Nenek atok tak sediakan bilik khas untuk mak aku. Bila nenek atok minta duit mak terus bagi alasan sampai nenek atok terasa

Setiap bulan mak aku bagi duit paling banyak dekat atok sebab atok nak renovate rumah. Pakcik Makcik aku bagi sikit sebab takde duit. Sampai masa, pakcik makcik aku dapat bilik khas. Mak aku takde bilik..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada nak berkongsi satu kisah umi aku. Mungkin ramai yang lalui nasib sama. Selalu lah dekat internet ke kita dengar tentang middle child, anak tengah dan lain – lain. Umi aku ni middle child, adik beradik 5 orang, dia anak yang no 3.

Kami adik beradik nampak ye sebenarnya layanan atuk dan nenek aku ni berbeza sangat dengan pakcik makcik yang lain berbanding dekat umi aku. Kak long aku sendiri pernah tegur tapi umi aku cakap, “takdelah atuk nenek kau tu memang macam tu.”

Pada Umi iyalah nampak adil pada kami tidak sama sekali. Cara layanan nak tak nak, masa adik beradik umi aku yang lain tengah duduk rilex umi aku pula atuk dan nenek aku suruh buat itu ini. Padahal adik beradik yang lain duduk relax tapi, umi aku yang baru lepas siap bersibuk sana sini yang di suruh.

Tapi, bila bahagian duit fuh laju ye dua orang atuk nenek aku ni. Setiap minggu call, “ina mak nak duit, ina.. abah nak duit sikit.” minta bukan sikit sekali minta 500 ringgit. Lepastu tak sampai seminggu minta lagi. Dekat adik beradik lain taknak ye mintak.

Aku cakap dengan umi kenapa tak biar atuk dengan nenek tu minta dekat anak yang lain. Lepastu nanti dengan atuk aku dengan nenek aku bagi alasan anak yang lain takut dia nak minta sebab diorang ada anak lepastu guna duit banyak.

Amboi macam umi aku ni tak ada anak. Anak 4 orang ye umi aku ni lagi lah ibu tunggal sebab abah aku dah meninggaI dunia. Bila kami adik beradik macam tegur umi, umi aku dia tak nak dengar dia selalu cakap, “apa salahnya kongsi rezeki.”

Kami nak tak nak angguk sahaja dan sejujurnya memang rasa agak pahit nak ditelan. Sampai sekali ni. Atuk aku dia nak besarkan rumah dekat kampung yang sebelum ni kecik, bilik pun setakat 3 jadi nak besarkan kata dia senang nanti balik semua ada bilik sendiri.

Jadi minta lah kongsi duit adik beradik dalam group wasap. Kau tahu berapa semua bagi. Paling banyak 250, ada yang bagi 100 – 150. Akak aku waktu tu bila nampak ramai bagi sikit je dia suruh umi aku bagi sikit, bagiIah 200 juga. Umi aku pun kasi dalam 300.

Sekali tak sampai berapa minit atuk aku call cakap boleh tak umi aku tambah dia cakap tak nak minta anak lain sebab diorang ada perlu guna duit. Umi aku tambah RM500 jadi total RM800. Lepastu dah jadi setiap bulan kena kumpul lagi duit dalam group, tapi yang paling banyak bagi umi aku.

Akhirnya lepas lebih kurang 2 tahun rasanya, selesai nampaklah dah besar tandas, tambah lagi 1 lepastu bilik semua dibesarkan. Kami pun semua waktu raya tu balik excited lah nak tengok. Sekali bila balik kecewa yang amat, rumah tu memang nampak luas dan besar. Tapi bilik cuma ada 5.

Bilik atuk dan nenek aku, bilik pakcik aku no.1, bilik makcik aku no.2, bilik pakcik aku no.4 dan bilik makcik aku no.5. Bayangkan bila balik tu dapat tahu adik beradik umi aku yang lain dapat bilik sendiri, atuk aku siap ukir nama memasing dekat pintu.

