Pelik mak selalu cakap dia sekolah dengan kerabat. Patut mak aku pandai speaking London. Masa abah aku balik dari masjid, mak aku lari..

Mak aku tiba – tiba cakap dekat abah, dia nak pergi Turki sebab teringin kopi Turki. Hari tu, mak cakap teringin nak pergi Korea, sebab mimpi artis Kpop..

#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu nak sedih ke nak gelak dengan mak aku ni. Baru – baru ni aku tengah cari kerja lain. Apply sana sini, interview sana sini. Mak aku tanya kenapa nak cari kerja lain. Kerja ni kan elok dah. Aku kata tak ada kenaikan gaji ataupun bonus. Kos sara hidup m4kin tinggi. Ada lagi la aku merungut kat mak aku.

Baru – baru ni staff bawahan semua dapat naik gaji RM200 sebab kerajaan kan umum gaji minimum RM1,700. Sebelum ni staff bawahan gaji RM1,500. Tapi sebab basic aku RM2,000, so aku tak dapat la kenaikan tu. HR kata siapa yang gaji bawah RM1,700 saja dapat.

So aku macam beng4ng la sebab dah 5 tahun tak ada kenaikan atau bonus. Tapi mak aku tak bagi berhenti kerja ni. Dari satu sudut, apa yang mak aku cakap memang betul. Kerja ni tak str3ss. Relax. Bab cuti ke nak minta pelepasan ke tak ada masalah. Dan manager aku sangat baik dan sporting.

Mak aku memang kenal rapat dengan bos aku. Dia kata susah nak dapat bos baik dan understanding. Mak aku dengan bos aku macam member – member bila jumpa. Waktu kerja aku pun fleksibel. 9 sampai 5. Bulan puasa balik pukuI 4. Cuti umum ikut kalendar. Negeri lain public holiday pun company kami ikut juga.

Lepas tu mak aku compare la orang – orang lain. Kerja str3ss la… Lepas tu siap kata ekonomi sekarang tak bagus la. Ramai orang kena buang la. Tempat baru tak tahu macam mana la. Kurang – kurang syarik4t aku ni stabil walaupun tak ada kerja sangat.

Kira macam company kami run dengan bisnes yang sedia ada saja la. Hidup segan m4ti tak mahu. Macam tu la. Betul mak aku cakap tu. Rasa cukup dengan apa yang ada tu dah memadai. Nak cari duit banyak – banyak buat apa. Allah yang cukupkan rezeki.

Mak aku suruh bertahan saja la kerja ni. Macam – macam lagi la dia kata. Aku macam menjeling kat mak aku. Aku kata, “Eleh, mak memang la suka. Sebab benefit untuk mak.” Sebab mak aku kaki berjalan. Dia suka travel sana sini dan nak aku teman.

So aku tumpang benefit tu dari mak aku. Sebab mak aku akan sponsor semua. Last time aku pergi umrah sebulan ambil cuti. Sebab mak aku nak duduk lama sana. Mula aku nak resign, tapi bos tak bagi. Dia bagi cuti saja sebulan. Mak aku dok ungkit tu semua. Dia kata mana nak cari company macam ni.

Dia kata bahagia dan tenang tu penting. Gaji besar str3ss buat apa. Aku cakap, “Ye la, ye la. Mak la menang.” Esoknya kan dia call aku. Dia kata sekarang gaji minimum RM1,700 kan. Nanti setiap tahun kerajaan akan umum gaji minimum.

Sampai la nanti RM2,000, dia umum naik RM100. Masa tu aku dah basic RM2,100. So aku akan dapat la kenaikan RM100 tu. Tapi kena tunggu 4 tahun lagi la. Aku kata, “Apa la mak ni. 4 tahun tu macam – macam boleh jadi.” Tu pun belum tentu kerajaan nak umum. Cakap ahli politik ni tahu – tahu saja la.

Dia kata, “Dak, dak. Mak dah hantar surat kat Anw4r Ibrahim.” Aku kata, “Mak ingat dia baca ke?” Mak aku kata, “Tak apa kalau dia tak baca. Mak hantar kat Ibrahim la. Ibrahim mesti baca.” Aku kata, “Pasai pa pulak?” Aku macam blur. Dia kata, “Ibrahim tu ex-boyfriend mak.”

