Pelik, dari kecik ibu benci aku, anak perempuan. Salah sikit je, Iebam peha aku. Doktor tanya kenapa ada Iebam, ibu cepat bagi alasan..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Belum sempat hilang kesan Iebam lama, ibu menambah cubitan baru di tempat yang sama, meninggaIkan corak – corak hitam, biru, merah, dan cokelat di peha ku yang putih bersih.. 

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku melewati zaman kanak – kanak dan remaja yang suram, kelam tanpa w4rna. Dari kecil aku tiada secebis pun kenangan indah bersama ibu, yang tersimpan hanyalah keb3ngisan dan renungan matanya yang t4jam menusuk hati.

Berkali – kali aku terpaku, tertanya – tanya dalam diam; apakah d0sa aku hingga suara ibu selalu membentak, hingga tangannya selalu menyentak kasar tubuh kecilku? Aku lahir dari benih cinta yang sah antara ayah dan ibu, dalam rumahtangga yang sempurna, cukup segala keperluan, tidak pernah dirundung kemiskinan atau kesempitan.

Namun mengapa hidup aku seperti terhukvm, bagaikan pesalah yang saban waktu menanti dijatuhkan hukvman, tak kira sebesar mana mahupun sekecil apa khilafku. Kala teman – temanku berbicara tentang lembutnya belaian seorang ibu, tentang mesranya kasih seorang bonda, aku hanya mampu menunduk, bisu dalam pilu.

Maaf, aku tidak pernah merasa hangatnya peIukan itu, aku tidak pernah mengerti rasanya disayangi seorang wanita bergelar ibu. Aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya memiliki, apatah lagi menyayangi seorang ibu. Aku adalah anak yang asing dari kasih seorang wanita yang seharusnya menjadi syurga pertama aku.

Aku dahulu pada awalnya pernah membesar sebagai anak kecil yang riang, penuh celoteh dan keyakinan melimpah. Setiap tawa kecil aku disambut hangat oleh senyuman ayah, menjadi sinar paling indah dalam hidup aku. Namun sayangnya, senyum itu tak mampu bertahan lama.

Aku ditelan arus dingin layanan ibu, tengkingan t4jam, sindiran pedih, bentakan yang mer0bek hati aku perlahan – lahan, hingga tanpa sedar jiwa aku layu dan surutlah segala keyakinan dan keberanianku. Langkah aku meniti remaja dalam diam yang panjang, menjadi pemalu yang terpaku, terkurung dalam ruang introvert yang sunyi.

Keyakinan aku remuk berkeping – keping, hari – hari aku dipenuhi kekosongan yang tak mampu aku tafsirkan, tersesat dalam kebingungan yang panjang. Aku hilang dan sem4kin jauh dari diri aku yang dulunya pernah ceria. Paha aku penuh lukisan Iebam, jejak – jejak amarah ibu yang terpendam.

Pantang aku tersilap sedikit, jemari ibu yang seharusnya membelai, menjadi cengkaman tajam yang mencubit paha aku hingga kulit aku menangis tanpa suara. Aku dip4ksa menutup mulut rapat – rapat, menahan esak yang membara di d4da kecilku, agar tangisan itu tidak sampai ke telinga sesiapa.

Bayangkan, betapa pedihnya jemari yang merobek lembut kulit paha aku yang masih mentah, baru beberapa tahun mengenal indahnya dunia. S4kitnya hanya Allah yang maha tahu. Perit yang menik4m, tangisan yang tersimpan, tersekat di kerongkong menjadi beban yang aku pikul sendirian.

Belum sempat hilang kesan Iebam lama, ibu menambah cubitan baru di tempat yang sama, meninggaIkan corak – corak hitam, biru, merah, dan cokelat di paha aku yang putih bersih. W4rna – w4rna ini bukan sekadar Iebam biasa, tetapi w4rna d3rita yang terus mengh4ntui jiwa kecilku hingga ke hari ini.

Lukisan pahit yang tak mungkin terhapus oleh waktu. Seringkali tubuh aku rebah, demam datang singgah silih berganti. Bila doktor yang merawat aku lembut bertanya, tentang Iebam biru yang menghiasi pahaku, ibu dengan pantas berdusta, katanya aku terjatuh sendiri. Dan doktor itu hanya mengangguk, menerima tanpa suara, tanpa curiga.

Mungkin pada zaman itu, kesed4ran tentang Iuka di hati kanak – kanak masih samar. Seorang doktor pun mampu melihat sengsara di depan matanya tanpa mampu bertindak, membiarkan aku pulang dengan tangisan yang tersembunyi.

Kini ibu sem4kin tua, tubuhnya kian lemah dan tak berdaya. Tidak pernah tumbuh walau sezarah kebencian mahupun d3ndam di hati aku terhadap segala Iuka yang ibu tanamkan dalam jiwa aku sejak kecil hingga remaja. Yang ada hanyalah sebak dan pilu, mengenang semua ini dalam diam, bukan kerana d3ndam tetapi kerana kasih yang tak pernah padam.

Aku tetap menjaga ibu, menunaikan setiap pintanya semampu aku. Tidak pernah sekalipun aku meninggikan suara pada ibu, kerana dalam hati ini aku masih seorang anak kecil yang ingin sentiasa meraih redha seorang ibu. Ada d0sa yang terus mengh4ntuiku, selagi ada permintaan ibu belum dapat aku tunaikan.

