Aku tahu atok sangat menyesal. Walaupun dah masuk usia 70-an, atok kena ulang semula, besarkan anak – anak yang masih kecil, isteri atok sekarang pun dah m4kin kembang tak cantik macam nenek..
#Foto sekadar hiasan. Nenek saud4ra aku ni sekarang umur dia 60-an, lebih kurang je dengan mak aku. Aku terdetik nak kongsi kisah dia semoga menjadi pedoman yang baik untuk ramai orang. Aku namakan nenek saud4ra aku Aisyah (bukan nama sebenar)
Sekitar tahun 70-an, Aisyah adalah seorang gadis yang boleh dik4takan paling cantik di kampung dan pekan Pendang (kawasan tempat tinggalnya) sebab Aisyah ni berd4rah kacukan Melayu – Benggali. Wajah Aishah yang kecil tirus, hidung mancung, bulu mata panjang, rambut panjang, tinggi lampai, boleh dik4takan macam bintang Bollywood!
Ditambah lagi dengan gaya berjalan, tutur kata yang sangat anggun, lembut dan berkelas. (Ciri – ciri keanggunan ni sampai sekarang, ya, walaupun dah umur 60+). Dan aku akui benda ni sebab Nek Syah masih cantik dan anak – anak beliau memang betul macam Hindustan! Siap ada yang jadi model tau anak dia.
Okay sambung balik pada era 70-an. Kecantikan Aisyah ini pernah mak aku cerita, masa mak aku keluar jalan dengan dia kat pekan, sepanjang jalan tu, siapa sahaja dan apa pun yang mereka sedang lakukan, mereka akan terberhenti.
Contoh, orang tengah sembang, terberhenti sembang sebab terpana tengok Nek Aisyah ni. Orang tengah menyapu, berhenti menyapu, orang tengah angkat barang, semuaaa terberhenti sebab terpana. Mak aku masa tu terk3jut tengok reaksi semua orang dan peristiwa tu melekat dalam memori dia.
Dari aku kecil sampailah umur dekat 30 ni mak aku selalu ulang cerita yang sama. Dipendekkan cerita, Aisyah si cantik ni berjumpa jodoh pilihan keluarga dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacak. Tak silap lelaki ini berd4rah kacukan juga.
Mereka berkahwin dan pindah ke Kuala Lumpur. Aku namakan lelaki ini sebagai Din. Din bekerja di Kuala Lumpur dan dimurahkan rezeki dari sehari ke sehari. Din sangat happy beristerikan Aisyah sebab Aisyah sangat baik dan menurut segala keinginan suami dan melayan dengan sangat baik dan lemah lembut.
Din suka perempuan yang bersolek. Jadi, Aisyah ni sentiasa akan pastikan diri beliau bersolek, bergincu, bercelak ketika suami dia pulang, walaupun ada anak kecil. Aisyah jadi suri rumah dengan melahirkan 4 orang anak yang comel.
Din pula sem4kin berjaya dan menjadi kontraktor di Kuala Lumpur. Hidup mereka baik – baik sahaja. Aisyah banyak menghabiskan masa di rumah, uruskan makan pakai suami, anak dan tetap pastikan diri cantikk bersolek (bukan hal yang senang ye).
Manakala si suami sibukk bekerja untuk sara keluarga. Suatu hari, Din pulang ke rumah dan memberitahu kepada Aisyah yang dia nak kahwin dengan seorang gadis di pejabatnya. Din berfikir yang Aisyah mungkin akan beri izin sebab Aisyah isteri yang saangat baik, tak pernah meIawan / meninggi suara dengannya.
Lagipun waktu itu kewangan Din sudah stabil. Dan Din masihh sangattt sayangkan Aisyah, tak sedikit pun terlintas untuk bercerai atau apa. Tapi, ternyataaa, Din tersilap langkah! Nak tahu Aisyah buat apa? Dia tak marah langsung, tak nangis langsung atau tunjukkan apa – apa reaksi membentak di hadapan Din.