Aku macam, “Serius ar mak ni?” Aku actually tak tahu pun sejarah family PMX ni. Tapi mak aku orang kampung dia. So aku ingat betul kot mak aku pernah couple dengan bapak dia… Sebab mak aku selalu cakap dia macam like a princess dalam kampung tu.

Dulu – dulu ramai yang meminang dia la. Penyanyi pun ada la. Sebab orang tergiIa – giIa dia la. Macam – macam la propaganda mak aku. Lepas tu aku letak fon. Aku kata malas nak layan. Balik rumah tu aku macam terfikir. Mak aku lebih kurang umur PMX saja. Tak kan dia couple dengan bapak dia pulak. Macam tak logik saja.

Lepas tu aku terfikir, bapak dia hidup lagi ke? Aku tanya la mak aku. “Ibrahim hidup lagi ke?” Mak aku kata, “Aih, sihat lagi aih. Dok jaga lembu. Last week pun mak jumpa dia kat market… Dia jual susu lembu.” Aku tahu mak aku tak menipu. Walaupun propa, tapi dia selalu cakap betul la.

Aku kata, “Mak cakap pasal Anw4r Ibrahim kan?” Dia kata, “Ya la.” Aku kata, “Tak kan bapak dia nak susah – susah lagi jual susu lembu. Anak dah menteri.” Dia kata, “Belum menteri lagi. Kerja kat pejabat menteri saja. Satu hari nanti Anw4r akan jadi menteri. Mak akan undi dia.”

Aku tanya, “Mak kata Anw4r mana ni? Anw4r kan dah jadi menteri dah?” Must4hil mak aku tak tahu perkembangan dunia sedangkan hari – hari dia tengok berita. Dia kata, “Anw4r anak Ibrahim tu la. Anak dia kerja peon kat pejabat menteri. Apa – apa dia boleh tolong kita nanti.”

Ya Allah… macam tu saja mak aku Anw4r – Anw4rkan aku… Hilang terus str3ss aku fikir pasal gaji. Aku kata, “Ingatkan mak cakap pasal PMX tu. Baru nak terke3jut.” Dia kata, “Buat apa couple dengan dia. Dari couple dengan dia baik aku couple dengan Agong. Dapat juga merasa jadi permaisuri. Seumur hidup pulak tu.”

Dia siap kata kat aku, “H4ng jangan couple dengan menteri – menteri ni semua. Kaki penipu satu hal, jawatan bini menteri setiap masa macam telur di hujung tanduk. Tunggu masa nak jatuh.” “Kalau nak, h4ng couple la dengan anak Agong yang sorang tu. Mak dengar dia masih single. Handsome pun handsome, sopan santun mak tengok.”

Aku tanya, “Mak tahu mana dia single?” Mak aku kata, “Mak tengok kat TikTok. Dia ada follow mak. Dia mesej mak. Dia kata mak cantik la, comel la. Dia kata dia single lagi.” Aku kata, “Tu sc4mmer saja mak oii. Jangan dok tertipu pulak.”

Dia kata, “Dak aih. Mak tak tertipu la…” Cuma mak kesian kat dia saja. Dia yang dok tertipu la ni. Aku tanya, “Awat pulak?” Mak kata, “Mak princess. Dia percaya pulak dah. Dok tanya princess negara mana.” Mak kata, “Negara Kodiang.”

Dia kata, “Amazing. Tak sabar nak jumpa mak.” Mak kata kena appointment dulu baru boleh jumpa. Ni dia hari – hari dok mesej minta tarikh. “Aih, susah la jadi orang cantik ni, adik. Bapak Agong tergiIa – giIa, anak Agong tergiIa – giIa.”

“Mak ni tak ada rehat tau dak adik. Nak layan rakyat jelata lagi, peminat misteri lagi.” Ya Allah, mak… bagi la aku kesabaran dengan sikap mak aku ni… – Timun (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Terima kasih semua atas komen, pandangan dan concern kalian. Jangan risau pasal sc4mmer tu. Mak aku wellknown pasal sc4m – sc4m ni. Dia yang selalu sc4m sc4mmer tu balik. Kalau orang mintak duit, dia akan cakap masuk duit dekat dia dulu. Nanti dia transfer balik separuh.

