Bila aku nampak bini aku rasa macam nampak cikgu disiplin. Kawan2 pun kata aku takut bini

Aku takut dengan bini sendiri. Setiap benda aku buat mesti aku fikir dulu, bini aku marah tak kalau buat macam ni? Hidup aku dibayangi ketakutan. Dia sampai buat jadual kerja kat rumah. Hari apa aku kena basuh baju, hari apa aku tolong basuh pinggan semua..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca. Aku nak minta pendapat korang sikit sebab aku dah tak tahu mcm mana nak selesaikan masalah ni. Ceritanya macam ni. Aku dah berkahwin lebih kurang setahun lebih. Dulu sebelum kenal isteri memang aku tahu dia ni jenis tak melayan orang dan agak sombong juga.

Garang memang garang tapi dalam hati ada taman. Aku dah suka jadi nak buat macam mana kan? Jadi berkahwinlah kami. Intro sikit, bini aku ni cikgu. Orangnya tegas, kalau kat sekolah memang dia la antara cikgu – cikgu yang budak – budak takut.

Tapi kalau kat rumah taklah garang, cuma disiplin kuat. Barang tak boleh bersepah, semua kena kemas. Tak boleh bising, hari minggu pagi dah kena mandi. Pendek kata duduk macam dalam kem askar. Sepanjang hidup aku, memang aku ni jenis hentam cr0mok je.

Adik beradik semua lelaki, dari kecik sampai besar memang sebijik kerja rumah tak pernah buat, semua mak aku je la (sayang mak lebih – lebih). Jadi aku dah terbiasa baju tak terbasuh, main campak – campak, katil tak berkemas semua.

Masak apa pun tak reti, cerek letrik aje lah. Maklumlah tak masuk dapur langsung. Jadi kalau bab pengurusan rumah ni aku memang tak tahu apa. Lain dengan bini aku, bapak dia polis, hidup memang disiplin. Jadi cara hidup memang berbeza.

Yang jadi masalahnya bila perbezaan tu mengundang pergaduhan. Hari – hari aku kena marah sebab benda – benda kecik. Kasut tak bawak masuk dalam, baju campak lantai, pinggan tak basuh. Benda – benda kecik. Aku bukan tak nak buat, cuma kadang – kadang aku balik dah malam, penat, jadi body ni autom4tik kasut campak baju campak semua, aku nampak sofa tau nak duduk je.

Bila hari minggu, alah korang mesti tau la orang nak rehat, bangun solat lepas tu tidur balik, mandi bila dah tengah hari. Benda biasa la kan? Tak, bini aku k3jut aku pukuI 5 pagi, sama macam waktu nak pergi kerja jugak, mandi sebelum subuh siap ajak keluar joging lagi.

Bila aku cakap aku penat nak rehat dia tarik muka. Bini aku punya inisiatif nak kasi aku rajin sampai dia buat jadual kerja kat rumah. Hari apa aku kena basuh baju, hari apa aku tolong basuh pinggan semua. Aku memang takkan ikut la sebab jadual yang wujud dalam hidup aku cuma jadual solat dan jadual kelas. Tu je la.

Balik rumah bebas je. Jadi bila aku tak ikut jadual tu dia tarik muka lagi. Aku tak boleh la hidup macam ni. Aku ni tak suka disuruh suruh. Aku nak buat aku buat bila aku suka. Dan bila dia suruh – suruh aku macam tu lagi aku jadi takde mood nak buat.

Aku memang dah tak keluar dengan kawan sebab sebelum kahwin aku memang kutu malam, lepak tengok bola kat mamak sampai pukuI 2 pagi. Kawan – kawan aku masih macam tu jadi kau boleh bayangkan bini aku meng4muk la kalau aku balik lewat gitu.

Aku ni jenis yang suka lepak dengan kawan, kalau keluar aku boleh sembang dalam dua tiga jam. Tapi bini aku fikir lain, kalau keluar rumah buatlah benda produktif, sukan ke, riadah ke, apa ke. Aku tak boleh la. Aku nak duduk sembang dengan kawan. Aku rindu tu.

Petang – petang hari minggu mana boleh, semua nak waktu family. Sembang waktu malam sambil tengok bola la baru best. Jangan kata aku tak bincang dengan dia, dah banyak cara aku cuba nak bagitau dia supaya berhenti jadi cikgu disiplin kat rumah.

Tapi mesti dia kata balik, dia buat ni supaya hidup aku lebih produktif, supaya aku tak malas. Supaya masa yang terluang tu tak dibazirkan semua. Kau tau la ceramah cikgu kat sekolah dulu macam mana, macam tulah dia. Aku nak jugak macam dulu – dulu, balik takde buat apa – apa, tidur petang ke, melangut tengok tv ke.

Aku dah biasa macam tu, jadi aku tak boleh nak fahamkan kat dia yang aku pun nak waktu ‘malas’ aku jugak. Aku tau niat bini aku baik, tapi aku tak boleh la. Aku dah terbiasa hidup macam ni. Aku bukan tak pernah cuba berubah, memang pernah.

Tapi aku rasa itu memang bukan fitrah aku. Aku ni orang kata jenis free spirit, buat benda spontan, tak plan, tapi bini aku ni rigid dan orangnya teliti. Bukan aku tak sayang dia, tapi sebab benda – benda macam ni buat aku rasa rimas.

Perasaan aku sama macam kat sekolah lalu depan cikgu disiplin. Takut punya pasal ko jalan tegak macam tiang bend3ra. Kawan aku semua ejek aku kena queen control. Memang bini aku kuat bebel kuat marah, dan kalau tu tak jadi dia akan guna cara lain macam merajuk la, diam la semua.

Aku pun akur la. Aku takut dengan bini sendiri. Setiap benda aku buat mesti aku fikir dulu, bini aku marah tak kalau buat macam ni? Hidup aku dibayangi ketakutan, aku rasa tak bebas macam dulu. Aku rasa aku dah tak jadi diri sendiri. Aku bukan benci dia, siapa tak sayang bini oii, tapi aku tak tau macam mana nak dapat balik hidup aku daripada dia. Tolonglah aku yang ketakutan ini. – Yop

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?