pergi Utara semata – mata nak jumpa Ana. 3 tahun aku ulang alik utara setiap minggu hanya kerana Ana. Ana ni seorang yang baik ramah, sopan, senyum sokmo dan tidak tinggal solat 5 waktu.
Tetapi hidupnya sangat – sangat terbeban dengan keadaan sekeliling. Hutang keliling pinggang, mak dan Ayah sentiasa mengawasi. Ana perlu beritahu dengan siapa dia berkawan dan punca penceraian Ana dulu hanya kerana campur tangan orang tua Ana.
Jadi hidup Ana sangat – sangat str3ss. Aku pernah sekali berjumpa dengan mak dan Ayah Ana dan berhajat untuk menikahi Ana. Tetapi syarat – syarat mak Ana buat aku Jadi tak Boleh bertindak. Mak Ana nak isteri aku yang datang sekali dalam rombongan meminang nanti. GiIo ke.
Jadi kami buat keputvsan bersama untuk bernikah di seberang. Tetapi perlu menunggu sehingga anak – anak masuk Asrama. Dan Ana pun berhajat menyambung pelajaran dan perancangan nikah itu sepatutnya berlaku semasa dia sedang belajar akan datang.
Anak – anak Ana masih sekolah rendah masa tu darjah 6 dan darjah 4. Bermacam – macam hal yang berlaku sehingga aku mengabaikan masa isteri dan anak aku. Tetapi isteri aku seorang yang tenang dan tidak mudah melatah.
Beliau sedar akan kecurangan aku tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sepanjang tempoh itu aku ada bagi juga hint – hint kat isteri yang aku ni ingin berpoIigami. Dan isteri kelihatan tenang sahaja dan sesekali sinis pada aku. Aku Diam je.
Sepanjang tempoh Ana membesarkan anak – anak dia, bekas laki dia langsung tak bantu dari segi kewangan. Sedangkan itu adalah anak – anak mereka dan aku lah yang sering datang membantu Ana. Ana ni cuma ada dua orang dalam hidup dia yang dia boleh bercerita semua.
Aku dan seorang lagi rakan sekerja senior dia. Jadi hanya aku dan rakan dia seorang tu sahaja yang menjadi tempat untuk ana meluahkan segala – gala. Pelbagai kisah antara aku dan ana sepanjang tempoh menunggu anak – anak masuk asrama ni sehingga kami terIanjur dan sering berulang – ulang.
Aku sangkakan yang Ana benar – benar cintakan aku. Setiap hari kami akan berhubung. Dah macam orang tua bercinta plak kan. Semua kisah – kisah ana aku tahu dan segala – gala berkaitan ana, aku yang lebih tahu dari keluarga depa.
Apabila syarat mak ana yang berat itu menjadi sukar bagi aku maka kami buat keputvsan untuk merahsiakan hubungan kami dari keluarga ana. Dan sepanjang tempoh itu la aku sering mambantu ana dari pelbagai sudut.
Segala – galanya banyak aku yang bantu. Dan kami pun dah nampak yang seolah – olah hubungan kami ini akan berakhir dengan sebuah kegembiraan. Aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
Waktu yang ditunggu pun tiba. Anak – anak telah berjaya memasuki asrama pada awal tahun tadi. Dan Ana berjaya melanjutkan pembelajarannya pada awal Mac lalu. Baru dua minggu Ana sambung belajar. Untuk makluman, kami memang merancang yang Ana akan tinggal di rumah yang aku sewakan di sebuah band4raya nanti, ketika itu aku di KL dan Ana Di utara.
Ia sangat – sangat jauh dan beban pada aku dari sudut kos. Tetapi kini Ana telah berada berhampiran di tempat aku dan aku bersedia untuk menanggung semuanya. Ye lah dengan keadaan ekonomi Ana yang teruk tu mana mungkin dia boleh hidup berdikari tanpa ada bantuan dari orang lain.
