Kantoi berz1na dengan wanita lain dekat pejabat. Isteri aku tenang je. Malam tu aku dengar dia tahajud, doa supaya d0sa aku diampunkan

Aku jujur yang dah banyak kali terlanjur dekat pejabat. Tiba – tiba isteri cakap, setiap kali lepas asar, dalam pukuI 5 lebih, dia akan rasa resah gelisah, macam ada yang tak kena. Setiap kali itulah dia doakan aku balik kerja dengan selamat sedangkan..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Saya ada satu perkara yang saya nak luahkan. Dah lama saya nak luah, tapi saya tak tahu nak luahkan kepada siapa. Jadi saya guna laman ini untuk luahkan perasaan saya. Semua yang berlaku ini adalah dari silap saya sendiri.

Saya kenal isteri saya semasa kami belajar sama – sama dulu. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar konvokesyen. Dia minta saya tolong ambilkan gambar dia dan kawan – kawan dia. Saya ambilkan, kemudian saya edit gambar itu.

Lama betul saya edit. Dia fikir saya ambil gambar dia lama. Dia pun datang dekat saya. Saya tunjuk gambar yang saya edit. Saya cuma edit letak tulisan sahaja, “Sudi tak jadi isteri saya.” Saya minat dia dari kami tahun pertama.

Dia sangat aktif di kolej, sedangkan saya cuma pelajar biasa. Tapi itulah, saya kumpulkan keberanian saya melamar dia, dan tak sangka, dia pun menaruh hati juga dekat saya. Dan kami berkahwin. Alhamdulillah, urusan semua dipermudahkan.

Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin. Anak masih tak ada. Mula – mula saya okey sahaja, tapi lama – lama saya jadi tertekan. Mak selalu desak saya soal anak. Dia kata dia nak cucu. Hari – hari dia cakap dia teringin nak main dengan cucu.

Saya kesian pada isteri saya, selalu kena sindir dengan mak saya. Jadi saya pun buat keputusan untuk pindah rumah. Ya lah, sepanjang duduk sekali dengan mak, pergerakan isteri saya agak terbatas. Nak bermanja dengan saya cuma waktu malam dalam bilik.

Itu pun perlahan – lahan, sebab bilik kami bersebeIahan dengan bilik mak. Sebab mak ini jenis tidur ayam, bunyi bising sikit sahaja dah terjaga. Lepas itu nak tidur balik pun susah. Awal pindah memang mak tak bagi, merajuklah juga dia.

Jenuh saya pujuk dia tapi tak jalan juga. Saya bodek dia dengan macam – macam, barulah dia boleh terima. Tapi rajin juga dia bertandang ke rumah setiap hujung minggu. Saya dan isteri tak kisah pun. Isteri lagi suka, katanya tak bosan.

Isteri saya pandai semua benda. Serba – serbi dia boleh buat. Memasak, menjahit, menukang. Barang – barang perabot dekat rumah semua hasil tangan dia. Memang kreatif. Kadang – kadang saya bangga pun ada bila kawan – kawan datang rumah, puji hasil kerja isteri.

Namun, manusia itu tak sempurna. Walaupun dia pandai dalam serba – serbi, dia masih kurang pandai melayan nafsu saya. Dia agak lurus dalam bab – bab ini. Mungkin sebab itu saya jadi tak bernafsu dengan dia, sebab saya jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama.

Saya ada juga tanya kawan – kawan saya, berapa kali dalam seminggu mereka bersama. Ramai yang cakap 2 atau 3 kali seminggu. Saya cuma sentuh isteri saya sebulan sekali atau dua kali. Itu pun bukan kerana nafsu, tapi kerana nafkah.

Kalau ikutkan, saya tersiksa juga untuk bersama dengan dia. Macam saya p4ksa diri saya untuk bersama dengan dia. Isteri saya tak pernah merungut atau merajuk kalau saya tak bersama dengan dia. Konflik saya dan isteri bermula bila isteri saya terbaca WhatsApp saya.

Kebetulan waktu itu, saya tertinggal telefon waktu nak ke pejabat. Entah macam mana saya terlupa sangat hari itu. Selalunya, telefon itu lah yang saya tak akan tinggal. Bila saya balik waktu makan tengah hari untuk ambil telefon, saya nampak dia duduk atas sofa sambil pegang telefon saya.

