Satu hari saya terima wasap dari orang yang tak dikenali dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita. Siap hantar location lagi. Tanpa buang masa saya bawa anak ikut sama. Tengah terhendap – hendap mencari suami, tiba – tiba..
#Foto sekadar hiasan. HIDUP ini kalau takut jadi umpat keji orang, tentu kita hidup dalam keadaan serba salah. Tetapi setelah berusaha jadi baik pun dik4ta orang, tambah s4kit hati apabila keluarga kita hingga ibu dan adik beradik kita turut jadi m4ngsa cacian. Tentu kita boleh s4kit jiwa kan?
Kalau takut diumpat keji setelah kita berbuat baik, maka jalan terbaik kita duduk dalam gua, orang tak nampak, itu sindir emak. Ketika saya ceritakan tentang apa yang orang sekeliling kata tentang keluarga kami, semuanya tak betul, semua tak baik.
Masalah keluarga kami jadi umpatan orang bila emak bercerai. Mulalah orang kata nenek jadi janda, anak pun ikut sama. Nenek kahwin suami orang. Kebetulan zaman dulu madu nenek tinggal nun jauh di kampung, sedangkan suaminya duduk dan bekerja dekat pekan dekat kampung kami. Waktu itu bermadu tak jadi masalah besar seperti sekarang.
Nenek nikah pun orang kampung uruskan. Tak dengar pulak cerita nenek kena serang ke, kena pukuI atau kena m4ki hamun dengan isteri pertama, mungkin waktu itu, jalan perhubungan jauh, bas pun susah nak dapat jadi tak adalah berlaku peper4ngan.
Lepas 2 orang anak nenek kahwin, suaminya meninggaI dunia. Nenek balik duduk kampung. Nak jadikan cerita 2 orang anak perempuan nenek, salah seorang emak saya tak sampai 8 tahun kahwin kena cerai, sebab suaminya kahwin lain setelah pindah tempat kerja. Jadi tinggallah emak dengan saya 3 beradik.
Oleh kerana emak tak bekerja, emak balik duduk dengan nenek di kampung, jadi sayapun jadi orang kampung, sekolah di kampung, itu semua tak jadi hal hinggalah sampai masanya saya dengar cerita ada orang lamar emak untuk jadi isterinya.
Awalnya memang saya tak suka. Nenek setuju, kata nenek kami dah besar sapa nak bantu sara kami. Ayah kami tak pernah bagi nafkah. Emak terp4ksa kerja jadi tukang masak kantin sekolah untuk sara kami. Di situlah ada orang nampak lamar emak jadikan isteri.
Lepas kahwin suami emak suruh berhenti kerja sebab dia dapat gerai tepi jalan dan dia nak berniaga. Katanya emak pandai masak boleh cari duit sendiri, buat apa jadi kuIi orang. Katanya dia akan bagi modal emak boleh masak suka hati, bila berniaga boleh sara anak – anak. Tentulah emak terima cadangan suaminya.
Bila berniaga bapak tiri bawa emak duduk menyewa di pekan sebab senang nak berniaga. Dan kami terus duduk dengan nenek dan bersekolah di kampung. Habis tingkatan 5 kakak di bawa duduk dengan emak di suruh tolong emak berniaga.
Kakak tak mahu sebab nak sambung belajar cita – cita kakak nak jadi chegu. Tapi bapak tiri marah, akhirnya kakak lari ikut kawan dan dapat kerja kilang, dan duduk rumah kawan. Bapak tiri meng4muk marahkan emak kerana tak pandai jaga anak.
Walaupun masih bersekolah, tetapi saya perhatikan hidup emak tidaklah senang sangat, walaupun emak kata perniagaannya maju. Enam tahun emak berniaga, yang saya nampak bapak tiri ada kereta walaupun kereta terpakai dan motor, emak seutas gelang pun tak ada. Nenek kata mungkin bapak tiri simpan untuk hari tua.
Tetapi benda buruk cepat orang dapat hidu, dengar cerita bapak tiri dah kahwin lagi tanpa pengetahuan emak. Ceritanya terbongkar bila sepupu emak bercerita dengan nenek. Bila dah terbongkar tentulah jadi per4ng. Bapak tiri lagi g4nas dia ceraikan emak, dan suruh emak balik kampung.
Gerai diberikan kepada isteri barunya untuk teruskan perniagaan. Oleh kerana emak tak ada simpanan, kerana setiap hasil jualan bapa tiri ambil konon nak simpan dan nak buat modal, tapi yang nampak, bapak tiri beli kereta dan motor.
Emak tak pernah dibawa berjalan makan angin, sebab disuruh berniaga setiap hari sebab takut pelanggan lari. Sedangkan dia enjoy dengan wanita lain. Emak ditinggalkan menangis tak berlagu. Tetapi kerana emak pandai masak, emak buka gerai dekat dengan kampung modalnya dari nenek.
Bila dah berniaga, walaupun kecil, tetapi makan minum kami dengan nenek terjaga. Sejak itu bila saya kata nak sambung belajar emak galakkan. Kakak pun emak suruh belajar, kakak mula minat computer dia belajar computer dengan kolej swasta waktu malam. Zaman itu computer baru nak dikenalkan.
Dipendekkan cerita saya dan kakak berjaya dapat diploma. Walaupun sudah bekerja, tapi emak tetap berniaga dibantu adik lelaki yang minat berniaga. Kerana jiwanya jiwa berniaga, waktu itu burgerlah yang popular di samping bantu emak berniaga nasi campur.
