Suami tak pernah bagi nafkah, satu hari mak mertua tegur suami suruh bagi aku duit nafkah

Saya tidurkan anak – anak sampai saya sendiri tertidur. Tapi suami k3jutkan saya dengan bawak berus gigi siap mangkuk kosong dan cawan berisi air untuk kumur. Padahal bilik air langkah tiga empat kaki sampai dah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Saya surirumah dengan 2 orang cahaya mata penyejuk jiwa. Berkahwin pada umur 26 tahun dan berhenti kerja setelah dikurniakan anak pertama. Suami tak suruh berhenti tapi sangat galakkan.

Saya cuma berniat mahu tumpukan perhatian pada anak dan suarakan pada suami. Allah maha Mengetahui lalu ditunjukkan jalan dipermudahkan semuanya. Masa baru kahwin, saya tak tanya banyak kat suami tentang nafkah bulanan.

Suami yang masih awal dan pada mulanya rasa buat apa nak bagi saya duit lagi walhal gaji kami hampir sama. Saya tak kisah pun sebab dah ada income sendiri. Tapi suatu hari semasa melawat ibu mertua ada bersuara suruh suami bagi sikit pada saya.

Mana ibu tahu entah, kami tak sebut langsung pun tentang ni. Mungkin naluri keibuan memberitahu kot kan. Suami pun bagi lah dalam 300 pada saya menjadikan total income saya lebih banyak daripada dia. Nampak macam suami jenis berkira kan?

Tapi tak. Sejak saya berhenti kerja, suami dapat kerja lain yang membolehkan dia bagi nafkah bulanan kurang sikit drpd gaji saya dulu. Kadang – kadang kalau dia tahu saya ada guna duit simpanan saya untuk bayar makanan ke apa.. hujung bulan dia tambah lagi seratus dua.

Kerja rumah? Suami secara jujurnya bukan jenis mengemas sejak bujang. Standard per4ngai orang laki lain lah tapi kami perlahan – lahan berubah sikap. Saya pun sejak jadi surirumah ni baru belajar mengurus rumah sesempurna boleh.

Walaupun surirumah, suami kata tak kisah pun rumah sepah. Tapi kita tak suka la biar rumah sepah – sepahkan. Dah tu kata saya tak payah susah – susah masak.. boleh order je makanan. Kalau saya masak kurang rasa.. dia tak komen banyak. Dia makan gak.

Tapi kalau laju dia tambah dan habiskan, sedap la tu. Selalu lepas makan dia akan cakap “thanks masak, sedapp”. Kalau saya kata tak sedap, masak tak jadi. dia kata “ok la tu” pastu dia bagitahula apa – apa untuk baiki.. Ada masa saya kat dapur dia datang tolong tambah rencah rasa, tolong kacau lauk, sibuk tolong p0tong – p0tong bahan masak sambil tengokkan anak – anak.

Baju dia semua dia tak kisah kalau saya tak iron. Tapi takkan nak ambil kesempatan pulak kan, pandai – pandai la jaga keperluan suami, gitu. Pernah saya tidurkan anak – anak sampai saya sendiri tertidur. Tapi suami k3jutkan saya dengan bawak berus gigi siap mangkuk kosong dengan cawan berisi air untuk kumur.

Padahal bilik air langkah tiga empat kaki sampai dah. Pinggan mangkuk dalam sink pun dia suruh tinggalkan. Malam sebelum tidur dia tolong settle. Habis periuk semua dia basuh padahal di rumah mak ayah dia ada orang gaji.

Dia tak dibiasakan pun dengan kerja – kerja ni. Kalau dia dengar anak terjaga tidur, dia bangun tolong layan anak kalau nampak saya sibuk buat benda lain. Paling penyabar dengan per4ngai saya dan anak – anak dan selalu tegur kalau nampak saya nak marah anak.

Kalau saya em0si teruk, dia pilih untuk diam je. Kadang – kadang dia bawa anak – anak keluar pergi kedai sebab nak bagi saya sendiri. Kalau dia tidur, dia bingkas bangun kalau kami perIukan apa – apa, sepatah kata tak mengeluh walaupun mengantuk.

