
Aku ni pandai jugaklah ajar tajwid. Masa aku tengah tengok TV la nenek datang suruh aku ajar baca Al-Quran. Aku memang garang bila ajar nenek… Nenek mengadu dekat cucu – cucu lain, mengadu dekat jiran..
#Foto sekadar hiasan / AI. Asalamualaikum, Selamat Hari Raya. Okey, aku hari ni rindu pula dekat nenek, jadi mari aku cerita tentang nenek dekat korang. Nenek ada 4 orang anak dan berbelas cucu. Rumah Pak Long di Johor, jadi nenek jarang ke sana, manakala rumah aku, pak ngah dan pak teh di pahang.
Nenek ada tiga anak lelaki sorang perempuan. Rumah aku dengan pak Ngah dekat, rumah 8 minit je, kalau naik kereta, jadi nenek selalu tukar rumah aku dan rumah pak ngah. Aku anak tunggal, begitu juga anak pak ngah. Anak pak Teh ada 6 orang, anak pak long ada 4 orang.
Nenek duduk rumah aku berbulan – bulan, kalau dia rasa nak duduk, duduk lah nek, sebab kalau dia bosan dia pergi rumah orang lain pula. Nenek dah dekat umur 80 tahun, tapi serius cakap nenek masih kuat, mengaji tak pakai cermin mata pun. Nenek kata nenek doa daripada muda biar mata terang dan jelas dapat baca quran sampai tua. Kalau nenek ada ini rutin aku,
1) Berebut bilik air. ‘Nekkkkkk, orang nak masuk bilik air nie, nenek nak pergi dulu tak?’ // ‘Tak’ // Bila aku tengah mandi ‘cucu oh cucu ko lama lagi ke haa, nenek nak masuk’ // ‘Tapi nek tadi orang tanye, nenek kata tak nak’ // ‘dah tua macam nie lah, cepattt’ // ‘5 minit’ laung aku. // Boleh kata setiap kali mandi, itulah nenek.
2) Berg4duh dengan nenek. Memandangkan aku je cucu nenek tak kerja, duduk saja, aku pergiIah belajar tajwid (mak aku suruh). Nanti nenek tak faham, dia suruh aku ajar dia, ye stail aku ajar, garang sikit, aku bukan cucu yang lemah lembut, tapi yeah nenek faham pula aku ajar.
Tapi kadang – kadang tu nak marah juga, yelah kau tengah baca buku, layan movie, nenek datang bawa buku dia ‘ajar nenek sekarang’ // ‘kejap lagi lah’ // ‘janji?’ // ‘ye, nanti, eh nak habiskan ni’ // ‘betul ni?’ // Sambil duduk menanti, akhirnya ‘yelah orang ajar sekarang, 1 je eh orang ajar’
Dan nenek suka cerita bab nenek moyang, yang mana aku tak suka dengar, aku jenis orang tak suka bercakap sebenarnya, karang nenek dah ulang lebih 4 kali aku potong lah. ‘nenek dah cerita dah nekk, hari tu’ // ‘biarlah nak cerita juga’ // ‘tepuk dahi’
3) Memilih makan. Nenek, biasalah nak makan ikut piramid makanan, yang mana rumah aku kadang – kadang tak ada sayur pun, kalau tak cukup apa dia nak, dia termenung lah depan makanan. ‘makan lah nek, ni je sedap apa mama masak’
‘tapi tak ada selera’ (mak aku dah str3ss masak macam – macam) // ‘uish kalau tak ada selera, biar orang jelah makan untuk nenek, nenek tak yah makan, nanti lapar baru makan okey?’ Pergi tengok Tv dulu. ‘yelah, nenek makan sekarang’ // *habis 1 pinggan
Kadang – kadang kau nak pujuk orang tua makan, kena macam budak – budak. Tapi kalau nenek aku nak makan, dan aku tengah tidur, ‘bangun lah, bangun’ // ‘kenapa nek, mengantuk’ // ‘bangun teman nenek makan, nenek lapar’ // Ku redo jelah nenek, untuk mu.
