Adik perempuan suami tu dah berkahwin ye. Saya ni dah siap – siap tunggu atas katil, adik suami boleh call. Suami terus bangun jawab panggiIan dan mereka boleh bersembang sampai ke tengah malam…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta hide profile saya. Saya dah sampai tahap yang tak boleh nak sabar. Perkara ini sudah lama saya luahkan tetapi sama, setiap kali cakap akan jadi gaduh antara saya dan suami. Saya tidak faham, setiap kali adik perempuan suami saya call, mereka akan call bercakap pada waktu jam 12 tengah malam ke atas.
Adik perempuan suami ni kerja di luar negara, jadi masa pun berbeza la. Masa baru – baru kahwin, adik perempuan, sepupu perempuan, makcik dan pakcik dia boleh video call dengan suami sampai pukuI 4 pagi bersambung – sambung.
Kalau call diam je takpe, memang mengganggu sangat. Kawan – kawan lepas jam 12 tengah malam pun boleh call. Dengan adik perempuan lagi, dalam 1 minggu sekali akan video call atau call tapiĀ mesti mereka akan drag tengah – tengah malam.
Antara alasan kenapa waktu tengah malam, bila saya marah suami akan cakap sebab; adik dia nak adu pasal mereka tidak ada duit, tadi adik dia takde wifi, kena tunggu tengah malam baru ada internt. Tadi suami tengah memandu, tengah buat kerja jadi tengah malam lah waktunya untuk sama – sama call.
Alasan lain, sudah lama tak bersembang, bercakap tapi saya tahu mereka ada je bermesej. Dan macam – macam alasan tetapi dah setahun lebih kami kahwin, tak pernah pula petang atau tengah hari adik dia call. Waktu negara tempat adik dia duduk tu 5 jam awal Malaysia tapi boleh sahaja kalau mereka skip tengah malam, call tengah hari atau petang esoknya waktu Malaysia, kan?
Adik perempuan dia sudah berkahwin tetapi suami balik tengah malam waktu sana. Suami dan adik perempuan dia memang rapat. Ada waktu dulu – dulu saya sudah di atas katil, suami akan jawab call termasuklah kejadian malam Tahun baru – baru ni.
Tiba – tiba suami pakai baju laju – laju dan bersiap. Ingatkan nak ajak saya pergi tengok bunga api, tapi dia call adik dia nak tunjuk bunga api 2025 agaknya. Ke mana – mana saya pergi dengan suami, jika dalam kereta ke, suami saya tengah memandu ke, kalau adik perempuan dia call, dia akan jawab.
Kadang – kadang saya marah, saya cakap, fokus memandu atau stop mana – mana untuk jawab call. Adik dia pun tak faham, teruskan je call, satu tangan memandu satu tangan jawab call. Pergi jalan – jalan ke, bercuti ke apa, mesti dia akan call adik dia, bila main telefon bosan.
Tiap hari lepas suami balik kerja malam ke petang ke, kami kerja sama – sama sekarang ini, mesti dia baring di tilam sambil main telefon. Saya cakap macam cakap dengan tembok tetapi kalau tiba – tiba nak call orang atau nak call adik – adik dia atau call masuk, segar bugar.
Saya tahan je pasal benda ini, saya fikir dia penat. Cuba saya yang buat macam jenazah kaku kalau waktu dia bercerita. Agak – agak dia okey ke? Saya bertahan sebab suami seorang yang baik dan hanya inilah kekurangan dia tapi tiap kali saya tegur dan marah tentang benda ni, dia boleh jadi giIa dan boleh sampai tahap buang barang – barang.
Macam semalam, saya cakap kat dia, ini semua sebab adik dia, kita g4duh. Semalam ingatkan dia nak tunjuk bunga api kat saya tetapi terburu – buru bersiap sebab nak call adik dia. Dan lepas dia fikir saya cemburu, dia suruh saya cakap dengan adik dia.
Saya tak mahu dan marah. Tiap kali mereka call, dia buat macam itu, macam ingat saya cemburu. Tetapi dia tahu tak, sudah banyak kali kami g4duh dan setuju untuk 12 malam takda sesiap yang boleh call atau buat call kecuali kec3masan?
PanggiIan telefon dan cara dia yang jarang bercakap dengan saya buat saya giIa dan marah. Adakah perasaan saya ini valid? Mungkin ada orang akan cakap saya mengada – ngada dan fikir saya nak putuskan hubungan suami dan adiknya.
Tetapi kebanyakan yang cakap macam ini adalah orang yang sama kelakuan seperti adik perempuan dia dan suami saya. Cuba kalau saya call tengah malam waktu sana jam 12 ke atas? Agak – agak suami saya lama – lama marah tak? Mereka langsung tak fikir perasaan saya.
Sekarang ini saya rasa macam saya tidak wujud. Mereka masih fikir macam waktu – waktu mereka single. Adik dia itu memang adik, bukan awek lain. Apapun, maaf, panjang karangan.
Komen W4rganet :
Gloria Rya: Aduh, suami jenis apa ni. Kalau dengan isteri dingin, tapi dengan adik lain macam mesra. Lama – lama bersembang. Adik pun sama tak menghorm4ti kakak ipar. Duduk jauh pun boleh kacau kedamaian keluarga orang.
Apa adik dia tu kesunyian ke? Mana tahu dah ada masalah dengan suaminya sebab tu selalu minta perhatian. Adik dia tu bermasalah kali. Orang yang bermasalah la yang selalu berkelakuan seperti itu.Betul ke adik dia tu adik kandung atau adik angkat.
Siasat betul – betul, sis. Jangan sampai ditipu bulat – bulat. Jangan ada udang di sebalik batu. Jangan mudah percaya suami kalau dah kelakuan pelik yang suami tunjukkan. Berdoa sis, biar Tuhan tunjukkan sesuatu.
Norfazilah Muhd Halib: Media sosiaI sekarang, bila diguna secara keterlaluan dan salah guna boleh menjadi asbab r0bohnya suatu binaan. Termasuklah rumah tangga yang dibina. Kebanyakan suami la ni taksub dengan handphone. Sampaikan isterinya pun seperti entah siapa – siapa di depan matanya. Apatah lagi di belakang mata… Wallahualam…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.