Pelik lepas ibu bersalinkan aku, dia terus buang aku, suruh ayah bela. Bila dah dewasa aku tanya maksu dan ayah

Ibu pernah melahirkan anak pertamanya, tetapi anak itu juga ibu tidak jaga sebaliknya diserahkan kepada saud4ranya sebagai anak angkat. Demikian juga halnya dengan anak ketiga ibu, juga diserahkan kepada orang juga sebagai anak angkat..

#Foto sekadar hiasan. Aku lihat ramai ibu – ibu tunggal bukan setakat berjaya besarkan anak – anaknya beri makan pakai, tetapi berjaya mendidik – mendidik mereka hingga ke menara gadis. Dan akhirnya bekerja. Tetapi ini bukan bermakna semua kaum lelaki gagal mendidik dan besarkan anak – anaknya, tetapi kalaupun ada jumlahya boleh dikira dengan jari.

Kejayaan ibu – ibu tunggal dalam membesarkan anak – anak selepas bercerai memang ramai. Berbanding kaum lelaki yang kurang bertanggungjawab hinggakan nak bagi nafkah anak pun dia sanggup berper4ng di mahkamah, semata – mata untuk mengelakkan dari beri nafkah.

Tetapi nasib yang aku lalui berbeza sekali dengan apa yang dilalui oleh anak – anak m4ngsa cerai yang lain. Kalau biasanya kita dengar ibu – ibu tunggal sanggup bertempur’’ dengan suami merebut anak  – anaknya daripada suami, tetapi ibu aku lain sikit.

Ibu bukan sahaja tidak besarkan aku, malah dia sanggup tinggalkan aku kepada ayah semata – mata kerana tidak mahu menjaga dan besarkan aku. Cerita ini memang aneh sikit, tetapi inilah yang aku lalui. Selepas ibu bersalin, ibu p4ksa ayah ambil aku, kerana dia tak mahu lihat apa lagi besarkan aku.

Nak kata aku buruk sangat, cac4t atau tak cantik seperti bayi – bayi lain, kata ayah, tubuh badan aku cukup lengkap, tidak cac4t malah aku senyuman aku pun men4wan. Tetapi entah di mana silapnya ibu tak mahu ambil dan besarkan aku.

Ibu bukan setakat tinggalkan aku pada ayah, malah dia minta diceraikan. Pelik, memang pelik tetapi itulah kenyataan. Oleh kerana pekerjaan ayah tak tentu masa, maka ayah terp4ksa cari saud4ra mara yang mahu pelihara aku.

Kata ayah dia akan tanggung makan minum aku kerana isteri pertama ayah pun tak mahu besarkan aku. Alasannya dia ada 3 orang anak yang hendak dibesarkan. Dan dia tak sanggup. Akhirnya aku jadi anak angkat pada Mak Su yang sudah ada 4 orang anak yang sudah besar.

Nasib aku mungkin baik, aku dijaga dengan baik tidak diani4ya, malah aku diberi pelajaran sama seperti anak – anak mak Su yang lain. Setelah bersekolah aku beranikan diri tanya ayah dan mak Su mana ibu aku, mereka kata tak tahu, sebaik aku dilahirkan dan mereka bercerai ibu tidak dapat dikesan dan dia juga tidak balik ke kampungnya.

Bila sem4kin dewasa, aku dapat kesan cerita yang kurang enak, sebelum aku dilahirkan ibu pernah melahirkan anak pertamanya, tetapi anak itu juga ibu tidak jaga sebaliknya diserahkan kepada saud4ranya sebagai anak angkat.

Demikian juga halnya dengan anak ketiga ibu, juga diserahkan kepada orang juga sebagai anak angkat. Dalam hidup ini macam – macam cerita pelik dan aneh dapat kita lihat dan dengar. Itulah per4ngai ibu aku sebenarnya.

Lepas beranak, anak diberikan kepada orang. Tapi aku tak salahkan ibu mungkin dia ada jawapan tersendiri, Cuma dia sahaja ada jawapannya. Mengapa tidak mahu besarkan anak – anaknya sendiri. Nak jadikan cerita belum pun tamat belajar, mak Su ikut suaminya balik kampung sebab suaminya bersara.

