Pekerja ayah nak buang baby baru lahir, ibu aku jaga dari lepas bersalin. Bila budak tu dah 10 bulan, bapak dia datang r4mpas budak tu

Ayah ambil dorang dari duduk bawah jambatan sebab kesian. Ayah aku bela sampai perempuan tu bersalin. Masing – masing taknak baby tu, ayah ambil bagi mak aku jaga. Saat terakhir, ibu tukarkan pampers adik sambil menangis – nangis…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku ada nak cerita sikit la. Keluarga aku ada ambil anak angkat bukan dengan niat untuk menjaganya pada awal bayi tu lahir. Selama sepuluh bulan dijaga, jarang mak bapak dia datang jenguk. Tapi memang dah janji nak bagi terus anak tu dan janji tak akan ambil balik.

Ada lah perjanjian antara ayah aku dengan mak bapak budak tu tapi secara bertulis sahaja, bukan perjanjian formal yang ada peguam. Mak ayah aku jaga bagai anak sendiri dan kami pun sayangkan dia macam adik kami juga. Jadi…

Jam tujuh pagi semalam aku dik3jutkan mesej dari adik aku, “Akak, adik dah kena ambil balik.” Risau dalam keadaan separuh sedar, aku terus telefon adik aku. Rupanya Arisa telah diambil oleh bapa tak sahnya dengan cara p4ksa dan mengugvt. Petang semalam aku balik rumah untuk dapatkan cerita sebenar.

Sebenarnya dari hari Isnin lagi dia minta nak bawa anak dia jalan – jalan, tapi mak aku tak bagi sebab dah janji kalau nak jumpa, jumpa di rumah sahaja. Kalau nak bawa keluar, ahli keluarga seorang mesti ada tengokkan Arisa.

Disebabkan mak aku tak bagi ni lah, esoknya jam lima pagi, bapak dia tu datang bawa saud4ra dua lelaki dua perempuan, untuk ambil Arisa. Alasan mak aku tak bagi tu dijadikan alasan kononnya nak jumpa anak sendiri pun tak boleh, nak bawa keluar apatah lagi.

Katanya bapa saud4ra dia tu polis. Hampir berg4duh pun ada, hampir bertumbvk pun ada. Mak ayah aku memang tak nak bagi Arisa kepada dia tapi bapak dia ugvt, kalau ayah aku tak bagi Arisa, dia akan ambil salah seorang ahli keluarga sebagai pertukaran.

Maksudnya salah seorang ahli keluarga kami, dia akan ambil dengan cara apa sekali pun (mungkin diced3rakan atau mungkin lebih teruk). Disebabkan ugvtan nilah ayah aku “terp4ksa” serahkan Arisa sehelai sepinggang tanpa bawa apa – apa pun baju, lampin dan susu.

Mak aku kau tak usah cakap lah… Bayangkanlah mak aku macam orang hilang anak, menangis semahunya, civm baju Arisa tak putus – putus. Sampai balik petang semalam aku tengok ada tiga bungkusan plastik hitam, aku tanya adik aku, apa dalam plastik ni?

Adik aku kata, semua baju – baju dan barang – barang Arisa. Erk! Terkedu aku. Memang licin, tak ada langsung barang – barang susu, baju, tilam bayi dalam rumah. Ya lah… kita dah sayang – sayang, sesuka hati sahaja nak ambil balik dengan cara p4ksa macam tu.

Mesti korang terfikirkan kenapa mak ayah aku tak bagi mak bapak dia bawa keluar Arisa? Rasa memang k3jam kalau mak aku buat macam tu, tapi kau akan setuju dengan aku kalau aku ceritakan pasal mak ayah dia yang tak macam mak bapak manusia.

Nasir (bapak Arisa), muda lagi awal 20-an, asal Kelantan dan Hidayah (mak Arisa) tua sedikit dari lelaki tu tapi bukan orang kita. Aku tak pasti lah orang Siam ke, orang mana entah. Yang pastinya mereka ni tak berkahwin lagi.

Ayah aku kenal dia bila dia jadi pembantu ayah aku berniaga air di gerai. Memang agak lama lah dia tolong berniaga, bayangkan ayah aku banyak tolong dia dari hidup merempat dengan perempuan tu. Ayah aku tolong dia dari dia duduk bawah jambatan di Gombak tu ha, sebab kesiankan dia.

Mereka macam pelarian, sebab yang perempuan tu tak ada permit. Jadi, mereka ni hidup tak selamat, ada kes dengan polis. Bila kerja dengan ayah aku, dapatlah dia cari dan duduk rumah sewa dengan perempuan tu. Perempuan tu pun tak kerja.

Bila ayah aku kata, cari lah saud4ra minta tolong sebab hidup dia susah, katanya dia tak ada sesiapa, keluarga pun buang dia. Kalau macam tu per4ngai, keluarga pun tak ingin kan. Dah kawan dengan perempuan tu, perempuan tu mengandung pula. Yang bestnya mereka tak nak pun anak tu sejak dalam perut lagi.

Memang dia nak buang atau jual anak tu kepada sesiapa tapi ayah aku nasihatkan dia jangan buat macam tu. Ya lah, orang kesempitan hidup, mana lah mereka nak ambil tanggungjawab macam tu. Ayah aku lah yang bantu perempuan tu dari segi makan dan sebagainya.

Lelaki pun tak guna. Kerja dengan ayah aku tu pun, berapa sangat lah yang dia dapat. Dan aku rasa ayah aku ni banyak lah tolong dia sebab dia kerja dengan ayah aku dan atas dasar kemanusiaan lah ayah aku tolong dia dengan ikhlas.