Mai dengan mak aku, sc4mmer pun akan insaf. Aku buat confession kedua ni sebab aku ada bagitau mak aku yang aku tulis pasal dia kat sini. Cuma kali ni jadi sedikit panjang pulak confession nya. Tapi tu la. Menyesal pulak aku bagitau dia. Mula la propaganda uganda dia tu.

Dia suruh ucap terima kasih la dekat peminat – peminat dia kat fb pulak. Mak aku tak dak fb, so tak dapat la tengok. Dia kata awat la adik h4ng pi famouskan mak kat fb.. Mak dah cukup popular ni. M4kin popular la pulak. Hat tiktok pun tak dan nak layan. Lepas ni keluar kena pakai mask.

Satgi orang kenai muka mak, jenuh orang dok mintak autograph la photograph la. Aih letihnya jadi princess kodiang ni. Peminat sana sini.. Mak bukan mintak lahir cantik – cantik ni. Sebab tu aku menyesal bagitau dia. Nampak dak propa dia. Dia tak kan berhenti selagi dia tak puas puji diri sendiri.

Lepas tu soalan pertama dia, berapa depa bayar? Aku kata mana ada bayar. Ni luahan kita kan. Sekadar orang baca ja la. Dia terus geleng kepala sambil cakap hm hm hm. H4ng tak cerdik adik. Company tu ambik untung buta – buta ja. Patut kita mintak seratus dua habuan kita jugak.

Adik boh dalam tiktok pun boleh dapat gift. Ni pulak dalam fesbuk. Aku buat diam ja.. Malas nak menjawab. Tapi mak aku ni kalau aku diam, lagi dia nak mengacau. Dia kata tak pa. Bagi alamat company tu nanti mak pi tanya depa sendiri. Kalau mak pi confirm depa akan bayar.

Aku kata confident nya. Dia kata mesti la. Mak ada kabel kencang, bukan macam h4ng. Mana – mana manusia pun kalau dia ada kabel, confident tu autom4tic mai. Aku kata kalau sekadar kabel peon dalam pejabat menteri tak payah la. Buat malu kat orang ja.

Dia buat bunyi cicak sambil geleng kepala. Dia kata kalau bab – bab mintak duit kita tak pakai peon. Kita pakai peon untuk hantar surat ja adik oi. Habis tu kalau nak mintak duit kita nak pakai sapa. Boleh guna untuk mintak hutang dak. Adik aku tiba – tiba menyampuk. Eh sibuk pulak budak ni. L3mpang kang.

Mak aku kata kalau nak mintak duit kita kena pakai kabel payung kuning. Kali ni aku pulak geleng kepala. Mak aku selalu cakap dia ada hubungan baik dengan tengku shafinaz. Dia kata dia satu kelas dengan tengku shafinaz. Lepas tu dia kata sultanah zahirah pun sekolah tu jugak.

Kononnya kenal – kenal jugak la. Pernah makan nasi sama – sama la apa la. Pernah join alumni sekali la. Tiba – tiba adik aku gelak. Dia kata betul tu mak. Memang la mak kenai depa..Tapi depa ja tak kenai mak kan. Kali ni aku sekali bantai gelak.

Kami adik beradik ni bab nak paku mak aku memang kami bersatu hati. Mak aku sengeh – sengeh ja. Dia kata tu la h4ngpa ni, bila mak cerita h4ngpa tak mau percaya. Mak dulu convent school tau. Sebab tu mak pandai speaking london. Sebab mak sekolah sekali dengan kerabat – kerabat diraja. Sekolah terpilih tau.

Adik aku kata tengku shafinaz boleh la percaya. Tapi jauh betul alor setar dengan terangganu tu. Sekolah tu pun biasa – biasa ja chek tengok. Macam nak runtvh lagi setahun dua. Tak macam sekolah – sekolah raja pun. Tak kan anak raja pi sekolah biasa.

Bukan cikgu mai istana mengajar depa ka. Adik aku dok pertikai. Mak aku kata tu la h4ngpa ni. Mak ni tak dak bukti gambaq ja. Dulu ada tapi hilang mana dah gambar semua. Kalau dak boleh tunjuk kat h4ngpa dah. “Mak kata mak ni level – level raja, h4ngpa tak mau percaya. Artis pun kalah dengan mak tau. Tengku shafinaz pernah kata mak macam queen elizabeth”.

