5 tahun kahwin asyik g4duh, kami dah ready nak pergi pejabat agama. Tiba2 suami bagi idea kerja giIa

Setiap hari kami g4duh bandingkan siapa lagi penat, banyak berk0rban. Sehinggalah kemuncak bila anak-anak demam, saya tak tidur jaga anak. Suami plak balik kerja lewat. Masing-masing eg0, menjerit, baIing barang, menangis dan dah fikir nak cerai. Malam tu sebelum pergi pejabat agama, tiba-tiba suami bagi idea, kami buat kerja giIa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya seorang stay-at-home mom yang punya 2 orang anak. Baru berkahwin hampir 7 tahun. Pernah tak rasa, bila kita terIampau penat campur burn0ut, kita hanya mampu fikir, cerai.

5 tahun awal hubungan kami suami isteri, selalu berg4duh mulut. Walaupun tak g4duh fizikaI tetapi ia tetap meny4kitkan. Hampir setiap hari, kami akan bert3ngkar. Saya akan marah pada suami yang saya jaga anak – anak 24/7. Penat.

Bandingkan diri sendiri dengan mak – mak lain. Suami pula akan marah balik yang dia buat 2 – 3 kerja bukan sebab dia suka. Tapi untuk bagi nafkah pada keluarga. Dia juga penat. Setiap hari keluarlah episod. ‘Saya penat – Eh, saya lagi penat.’

Dia cakap kat facebook orang share tanggungjawab isteri kena sabar. Saya share pula apa facebook cakap tanggungjawab suami. G4duh. Takde kesudahan. Pertandingan siapa lebih berk0rban banyak, siapa lebih penat. ‘Saya duduk rumah buat itu ini tak berhenti.’ – Isteri

‘Saya keluar kerja hadap hujan panas kena m4ki dengan orang.’- Suami. G4duh. Takde siapa menang pun. Sampai lah awal tahun lepas, waktu itu anak – anak demam. Saya tak tidur beberapa hari menjaga anak – anak sendirian disebabkan suami kena kerja. Jadi dia perIukan tidur.

Saya meraung, menangis, burnout untuk diceraikan. Masing – masing eg0, menjerit, baIing barang, menangis. Anak – anak kerap tengok mak ayah mereka bert3ngkar teruk macam ni. Kalau orang luar tengok keadaan kami, orang akan suruh berpisah aje. Sebab dah terIampau t0ksik.

T0ksik sangat – sangat. Macam dah tak boleh diselamatkan. Tak nampak perasaan kasih sayang lagi dah. Hari – hari g4duh. Kami pun dah berapa tahun tidur lain bilik sebab suami balik kerja lewat. Waktu tu, lepas kami setuju untuk ke pejabat agama.

Kami masing – masing termenung. Suami masih belum lafaz, kami hanya setuju untuk dapatkan nasihat lebih arif. Anak – anak bising, kami cuma diam. Penat berg4duh. Banyak yang difikirkan dalam kepala. Akhirnya keluarlah persoalan dari mulut saya.

Kenapa kita jadi macam ni? . Kenapa hubungan kita jadi t0ksik? . Kat mana rasa cinta yang kita ada dulu?. Suami hanya diam pandang saya.. sambil angkat bahu tanda ‘entahlah’. Saya pandang anak – anak dan saya cuba sekeras mungkin untuk selesaikan perkara ni.

Tapi saya mesti tahu, apa punca. Apa akarnya. Sebab saya tak rasa ni tentang burnout dan penat semata. Saya sayangkan keluarga saya. Tapi saya penat berg4duh. Saya tanya suami lagi, soalan cliche.. kita ni betul ke bercinta? Apa itu cinta? Bukan ke, bila kita cintakan seseorang.. kita sanggup k0rbankan apa saja untuk orang tu? .

Bukan ke, bila kita tengok orang kita cinta tu titiskan air mata, kita rasa sedih? Bukan ke, cinta tu.. kita terasa nak bahagiakan dia? Bila dia s4kit.. kita rasa nak jaga dia. Tapi apa yang jadi pada kami, kami macam dah tak ada cinta.

