Bila ada anak, saya nak hantar ke nurseri tapi ayah marah, dia suruh emak jaga. Mereka terus datang duduk rumah saya. Akhirnya kami suami isteri macam menumpang di rumah sendiri. Ayah control rumah kami. Satu hari saya dengar anak saya umur 2 tahun menangis, rupanya berebut remote TV dengan ayah. Ayah tengking..
#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang kita rasa pelik ada ibu bapa pilih kasih mereka terlalu sayangkan anak perempuan hingga meminggirkan anak lelaki, atau sebaliknya. Dengan harapan anak lelaki akan menanggung mereka bila tua nanti.
Macam tu juga dengan ayah saya. Ayah terlalu sayangkan anak – anak lelaki hingga meminggirkan anak perempuan. Sebabnya kerana ayah mendakwa dirinya dulu dipinggirkan oleh kedua ibu bapanya kerana lebih sayangkan anak perempuan.
Pada saya itu semua tak benar, salah ayah sendiri, ayah tidak pernah menghargai jasa dan budi ibu ayahnya. Ayah kata nenek dan datuk tak sukakan dia, tetapi sebenarnya ayah saya ini pemalas bekerja. Bila tak ada duit ayah minta pada nenek dan datuk, tak dapat meng4muk.
Saya akui ayah saya pemalas. Dia mahu hidup dia dibantu. Sejak kecil saya tengok ayah selalu minta duit atok. Akhirya bila tak ada duit ayah minta tanah. Dapat tanah ayah jual. Bila takde duit ayah minta tanah lagi. Ayah mengaku hidupnya susah nak tanggung ramai anak.
Tetapi ayah tak mahu bekerja, kalaupun bekerja, tak pernah kekal, alasannya penat, teruk dan macam – macam. Akhirnya ayah tidur. Masalah tambah teruk kerana ayah suka berjvdi tik4m nombor ekor, adalah sesekali dia menang tetapi memanjang kalah.
Per4ngai ayah jadi ikutan 2 abang saya bukan sahaja malas sekolah, tapi kaki ponteng. Dia lebih suka merempit daripada belajar. Ayah tak pernah marah. Emak pulak tak berani menasihati ayah, kerana emak takutkan ayah.
Dan saya tak dapat berbual dengan emak macam anak orang lain, sebab emak tak pandai menasihati atau berbual dengan anak – anak. Kerana terasa terpinggir duduk di rumah, maka sekolah tempat saya mencari ketenangan, saya selesa di sekolah, dan saya habiskan banyak masa membaca di sekolah.
Kerana itu saya dapat masuk sekolah berasrama dan kemudian melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tapi jangan salah teka bukan emak ayah yang menasihati dan mendidik saya, tetapi Mak Teh adik perempuan ayah, yang sangat ayah benci.
Terus terang saya katakan, saya kurang hormat pada ayah, sebab ayah tak pernah hormat ibunya sendiri, sebab ayah kata nenek dan datok pilih kasih, sebab bagi tanah dan rumah pada Mak Teh. Sejak kecil saya dengar ayah buruk – burukkan nenek, tetapi setelah setelah besar dan melihat per4ngai ayah, maka saya faham, ayah memang tak sedar diri, dan kaki jvdi.
Bila kami sem4kin besar perIukan banyak duit ayah minta pada nenek, mana orang tua tu nak cari duit. Kerana memahami per4ngai ayah, datok dan nenek segera tukar nama tanah dan rumah pada Mak Teh. Apa lagi meng4muk sakan ayah.
Kerana terlalu marahkan nenek, nenek s4kit masuk hospitaI, ayah buat tak peduli. Hinggakan nenek balik dari hospitaI bukan disambut dengan baik, tetapi ditengking nenek kerana marahnya tak dapat tanah nenek. Saya juga pelik dengan per4ngai emak, sentiasa menangkan ayah, agaknya kerana emak takut dengan ayah yang garang.
