
Dan satu petang, masa saya kemas bilik dia, saya terjumpa sesuatu dalam laci. Tangan saya menggigil masa saya tarik keluar. Gambar anak berdiri rapat dengan seorang perempuan. Dia peIuk perempuan tu..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Admin minta tolong siarkan masalah saya ni, saya perIukan pandangan dan pendapat dari pembaca – pembaca. Ia berkenaan anak lelaki saya. Anak saya, 15 tahun. Dari kecil, dia budak yang baik – pemalu, pendiam, bukan jenis yang suka bercakap dengan orang, apatah lagi dengan perempuan.
Kakak dia pernah cerita, masa sekolah rendah, ada budak perempuan suka dekat dia pun dia lari. Kawan – kawan usik pun dia diam, langsung tak balas. Dia bukan jenis yang kasar, tak meIawan, sentiasa hormat orang tua. Dekat rumah, dia rajin tolong saya.
Dekat sekolah, cikgu selalu puji – akademik bagus, tak pernah buat hal. Saya percaya dia bukan jenis yang akan buat benda bukan – bukan. Tapi sejak kebelakangan ini, saya mula rasa tak sedap hati. Dia m4kin kerap keluar rumah. Katanya, lepak dengan kawan.
Bila di rumah, asyik dengan telefon, tersenyum sendiri. Tengah malam, saya dengar dia berbisik dalam telefon, kadang – kadang sampai pukuI 2 – 3 pagi. Saya cuba fikir positif. Sampailah satu hari, adiknya tiba – tiba tanya saya sesuatu yang buat d4rah saya berder4u.
“Mama tahu tak, abang jalan pimpin tangan dengan perempuan masa balik sekolah?” Saya tergamam. Anak saya? Pegang tangan budak perempuan? Dia yang dulu lari bila budak perempuan suka dekat dia, sekarang dah berani pegang tangan?
Saya cuba yakinkan diri mungkin adiknya salah tengok. Tapi sejak hari itu, saya mula lebih peka. Saya perhati setiap gerak – geri dia. Dan satu petang, masa saya kemas bilik dia, saya terjumpa sesuatu dalam laci. Tangan saya menggigil masa saya tarik keluar.
Gambar polaroid. Anak saya berdiri rapat dengan seorang perempuan. Dia peIuk perempuan itu dari tepi, kepala perempuan itu bersandar di bahunya. Saya letak balik gambar – gambar itu seperti asal. Saya keluar dari bilik, cuba bertenang.
Malam itu, saya nekad baca WhatsApp dia. Saya tunggu dia tidur. Perlahan – lahan, saya capai telefon dia. Saya scroll chat. “Best sangat semalam.” // “Nanti jumpa lagi.” Sem4kin saya scroll, sem4kin d4da saya berdebar. “Sayang sangat kat awak.”
“Tak sabar nak keluar sama lagi.” Saya genggam telefon erat – erat. Saya buka galeri. Dan di situ, saya nampak lebih banyak gambar mereka berdua. Dan bila saya tengok betul – betul wajah budak perempuan itu, jantung saya berd3ntum kuat.
Sebab saya pernah nampak wajah ini sebelum ini. Dalam sketchbook anak saya. Saya teringat kembali lukisan – lukisan yang saya pernah jumpa. Wajah yang sama. Mata yang sama. Rambut yang sama. Dan sekarang saya tahu, bukan sekadar imaginasi, bukan sekadar lukisan. Perempuan itu wujud.
Saya cuba bercakap dengan dia. Saya marah, saya tegur, saya larang. Saya cuma nak dia faham. Dia baru 15 tahun. Dia masih terlalu muda untuk semua ini – cinta, janji-janji manis, perasaan yang dia sendiri belum cukup matang untuk faham.
Tapi dia tetap contact budak perempuan itu. Dulu, dia lari dari perempuan sebab malu. Sekarang, dia lari dari saya sebab takut kehilangan seorang perempuan. Saya benar – benar buntu. Saya seorang ibu. Saya cuma mahu yang terbaik untuk anak saya.
Saya risau dia tersilap langkah, terlalu tenggelam dalam perasaan yang dia sendiri belum cukup matang untuk faham. Saya takut dia terIuka, saya takut dia buat keputusan yang dia akan kesali nanti. Tapi sem4kin saya cuba lindungi dia, sem4kin dia jauh dari saya.
Apa yang saya patut buat? PerIukah saya terus menasihati dia, walaupun dia tak mahu dengar? Atau saya biarkan dia belajar sendiri dari kesilapan? Saya tak mahu jadi ibu yang terlalu mengongkong, tapi saya juga tak sanggup lihat dia hanyut dalam sesuatu yang dia belum bersedia untuk hadapi. Saya betul – betul perIukan pendapat. Kalau anda di tempat saya, apa yang anda akan lakukan? – Mel (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nurul Mohd : Anak saya yang sulung, umurnya 14. Lelaki. Masa saya mula – mula tau anak saya ada crush perempuan, saya bersyukur sebab.. anak saya tidak songsang. Tapi saya nasihatkan begini : 1. Hormat wanita. Jangan sentuh. (And of coz, selitkan juga soal d0sa).
2. Manusia ni dicipta dengan nafsu. Moment kamu bersentuhan.. it leads to something else. Kalau dia pregnant.. u have to be responsible. 3. Air muka. “Orang yang kenal umi tengok kamu pegang – pegang tangan.. malu, nak” Gitu la saya nasihatkan anak saya. Saya doakan anak puan.. anak saya.. anak kalian yang lain menjadi lelaki yang baik, qawwam dan berkualiti.
Nurul Ain : Saya mengalami situasi yang sama macam puan. Anak saya sifatnya macam anak puan. Sekali ada budak perempuan tergiIakan dia. Bagi dia macam – macam. Pik4t hati dia.. lepas dah kantoi ngan saya, mulanya saya marah. Kemudian ada juga saya cuba berbincang, kemudian saya cuba slow talk, jalan la jugak walaupun sikit je.
Benda ni ambil masa.. Jadi, saya bincang dengan bapaknya, suruh bapaknya tegur. Man to man. Dalam masa yang sama, saya akan sentiasa ingatkan tentang agama dan Allah. Alhamdulillah, ada perubahan. Selain daripada tu, kita doalah banyak – banyak.
Doa ibu InshaAllah makbul. Nasib saya baik sebab dari dulu memang larang anak tidur dengan hp. Nak masuk tidur, hp memang kena letak dalam bilik saya. Dari kecil sampai besar saya tegas bab ni.. Jadi kat situ juga membantu.. Anak – anak sekarang, macam tu la cab4rannya.. semoga dipermudahkan puan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.