Mungkin burnout bukanlah isunya.. Kami masa tu dah bukan macam pasangan suami isteri tapi lebih macam sayang satu sama lain sebagai family. Hanya keluarga tinggal sekali. Suami cakap, jomlah kita couple balik. Waktu dengar ni rasa nak munt4h. GeIi. Kau buang tebiat ke? GiIa.

Dah g4duh m4ki hamun jerit – jerit nak suruh bercinta balik. Lepas berbincang sampai ke pagi, saya cakap oklah. Ini jalan terakhir. Kalau ini pun tak berkesan, kita proceed jelah untuk berpisah. Antara apa yang kami bincangkan tu, kami setuju untuk buang semua apa yang kami baca kat facebook.

Tak ada lagi ikut rules atau cara orang lain. Kami cuma fokus untuk jadi pasangan paling tersawit di dunia ini. Tak ada lagi banding kehidupan sendiri dengan orang lain, tanggungjawab itu, tanggungjawab ini, no no. Sekarang dah nak masuk 2 tahun kami amalkan apa kami bincang pada malam buta tahun lepas.

Bila makan, saya tak akan makan sendiri. Suami akan ambil nasi double dan suap saya. Ya, cringe sangat. Tapi kalau tu boleh remind kami yang kami ni pasangan tersawit, apa salahnya? Kan. Bila keluar jalan, lagi lah. Satu jalan tu kami punya sebab sibuk berpegang tangan.

Anak – anak pegang tangan sebeIah lagi. Cuma, jalan sempit kami tak ada lah buat. Selagi jalan luas, kami akan pegang tangan masing – masing. Orang lain nampak mesti cakap kami mengada. Tapi tak kisah lah, bukannya kami bercumbu di khalayak ramai. Hanya pegang tangan. Kalau dulu, mesti salah seorang dah hilang kat depan.

Sekarang bila saya menangis, suami akan ambil tisu kesatkan air mata. G4duh tetap g4duh, tapi cara untuk leraikan g4duh tu dah berubah. Kalau dulu kan tak peduli. Kau mahu jerit ke, mahu menangis c4mpak barang ke apa aku peduli.

Tapi bila kita cinta pada orang tu, kita rasa s4kit bila tengok dia sedih kan? Sebab itu kita kesatkan air mata dia. Kami dah tak cakap kami penat. Apa kami fikir sekarang, inilah peng0rbanan aku untuk isteri aku. Inilah peng0rbanan aku untuk suami aku.

Ini peng0rbanan kita untuk anak – anak. Berk0rban untuk orang yang kita cinta tanpa harapkan baIasan. itu aje kami fikir. Dah tak ada masuk pertandingan siapa berk0rban lebih banyak. Kami ni dah bertahun kahwin tapi sejak malam itu barulah kami cuba untuk kenal betul diri masing – masing.

Sebelum kahwin kan, kita mesej – mesej selalu tanya, apa makan favourite awak. Oh hobi kita sama la, kita geng. Awak suka laut ke d4rat ke ud4ra? Movie genre apa awak suka? Lepas kahwin, tiba – tiba stop tanya banyak sebab anggap kita dah kenal dia luar dalam.

Tapi banyak lagi yang kita tak tahu pasal dia sebenarnya. Itulah kami cuba ubah. Kami sekarang setiap hari akan belajar 1 benda baru tentang pasangan. Ada kalanya usaha kami ni sangat cringe sampai rasa geIi. Kami mengimbau kenangan masa awal bercinta.

Sebelum jumpa, masing – masing segakkan diri pakai gel rambut lah, wangi wangian, baju lawa. Lepas kahwin pakai macam tu cuma bila nak keluar. Kami cuba la ubah.. walaupun nampak macam try hard sangat. At least kami cuba.

Sekarang, suami kemaskan diri, saya cantikkan diri kat rumah. Bukan sebab takut pasangan lari. Bukan sebab nak ik4t pasangan. Tapi sebab cinta, kami nak nampak paling terhensem paling tercantik kat mata pasangan. Saya cakap saya suka tengok lelaki jepun pakai sunglasses.