Muka dia tenang, sangat tenang. Saya ingat dia buka Facebook ke, main permainan di telefon saya, sebab dia bukan jenis yang memeriksa telefon saya macam isteri kawan – kawan saya yang lain. Dia cakap dulu waktu mula – mula kahwin, telefon itu privasi kita sendiri. Jadi dia memang tak akan periksa.

Saya minta telefon dekat dia, dan dia pun beri dekat saya. Saya tengok telefon saya, rupa – rupanya dia tengah baca WhatsApp saya dengan seorang perempuan (rakan sepejabat) di WhatsApp saya. Saya jadi terdiam. Saya tak tahu nak buat macam mana.

Saya nak terangkan dari mana pun saya tak tahu. Saya cuma cakap dekat dia, saya kenal rakan sepejabat sebab dia pelatih (intern). Junior kita. Saya yang bertanggungjawab bahagian pelatih. Saya mengaku dengan isteri yang saya dah terlanjur dengan dia beberapa kali.

Hampir setiap hari di pejabat saya bersama dengan dia. Dia pandai layan saya. Tak macam isteri saya.. Sambil saya terangkan itu, saya pandang muka isteri. Muka dia sangat tenang. Saya yang jadi resah dan gelisah. Saya janji dengan isteri saya tak akan buat lagi apa semua.

Tapi isteri tetap diam. Muka dia memang tenang, sangat tenang. Saya tanya dia, “Sayang okey ke?” Dia diam. Lama dia diam. Saya tengok muka dia, tak ada tanda – tanda nak marah atau sedih. Memang tenang betul. Tiba – tiba dia cakap dekat saya, setiap kali lepas asar, dalam pukuI 5 lebih, dia rasa resah dan gelisah. Rasa macam ada yang tak kena.

Setiap kali itulah dia doakan saya balik kerja dengan selamat, dia doakan saya diampunkan d0sa saya. Dia risau takut saya kemaIangan atau apa – apa sepanjang perjalanan balik pejabat ke rumah. Saya terk3jut bila dia cakap macam tu.

Sedangkan waktu itu, saya tengah seronok berprojek dengan rakan sepejabat saya. Memang kami berprojek selalunya lepas asar. Waktu lain habis waktu kerja. Lepas isteri cakap macam tu, isteri senyum dekat saya. Dia tanya saya nak makan apa untuk makan tengah hari.

Saya cakap saya tak nak makan apa – apa. Ya lah, macam mana nak makan, tengok muka dia pun saya dah kenyang. Saya tengok dia lagi, dia okey atau tak. Tapi dia masih lagi tenang. Saya betul – betul gelisah sampai saya ambil cuti kec3masan.

Saya tak datang pejabat lepas makan tengah hari sebab saya nak tengok gelagat dia. Dia masih lagi masak di dapur. Saya ikut sahaja belakang dia. Lepas masak, kami makan, kemudian solat zohor. Lepas itu dia angkat baju dan lipat.

Sepanjang hari itu, saya memang mengekori dia sahaja. Kadang – kadang dia tengok saya, dia senyum balik dekat saya. Saya memang gelisah betul hari itu. Tersiksa saya rasa. Saya langsung tak boleh agak hati dia macam mana.

Sampailah ke waktu asar dan maghrib, dia masih lagi teruskan rutin harian dia. Siap tanya saya lagi, nak makan apa untuk makan malam. Lepas makan malam, kami sama – sama solat berjemaah, kemudian tengok televisyen.

Dia ajak saya layan filem. Dia minat sangat cerita Harry Potter. Jadi malam itu saya pasanglah. Dari episod satu sampai episod tiga. Dah nak dekat pukuI 1 lebih, saya dah mula mengantuk, tapi isteri tak mengantuk lagi. Saya cakap dekat dia saya nak tidur sebab saya kerja pagi.

Dia senyum dekat saya kemudian dia angguk. Saya pun masuk bilik tidur. Tapi entah macam mana, saya terjaga pukuI 3 lebih. Saya pandang kiri, isteri tak ada. Saya risau. Saya turun bawah, saya nampak dia dekat ruang tamu, tengah sujud.