Nenek Aisyah dengan tenang menjawab. “Tak apa, kita cerai nanti jumpa dekat mahkamah,” sambil tersenyum kelat dan berlalu pergi. Din sangatt terk3jut! Dia cuba pujuk Aisyah, tapi Aisyah tak bagi peluang. Bagi Aisyah, ‘kalau betul sayang yang pertama, tak mungkin ada yang kedua’
Dan Aisyah rasa dia tak layak diduakan dengan segala peng0rbanan, kesetiaan dan ketaatan yang dia berikan. Dan Din tak layak lagi untuk terima apa – apa dari dia. Ya, Aisyah baik, lembut, cantik, tak pernah meIawan atau tinggi suara.
Tapi dia mahal. Sekali dikhi4nati, tiada peluang kedua. Dan walaupun dikhi4nati, dia masih anggun, tak marah cuma ketegasan dia, tak ada siapa mampu Iawan walaupun Din sendiri. Jadi, mereka pun bercerai dengan sangat mudah dan tenang. Keluarga semua terk3jut.
Oh ya, dalam tempoh – tempoh selepas bercerai, Din sentiasa cuba memujuk Aisyah untuk kembali. Dia menyesal sebab lalai bercinta dengan gadis lain yang tak secantik Aisyah pun.. Biasa – biasa sajaa. Cuma gadis tersebut muda.
Oh ya, walaupun selepas bercerai, Din tetap sediakan nafkah seperti rumah dan wang sekolah anak – anak untuk Aisyah. Din sebenarnya sangat – sangat kecewa dan menyesal yang teramat, namun nasi sudah menjadi bubur, Din pun, meneruskan saja pernikahan dengan gadis pejabatnya.
Dengan Aisyah, Din cuma mampu berkawan sahaja, tak lebih dari itu. Sekarang, 2024, Nek Aisyah sangat tenang tinggal di rumah sendiri sambil ambil upah mengasuh. Anak – anak Nek Aisyah semua sudah bekerja. Nek Aisyah dengan tenang sentiasa beribadah dan habiskan masa di masjid.
Dia masih sangat anggun dengan Abaya dan Khimar yang cantik. Masih bercakap lembut dan masih kelihatan anggun. Sekian, cerita Nek Aisyah, yang melempar penyesalan kepada suami yang mengkhi4nati tanpa sebarang reaksi amarah.
Dan Tok Din pula, aku percaya, penyesalan masih bersarang di hatinya. Walaupun sudah hampir menjengah usia 70-an, Tok Din terp4ksa ulang semula, besarkan anak – anak kecil, sekolahkan anak – anak bersama isteri muda yang sem4kin pudar kecantikannya.
Isteri mudanya sekarang macam typical mak – mak, badan pun sudah naik, sudah kembang serba serbi, dan Nek Aisyah jauh lebih cantik dan anggun darinya. Yang Benar, Cucu saud4ra Nek Aisyah, – Shahi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hira Cokat : Lelaki tak fikir yang walaupun kahwin isteri muda, isunya sama juga, anak – anak perlu dibesarkan dan isteri akan menua hari. Tetapi mereka lebih berumur serta perlu menjaga anak – anak kecil? Di ofis dulu ada pemandu boss kahwin baru selepas isteri meninggaI.
Dapat isteri muda, gaya pemandu macam orang muda tapi terp4ksa kerja lebih umur 60-an, tapi banyak komplen sebab tangga gaji rendah nak tanggung famili baru. Mereka tak pikir ke semua ni?
Aza Yati : Housewife but still choose to stand alone and strong.. Hebat hebat.. Ada sebahagian pernah jumpa sampai nak m4ti kena pukuI, haruan makan anak bagai tapi tetap taknak pisah sebab housewife, takde sumber pendapatan… Haish.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.