Kawan aku anak orang kaya, kereta BMW siap driver tapi bila aku hantar dia balik, terk3jut tengok rumah dia

Kawan aku selalu post gambar boyfriend tapi dia tutup muka boyfriend dia pakai sticker. Katanya d4rah kacukan siap tunjuk segala perbualan whatsapp diorang. Ada sorang akak dekat pejabat ni cakap, dia jeles sangat dengan kawan aku ni. Satu hari aku dapat tahu dia pergi konsert artis kesukaan aku. Aku terus cek, rupa – rupanya..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Hi. Harap admin boleh publish cerita aku sebab aku penat simpan sorang – sorang. Aku nak cerita pasal salah satu member aku dekat tempat kerja aku. Aku bekerja sebagai seorang executive dekat syarik4t marketing.

Dah 3 tahun kat sini. Rezeki aku kot, lepas grad je aku terus dapat keje ni. Honestly aku suka kerja dekat sini sebab environment dia best, bos memahami, jarak 5 km je dari rumah aku, paling best sebab ada rakan sekerja yang kaki gelak sama – sama dengan aku dan kami layan each other macam kawan baik instead of just colleagues.

Tapi dalam banyak – banyak kawan yang best tu, ada satu yang agak “unik”. Aku namakan dia A. Waktu aku mula – mula masuk kerja situ ada sorang akak tu penah cakap kat aku, dia jealous (bukan iri hati ye) tengok A ni.

Duit gaji dia cuma guna untuk belanja dia je sebab family dia kaya. Aku pun iyekan aje sebab aku tak kenal dia sangat masa tu. Ok sikit intro pasal A, dia punya penampilan biasa – biasa je. Bertudung, berisi, pakaian pun biasa – biasa je.

Takde menunjukkan dia ni someone kaya atau kuat berparty. Bukan kat tempat kerja je, kat luar pun sama. Berapa lama aku kenal si A ni, aku perasan dia selalu muat naik whatsapp story pergi melancong sana sini semasa hujung minggu.

Kira macam percutian singkat lah. Tapi dia punya bercuti ni bukan biasa – biasa tau. Pergi singapore, indonesia, sabah, pergi balik macam tiket harga 10 ringgit je. Dan dia selalu tayang pasal harta yang dia ada. Ayah dia pakai kereta bmw sekali dengan driver, rumah dia ada orang gaji, makan tempat high class, macam – macam lagi lah.

Semua ni dia cerita melalui whatsapp story dia. Dan ada jugak dia post dia pergi concert kat luar negara and penah post video pergi cIubbing jugak. Dan yang paling penting, dia selalu post gambar boyfriend dia tapi dia tutup muka boyfriend dia pakai sticker hahaha.

And dalam semua story dia tu, takde satu pun yang menunjukkan dia ada dekat situ. Sebabkan A ni takde lesen, aku selalu je kena hantar dia balik walaupun tak sehala dengan rumah aku bila family dia tak boleh ambik dia.

Rumah dia teres biasa je. Berapa puluh kali aku hantar dia sampai rumah (tanpa upah sebab dia takde common sense) tak pernah sekali pun aku nampak BMW ayah dia tu. Aku sebenarnya hairan, kenapa driver dia tu tak penah ambik dia.

Dan kalau dia kaaaya giIa macam yang dia cakap, kenapa dia tak naik grab aje? Rumah dia bukan jauh pun? Takat nak hantar sekali dua takpe jugak. Ini macam rutin pulak nak hantar dia balik rumah. Nak dijadikan cerita, pada satu public holiday yang panjang, dia post story pergi negara jiran dengan boyfriend dia.

Macam biasa, takde pun gambar dia. Cuma ada gambar boyfriend dia yang ditutup dengan sticker. Dan dia ada pergi satu concert international dan ada 4 artis yang berbeza. Artis tu semua aku kenal walaupun tak fam0us and aku suka lagu mereka.

Masa tu aku agak teruja nak tanya pengalaman dia sebab aku memang peminat 4 artis tu. Tapiii. Aku tergerak hati nak pergi tengok instagram artis – artis tu. Yang buat aku terk3jut ialah, 4 orang tu takde pun dekat negara yang dia pergi tu.

Dan semua ada dekat negara yang berbeza. Aku dah pikir macam ada sesuatu yang tak kena. Jadi aku cari lagi persamaan 4 artis tu. Rupanya diorang penah perform dekat satu event space dekat negara tu. Tapi, tarikh persembahan diorang berbeza – beza.

Dan yang lagi pelik, 4 tarikh yang berbeza tu, 4 artis tu semua pakai baju yang sama dengan video yang A post tu. Bingo. Sah dia menipu. Ini satu titik permulaan aku jadi penyiasat terhebat. Setelah aku kaji, rupanya semua gambar dan video yang dia post, 90% dia ambik dari instagram orang lain.

Segala percutian dia, semua adalah penipuan semata – mata. Dan dia ada tunjuk yang dia ada sebijik rumah yang sebesar banglo kat kawasan elit. Pernah dia s4kit, masuk hospitaI pun dia post dia pergi hospitaI pr1vate yang banyak artis malaysia pergi sebab nak menunjuk diri tu kaya.

Tapi itu semua pun dia ambik dari instagram orang lain. Dan yang lagi hebat, boyfriend dia yang katanya kaya, berd4rah campuran, pakai kereta tukar – tukar, selalu bawak dia pergi melancong tu pun tak wujud. Hahaha.