Kadang – kadang perempuan datang ke gerai ayah aku. Kalau tanya, dah makan ke? Kalau tak makan, ayah aku suruh lah lelaki dia pergi beli makan. Bukan apa, ayah aku anak dah enam, faham sangat lah macam mana orang mengandung ni.

Sampai saat melahirkan pun, memang mak dia taknak bayi tu. Memang dia nak jual, tapi ayah aku bantah lah, marah sangat. Sampai ayah aku cakap, kalau tak nak sangat budak tu, letak sahaja depan pintu rumah aku tu ha. Daripada budak tu dijual. Perbelanjaan bersalin di kIinik semua ayah aku yang tanggung. Dah lahir pun budak tu, masih lagi mak dia tak nak bela.

Akhirnya ayah aku bawa balik bayi ni. Mulanya mak aku tak nak pun bayi tu, taknak lah kalau apa – apa jadi. Dah sayang – sayang, nanti nak ambil balik (haa… memang dah jadi pun). Puas jugalah ayah aku pujuk mak aku suruh tengok bayi tu dulu, baru cakap nak ke tak.

Dah hati seorang ibu, mana sanggup tengok bayi yang merah lagi macam tu, dengan mak bapak yang entah apa – apa. Jadi, bermulalah kehidupan kami dengan gembiranya dengan Arisa. Selepas seminggu jaga, boleh dia ambil balik, tapi selepas seminggu baru mak dia hantar balik.

Korang fikir lah macam mana nak jaga bayi tu kalau keadaan mereka sendiri tak selamat. Merempat sana sini, kerja pun entah apa, dah lah tak kahwin, pelarian pula tu, asyik jadi buruan polis. Sejak Arisa ada, rupanya memang sukar sangat – sangat.

Bukan sukar nak jaga dia tapi sukar dari segi dokumen dia. Masalah dia ialah sijil lahir dia tak ada lagi. Benda ni lagi susah bila bapak dia sendiri takut dengan polis, peguam, macam pelarian, dah lah tak kahwin dan bukan orang kita. Ini yang merumitkan lagi segala bagi dokumen.

Mula lah ayah aku berapa kali naik JPN untuk selesaikan masalah sijil lahir dia. Jumpa orang sana sini, dapatkan surat kebenaran JKM untuk sahkan yang Arisa tu sebagai anak angkat, nanti tak nak lah dtuduh pula curi bayi atau ambil bayi. Laporan polis pun dah ayah aku buat.

Memang ada perjanjian bertulis tangan sahaja antara ayah aku dengan bapak dia. Aku dah kata, mana boleh perjanjian macam tu, kena ada peguam dan hitam putih, tak sah, nanti orang boleh pertikaikan. Ayah aku kata, bapak dia sendiri tak nak beri kerjasama sebab takut lah dengan peguam.

Nama pun mak dia tak ada permit, habis macam mana. Kan dah susah semua benda. Menyusahkan lagi mak ayah aku. Hangin aku dengan semua ni. Sepanjang sepuluh bulan ni sahaja, soal sijil lahir tu, memang tak selesai sampai ke sudah.

Banyak benda syarat – syaratnya. Kasihannya lah Arisa. Ayah aku masih tengah usaha tapi akhirnya tak sangka jadi macam ni. Bapak dia ambil Arisa dengan cara p4ksa dan ugvt. Jadi, macam mana lah ayah aku tak kata, ibarat melepaskan anjing yang tersepit.

Sepanjang tumbesaran Arisa selama sepuluh bulan ni, jarang sangat – sangat mak bapak dia datang jenguk. Ayah aku kata, tak datang lagi bagus. Mungkin bila dia dah tengok Arisa sihat walafiat, mula lah cakapnya berbelit pula, kata ayah aku.

Dulu masa susah, katanya tak ada saud4ra. Sekarang lain pula, ada pula saud4ra di Johor. Janji tak nak ambil Arisa pun, tinggal janji sahaja. Cakap pun dah lain, tak macam masa susah dulu. Dulu kata nak bagi anak tu terus, tapi kata pula ayah aku yang jaga sementara.

Dari sini ayah aku memang dah rasa, awe ni memang cakap dah berbelit. Kami panggil dia “awe”. Sejak dia kata ada saud4ra ni lah, dia rasa boleh ambil Arisa. Sempat lagi masa dia nak ambil Arisa tu, mak aku tukarkan lampin dia, sambil menangis – nangis. Ayah aku kata, sampai hati kau buat acik macam ni. Sebak dari semalam tak habis lagi ni.

Ayah aku sampai minta maaf dengan aku dan adik – adik aku yang lain semalam, sebab semua ni jadi sebab ayah aku. Ayah aku yang nak sangat ambil bayi tu dan ayah aku sendiri yang “terp4ksa” serah Arisa sehelai sepinggang kepada bapak dia.

Disebabkan ugvtan bapak dia tu lah, ayah aku bagi sahaja. Ayah aku lebih sayangkan kami dan berfikiran positif yang Arisa tetap anak dia. Mungkin kami adik beradik boleh lagi lah, tapi aku risaukan mak aku tu. Ayah aku minta kami pujuk mak aku supaya sabar, sebab ayah aku kata, mesti mak aku salahkan ayah atas semua yang jadi ni. Bayangkan lah, banyak kenangan dalam rumah tu dengan Arisa. Aku cuma nak kongsi sahaja cerita ni…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.