Keluarga Ana semua baik – baik sahaja tetapi tidak ambil peduli berkaitan peribadi Ana. Dah makan minum ke orang tu tak ada sapa yang peduli. Aku laki orang ni lah yang peduli. Dijadikan cerita, telah hadir seorang yang jauh dari Sarawak ke rumah mak Ana untuk meminang ana.
Situasi itu berlaku benar – benar sewaktu ana mula belajar dan tinggal di rumah yang aku sewakan. Rumah tu memang aku khas kan untuk Ana dan anak – anak. Jadi yang tinggal cuma ana dan anak yang kecil. Sesekali anak – anak yang lain balik Asrama tinggal situ.
Aku ok sebab memang plan macam tu. Aku tinggal tak berapa jauh dari rumah sewa Ana. Jadi mudahlah urusan. Dan yang membuat aku benar – benar kecewa adalah ana menerima pinangan tersebut Ia dipengaruhi oleh keluarga Ana.
Aku jadi kelu. Jem. Apa sudah jadi ni. Apabila aku bertanya Ana dari hati ke hati, hurrr Ana mengatakan yang dia tak selesa dengan aku yang sering berlaku z1na. Apa yang berlaku selama ini hanya kerana ia ingin membaIas budi aku yang sering membantu dia.
Ana tidak gembira dengan hubungan aku yang disorok – sorok. Ana nak macam orang lain ada suami yang boleh di ajak pi mana – mana dengan mudah. Tunjuk pada masyarakat, pada fb.
Komen Warganet :
Saya Isteri Dia : Yang dikejar tak dapat. Jangan yang dikendong keciciran sudah. Tamak sangat. Padan muke. Tamak sangat sampai semua b0doh tu kau rembat sorang. Tu nasib baik bini kau nak kan kau lagi. Kalau dia tinggalkan kau? Menangis la dibucu katil.
Haz Ryanz : Dalam AlQuran berulang – ulang kali pesan.. Jangan mendekati z1na. Ko boleh bangga plak dengan z1na. Memang bagus dia berkahwin dengan orang tu. Itu penyelesaian yang baik untuk masa depan dia. Ko ingat ko sape? Mengambil kesempatan je lah pandai. Semoga selepas ni Anna bertaubat dan dapat ubahkan diri.
Shona Enizo : Per4ngai Ana dengan ko 2×5 ja bro. Cuma Ana bijak sikit. Perempuan manalah yang sanggup bersuamikan lelaki tukang z1na, kaki curang, dalam masa yang sama pengecut nak bagitau bini sendiri pun takut. Kalau ada pilihan lebih baik, tentulah dia pilih yang itu. Semoga bini bro cepat tahu dan dia pun jadi bijak tinggalkan bro cepat – cepat. Ur wife deserve better.
Shafarina Ahmad : Ana sangat baik sembahyang lima waktu ayat last sering lakukan z1na sebab baIas budi. Macam kera di hutan disusukan anak di rumah m4ti kelaparan. Dok sibuk hal ana tu kenapa, jaga anak bini kau yang tak cukup kasih sayang dah la kau kerap outstation. Astafighrullah.. maaf saya cuma nak nasihat.
Wei Tuo : Kau mencari masalah bang. Aku baca sekerat pun dah rasa tak sedap hati. Dah kenapa kau nak kena kahwin plak dengan dia. Kau dah terIanjur dengan dia tinggal jela. Dia hutang belambak. Kalau belum buat loan tu ok la juga. Sekarang ni solusi tinggal je dia. Biar dia kahwin lepas eddah nanti.
Shah Aziz : Sambungan komen aku yang dulu – dulu. Ada geng suami kata si isteri pun bersalah jugak dalam rumah tangga. Tapi kebanyakan bermula dengan si suami. Hihi. Contoh kisah ni sudah. Dapat isteri baik. Banyak suami tak guna seperti TT.
Lepas tu salah isteri bila isteri pun mula muak dengan per4ngai suami. Nak bagitau si isteri bertahan sebab anak – anak sahaja. Banyak suami bila bercerai. Anak – anak lupa terus. Nafkah ke laut.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.