Setiap kali aku menyapu ubat di paha ibu yang sem4kin nyata urat – urat tuanya, pedihnya membawa ingatan aku kembali ke peritnya cubitan ibu dahulu. Cubitan yang mencengkam jiwa lebih dalam daripada mencengkam kulit aku. Setiap kali tangan aku mengurut belakang ibu yang kini lemah, aku masih terasa pedihnya hayunan tangan ibu yang tiba – tiba hinggap kuat ke belakang aku hanya kerana pecahnya sebiji telur yang terlepas dari genggaman tangan kecil aku.

Waktu itu aku terpinga – pinga, bingung mencari jawapan, sedangkan ibu jelas puas setelah sekuat hati melibas belakang aku, menghukvm kesilapan aku yang tak disengajakan. Kini, setiap kali ibu membelai lengan aku tanpa sepatah kata, aku tahu, aku melihat sesal yang tak mampu ibu ucapkan, tapi aku hanya kaku, kosong  tak mampu merasa apa – apa.

Aku tidak pernah berd3ndam, tetapi hati aku selalu berbisik pilu, “Tak perlu lagi belaian ini ibu. Aku amat dahagakan kelembutan ini ketika kecil dahulu, bukan sekarang, saat ini hati aku telah m4ti rasa.” Namun, dalam diam, bibir ini tetap melafazkan terima kasih buatmu ibu, kerana melaluimu aku mampu menghirup ud4ra dunia, kerana tanganmu, walau kasar, telah membentuk aku menjadi insan yang berdiri teguh di puncak kejayaan.

Meski perjalanan itu sarat dengan Iuka, dihiasi duri – duri t4jam yang mencarik jiwa, dan api kemarahanmu yang tak pernah padam, aku tetap mengharunginya. Kekasaranmu ibu, tanpa aku tahu salah apa yang mengundangnya, kata – kata kasar menik4m, “anak tak guna” “b0doh,” “dvngu,” “beng4p,” “penakut”, “tak boleh harap,” “tak macam anak – anak lain” bagaikan belati t4jam, tetapi Allah masih sudi, memimpin langkahku dengan rahmat-Nya, membuka lorong mudah ke puncak kejayaan, hingga aku dapat mengecap nikmat dunia.

Pepatah tentang masinnnya mulut seorang ibu, mulai samar di benakku, kian tenggelam dalam d3rita yang berbekas, membuat aku bertanya, apakah pepatah itu masih relevan untuk situasi seorang anak seperti aku? Bukanlah aku mendabik d4da, tapi ibu, aku dewasa sebagai insan yang tidak b0doh, tidak dvngu, tidak beng4p, dan jauh sekali tidak boleh diharap.

Pantang ibu berbisik hasrat, sepantas itu aku berlari mencuba menunaikannya. Baru terlintas di bibir ibu ingin merasa sesuatu, aku gelisah mencari hingga kudratku rebah. Tiada nikmat yang lebih indah, selain melihat redup mata ibu puas, setiap kali hajatnya aku penuhi. Itulah bahagiaku, itulah syurgaku di dunia

Buat semua anak – anak yang senasib dengan aku, yang merasa diri asing dalam keluarga sendiri, yang seringkali terasing dan sendiri, kita mungkin anak – anak yang nasibnya tak indah, tetapi Allah tetap sediakan sinar cahaya, membawa kita perlahan ke jalan-Nya.

Andai tiada alasan untuk kita tersenyum di dunia, pintalah dengan linangan air mata, moga Allah izinkan kita tersenyum bahagia di syurga-Nya. Kepada yang masih memiliki ibu, biar sejauh mana resahmu, seburuk mana tingkah lakunya, tataplah wajahnya dengan penuh kasih, kerana setiap nafasmu hari ini terlahir dari kes4kitan perjuaangannya melahirkan.

Dan buat semua yang bergelar ibu, janganlah dibvnvh jiwa anak – anakmu, kerana mereka layak dipeluk dengan kasih sayang, dibelai lembut, bukan dikasari bagai sang pend0sa. Usah dibezakan kasihmu antara mereka, kerana setiap mereka punya hati yang sama rapuh, sama dahagakan cinta. Jangan diukir d3rita di hati kecil mereka, kerana Iuka itu akan mengh4ntui sepanjang usia. – Senjalara (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Salina Gunawi : Jangan tipu diri sendiri… Berterus terang dengan ibu apa yang TT rasa semasa kecil dahulu. Ketika itu baru datang ketenangan dan tiada lagi d3ndam di hati sebab kemaafan itu adalah d3ndam yang terindah. Selagi kita ingat dan tidak diluahkan ia akan sentiasa berlegar dalam ingatan.

Anie Alja : Apa sebabnya seorang ibu jadi begini sadis, jika betul keperluan dan kemahuan hidup secukupnya. Ramai mak jadi garang sebab kepenatan, tidak cukup sokongan. Kalau semuanya elok tersusun, dia selesa dalam feminine energy… dia manja dengan anak – anak, esp anak perempuan. TT… kalau nak cuba memahami, kena korek dan terima seadanya. Proses nak memahami perlakuan mak ayah, kena pesan dalam diri…kita bukan nak hukvm tapi nak memahami. Dah faham… baru boleh let go.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.