Masa kahwin perasan suami berper4ngai pelik, bila mak mertua meninggaI suami jadi tantrum, rupanya suami saya 0KU!

Anak pertama 0KU pendengaran. Anak kedua pula autisme, ADHD, dan disIeksia. Lepas mak mertua meninggaI, per4ngai suami m4kin teruk. Dia t4ntrum dan doktor sahkan suami ada autism. Saya terima suami miskin, 0KU tapi saya tak tahan..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang wanita yang mempunyai suami dan saya telah lama memendam rasa kecewa dengan suami saya. Suami saya itu jenis lurus orangnya. Orang sekarang panggil autisme. Tetapi dengan saya, tidak nampak pula lurus itu.

Elok saja pada pandangan saya. Namun, ada juga beberapa perkara yang dia rasa susah untuk dilakukan. Saya berkahwin dengan dia dahulu tanpa mengetahui dia s4kit sebab tu saya cakap, dengan saya nampak macam takde masalah.

Keluarganya pun tidak tahu. Kami mula menyedari tentang keadaan ini ketika anak kedua kami disahkan autisme, ADHD, dan disIeksia. Anak pertama kami pula sudah berstatus 0KU pendengaran. Tetapi, semasa kecil dulu, doktor kata dia mengalami autisme ringan.

Ada juga masalah dengan mata pelajaran. Kini, sudah 13 tahun saya berkahwin dengan suami. Setelah ibu suami meninggaI dunia dua tahun lalu, barulah t4ntrumnya sem4kin ketara, seperti yang dialami anak – anak artis Zarina itu.

Doktor mengesahkan suami saya mengalami autisme teruk, rigid, dan kecerdasan terjejas. Keadaan suami sejak dari awal perkahwinan memang saya rasa semacam, nampak pelik. Saya berkahwin awal dengan suami, ketika itu umur saya 20 tahun.

Banyak juga c4baran hidup yang saya lalui. Sampailah ketika anak kedua saya berumur 4 tahun, saya menyerahkan diri kepada pakar psiki4tri. Saya buat temujanji dan sah la saya pun mengalami MDD, iaitu depr3si. Ketika suami saya disahkan 0KU, saya rasa lega.

Patutlah saya sampai mengalami masalah mental. Sebab saya berkahwin dengan niat suami menjadi imam, susah senang bersama – sama. Tetapi hidup saya seperti janda sejak dari awal perkahwinan. Hubungan suami isteri pun boleh dikira dengan jari. Itu pun ketika arw4h ibu mertua masih hidup.

Selepas ibu mertua meninggaI dunia, suami saya sudah tidak ada tempat perlindungan lagi. Dia tidak lagi ‘masking’ (menyembunyikan gejala) dengan saya. Tiada lagi orang yang boleh membimbingnya. Suami saya ini agak kedekut sikit.

Tetapi, ketika ibu mertua masih hidup, dia akan pastikan suami memberikan separuh gaji kepada saya untuk menguruskan rumah tangga dan selebihnya saya mencari sendiri. Ayah saya juga banyak membantu. Masalah yang timbul sekarang ialah, saya betul – betul tidak tahan apabila saya bekerja, balik ke rumah perlu mengurus rumah dan masih lagi perlu menyediakan makan malam untuk mereka.

Duit hasil kerja pun habis untuk komitmen bulanan. Sehinggakan untuk ‘rew4rd’ diri sendiri pun tidak boleh. Ya, pada mulanya saya redha apabila dia duduk di rumah menguruskan anak – anak. Masalahnya, anak – anak tidak terurus.

Saya minta dia bekerja sambilan sebagai RELA dan saya bersyukur juga, sekurangnya dia dapat membantu sikit – sikit dari segi kewangan. Masalah lain pula, dia pandai membeli barang – barang secara dalam talian. Duit itu, dia tidak bantu membayar bil utiliti seperti elektrik dan air.