Kerana nak belajar aku terp4ksa menumpang sementara di rumah ayah. Tetapi kerana kehadiran aku tidak disukai, maka aku terp4ksa buat keputvsan berhenti sekolah, cari kerja dan keluar dari rumah ayah. Dalam usia remaja aku bekerja di kedai makan, cuci pinggan mangkok, terima order, hantar makanan dan sebagainya.

Dan aku bersyukur dapat kakak angkat yang sama bekerja. Walaupun sesekali berlaku selisih paham bila aku dik4ta culas bekerja dan sebagainya, tetapi semuaya berakhir dengan baik. Di kedai makan itulah aku belajar memasak, banyak ilmu dapat aku tuntut.

Nak jadikan cerita ketika bekerja itulah ada pulak Si Mamat nama Jay minat berkawan dengan aku. Dalam masa setahun dia terus jumpa ayah hendak melamar aku. Tentulah ayah terima sebab dia pun mahu lihat aku berumahtangga dan ada orang nak jaga kebajikan aku tidaklah hidup terumbang ambing macam orang takde emak ayah.

Kami nikah di pejabat khadi dan buat kenduri di kedai makan tempat aku bekerja. Meriah walaupun emak sendiri tak mahu hadir. Tetapi aku memang kurang bernasib baik. Suami aku suka minuman keras, paling kurang seminggu sekali mesti minum dan aku diajak minum sama. aku tolak, tetapi akibatnya tangannya yang besar tu hinggap ke pipi aku.

Kerana takut dipukuI aku terp4ksa berpura – pura minum. aku tak tahu mana dia dapat duit beli minuman tersebut. Sebab gajinya bukan banyak, cukup bayar sewa rumah dan makan minum kami sahaja. Nak jadikan cerita aku hamil setahun kemudian.

Bila hamil aku bukan sahaja jarakkan diri dari minuman keras malah dengan Jay. Alasan aku hamil. Sementara menunggu masa melahirkan anak, aku berfikir apa akan jadi setelah ada anak nanti, kerana aku melihat per4ngai Jay sem4kin hari sem4kin teruk. Dia bukan setakat minum, malah berjvdi.

Semasa dalam pantang aku duduk rumah mak Su, atas nasihatnya setelah dengar cerita aku mak Su suruh aku cari kerja dan berdikari. Semasa dalam pantang Jay langsung tidak menjengok aku malah jiran beritahu Jay sudah ada teman wanita lain.

Aku tak menangis, malah aku bersyukur mungkin inilah cara mudah untuk aku minta cerai. Namun lelaki tetap lelaki, dia tercabar bila isteri minta cerai, sedangkan dia sudah ada wanita lain. Dengan bukti yang ada aku ugvt Jay rahsianya akan terbongkar di pejabatnya jika dia tidak ceraikan aku.

Kerana takut rahsianya terbongkar akhirnya setelah ‘berper4ng’ akhirnya aku diceraikan. Aku tak kesal jadi janda pada usia belum pun 25 tahun. Tetapi pahit manis kehidupan yang aku lalui membuat aku cepat matang dan untuk mengatur kehidupan bersama anak yang masih kecil lagi.

Agaknya kerana aku tidak dididik oleh ibu dan tidak dipimpin oleh ayah membuat aku teguh berdikari melalui kehidupan yang menc4bar ini. Aku bersyukur dapat kerja dan aku berazam untuk memperbaiki kehidupan selepas bekerja.

Anak sementara waktu aku minta Mak Su jaga. Aku juga bangga dengan sedikit ilmu memasak yang ada, tidak susah untuk mencari kerja. Dari situ aku sambung belajar dalam masakan. Aku pernah bekerja dengan hotel kemudian jadi tukang masak VIP. Allhamdulillah, dan aku berdoa dapat mendidik anak aku dengan baik setelah dia bersekolah nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.