Pelik suami terlalu ambik berat pasal adik aku. Satu hari kantoi, suami buat gambar Ai peluk adik aku. Diam-diam hantar sarapan pagi dekat adik

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mula – mula kantoi buat gambar Ai berpeIukan dengan adik aku. Akhirnya, adik aku bagitahu pula yang dia pernah naik ke rumah adik aku dan peluk adik aku dari belakang, siap tarik adik aku jatuh kerusi. Rupanya dah bertahun hal ni, adik aku tak berani nak bagitahu aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamulaikum admin, hai korang. Aku pernah dikhi4nati oleh orang yang paling aku sayang, hormat, suami aku sendiri. Masa aku out station, dalam diam dia naik turun rumah adik aku. Ya, adik kandung aku. Sebelum kantoi memang dia suka sangat ambil tahu pasal adik aku, ambik berat sangat.

Nak pergi makan mesti ingat nak ajak adik aku. Dalam diam belikan sarapan dan hantar ke rumah adik aku. Dan kalau adik aku datang rumah, mesti dia layan dengan baik. Tapi kalau sepupu lain datang, dia tak ada lah nak layan sebaik macam mana dia layan adik aku tu. Aku pelik tapi aku cuba bersangka baik.

Nak dijadikan cerita, sebelum kantoi pasal hal – hal yang dia buat, sebenarnya banyak kali aku dapat mimpi buruk dia curang. Dan perempuan dalam mimpi tu mesti adik aku. Jadi aku ni tak pernah nak cerita atau beritahu dia sebab pada aku tu kan cuma mimpi, lagi pula adik aku sendiri.

Kerap jugalah aku dapat mimpi macam tu. Sampai satu masa tu, Allah nak tunjuk kat aku, anak buah aku iaitu anak adik aku sendiri terkantoi kerja dia. Satu persatu Allah tunjuk kat aku apa yang dia buat. Mula – mula buat gambar AI berpeIukan dengan adik aku.

Lama kelamaan bila dah m4kin besar hal tu, adik aku spill pula yang dia pernah naik ke rumah adik aku dan peluk adik aku dari belakang, siap tarik adik aku jatuh kerusi. Adik aku sampai merayu jangan buat dia macam tu. Nasib baik adik aku jenis faham walaupun bagi aku dia ada salah sikit tak beritahu aku dari awal pasal kerja husband aku dari dulu lagi sebab dia nak jaga hati banyak pihak katanya.

Dia takut aku tak percaya apa yang dia cakap, sebab takde bukti yang boleh dia tunjuk. Tapi aku percaya cakap adik aku. Bukan juga maksud aku nak salahkan husband aku sorang, tapi aku lebih percaya adik aku. Boleh pula dia siap kata kat adik aku, dia terasa bila tengok movie Ipar Adalah M4ut.

Bila aku tanya dia, dia kata dia hanya bergurau. Tapi entah, susah aku nak percaya. Pasal dia cuba nak kacau adik aku pun dia bagi alasan nak gurau pun aku dah tak boleh terima. Sebab adik aku cerita masa tu husband aku punya tu dah keras.

Aku tanya husband tentang perasaan dia kat adik aku, m4ti – m4ti dia tak nak mengaku dia suka kat adik aku. Sanggup nak pegang Al-Quran bagai. Tapi cuba korang bayangkan kalau sampai tarik adik aku sekuatnya sampai jatuh tu dan kalau adik aku layan benda tu memang jadikan.

Aku tetap dah anggap dia curang. Sebab perasaan dia sudah mula beralih arah ke hati yang lain walau dengan adik aku sendiri. Dan tak must4hil masa akan datang dia boleh buat dengan perempuan lain. Sekarang aku masih berdiam. Tak bercakap. Aku cuba melupakan. Tapi tetap teringat ingat pasal tu.

Sambungan. Haiiii. Post aku pernah naik di sini. Dan banyak komen kata macam dalam movie. Tapi percayalah, wujud ya Ipar Adalah M4ut dalam dunia ni. Suami aku sendiri lah wataknya. Sekarang sampai aku m4ti rasa dah. Aku cuba positifkan diri untuk terima alasan suami kata hanya main – main dan tak ada perasaan pun kat adik aku.

Tapi logik tak bagi korang bila benda ni jadi sejak beberapa tahun yang lepas lagi? Boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana bila aku dapat tahu semua kebenaran baru – baru ni? Aku ditipu begitu lama. Aku dikhi4nati begitu lama. Bila tanya suami, dia sanggup bersumpah pegang Quran yang dia tak ada hati langsung kat adik aku.

Aku memang susah nak percaya. Bila sampai satu tahap dia sentuh adik aku, tapi benda tu tak jadi sebab adik aku tolak. Tapi hati aku tetap h4ncur sebab niat dia. Dia dah cuba buat tak baik di belakang aku. Boleh lagi ke aku terima? Sebagai seorang isteri hati aku h4ncur.

Aku boleh terima kalau setakat dia buruk – burukkan aku. Tapi s4kit bila dia suka buat fitnah kata kami g4duh walhal kami tak g4duh pun. Apa motif dan maksud dia cerita macam tu kat adik aku? Dia nak tarik perhatian adik aku, konon nak cari tempat untuk luahkan perasaan.

Untuk pengetahuan korang, adik aku pun dah kahwin tapi PJJ dengan suami dia. Sekarang dia berusaha pujuk aku. Tapi macam mana aku nak terima? Macam macam dah Allah tunjuk kat aku sekarang. Satu persatu Allah tunjuk. Dia puja dan puji adik aku daripada aku.

Buat gambar Ai berpeIukan dengan dia. Dengan aku tak pernah pun buat gambar macam tu. Hantar makanan ke rumah adik setiap hari tanpa pengetahuan aku. Sedangkan kat rumah tak ada pun dia belikan aku pada tarikh tarikh yang aku baca.
Korang percaya tak yang dia tak ada hati dengan adik aku?

Komen Netizen :

Anonymous participant 503 : Bah4ya jantan begitu. Halal dan h4ram pun tak tahu beza apatah lagi nak lead kau. Kalau diberi peluang kedua dia tetap tak insaf. Bah4ya orang sedemikian. Dah khusyuk sangat suka kat adik kau. Suruh adik kau bersedia belajar pertahanan diri. Mana lah tahu si suami ada rancangan lain. Huh bah4ya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.