Ha sudah, waktu malam pon suami pakai spec hitam nak nampakkan kehenseman beliau. Ini antara apa yang kami usahakan untuk memupuk rasa cinta. Ada banyak lagi usaha kami selain kat atas tu. All the small gestures, ucap terima kasih.

Ucap hati – hati di rumah. Ucap hati – hati di tempat kerja. Selfie sambil tulis ayat r0mantis. Macam budak – budak baru nak up belajar bercinta. Hahahaha. Benda – benda kecil yang buat hati m4kin sayang. Gitu jelah. Haih cinta, cinta… nak jatuh cinta memang senang.

Nak kekalkan tu yang perIukan extra effort. Ini jalan terakhir kami, dan inilah yang menyatukan kami semula sebagai suami isteri. Bukan hanya keluarga yang duduk serumah. Tak perlu lah kita terlalu bahaskan tanggungjawab suami apa tanggungjawab isteri apa sampai mengh4ncurkan rumah tangga, macam apa yang terjadi pada kami.

Apa pun, terima kasih kerana sudi membaca kisah kami yang tak seberapa. Maaf laaa kalau panjang yerrr, byeeeee. – SAHM – stay at home mom (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Mohd : Tahniah. Teringat arw4h suami pernah cakap. “Tak payah la nak baca sangat benda kat fb tu”. Referring to all the marriages dos and donts. Arw4h suami cakap..”bila baca benda – benda macam tu, kita expect pasangan kita mcm tu”

Which is true. And.. it hurts bila tak betul. Saya pun bercinta semula dengan suami 3, 4 tahun terakhir (out of 11 years perkahwinan). Dan saya rasa ruginya saya tidak bercinta semula dari awal. Seronok dapat bermanja dengan suami.

Nampak anak – anak happy. Anak – anak nampak kami bergelak riang. Atau kadang – kadang saya menjerit manja sebab asben tease saya (tapi takde la depan anak – anak). Anak – anak tau yang arw4h sayangkan saya. Dan saya rindukan arw4h suami saya.

Sakinah Sulaiman : Good sharing. Saya dari dulu memang menyampah post – post yang “tag – tag” pasal suami isteri tu. Selalunya bini – bini la suke tag laki sebab nak tuju. Walaupun mungkin ada betulnya, cuma kadang – kadang rasa post tu dishare lebih kepada nak membatu api hubungan, mencari salah dan kekurangan pasangan dan cari punca berg4duh sebab macam menyindir – nyindir pasangan.

Lebih baik direct kat wasap je bagitau kalau tak puas hati. Rumah tangga kita, acuan kita. Tak semestinya kena ikut cara orang lain. Apa pun semoga Allah pelihara rumah tangga kita semua yang sedang laluinya.

HaSuriah T4hir : Ni antara confession yang best dan sangat satisfying bila baca sampai habis. Betul sangat apa confessor bagitau tu. Tak payah jadikan orang lain contoh walaupun orang tu nampak bahagia sebab kehidupan kita lalui seharian tak akan sama dengan orang lain.

So membandingkan kehidupan kita dengan orang lain hanya boleh cipta str3ss yang sepatutnya tak perlu wujud pun. Semoga kita semua bahagia dengan cara kita sendiri.

Amnah Saayah Ismail : Suami saya cakap jangan percaya sangat motivator cakap kihkihkih.. Ada perkara boleh jadikan panduan contoh rumahtangga Nabi SAW. Itu panduan paling aula. Kena contohi walau apa cara sekali pun.

Siap dapat pahala lagi. Pelan – pelan la, memang tak boleh jadi dalam 1 hari. Ada kala pengalaman orang lain contoh sharing dalam ni haaa banyak sangat panduan ibrah kita boleh ambil. Ada kala pengalaman sendiri adalah ilmu terbaik dalam kehidupan. Pelan – pelan kayuh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.