Seolah – olah dia bekerja untuk diri sendiri. Saya yang bawa anak – anak pergi kerja. Saya fikir dia boleh bantu. Saya beri peluang lagi, sampai tiga kali. Namun, perkara yang sama berlaku. Dia tidak memberikan gaji kepada saya untuk bayar komitmen.

Saya betul – betul sudah tidak mampu. Saya ‘burn out’ dan mengalami relapse. Saya sudah beri peluang kepadanya. Ya, saya terima bahawa dia 0KU. Saya juga terima bahawa dia miskin. Tetapi yang saya tidak boleh terima, kenapa saya yang perlu menanggung keluarga, tetapi apabila dia ada duit, dia boleh pula belanja untuk diri sendiri.

Sudah dua bulan saya tidak bekerja. Alhamdulillah, rezeki itu ada. Saya memohon bantuan 0KU tidak bekerja untuknya. Saya juga memohon bantuan MUI. Alhamdulillah, boleh bayar komitmen. Sudah lega 80%, tetapi saya tetap perlu bekerja atau berniaga.

Saya memang sedang dalam fasa untuk ‘move on’. Suami sedar bahawa saya memang sudah tidak mampu lagi dengan sikapnya. Kami tidur memang asing, dan dia pun selalu balik ke rumah keluarganya. Saya juga selalu balik ke rumah keluarga saya.

Saya masuk ke dalam kumpulan sokongan autisme. Allahu, ramai lagi yang berada dalam situasi seperti saya. Bukan untuk memperlekehkan keadaan orang dengan autisme, tetapi sepatutnya wanita perlu bersedia secara mental untuk menjadi ketua keluarga jika mendapat suami seperti itu.

Suami pun perlu sedar bahawa dirinya tidak mampu untuk menguruskan keluarga. Allahu, akhir zaman. Ramai rupanya ahli syurga dan genetik diturunkan kepada anak – anak. Saya ingat hanya sindrom itu sahaja yang berlaku.

Suami saya sangat baik. Saya bersyukur dapat suami. Cuma akhir – akhir ini sahaja suami berperilaku lain selepas ibunya meninggaI dunia. T4ntrum dilepaskan kepada saya dan sebagainya. Hari ini, saya WhatsApp suami, menyuruh dia mengambil borang permohonan perceraian.

Saya inginkan perceraian antara dia dan saya. Saya tidak mampu lagi. Apabila dia tidak amanah dalam memberikan gajinya kepada saya, apabila dia menyalahkan saya setiap kali saya emosi. Mungkin ada yang akan berkata saya yang perlu faham dia.

Suami tidak pergi terapi tingkah laku. Setiap kali bekerja, memang hanya seminggu atau dua minggu sahaja bertahan. Cuti 3 bulan dan dapat kerja baru. Puncanya, dia tidak tahan dimarahi. Saya tidak mampu lagi untuk menguruskan suami kerana dia pun tidak mahu saya menguruskan dia. Dia sering lari pergi ke rumah keluarganya. Apapun, dia tetap suami, dan ada ego juga. Cukuplah.

Komen W4rganet :

AH Rahman : Hmmm… sangat menc4bar apa yang Puan hadapi. Saya pun sedikit sebanyak mengalami apa yang Puan hadapi, tapi ye lah, ini mengenai Puan dan bukan saya. Kalau Puan sudi, PM saya ya. Nak cerita banyak kat sini pun amat memaIukan dan buka aib sendiri.

Tak tahu la Puan, nak cakap apa, cuma bila akal dan pemikiran partner kita tak seperti diharapkan, rasanya ada dua je pilihan iaitu 1. suff3r dan bertahan atau 2. bercerai. Saya setakat ni maintain jelah untuk anak – anak, happiness pun anak – anak. Serta memenuhi tanggungjawab makan minum tempat tinggal.

Saya fikir memang boleh cerai je, itu jalan mudah, tapi anak saya pun ada autism jadi kalau semua ikut bini kelak, mungkin masa depan anak – anak lagi malap jika bersama isteri dengan pemikiran dan akalnya itu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.