“Dulu mak sama – sama pernah pi interview nak jadi pramugari dengan orang kerabat. Tapi tokwan h4ngpa tak bagi. Tu yang mak merajuk lari pi australia. Kawan dengan kangaroo lagi bagus”. Adik aku menyampuk lagi. Orang payung emas dah kaya dah. Nak kerja pramugari buat apa. Mak ni asyik nak sc4m kami ja.

Mak aku sengeh – sengeh ja. Dia kata bukan anak yang carry pangkat tu. Kan ada jugak sepupu sepapat depa. Adik beradik depa. Depa pun manusia jugak. Walaupun kaya, tapi ada keinginan, ada yang nak ambik pengalaman ja. Nak dekat dengan rakyat jelata. Nak faham masalah depa. H4ng tak mau percaya sudah la mak aku kata.

Actually ni bukan first time mak aku cerita pasal tu… Tapi dah banyak kali dah.. Asal ada peluang dia akan cakap dia sama sekolah dengan orang kerabat. Sekolah convent kat alor setar. Satu kelas dengan anak raja la. Kawan – kawan dia ramai orang kerabat la. Lepas tu ada lagi la kisah – kisah dia yang tak pernah habis.

Tiba – tiba abah aku balik dari mesyurat tingkap. Orang balik terawih lama dah. Abah aku selagi masjid tak tutup, selagi tu tak balik. Mak aku pi layan abah aku. Memang style mak aku macam tu. Suami dia balik, segala kerja dia tinggal. Mesti pi sambut abah dulu.

Abah aku ni muda dua tahun dari mak aku. Mak aku tahun ni 59. Tapi aku rupanya salah faham pasal pmx. Aku ingat pmx dalam 60an. Patut mak aku kata tak hingin dengan orang tua. Orang muda yang hingin kat dia, dia kata. Tapi mak aku dah pencen dah. Dia pencen 55.

Dia memang kata nak kerja sampai 55 ja. Sebab dia nak makan angin. Nak pi travel. Dia malas nak kerja lama – lama. Abah aku ja masih kerja. Abah aku engineer kat jkr. Sebab tu la mak aku senang hati ja bye bye abah aku pergi bercuti sana sini.

Sebab abah kena kerja, mak relax tak payah pikiaq apa dah. Ayat dia selalu, abang, semalam fea mimpi minum kopi kat turki. Cheq nak rasa kopi kat turki pulak la. Abang nak pi turki dak. Kita pi seminggu dah la.. Kalau dia nak pi korea, dia bagi alasan mimpi kpop la.

Kalau tempat ada salji, dia bagi alasan mimpi salji.. Nak tengok salji depan – depan. Macam tu la ayat dia selalu. Abah aku akan cakap, payah la. Kerja banyak nak settle la. Malas nak cuti la. Fea pi dengan anak – anak la. Mak akan jawab, alasan banyak kerja tak habis – habis. Tapi jalanraya berlubang sana sini. Kerja apa tak tau abah h4ng ni.

Bertahun tak habis buat jalan. Aduan rakyat tak pernah ambik peduli. Padahal alasan nak mengorat indon sebeIah. Dia suka la kalau mak tak dak. Tak pa la kalau abang nak tampal jalan berlubang. Nanti abang hantar kami kat airport tau. Nanti fea nak bye – bye abang.

Tapi abang jangan bye – bye balik. Abang baIas dengan lap air mata. Baru tenang hati fea nak bercuti fikirkan abang tengah sedih kat sini. Bagus jugak abang tak ikut. Senang fea nak cuci mata kat sana. Ngorat jejaka – jejaka kacak. Nanti jangan rindukan fea tau. Sebab fea pun memang tak kan rindukan abang jugak. Tapi fea akan rindu jejaka – jejaka kacak tu.

Macam tu la mak aku.. Jenis banyak cakap.. Suka mengusik. Suka menyakat. Happy go lucky. Abah aku, memang diam sediam – diamnya la. Kadang – kadang kami menyakat mak balik. Mak tak takut ka abah ngorat orang lain. Dia akan jawab takat indon sebeIah rumah yang dok giIa ic malaysia ni mak tak heran la.

Sebab level mak ni raja – raja agong. Mak kan princess of kodiang. Takut abah h4ng yang mer0yan lepas tu. Kami kat rumah memang dah hafal skrip mak aku. Ayat dia selalu berulang – ulang ja. Kalau ada perubahan pun sekadar tukar ayat sikit – sikit.