4) Mengaji. Nenek memang seorang yang suka sangat mengaji, sehari, berhelai – helai, tapi masalahnya, bila aku tidur tengahari, nenek mengaji kuat – kuat (serius kuat dari biasa), dan kau akan rasa ‘nekk, cucu hidup lagi, baca macam biasa sudahlah’ // Dan dia akan behenti bila kau bangun, dan cakap, ‘okey dah bangun, jom teman nenek tengok tv jom’ Pula dah.
5) Membebel. Okey jujur, kalau cucu lain layankan aja nenek, tapi aku tak, kalau aku rasa bende tu tak patut aku membebel lah, serius kadang – kadang aku rasa berd0sa tau tak, tapi kalau nak marah autom4tik aku membebel. Mahu tak rasa nak membebel pukuI 12 malam dia ajak sembang sebab dia tak boleh tidur. Haruslah cucu dia membebel
Tapi masa nenek pergi rumah orang lain 2 hari, lepas tu balik semula rumah aku dan cakap, ‘RINDU LAH PULA NAK DENGAR MU MEMBEBEL, TAK SUNYI, PERGI RUMAH PAK TEH, SEMUA CUCU SIBUK DENGAN TELEFON JE’ Eh eh dia boleh rindu, aku membebel dekat dia.
6) Nenek cintakan Ilmu. Ye, nenek gemar membaca, tapi tak lama kalau tulisan bahasa melayu, tak nampak sangat, kadang – kadang aku lah yang baca kuat – kuat dan terangkan balik dekat nenek. Serius part ni aku kagum. Tapi seronok bila nenek ada sebab kalau nenek nak solat sunat, mesti nenek tanya nak suruh nenek doa apa apa tak.
Ikutkan hati, nak suruh doa pasal jodoh yelah dah 23 bercinta pun tak pernah hahahaha, tapi malu, aku minta doakan aku dapat kerja je. Tapi tulah masalah nenek, semua orang dia jumpa, kalau aku teman mesti dia cerita dekat semua orang, ‘alah tengok je pendiam nie, dekat rumah suka membebel, lepastu berebut bilik air’
Huh cucu redo lah nenek.. Sebenarnya, nak layan orang tua, tak mudah tapi bayangkan jelah kau layan diri sendiri tapi nenek versi kau yang dah tua.. layan lah dengan baik. Maaf kalau ada tersalah, terkurang dalam ejaan kali nie.
Sambungan.. Asalamualaikum. Terima kasih sebab baca kisah aku dan nenek. Ada yang komen suruh sambung, jadi aku pun bosan ni, meh aku tulis lagi. Ada yang kata nenek aku tak banyak kerenah,meh aku share kerenah nenek aku. Terima kasih juga sebab cakap nenek aku comel.
1) Bunga. Nenek sangat suka pada pokok bunga, maIangnya tanah dekat rumah aku ni aduh, tanah jenis apa tak tahu, keras semacam. Jadinya untuk tanam pokok bunga nenek, nenek akan suruh ayah aku beli tanah, ye tanah yang elok tu, berplastik plastik ayah aku beli, tapi tak pernah cukup, itu belum bab baja semua.