Umi aku tak ada, bila aku tanya eh mana bilik umi tak ada. Sekali atuk aku cakap bajet tak cukup, jadi lah ni, ruang tamu dah besar tidur ruang tamu. Umi aku waktu tu tersengih je mampu jenguk setiap bilik tengok pintu ada tulisan nama masing – masing tapi umi aku tak ada.

Padahal umi aku paling banyak kasi duit untuk besarkan rumah tu. Yang lain bagi setakat 200, umi aku setiap bulan bagi RM500 selama dua tahun tu. Adik aku pun waktu tu cakap, eh mana boleh tak adil. Umi aku waktu tu memang nampak lah dia dah tak selesa lepas 3 hari raya terus kami balik padahal selalu paling cepat pun 5 hari duduk kampung.

Waktu balik tu memang semua mengumpat la, “eh mana adil atuk tak buat kita bilik, yang lain tidur dalam bilik baru. Memang lah ramai cakap, “eh aku lagi suka tidur ruang tamu.” Tak ini bukan cerita ruang tamu ke apa, ini cerita tidak adil.

Umi aku cuma cakap takpelah dah tak ada rezeki. Tapi pada kami adik beradik waktu ni macam turning point, kira waktu ni baru umi aku perasan yang selama ni dia ‘tak wujud’, terus terang umi aku terus berubah ye. Sebelum ni kalau atuk dan nenek aku minta duit tak pernah umi aku reject selalu dia cakap, “okay”.

Tapi first time waktu tu atuk aku call nak duit sikit umi aku cakap, “minggu ni duit tak banyak tak dapat bagi abah, inshaAllah bulan depan masukkan”. Kami semua memang terk3jut. Setiap kali tu atuk dengan nenek aku minta duit umi aku bagi alasan.

Kalau sebelum ni minta memang umi aku terus bagi jer. Tapi kali ni banyak alasan. Aku rasa pun atuk dengan nenek aku perasan. Sebab lepas berapa kali minta duit umi aku tak bagi, terus mereka telefon cakap nanti dia buatkan bilik satu.

Pada aku baguslah umi aku dah sedar tapi pada masa yang sama sedih. Sebab selama ni pada umi aku dia macam percaya yang mak dan ayah dia ni jenis yang adil, tak ada pilih kasih dan sayang. Tapi rupanya tidak.. Aku pun rasa pelik kenapa tak boleh atuk aku buatkan sahaja bilik satu untuk umi aku.

Aku sampai sekarang tak boleh hadam macam mana atuk dengan nenek aku tak terfikir, “eh bang bilik ina kita tak buat ke, kesian dia tak ada, dia tu paling banyak kasi duit.” Aku terfikir kenapa diorang tak rasa dan fikir macam tu.

Tapi bila aku dah membesar dah macam dive deep into the internet rupanya benda ni agak ‘biasa’ akan ada sorang anak dalam family yang macam halimunan di mata mak ayah. Sejak hari tu umi aku dia memang berkira bab duit dengan atuk nenek aku, selama ni dia keluar duit banyak tak ada masalah. – Shila (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Alhamdulillah mak ko dah sedar akhirnya, bukan berkira dengan parent sendiri tapi boleh tengok, bila mak ko pun berkira baru diorang takut kehilangan banker dan pulun mak ko balik. Selama ni ambil kesempatan kat mak ko yang jenis baik lepas tu abaikan mak ko pulun anak lain. Bagus la mak ko start berkira, jangan asyik fokus tanggungjawab anak kepada parents tapi fokus juga tanggungjawab parents kepada anak juga.

Salina A J : Memang wujud emak ayah, adik beradik yang take us for granted dan yang selalu dipijak – pijak adalah yang takde laki dan anak, pada dorang “ala dia kan single senang lah semua boleh buat”, depa lupa kita yang single ni terkapai – kapai semua kena buat sendiri, bila s4kit sendiri, bila tanggung duka pun sendiri. Sentiasa kena berk0rban untuk orang lain, kesenangan orang lain walaupun diri sendiri yang susah!!!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.