Tapi memang tu per4ngai mak aku. Dia akan mengacau dan menyakat sesiapa saja. Abah aku selalu jugak la jadi m4ngsa walaupun abah agak pendiam. Rumah ni meriah dan kecoh pun sebab mak aku ja selalunya. Dia jenis sempoi. Dia selalu suruh kami tenang – tenang. Jangan str3ss – str3ss. Lihat masalah tu macam hal kecik.

Tapi beza character dengan abah aku. Abah aku jenis pendiam. Tak banyak cakap. Tegas. H4ngpa mesti tak percaya, kami ni adik beradik tak pernah kena marah dengan mak. Jauh sekali kena pukuI, sampai sekarang. Kalau orang lain, mak yang kadang – kadang garang.

Tapi mak aku ni buat anak macam kawan – kawan dia ja. Jenis brutal dan giIa – giIa. Tapi dia sangat sayang anak – anak. Yang selalu marah kami tu abah kami la tapi mak akan selalu backup kami. Dia jugak akan pastikan kami tak kena marah atau pukuI.

Dia ada cara nak pastikan kami dengar cakap tanpa marah atau pukuI. Contoh, dulu kecik – kecik kita kan malas mandi ka apa.. Ayat dia, abah kata dia balik awai hari ni. Sebab nak pi beli h4nger. H4nger banyak dah patah kat rumah. Terus kelam kelibut kami. Sebab abah berdehem pun kami dah takut. Dan kami faham maksud tersirat mak tu.

Mak aku ni apa pun anak buat, dia akan cakap anak yang baik. Kan orang kata perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu tu satu doa. So favourite word dia “Anak yang baik”. Kalau menangis ka apa ka, dia akan pujuk sambil usap kepala. Jangan nangis, anak yang baik, Allah sayang.

Kalau kami g4duh – g4duh ka, buat salah ka. Dia akan cakap anak yang baik, jangan g4duh – g4duh. Jangan buat macam tu tak elok. Nanti Allah marah. Masa kami tidur, dia akan usap kepala kami. Cakap anak yang baik. Anak yang soleh, anak yang solehah.

Kami enam orang adik beradik. Yang first tu kembar lelaki dan perempuan. Kakak aku tu doktor kat hkl. So dari study dia memang selalu str3ss. Bila dia str3ss, mak aku akan pujuk dengan cara yang sama walaupun dah tua ni pun. Jangan str3ss – str3ss kakak. Masalah hari ni mai esok hilang. Lusa ganti lain pulak. Kakak anak yang baik sebab tu Allah sayang.

Mak aku selalu cakap jangan focus kat masalah. Buat kerja harian macam biasa. Nanti masalah tu hilang sendiri. Kalau ada jalan, kita cari jalan. Kalau tak jumpa jalan, kita biar Allah selesaikan. Abang aku kerja sendiri. Tapi ada satu kejadian yang berlaku kat abang aku. Sampai sekarang kami dok membahan abang aku kalau dia balik.

Dulu masa sekolah abang aku lemah math. So abah selalu la pukuI dia, marah dia.. Abah la akan ajar dia math. Bila dia tak boleh buat, abah akan marah. Abang pulak akan menangis sebab takut. Time tu mak aku dah gelisah, fikir macam mana nak selamatkan anak.

So one day macam tu la. Abang dapat c kot dalam ujian math. Abah dok bising kat abang aku. Mak aku dok pujuk la. Kata syukur la anak dapat c pun. Ada lagi la ayat dia. Tapi macam mana tah. Mak aku tanya kat abang aku. Aku tak ingat sangat cerita dia.

Sebab aku sangat kecik masa tu. Ka aku belum lahir tak tau la. Yang atas – atas ni la selalu ulang kisah tu. So abang aku kata math susah. Abah aku macam menyampuk. Dia kata semua benda pun susah. Mana ada benda senang. Semua kena belajar.

Tapi abang aku kata ada math yang senang. Tambah dengan tolak ja. Yang lain semua susah. Macam dia tak faham la. Terus mak aku kata. Ha, abang tengok ni. Anak kita tak salah abang. Yang salah tu cikgu dia. Dia tau fezol tau tambah tolak ja, awat dia pi buat soalan d4rab bahagi.