Dan emak tak ada emak ayah lagi dan adik beradik emak bukan tempat emak berg4ntung, hanya ayah tempat dia berg4ntung. Jadi salah macam mana pun ayah, emak tetap menangkan ayah. Orang lain salah. Emak juga salahkan Mak Teh konon menghasut nenek tukar nama tanah pada Mak Teh.
Mungkin abang – abang saya percaya. Tetapi saya tidak. Saya tetap salahkan ayah malas kerja, suka mintak duit nenek dan jual tanah nenek dan datuk. Kenapa emak sokong ayah, kerana ayah berjanji kalau dapat duit jual tanah nenek ayah akan t3bus semua barang kemas emak.
Tetapi saya tak fikir boleh sebab sudah berbelas tahun barang kemas emak tergadai. Bila Mak Teh nak kawin, ayah boikot. Ketika itu datuk dah meninggaI. Ayah larikan diri, tak mahu jadi wali. Sebab ayah s4kit hati. Tetapi adik beradik atuk masih ada, mereka yang uruskan pernikahan Mak Teh dari mula buat kenduri hingga selesai.
Sebab mereka faham sangat per4ngai ayah yang kaki jvdi dan pemalas bekerja itu. Lepas kahwin Mak Teh ikut suaminya pindah ke bandar. Tinggalkan nenek sendirian. Waktu itu ayah ambil kesempatan pindah duduk rumah Mak Teh.
Dengan muka tak tahu malu langsung. Sebab sewa rumah ayah tak mampu nak bayar. Nenek pernah belikan simen, pasir, kayu dan sebagainya supaya ayah boleh buat rumah kecil tumpang tanah Mak Teh, tapi ayah tak mahu.
Sebaliknya ayah jual semua barang tersebut kerana marah sebab nenek tak mahu ayah duduk rumah Mak Teh. Nenek tak mahu ayah sekeluarga pindah duduk rumah Mak Teh sebab nenek takut ayah tak mahu keluar nanti.
Lagi pun kalau ayah ada macam mana Mak Teh nak balik. Keadaan jadi lebih teruk bila bil letrik dan air ayah tak mahu bayar hingga meningkat lebih seribu ringgit. Ayah suruh kami guna pelita dan ambil air di perigi. Memang siksa.
Kerana kesiankan nenek, Mak Teh terp4ksa bayar bil letrik dan air. Ayah tak mahu bayar kerana bukan rumah dia. Tetapi ayah anak beranak yang gunakan. Bila nenek dah meninggaI Mak Tek tak mahu bayar. Maka bergelaplah kami.
Ayah suruh guna pelita. Bayangkan duduk dalam zaman moden sekarang kami masih guna pelita dan tadah guna air hujan, untuk mandi makan minum guna paip kerajaan. Itu jenis ayah saya. Dia memang pemalas bekerja.
Mak Teh memang terkilan tak dapat duduk rumah w4risan nenek dan datok, tapi dia tak sampai hati suruh ayah pindah sebab kesiankan kami adik beradik mana nak pergi. Jadi ayah berlagaklah macam rumah tu dia yang punya.
Bila sudah bekerja saya dapat kumpul sedikit duit dan saya masukkan semula letrik, waktu itu baru saya tahu bil elektrik tertunggak dekat RM2K tak masuk bil air. Bila saya beritahu emak minta tangguh masukkan semula bekalan air, emak meng4muk, tetapi sedarkan emak dalam masa yang sama, saya terp4ksa tanggung seorang adik di U dan 3 lagi sekolah menengah.
Kerana tekanan hidup emak selalu meng4muk, 2 orang adik lelaki saya tak mahu duduk rumah, habis sekolah dia ambil upah bantu kerja di kedai, katanya untuk dapatkan duit saku dan kumpul untuk yuran periksa nanti.
Ayah pulak merungut suruh belikan motor. Katanya untuk dia, tetapi dia beri pada abang yang giIa merempit tu. S4kitnya hati. Kalau orang lain cukup bulan dapat gaji mereka gembira, tapi saya menangis, sebab duit tak pernah cukup, kerana saya terp4ksa tanggung satu famili.