Suami bukan jenis sweet talker. Bukan jenis bagi bunga ke hadiah – hadiah ke. Saya pun tak harap dapat apa – apa. Saya plak tak kisah langsung tentang tarikh harijadi atau anniversary. Selalunya suami insist pergi makan luar sebab nak ingat special date walaupun saya rasa lebih baik makan kat rumah, boleh jimay.

Jadi bila tengok pasangan yang tunjuk sweet dapat surpr1se bagai tu sikitpun saya tak terkesan sebab suami punya “sweet” cara tertentu dalam hidup saya. Cara masing – masing la kan. Hal – hal personal macam password, bank akaun, henfon laptop semua dia tak rahsiakan apa – apa daripada saya.

Kalau perlu bayar apa – apa dia dahuIukan duit dia dan selalunya tak nak ambil kalau saya nak guna simpanan saya. Secara jujurnya jadi surirumah ni saya lagi banyak menyimpan daripada masa kerja dulu mana pegi entah duit gaji yang saya dapat huhu.

Kami pernah diuji jatuh bangun macam orang lain tapi kami simpan semua tu, pun macam kebanyakan pasangan lain buat. Bab makan ke apa dia tak berkira. Dia akan kata, “ada la rezeki lain tu” dan memang sungguh, sepanjang kahwin ni rasa serba cukup walaupun tak mewah.

Sungguh saya rasa tak ada pengganti dah suami saya ni. Ada je per4ngai yang kita tak kenan tapi itu kita hadap la sebab mana ada yang sempurna secara total kan? Saya sendiri pun banyak kelemahan. Sifat atau sikap tak sempurna tu la yang suami isteri kena tolak ansur, baru lah saling melengkapi.

Apapun horm4tilah keluarga mertua sebab mereka adalah insan – insan penting bagi suami. Bagi kata – kata penghargaan kat ibubapa mertua sebab didik insan jadi seorang yang kita pilih jadi pasangan hidup. Elakkan “eviI eye” dengan tak tayang macam – macam kemanisan kat media sosiaI.

Biarlah artis buat, takkan kita nak ikut sama. Yang kita tak suka, cuba tolerate atau tutup mata sebab yang kita suka ada beribu macam lagi. Ya, masih ada lelaki, suami yang baik. Cuba jangan takut untuk berumahtangga. Kalau ada yang tak kena, baikilah dgn berhikmah.

Tapi kalau jenis nafkah tanggungjawab pun ke laut, mata keranjang, panas baran, berdoalah semoga Allah guide kita dalam hal rumahtangga. Mengadu pada Allah lebih baik daripda mengadu pada manusia yang kita tak tahu isi hati masing – masing.

Sedangkan Pencipta kita tahu semuanya sebelum kita buka mulut lagi. Pasangan kita, pakaian kita. Maaf salah silap dalam menulis. Terima kasih bagi saya peluang dapat saya kenangkan balik apa jasa – jasa suami. Semoga yang baik – baik saja buat pembaca semua. – Isteri Mr F.

Komen Warganet :

Norwahidah Sarlan : Alhamdulillah… Suami kak pon sangat baik. Tapi Allah jemput awal dengan sangat mudah. Selalu ingin menyenangkan hati isteri. Selalu bawak kak melancong. Untuk mngeratkan silaturrahim family katanya. Semoga semuanya dikira ibadah dan menyenangkan di Alam sana.. Aminn.

Zain Jfk Razak : Terbaikkk… macam ni lah baru betol. Ni kalau ada masalah sikit terus gi membawang kat page KRT. Nampak sangat tak matang. Semua perkahwinan mesti di impa masalah tapi cara kita handle problem tu yang sets us apart from pasangan lain. Kudos puan sebab saya feel pun dan suami orang yang sangat matang.

Zwahir ZM : Sama macam arw4h suami saya. Ringan tuIang. Tak pernah berkira. Cuti je buat keje rumah. Dari cuci baju sampai la lipat baju. Walaupun saya bekerja dan ada income sendiri. Kalau boleh semua dia nk settle tapi tu lah. Orang yang baik Allah sayang.. Baru 40 hari arw4h tinggalkan saya dan 2 orang putera.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?