Saya pun berdiri dekat tepi tangga, tunggu dia habis solat. Tapi lama dia sujud, sangat lama. Hampir 20 minit dia sujud, kemudian baru saya nampak dia beri salam. Saya nak tegur, tapi saya dengar dia menangis sambil berdoa.

Dalam doa dia, dia mohon dekat Allah supaya Allah ampunkan d0sa saya yang berz1na. Tiga kali dia ulang ayat itu. Dan dia juga doa, mohon Allah ampunkan d0sa rakan sepejabat saya yang berz1na itu juga. Waktu itu, saya terduduk dekat tangga, dengar doa dia.

Air mata saya menitik dengan sendiri. Dia doa lagi supaya Allah lembutkan hati saya untuk maafkan dia, sebab dia tak pandai melayani saya. Lama dia doa, menangis – nangis dia atas sejadah. Saya bangun pergi dekat dia. Dia menangis dekat saya.

Dia pula yang minta ampun dekat saya, sebab saya makan luar kerana dia tak pandai layan nafsu saya. Dia minta maaf banyak kali dekat saya sebab kekurangan dia. Saya jadi serba salah. Sedangkan saya yang sepatutnya minta maaf dengan dia.

Saya curang dengan dia. Saya makan luar. Saya tak pedulikan dia. Saya jarang sentuh dia tapi masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap saya. Lepas malam itu, dia macam biasa balik. Layan saya macam sebelum – sebelum ini.

Tanya saya nak sarapan apa, nak makan tengah hari apa, nak makan malam apa. Cuma saya yang gelisah tengok dia per4ngai macam tu, sebab saya expect saya kena marah ke, kena m4ki ke, sekurang – kurangnya kena baling pinggan mangkuk ke, kena halau ke. Tapi dia diam sahaja.

Saya nak minta tolong kaum hawa dalam ini, apa yang saya perlu lakukan? Saya minta maaf dengan isteri dan isteri maafkan saya, tapi kenapa saya masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan saya? Apa yang saya perlu lakukan? Saya buntu. Dah nak 3 minggu rasa bersalah itu tak hilang. Tersiksanya saya.

Komen W4rganet :

Norlaila Yusof : Jika tuan betul – betul taubat, kekalkan rumahtangga tuan. Jika tidak, teruskan berz1na, dan lepaskan isteri tuan. Sangat tidak adil tuan masih tak nak taubat nasuha. Mungkin Allah SWT akan ambil tuan sebelum tuan teruskan perbuatan z1na tuan itu.

Allah SWT dah tunjukkan jalan untuk tuan bertaubat. Betul kata rakan – rakan dalam ni, orang – orang yang terpengaruh dengan video Iucah sahaja yang akan teringin dengan aksi – aksi pelik di ranjang. Sy4itan akan pandu kita untuk maksi4t.

Tuan dah cari rakan untuk sama – sama buat maksi4t. Lebih baik tuan bertaubat sebelum Allah SWT memanggil tuan kepada-Nya. Doa isteri tuan akan termakbul. Sama ada berpisah hidup atau m4ti. Isteri tuan, seorang isteri solehah, tidak sesekali akan minta cerai. Fikir – fikirkanlah. Semoga hidayah tersebar ke seluruh alam.

Bintu Ibrahim Albanjari : Saya jarang nak komen, selalu jadi CCTV sahaja. Bang, benda macam ini kena terus terang dengan isteri. Kalau isteri itu tak reti, ajarlah, memang tak semua pasangan pandai bab ini. Saya pengasas minyak belacak tau, ramai yang saya bantu hal macam ini.

Kalau tuan biar dia reti sendiri memang taklah! Ajarlah dia, kena beritahu hati ke hati. Contoh, beritahu isteri “abang suka macam ini, sayang macam ini… sayang buatlah.” Insya-Allah orang macam isteri tuan tu dia akan faham, dia tak boleh malu – malu.

Kalau isteri malu – malu, buat dia jadi tak malu depan tuan… selesai! Berz1na itu bertaubatlah tuan, berhentilah! Baiki hubungan dengan isteri mungkin akan ambil masa lama sebab dia dah terIuka, usaha lah selagi mampu.
Saya simpati dekat dia, nampak dia sangat baik. Itu sahaja lah, saya taknak komen lebih.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.