Setelah 5 tahun bekerja, sampailah waktunya saya nak kahwin, tapi ayah tak bagi. Dalam senyap saya minta bantuan ibu dan bapa saud4ra sebeIah emak. Bila rombongan lelaki datang ayah menengking dan menghentak – hentak kaki.
Malu betul, tetapi ibu dan bapa saud4ra boleh control ayah. Namun kerana marah, ayah protes dia turun ke bawah rumah. Masa nak nikah pun ayah buat hal, tetapi dengan pertolongan ibu dan ayah saud4ra semuanya berjalan lancar, tapi saya terp4ksa nikah di pejabat kadi.
Satu lagi per4ngai buruk ayah tak pernah puasa, sebab dia tak tahan lapar, dengan muka tak malu dia selamba makan depan anak – anak sejak kami kecil hinggalah kami besar. Bila Hari Raya dia paling seronok sebab dia suka makan rendang ayam.
Kalau 2 ekor ayam, dia boleh makan seorang sekali hadap. Bila saya ada anak, saya nak hantar ke nurseri, tapi ayah marah, dia suruh emak jaga, Mak Teh larang. Tapi ayah dan emak terus datang duduk rumah kami. Benar kata Mak Teh memang huru hara kehidupan kami suami isteri.
Akhirnya kami suami isteri jadi seperti menumpang di rumah sendiri. Ayah control rumah kami. Dia buat sesuka hati, nasib suami saya penyabar, kalau tidak tak tahu apa akan jadi. Ayah minta duit poket emak minta duit upah jaga anak, makan minum mesti disediakan selain saya mesti tanggung adik adik yang sedang belajar, sedangkan gaji saya bukan banyak sangat.
Memang teruk tetapi kerana emak ayah saya terus bersabar. Tetapi saya tak sabar bila emak ayah suka burukkan saya dengan jiran tetangga. Terutama bila lambat dapat duit. Emak kata saya anak durh4ka tak membaIas jasa.
Itu yang buat saya amat keciwa. Dan kerana tak dapat duit berjvdi, ayah berebut remote control tv dengan anak saya yang baru berusia 2 tahun. Ayah tengking anak saya hingga menangis. Namun saya tetap sabar, tetapi bila ayah suruh saya jamin anak lelaki kesayangan ayah yang kena tangkap, saya tolak.
Ayah meng4muk terus bawa pakaian keluar rumah saya. Emak pulak menangis menghamun saya kerana tak mahu jamin adik sendiri. Saya dah penat jamin, dan bayar saman, sebab ini bukan kali pertama, apa nak jadi pun jadilah saya dah tak larat.
Mak mogok seminggu suruh hantar pulang. Katanya ayah tak makan di kampung. Akhirnya saya hantar emak pulang. Tetapi saya sedih emak ayah tetap duduk rumah Mak Teh. Saya nak buatkan rumah lain, tapi ayah tak ada tanah, takkan nak buat atas tanah Mak Teh tentu berg4duh lagi.
Namun Mak Teh redha dan bersabar dengan per4ngai abangnya ini. Sekarang dah lebih 3 tahun saya tak balik kampung, adik perempuan saya pun tak mahu balik kampung dia minta tukar kerja ke utara, sebab dia tak larat nak bertekak dengan ayah dan disump4h seranah emak.
Namun adik tetap bagi ayah duit, tapi macam biasa habis berjvdi. Pada pandangan saya, kebahagian sesebuah keluarga berg4ntung kepada ketuanya. Kalau si ayah pandai mengemudi ‘kapal’ pasti ahli keluarganya tidak akan tenggelam.
Saya sedih, namun saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti ayah berubah dan patuh kepada perintah Allah. Sebenarnya ayah terdidik dengan agama, hafal Quraan beberapa jus pun dia boleh, tetapi dia tidak amalkan ilmu yang diperolehi. Itu yang saya kesalkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.