Demi mak tercinta mak ayah aku sepakat buat kebun khas untuk nenek, tapi nenek aku beli pokok bunga baru sampai penuh kebun, lepastu g4duh dengan itik ayah aku sebab itik makan pokok dia. Ayah aku terkebil – kebil tengok itik dia kena marah. (kebun bagi 2 side, satu itik, satu pokok bunga)
Nenek selalu mengadu, ‘huh itik tu jahat, makan pokok nenek’ // ‘tapi nek, dia kan cuma itik’ // ‘ah itik tu nakal’ // Ayah aku pula, ‘kenapa, nenek tanam pokok dekat itik ayah’ // ‘biar lah layankan aje’ // ‘tapi kesian itik kene marah, ini tak adil’
Lantak korang lah… Aku dengar jer. Kadang – kadang Pak Teh datang tanya nenek. ‘mok, mari lah pergi rumah orang pula, lama dah mok duduk sini’ // ‘kalau mok pergi rumah mu, pokok mok macam mana’ // ‘takpelah, sayang pokok bunga dari anak, takpelah’ // 5 saat kemudian… ‘kejap mok kemas barang, tapi mok pergi rumah mu sekejap je eh, ‘
2) Makan. Nenek kurang gemar masakan simple, nanti kalau masak karang dia termenung cakap tak ada selera (tapi tak ada selera tu, makan 1 pinggan kalau tak habis aku habiskan apa ada hal ). Manakala aku, ayah, mak suka masakan simple tak suka masakan kampung, jadinya kalau hari itu menu nenek, makanan tak akan habis. Semua bagi itik yang habiskan, berfungsi rupanya itik aku.
Tapi kalau nenek tahu menu dia tak habis nanti dia cakap, ‘haa nie lah orang zaman sekarang bukan nak makan ikan – ikan, ulam – ulam masakan kampung ni. Lepastu semua krik krik dalam rumah tu, hahaha. Dan nenek tak makan makanan sama, contoh minggu tu kau dah buat mee kari, sila jangan buat lagi dalam masa 1 bulan.
Dan nenek tak akan makan, makanan yang pagi tadi untuk tengahari. Malam takde hal, nenek makan biskut cicah kopi je. Mesti kena masak lain. Jadi kadang – kadang mak aku tertekan lah juga fikir menu, masa pkp haritu ayah aku yang ambil alih tugas memasak.
Jadi nenek redo jelah bila menantu yang masak. Tak banyak bunyi, tapi ayah aku nervous. Kejap – kejap suruh tanya nenek, okey tak dia masak. (aku tak pandai masak, aku mengaku ni). Nenek juga tak makan benda yang mudah dimakan, macam sardin, nasi goreng dan sewaktu dengan.. Mau tak pening pilih menu? Tapi Aku suka suruh nenek aku masak, dia masak sedap, serius sedap, nak nak kuih qasidah.
3) Berebut Tv. Macam biasa aku seorang cucu yang nakal tak sedar diri, aku lebih gemar tonton drama korea. Nenek pula haruslah nak tengok drama melayu. Dulu Tv dekat ruang tamu, astro yang jenis Pvr, bila kita record dan nenek buka Tv akan keluar notification.
Bila nenek tahu kau record drama korea, ni ayat dia, ‘amboi ceramah agama tak nak pulak kau record’. Lalu menangis lah cucu tersentap. Sejak dari tu, kami ambik Tv luar bawa masuk dalam bilik ayah, beli astro lain yang basic, beli TV lain, khas untuk nenek. Barulah nenek riang gembira sebab tak ada notifications lagi yang menganggu.
Tapi kalau aku lari masuk bilik ayah tengok korea, Nenek cakap, ‘ko teman lah nenek, nenek bosan, cerita asyik ulang je’. Alah nenek kang cucu alih kang kene ceramah, cucu dilema. Macam biasa orang tua, buka TV lepastu tidur depan Tv, nanti kau ambil remote dia cakap. JANGAN ALIH NENEK TENGAH TENGOK NI.
4) Berebut almari. Tak kisahlah almari buku ke baju ke, mesti barang nenek akan lagi banyak dari barang aku, mana tak nye, tiap – tiap tahun nenek akan buat baju baru, lepastu cakap, ‘nenek tak ada baju’. Itu dekat rumah aku je, tak campur lagi baju dekat rumah anak – anak lain (setiap rumah anak dia, dia akan tinggalkan kain baju). Tapi kau tengok lah mesti ada masa di cakap ‘tak ada baju cantik’. (Jadi para lelaki, bukan masa muda je tau perempuan macam ni)
5) Simpan barang tak perlu. Nenek suka simpan barang tak perlu dekat rak khas untuk nenek. Contoh botol air mineral kosong sampai 7 botol. Bunga – bunga kering, plastik, dan lain – lain. Dan setiap kali nenek balik pasti aku akan buang semua tu, yelah barang tak guna buang lah.