Dipendekkan cerita, kami nak kahwin pulak, saya dan kakak bersanding sama, sebab nak jimat belanja kenduri. Bila kami ada 2 orang anak, bermula episode baru, kakak berg4duh dengan suaminya, sebab kakak tak mahu tanggung suaminya yang malas bekerja.
Dia tunggu gaji kakak untuk hidup. Kerja tak sampai 2 bulan berhenti dan cari kerja lain dan begitulah seterusnya. Cari kerja berhenti kerja. Kata kakak dia tak mahu jadi macam emak kena tipu dengan suami, emak memasak separuh m4ti, suami emak kumpul duit dan kahwin lain. Kakak tak mau ditipu.
Oleh kerana bekas suami kakak orang dekat kampung kami juga, tentulah cerita perceraian kakak jadi bualan. Rupanya si bekas suami takut kakak terlepas pada orang lain, jadi dia buat cerita memburukkan kakak supaya nama keluarga kami terpalit buruk.
Tapi kakak buat pekak, pujuk macam mana pun dia tolak, sebab kakak lihat sendiri per4ngai bapak tiri yang menipu emak dulu. Kelalaian emak menjadi pegangan hidup kakak sebab itu dia tak mau ditipu. Cerita perceraian kakak jadi bualan sekampung, ada pulak jadi lauk tambah konon keturunan kami sentiasa bercerai berai, isteri tak nak tahu jaga suami sebab itu jadi janda.
Tak pasal – pasal kisah hidup nenek bermadu, emak kena cerai kahwin kali kedua pun kena cerai jadi bahan umpat keji mereka dan seterusnya kakak jadi sindiran mereka. Tapi emak buat pek4k, nenek lagi tak ambil pot. Bekas suami kakak uguut nak ambil anak.
Dia pergi sekolah pujuk anak – anak ikut dia. Mereka lari mengadu dengan guru akhirnya dengan bantuan ketua kampung, masalah dapat diselesaikan apabila anak – anak buat pilihan duduk dengan emak. Selamat satu bab.
Nak jadikan cerita, tak pasal pasal suami saya pulak buat hal, waktu itu saya ikut suami di bandar lain. Rupanya dalam diam suami tambat ramai gadis jadi kekasihnya, saya tak sedar hinggalah adik beritahu. Tapi suami nafikan konon gadis – gadis itu rakan sekerjanya, tetapi kalau dah makan malam berdua – duaan, apa cerita?
Dua tahun lamanya saya sabar dan perhatikan per4ngainya, memang orang tengah giIa berasmara dia cepat lupa diri. Bab balik lewat alasan banyak kerja dah jadi cerita basi. Satu hari saya terima wasap dari orang yang tak dikenali dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita. Siap hantar location lagi. Tanpa buang masa saya bawa anak ikut sama.
Tengah terhendap – hendap mencari suami, tetiba suami dan seorang wanita keluar dari restoran tersebut. Sempat saya rakam gambarnya, suami tak hantar wanita itu balik, dia ada kereta, suami naik motor. Saya cuba ikut wanita tersebut tetapi gagal, sebab saya bukan cekap memandu terutama dalam keadaan tengah marah.
Bila gagal, saya terus balik rumah. Suami tak balik lagi. Saya tunggu hingga jam 10 malam baru dia sampai. Pembaca tentu tahu apa terjadi, kami bert3ngkar. Suami nafikan, tapi bila saya fowardkan gambar dia dengan wanita itu, mana boleh tipu lagi.
Dia mula salahkan saya konon saya lebih pentingkan kerja daripada melayan dia sebagai suami. Jawapan saya mudah, kalau nak layan dia seperti yang dituntut dalam agama, saya minta dia siapkan makan minum, pakaian dan pelajaran anak – anak, dan saya akan berhenti kerja untuk layan dia atas katil, itu memang kerja seorang isteri seperti yang dia hendak.
Dan dia mesti bereskan semua tugas yang selama ini dia bebankan pada saya seperti sediakan makan minum anak – anak, bayar duit pengasuh anak, bayar bil utility dan jangan lagi cuba meminjam duit daripada saya bila tak ada duit.
Sedar dengan tahap kemampuannya yang memang tak mampu, dia mula tuduh saya tak ikhlas dan lebih pentingkan diri dan keluarga daripada dia. Peper4ngan kami memang berpanjangan, ada per4ng dingin, ada per4ng baling barang dan pernah dia cuba men3ndang saya.
Sampai tahap itu, saya terus cakap kalau tak sukakan saya lagi, saya sedia diceraikan. Itu lebih menyenangkan dia nikah lagi. Berbulan juga kami per4ng dingin. Kerana saya tak suka ‘berper4ng’, dan buat d0sa, saya cadangkan dia cepat ceraikan saya dan boleh segera nikah.
Memanglah dia tak mahu. Tetapi kerana per4ngainya sem4kin meny4kitkan hati saya tuntut cerai ke mahkamah, senang cerita tak payah berper4ng lagi. Sebelum cerai saya mengadu pada emak, emak serahkan saya buat keputuusan.
Bila dah bercerai tentu berita meIetup ke telinga sesetengah orang kampung. Mulalah saya dengar mereka kutuk kami keluarga bercerai – berai. Kata mereka nenek bercerai, emak bercerai sekarang anak – anak ikut. Memang kami tak tahu jaga laki.
Kepada orang yang sampaikan berita meny4kitkan hati itu, saya nasihatkan mereka jaga keluarga sendiri, takut anak cucu mereka pulak bercerai berai, sebab jodoh, rezeki dan hidup m4ti bukan urusan manusia, semuanya urusan Allah.’
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.