Tapi dia selalu post screensh0t c0nversation dengan boyfriend dia. Sanggup fake kan c0nversation sebab nak menipu punya pasal. Apa yang dia dapat dari situ pun aku tak pasti. Kalau korang nak tahu, bila kami colleagues sembang waktu lunch, dia boleh cerita macam – macam dengan muka yang meyakinkan.

Pengalaman dia bercuti, cerita pasal boyfriend dia, semua macam betul sangat. Padahal tak wujud pun semua tu. Dan sekarang dah nak masuk 2 tahun aku tahu semua ni tapi aku tak penah bagi tau siapa – siapa.

Aku tak boleh bayangkan macam mana reaksi dia kalau dia tahu yang aku dah tahu. Jadi aku diam jelah. Aku ada jugak bagi dia hint supaya dia stop, tapi mungkin dia terlalu syok menipu atau dia masih nak yakinkan aku dan kawan – kawan lain atau sebenarnya dia tak dapat tangkap pun hint yang aku bagi.

Kesimpulannya kat sini, tak perlu nak bagi tau semua orang yang kau tu kaya. Kalau kau betul – betul kaya, orang tengok pun dah tahu. Dengan menipu, kau tak akan dapat apa selain malu yang besar kalau kant0i.

Personally A ni baik je. Tapi tulah, aku tak boleh hadam per4ngai menipu dia. Sampai sekarang, apa pun yang dia cerita aku tak akan pernah percaya sampai bila – bila. Ok guys. Sampai disini saja. Thanks baca. – Zack (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Amanda Panda : Kawan awk ni s4kit sebenarnya. Berkaitan dengan mentaI. Aku tahu sebab ada kawan sebijik macam kawan awak ni. Bezanya kawan aku ni hanya deIusi0nal berkaitan lelaki je. Contohnya, setiap kali pergi wedding atau jalan – jalan dekat mall kawan aku ni akan cakap semua lelaki pandang dia dan nak r4ba dia walaupun reality tak ade sorang pun laki diri dekat dia atau pandang dia.

Part yang best dia siap bagitahu lagi laki – laki tuh semua suka dekat dia walaupun reaIity benda tuh tak wujud. Belum lagi part dia suruh aku menyamar jadi lelaki dan mesej dia sweet – sweet sebab dia nak screensh0t dan post dekat facebook.

Nurzatul Effa Ahmad Shahrudin : Kawan awak ni attention s3eker, jadi dia terp4ksa reka situasi supaya orang sedar kewujudan dia. Ini boleh dik4takan sejenis mentaI dis0rder sama macam narc1ssism dis0rder. Tapi hati – hati, kalau tak boleh control, satu hari dia boleh sampai tahap yang teruk.

Teringat masa zaman study dulu ada lecturer bagi kami kes untuk selesaikan. Pes4kit tu rasakan diri dia serang puteri sedangkan dia bukan sesiapa pun.

Keet Salleh : Tak heran pun sebab wujud spesies pelik macam ni. Memang kita rasa dia macam deIusi0nal, dia tak b0doh tapi dia ‘s4kit’ sebenarnya. Aku ada sorang kawan ni, dulu sembang – sembang sesama kawan – kawan, aku cakap eh suka la baju ni gini gini gitu.. gitu.

Nak buat lah 1.. Ok tu smua baru angan – angan aku ja tau. Minggu depan tup – tup 5 pasang haa dia bawa baju yang macam aku gambarkan aku suka dan nak buat tu. Aku ni kain pun tak beli lagi tau. Yang cannot brain nya sebab masa aku dan kawan lain beria bercerita dia diam endah tak endah tak ambil port macam tak berminat ja… hahahha… Unik ke pelik dia ni?

Lepas 2, 3 insiden seumpama tu berlaku, aku ambil pendekatan untuk acah – acah cakap suka ni suka tu depan – depan dia, nak tengok ada tindakan dia seterusnya. Lepas aku sedar ke’unik’an dia tu, memang semua benda yang aku tak suka aku cakap aku suka.

Sebab saja nak tengok per4ngai dia, lepas tu esok – esoknya mesti dia dah ada benda yang aku ‘suka’ tu lebih dulu dari aku. Untuk dia tu, thanks na jadi hiburan aku di kala str3ss zaman muda – mudi dulu. Syok jugak tengok per4ngai pelik makhluk muka bumi ni

Masta Boneka : Sama la, aku ada kawan sekolah dulu, budak pandai.. Dia selalu up kan gambar dengan BF. Bf dia pulak memang muka handsome tahap artis la. Entah macam mana waktu tengok gambar tu aku macam terdetik nak cuba Google images, sekali keluar gambar artis Filipina.

Rupanya semuanya palsu. Tapi aku diamkan jela. Malas nak masuk campur hal orang. Cuma arini bila baca aku teringat balik.

Eka Danath : Kita kena kesian diaa. Zaman sekarang zaman orang berIumba – Iumba nak tunjuk kehidupan have – have. Orang yang tak berapa nak have – have dangat ni selalu akan rasa terpinggir atau takut tidak dipandang.

Jadi sebab tu lah dia buat semua tu. Jadi kita ni kena tunjuk dekat dia yang takpe kalau kita takde kenderaan pun, hujung kinggu seronok – seronok habiskan masa dekat rumah, tanpa bf, tanpa kehidpuan sosial yang ‘mewah’. Takpe asalkan kita gembira dan bahagia. Ada apa kalau harap pada penilaian manusia semata.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.