Aku masih boleh ingat dengan jelas ayah dan mak berg4duh, aku berada di tengah – tengah mereka. Ayah Iudah berkali – kali atas meja.. Aku tanya mak, menyesal tak?
#Foto sekadar hiasan. Seringkali kita dengar tentang maIangnya nasib anak yang dibesarkan di dalam br0ken family atau bercerai berai. Kali ni aku nak kongsi kebaikan yang dapat aku rasakan apabila dibesarkan dalam br0ken family.
Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku seorang wanita berusia awal 30-an dan mempunyai beberapa orang adik beradik. Mak dan ayah aku bercerai semasa abang aku yang sulung berumur 7 tahun dan adik yang paling bongsu 3 tahun.
Punca perceraian adalah kerana orang ke-3, tetapi sekarang aku yakin, orang ke-3 itu hanya asbab yang Allah berikan, untuk melepaskan mak aku dari sebuah rumahtangga yang t0ksik. Kenapa? Sebab ayah aku seorang yang panas baran dan mak aku menjadi m4ngsa pend3raan rumahtangga sejak mengandungkan abang aku yang sulung.
Pantang salah sikit, m4ki hamun dan kaki, tangan naik ke badan mak. Sudahlah ayah tidak membantu langsung dalam hal urusan rumahtangga, malah sebiji sudu pun ayah aku tak akan basuh dan mak memang diperh4mbakan sesuka hati.
Ayah berkenalan dengan seorang perempuan muda pada usia perkahwinan hampir mencecah 8 tahun dan nekad menceraikan mak kerana perempuan tersebut tidak mahu bermadu. Oh ya, sifat baran ayah tidak diketahui oleh perempuan tersebut. Ayah amat baik dan berlemah lembut dengan nya.
Tapi kalau hari ini aku tanyakan pada mak “mak menyesal tak bercerai dulu?”, mak dengan pantas dan yakin akan menjawab “kalau mak tak bercerai dulu, mungkin sekarang mak dah giIa, duduk kat hospitaI s4kit jiwa”. Begitulah besarnya hikmah perceraian pada mak aku. Dan aku sebagai anak, aku juga sekarang dapat rasa beberapa hikmah atas putusnya hubungan suami isteri mak dan ayah.
1. Aku tidak perlu tengok mak dipukuI dan dim4ki oleh ayah. Aku tidak perlu rasa str3ss dengan konflik antara mak dan ayah. Aku masih boleh ingat dengan jelas ayah dan mak berg4duh, aku berada di tengah – tengah mereka, usia aku ketika itu anggaran 4 – 5 tahun.
Aku juga pernah melihat ayah meIudah berkali – kali ke meja semasa sedang berg4duh dengan mak. Sekarang apabila aku sudah berkahwin, aku rasa terlalu janggal apabila melihat ibu dan bapa mertua aku berg4duh kerana berselisih pendapat. Aku sangat tidak selesa dengan keadaan itu dan aku akan lari dari situasi tersebut.
2. Aku boleh tengok mak bebas melakukan apa yang mak sukai, yang tak dapat mak buat semasa menjadi isteri ayah. Mak ada masa untuk ke kelas jahitan, kelas membuat kek dan roti, dan melakukan kerja – kerja rumah dengan fleksibel tanpa perlu terik4t dengan peraturan dan tanpa perlu mengikut cara ayah.
Kalau mak penat, kami akan minta mak berehat saja, tak perlu memasak dan kami akan menguruskan diri sendiri seadanya. Mak tak perlu bimbang ayah balik dari kerja dan mem4ki hamun kerana rumah bersepah dan makanan belum terhidang.
3. Aku sebagai anak, tak perlu pening kepala untuk memilih antara mak dan ayah, dan boleh fokus kepada acuan yang mak sediakan. Ada antara kawan – kawan aku yang aku lihat kadangkala keliru untuk membuat sesuatu keputusan misalnya ayah ingin anaknya menjadi doktor tetapi mak pula ingin anak menjadi guru. Yang jadi m4ngsa konflik perbezaan mak dan ayah adalah anak – anak.
Ini termasuk juga dengan cara didikan dan lifestyle. Dan aku bersyukur aku tidak perlu menghadapi konflik itu. Selepas bercerai, ayah lebih banyak fokus pada keluarga baru, jadi aku dan adik beradik yang lain 100% dengan mak.
Kami semua mempunyai rutin dan sikap yang hampir sama hasil didikan seorang ibu sahaja tanpa ada conflict of interest apabila perlu mendengar kata mak dan ayah dalam masa yang sama.
4. Aku dan adik beradik menjadi seorang yang berdikari. Kami sedaya upaya tidak mahu menyusahkan mak malah aku sendiri tidak pernah meminta duit belanja dari mak sejak habis persekolahan. Duit pinjaman PTPTN aku gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan pembelajaran dan menampung kehidupan di universiti.
Aku juga kerap melaIukan kerja – kerja sambilan untuk mendapatkan duit belanja. Begitu jugak adik beradik aku yang lain. Kini masing – masing sudah bekerjaya dan bekerjasama untuk memberi duit belanja kepada mak dan menziarahi mak setiap minggu.
5. Banyak bantuan yang aku dan adik beradik perolehi sejak dibangku sekolah kerana status mak sebagai ibu tunggal. MRT, Skim Pinjaman Buku Teks, bantuan persekolahan, biasiswa, full loan untuk PTPTN dan lain – lain. Mak juga mudah mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan dengan status ibu tunggal tersebut dan banyak juga bantuan kerajaan lain yang mak perolehi.
6. Mak juga sering dipuji kerana dilihat sebagai ibu tunggal yang gigih, tabah dan bijak menguruskan anak – anak walau seorang diri. Kami adik beradik terjaga rapi, menjadi pelajar cemerlang di sekolah, universiti dan memperoleh kerjaya yang bagus dan stabil.
Buat masa ini, alhamdulillah kesemua aku dan adik beradik telah memiliki aset rumah kami sendiri. Bukanlah niat aku untuk membangga diri. Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana ini semua nikmat dan rezeki dari Ilahi.
Tapi, aku cuma ingin membuka mata sesetengah pihak yang sering memandang rendah kepada ibu tunggal dan anak – anak from br0ken family. Lagipun, terdapat hikmah yang Allah berikan di atas setiap musibah yang melanda.
Mungkin, aku dan adik beradik tidak dapat mengecapi apa yang kami miliki hari ini jika mak tidak diceraikan oleh ayah dulu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk h4mbaNya. Terima dengan redha, berlapang d4da dan bersangka baik dengan ujian Allah.
Sabar memang tidak mudah, tapi rew4rd yang akan diterima terasa amat manis berkat kesabaran. Orang yang paling berjasa dalam kehidupan aku ini adalah mak aku. Kesabaran, ketabahan, kerja keras dan usaha mak yang tak kenal erti penat lelah membanting tulang mencari rezeki untuk kami, menghantar kami ke sekolah, kolej dan universiti, mendidik kami, melindungi dan menjaga kami.
Semangat dan nasihat dari mak yang tak henti – henti kepada kami, semua ini telah membuahkan hasil dan mak sekarang boleh menarik nafas lega dan boleh berehat. Sampai masa kami pulak yang menjaga mak. – Nur (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.