Tapi nanti nenek bising, kenapa buang, tu kan nenek punya. Dan pasti dan pastilah aku ceramah balik dekat nenek. Jangan bimbang, nenek akan tambah koleksi lain pula lepas tu. Ayat dia, ‘jom pergi kedai RM2 jom’
6) Takut guna elekrik. Ayah aku pasang penghawa dingin dekat bilik aku sebab kesian nenek panas, tapi kalau kau tak suruh buka, dia tak buka. Jadi setiap pagi, malam kau kene cakap, ‘nek buka lah kalau panas’ // Kalau dia dah buka, dia tak kasi kau tutup sampai dia betul betul rasa sejuk, aku dah masuk dalam selimut, nenek tetap cakap, jangan tutup nenek panas.
Cucu redo walaupun jadi air batu, nanti dia sejuk dia tutup lah. Tapi aku pelik kalau masuk bilik air mesti dia tak nak buka lampu, dia kata dah terang, ye memang terang tapi samar – samar. Lalu aku pun kalau dengar nenek masuk bilik air mesti,
‘nenek, susah sangat ke nak buka api’ // ‘malas nak buka’ // ‘bukan tinggi pun, rendah kan?, kan ayah buat rendah tu?’ bukan nenek pun kena bayar bill, buka sekarang’ // ‘huh, yelah yelah, membebel je, tak buka lampu je pun’ // Lepastu dia pergi rumah cucu lain, mengadu aku membebel dekat dia..
Hohoho..ye ye aku lah satu – satunya suka membebel dekat nenek, kadang – kadang dekat jiran pun dia bagitau, aku tak kisah dah bende betul. Aku selalu je ajak nenek main game dalam telefon aku, lepastu dia cakap, bosan r mainan orang dulu juga best. Kau main lah sorang.. nenek nak pergi jahit tudung.
Kan aku dah kata, mata nenek terang, jadi kalau setakat ubah suai tudung tak de masalah, nenek pun kadang – kadang jahit baju (pakai spek). Nanti dah siap, dia pakai lepastu tanya cantik tak, cantik tak, nenek nak pakai nie pergi kebun… Ketahuilah kebun cuma sebeIah rumah je.
7) Aku suka sakat nenek. Dan aku dengan kakak sepupu (panggil kakak). Selalu je khi4nat nenek, nenek tak makan apa – apa ada susu, jadi kalau buat kuih ada susu, ‘ada susu tak’ tanya nenek. // ‘tak ada’ aku dengan kakak jawab. // Sekali dia makan, ‘suka tipu nenek huh’
Lalu nenek pun bla membawa diri, pergi tengok tv. Nenek kan suka pergi kebun. Masa pkp kalau nenek pergi kebun aku kacau lah, ‘polis tengok nenek saya, tak duduk dalam rumah, Ianggar arahan’ // ‘nenek pergi kebun je pu, tengok pokok bunga nenek, tak kan tak boleh’ // ‘mana boleh, nanti polis tangkap ‘ // ‘bosan lah nenek kalau macam tu’
5 saat kemudian… ‘anakkkkk, boleh tak , jangan kacau nenek, satu hari?’ laung ayah. ‘huh, suka kacau nenek, dah lah malas nenek layan mu’ kata nenek lalu pergi. Alah ayah aku pun….
8) Top up. Nenek ada telefon sendiri, tapi bukan smartphone, nenek kalau ada top up uish tak berhenti telefon sed4ra mara, tapi lepas habis top up, ‘ish sekejap betul habis top up baru isi, nak suruh kakak (cucu) beli top up lagi lah’
Mau tak habis cepat, sorang dia telefon 10 minit, dah tu habis semua orang dia telefon.. macam mana tak habis? Kalau masuk RM50 pun habis nye.. Kadang – kadang semalam dah telefon hari ni telefon lagi orang sama – alasan bosan. Lepastu bising top up habis, macam mana tu. Lagi lagi masa PKP hari tu, dia bosan, lagi lah. Topik dia sama je. -dah makan ke belum? -buat apa?