Cikgu pun tak sabar – sabar. Tunggu la anak rasa d4rab bahagi pun senang.. Baru la buat periksa. Tak pa, esok abang pi tanya cikgu dia. Suruh cikgu dia ajaq bagi faham dulu. Baru buat periksa. Fezol anak yang baik. Allah sayang fezol. Jangan teriak lagi. Esok abah pi jumpa cikgu. Kita buat tambah tolak ja ok.

Abang aku pun angguk – angguk la. Lepas tu mak aku guna peluang tu cepat – cepat larikan anak. Takut abah sambung b4ntai. Macam tu la mak aku. Memang nampak dia manjakan anak. Tapi alhamdulilah, kami semua berjaya ja dalam bidang masing – masing.

Sebab lepas dah pujuk – pujuk, kami dah reda. Dia akan nasihat kami pasal kehidupan, pasal pelajaran. Kami pun mudah dengar cakap mak. Mak aku kurang tekankan akedemik. Tapi selalu tekankan akhir4t. Yang selalu dia pesan, jahat macam mana pun sembahyang jangan tinggai. Sebab sembahyang tu la nak jadikan kita baik.

Dalam rumah ni aku ja sentiasa free. Sebab tu mak suka ajak aku pi mana pun. Aku nombor lima. Yang bongsu ni lelaki. Tapi dia masih study. Jarang ada kat rumah jugak. Kalau dia ada, mak akan ajak dia jugak. Aku agak rapat dengan mak, sebab dulu ingat aku yang bongsu. Tup – tup keluar adik aku ni. S4kit betul hati aku.

Tapi rezeki aku sama kot. Dari lahir tak pernah renggang dengan mak. Study ka, kerja ka semua dapat dekat dengan mak. Kakak nombor tiga selalu cakap. Mak ada anak ramai pun, Allah bagi rezeki jaga mak pada satu anak yang bertuah ja. Mesti adik yang ada rezeki tu.

So rasa la happy tu. Sebab aku tak pernah rasa puas dapat perhatian mak. Selalu rasa kena berebut dengan adik beradik. Tapi mujur adik aku study. Kadang – kadang dia balik hostel. Kadang – kadang busy dengan task. So aku masih rasa aku yang bongsu. Sebab aku ja fulltime dalam rumah ni.

Adik beradik yang lain kerja depa agak busy dan tak duduk sini. Abang aku dok area sini. Hari – hari dia akan mai tengok mak tapi tak tidoq sini la. Mai sat – sat ja. Mak aku ni jenis nak semua anak – anak depan mata. Nak anak – anak ikut sekali. Tapi masing – masing kan dah ada kehidupan sendiri.

Next time kalau ada rezeki aku nak cerita pasal kisah perkahwinan mak dengan abah aku. Sebab ayat mak aku sangat lawak. Kadang – kadang walaupun dah dengar berjuta kali, tapi seronok jugak dengar lagi. Sebab dulu mak cerita kat anak – anak. Sekarang mak cerita kat cucu pulak.

Lepas tu kisah pasal kakak aku yang doktor tu. Dia la paling kerap jadi bahan jenaka mak aku. Kakak yang doktor tu sama per4ngai macam abah. Garang, serius. Tegas. Tak boleh bawak berbincang. Tapi mai dengan mak ni, dia pun give up. Last – last dia hanya mengeluh sambil baring kat riba mak. Tau pulak nak manja – manja dengan mak.

Mak aku dengar, cakna setiap masalah anak – anak. Tapi dia ada cara supaya kami lupa masalah tu. Mak kami tak pernah p4ksa kami apa – apa pun. Apa pun pilihan kami dia respect ja la. Kalau dia rasa benda tu salah, dia akan tegur. Tapi still dengan cara giIa – giIa dia tu.

Dengan menantu pun dia giIa – giIa jugak. Kami ni tak pernah la tengok mak dengan abah g4duh macam keluarga lain. Kehidupan kami sederhana ja tapi harmoni. Bagi aku, mak aku memang wanita rare la. Sebab perempuan kan selalunya beremosi. Tapi mak aku tak macam tu. Mungkin tu kunci kebahagian kami. Kesabaran dan ketenangan mak aku. Terima kasih sudi baca kisah hidup kami. – Timun (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :