Patutnya ibu fikir pasal nak mengerjakan haji tapi sibuk bercinta dengan kekasih lama yg kem4tian isteri

Ayah memang beri kebebasan kepada ibu pergi ke mana dia suka dengan kawan – kawannya, walaupun pada waktu malam. Tetapi beberapa bulan sebelum itu adik ayah beritahu dia nampak ibu makan malam dengan lelaki lain di sebuah restoran. Sehinggalah ayah keluarkan surat takIik..

#Foto sekadar hiasan. Apa perasaan anda apabila anda diberitahu ibu bapa anda akan bercerai? Ketika itu anda dan dua orang lagi adik masih lagi belajar, tentu terk3jutkan? Tambah meny4kitkan hati bila anda mendapat tahu, orang yang anda sayang dan percaya selama ini dialah yang menjadi punca perceraian tersebut.

Mulanya saya tak percaya apabila ayah beritahu perkara ini. Saya masih fikir tentulah ayah puncanya, nak kahwin lagi atau nak madukan ibu, sebab itu ibu minta cerai. Tetapi saya terk3jut bila ayah pula meminta saya supaya memujuk ibu supaya jangan teruskan hasrat ibu meminta cerai, sebab ayah sangat sayangkan ibu.

Ketika ayah memberi tahu hal tersebut saya baru kembali dari bercuti awal tahun ini, kerana terk3jut dan tak percaya apa yang saya dengar, saya bingkas bangun terus masuk bilik. Kecewa betul dengan sikap ibu! Hingga petang saya tunggu ibu masih tak balik rumah. Bila malam ketika saya dipanggil keluar untuk makan malam, adik beritahu ibu dah tiga minggu tak balik rumah dia pindah tidur di rumah kawannya. Ini sudah lebih!

Waktu itu perasaan marah saya pada ibu menjadi – jadi, sampai hati saya tidak diberitahu hal sebenar, sebab selama ini ibulah penasihat saya supaya belajar demi masa depan, jangan sibuk cari kawan lelaki selagi belum lulus dan bekerja. Dan banyak lagi nasihatnya yang hingga kini masih tersemat di hati. Tetapi apa dah jadi ibu pulak buat hal?

Tak ada nafsu saya nak makan malam tu, sebab kepala berserabut. Saya juga tak ada selera nak bertanya pada ayah, sebab hubungan ayah dengan kami tak rapat, sebab ayah pendiam, ibulah yang rajin berbual, kerana itu kami lebih rapat dengan ibu. Sekarang apa dah jadi, saya terp4ksa berhadapan dengan ayah yang pendiam.

Saya ambil kesempatan berbual dengan adik bongsu sebab dia perempuan, yang kedua lelaki dia pun macam ayah pendiam. Kata adik, emak dah lama berg4duh dengan ayah dia sendiri tak tahu puncanya hinggalah ibu minta cerai dan keluar rumah. Ayah mulanya Iarang ibu keluar dan tak mahu ceraikan ibu, tetapi ibu mendesak, akhirnya ayah bagi surat dan dengan surat itu ibu keluar, kata adik itu cerai, tetapi sebenarnya tidak.

Saya cuba hubungi ibu dan bertanya, setelah beberapa kali mencuba barulah ibu jawab, kata ibu dia tak mahu keruhkan suasana, apa yang sudah terjadi dia terima sebagai takdir, tapi saya tak puas hati hingga saya tahu hal sebenarnya.

Pada hari yang ditetapkan saya jumpa ibu di rumah kawannya. Kata ibu dia bercerai setelah dapat surat takIik dari ayah. Ayah tak izinkan ibu keluar rumah, tetapi ibu berkeras nak keluar jadi ayah beri takIik kalau ibu keluar juga maka gugurlah taIaknya.

Hati saya panas tentulah ayah puncanya, tapi setelah dengar cerita ibu saya berfikir dua kali. Kata ibu dia tak boleh hidup dengan ayah sebab mereka tak sehaluan, puas dia bersabar, tetapi kelakuan ayah banyak membisu, tak suka berbual, tak suka bergaul dengan orang, menjadikan ibu bosan dengan ayah dan tidak dapat teruskan hidup bersama.

Saya tanya mengapa sekarang, bukankah ibu telah berkahwin lebih 23 tahun dan masing – masing dah berumur dekat 50 tahun mengapa sekarang tahu ayah pendiam. Kalau ibu boleh sabar lebih 20 tahun takkan tak boleh bersabar lagi, sebab masing – masing dah tua.

Kata ibu selama ini dia bersabar sebab kami masih kecil, tetapi kini kami besar, saya dah masuk IPTS, maka ibu hendak merasa nikmat hidup lebih ceria dan bahagia. Saya tanya lagi sepatutnya ibu bersyukur dapat hidup dalam aman kerana ayah pendiam, tak tahu bersungut, marah apa lagi meng4muk. Tapi ibu kata, dia perlukan hidup yang penuh bermakna sementara masih hidup, ibu tak boleh tinggal lama dengan ayah yang hanya pandai bawa dirinya sendiri dan tinggal dalam dunianya sendiri.

Saya tak nafikan ayah memang pendiam, tapi takkan kerana itu ibu sanggup tinggalkan ayah. Saya korek lagi, apakah ibu ada orang lain untuk menceriakan hatinya. Mulanya ibu mengelak, tetapi saya tanya berkali – kali, barulah terb0ngkar rupanya ibu jumpa kawan lama, lebih tepat kekasih lama semasa muda dulu, kini lelaki tu dah jadi duda setelah kem4tian isterinya, dan mereka kembali bercinta.

Ya Allah! Meluatnya aku! Dah tua – tua macam ni pun nak bercinta lagi, saya tak hangat hati kalau ibu balu atau andartu masih nak bercinta. Tapi ibu emak dan isteri orang. Dah tua. Kalau ayah buat per4ngai memang patut ayah kena tinggal, tapi sebab ibu nak kahwin dengan kekasih lama, saya jadi benci dan meluat dengan per4ngai ibu. Cukup – cukuplah bercinta, patutnya ibu fikirkan pasal saya nak kahwin atau paling tidak pergi mengerjakan haji ketika kaki masih kuat. Ini tidak dia nak kahwin dengan kekasih lama. Meluatnya!

Akhirnya saya tanya ibu kesimpulan perbuatan ibu tinggalkan ayah sebenarnya kerana ibu hendak kahwin lagi, tapi ibu nafikan. Kalau tidak kenapa ibu berani dan sanggup tinggalkan kami? Ayah bukan masalah utama ibu diberikan takIik.

Setelah puas hati berdebat dengan ibu, kerana ibu memang boleh diajak berbual ataupun bert3ngkar, berbanding ayah, saya tinggalkan ibu dengan perasaan s4kit hati. Namun saya masih tak puas hati jika tak bertanya pada ayah.

Malam itu juga saya tanya ayah. Saya nampak ayah berubah sungguh, dia mahu berbual, ayah mengaku beri takIik pada ibu setelah dia dapat tahu ibu ada hubungan dengan lelaki lain. Kata ayah dia memang beri kebebasan kepada ibu pergi ke mana dia suka dengan kawan – kawannya, walaupun waktu malam. Tetapi beberapa bulan sebelum itu adik ayah beritahu dia nampak ibu makan malam dengan lelaki lain di sebuah restoran.

Kata pakcik dia kenal lelaki tersebut, kekasih lama ibu, tapi hubungan mereka putvs setelah lelaki tersebut kahwin gadis pilihan ibunya. Pakcik hairan mereka makan dalam keadaan sungguh r0mantik. Kata pakcik dia ikut ibu ke kereta, tetapi ibu naik kereta lelaki tersebut dan mereka berjalan hingga R&R arah ke Rawang.

Setelah berada lebih setengah jam dalam kereta mereka pulang dan ibu dihantar ke tempat letak kereta untuk balik. Kata pakcik dua kali dia menjejak ibu sebelum menceritakan pada ayah. Memang ayah tak percaya, tetapi dalam diam ayah buka hp ibu. Terbukti segalanya dan ibu tak boleh berbohong lagi. Akhirnya dia mengaku berjumpa dengan kekasih lamanya. Ayah beritahu dia cuba nasihatkan ibu, tetapi sudah terlambat.

Ibu tegas mahu bercerai, dia tak tahan per4ngai ayah. Walaupun ayah berusaha berbaik, tetapi sudah terlambat. Segalanya berlaku beberapa bulan setelah kes ibu terb0ngkar.

Kata ayah dia mahu rujuk semula setelah ibu membawa kes ke mahkamah. Dan mereka diisytiharkan sah bercerai. Tetapi ibu menolak. Ini yang ayah kesal. Kata ayah dia tak ada masalah jaga kami bertiga kerana ibu pindah ke rumah kawannya. Tentulah tidak sesuai untuk kami tinggal bersama. Jadi kami tinggal dengan ayah.

Saya hairan mengapa ibu sanggup berubah per4ngai, sedangkan beliau seorang wanita yang gigih membina hidupnya, dulu ibu cuma kerani, setelah melahirkan kami bertiga, ibu ambil kesempatan sambung belajar kerana diberikan peluang. Dan ibu naik pangkat dan hidup ibu lebih teratur dan lebih berkemampuan.

Ayah memang berpendidikan tinggi, sebab itu bila ibu nak belajar sambil bekerja, ayah izinkan. Tapi ayah kata dia tak sangka ibu boleh berubah hati sedangkan ayah memberi sepenuh kebebasan kepada ibu, nak pergi makan malam dengan kawan – kawan, berseminar dan sebagainya, semua ayah izinkan, tetapi ayah tak sangka ini baIasan ibu.

Saya bersimpati dengan ayah, dia seorang yang baik, jujur dan sayangkan keluarganya, tetapi itu tidak dapat memenuhi perasaan dan kehendak ibu. Ibu mahukan suami yang boleh di ajak berbincang, bersama keluar membeli – beIah, dan lebih penting boleh bergurau senda.

Kini, walaupun hampir setahun berlalu, ibu masih belum berkahwin lagi, saya tak mahu ibu kecundang untuk kali kedua, sebab kekasihnya masih ditanggung oleh ibunya.