9) JANGAN TANYE NENEK, TAK PERGI RUMAH ORANG LAIN KE? Kadang – kadang tu, aku dengan kakak (kami anak tunggal) (kakak selalu datang rumah aku, sebab rumah kami kan dekat). Selalu tanya nenek tak pergi ke rumah pak saud4ra lain, yelah sana ramai cucu ada yang 6,ada yang 4.
Tapi nenek akan cakap, ‘nak halau nenek ke?’ Tulah nenek orang dah kata jangan tengok drama melayu yang mak dia kena halau banyak sangat, degil, kan dah terpengaruh. Dah dah jangan merajuk, kita pergi kedai RM2 jap lagi ye nek. Aku kadang – kadang selalu je tak puas hati, yelah kalau nenek ada, maknenye tiada fast food, bye bye korea, bye bye me time,tak boleh buat apa kau suka, kau hilang sekejap nenek cari’.
Tapi kakak selalu pesan, Kalau kau tua pun, per4ngai akan macam nenek juga, layan nenek elok – elok, nanti satu masa nenek dah tak ada semua menyesal sebab tak layan nenek elok – elok, dan menyesal masa tu dah tak berguna. Sebab tu kalau nenek nak makan apa – apa, aku sanggup buat ataupun beli, aku takut nanti, kita menyesal.
Nah, aku share amalan nenek, yang buat dia tak nyanyuk, kuat, dan boleh baca quran dengan jelas. DOA. Nenek doa dari dia muda lagi, dia doa supaya dia tak nyanyuk supaya tak susah anak – anak. Doa sihat (walaupun nenek ada peny4kit 3 serangkai, tapi tahap normal) nenek kata dia doa sihat, sebab nak beribadah. – Cucu nakal (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nurul Atiqah : Aaa, terus rindu arw4h nenek aku. Masa kitorang jaga dia masa dia start nyanyuk tu, dia buat jugak aksi comel. Contohnya : 1. Aku baru sampai rumah balik cuti sem. Masuk rumah, salam dia. Elok nenek tanya, `kau dah nak balik ke?’. Hahahah aku baru sampai ui uiiiii.
2. Mak aku balik dari sekolah, tanya la dia mak dah makan ke belum. Nenek jawab, `Kau sape?’. Hahahah. Terguris hati mak aku. 3. Ni paling aku ingat. Ada 1 hari dia protes, dia tanggalkan gigi palsu dia dan taknak makan. Habis dia campak nasi semua.
Puas bibik dengan aku pujuk, dia asyik marah je. Tibe bapak aku balik dari sekolah, bapak aku tanya kenapa dia tak makan, dia jawab `bibik ni haaa cabut gigi aku. Dia jeles gigi aku boleh cabut – cabut’. Bapak aku psik0, `mak pasang la gigi balik. Nanti aku cabutkan gigi bibik pulak’. Hahahah.
4. Nenek aku dah nyanyuk. Jadi memori dia asyik flashback masa zaman Jepun, K0munis. Ade sekali tu aku basuh kuali, ketuk – ketuk sikit kat sinki. Dia tarik kepala bibik yang tengah urut dia, dia cakap `shhh, kau jangan bising. K0munis baru baling b0m belakang rumah’. Ya Tuhannn, tu bunyi aku ketuk kuali bersihkan kerak. Hahahahaah.
Aida Rahman : Alaaa… teringat arw4h nenek yang pendiam tapi sangat baik dan penyayang. Begitu juga arw4h opah yang banyak mulut kuat mengomel, melatah dan kelakar. Dua – dua ni masak apa pun tak pernah tak sedap. Sayang dua – dua lillahitaala.. Semoga keduanya dikurniakan syurga tanpa hisab.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.