Aku pelik tengok kakak keluar dgn keadaan selekeh, muka tak siap, baju besar gelebeh pergi jumpa bakal suami

Masa hari kejadian aku terk3jut tengok pakaian kakak aku. Sepanjang aku hidup tak pernah tengok dia berpakaian macam tu. Dia pakai baju kurung lama mak aku yang 2 saiz lagi besar dari dia. Tudung bawal lama. Kalau aku jadi laki pun tak ingin. Seminggu lepas dorang jumpa, ada rombongan meminang…

#Foto sekadar hiasan. Ni cerita pasal kakak aku 5 tahun yang lepas. Kakak aku ni dalam ramai – ramai adik beradik dia lah yang paling cantik. Kulit putih, hidung mancung, mata bundar. Sebab dia banyak ikut genetik nenek sebeIah mak (arab).

Sejak dari zaman sekolah lagi memang ramai peminat. Sampaikan pernah masa sekolah menengah mak aku tukarkan dia ke sekolah lain sebab selalu diganggu cikgu psik0 yang sukakan dia. Cantik – cantik dia pun tak pernah bercinta.

Punyalah ramai peminat semua dia tak layan. Baguskan kakak aku. Jujur aku sendiri pun amazed dengan dia. Bila dah habis belajar, dah kerja (cikgu), mak ayah aku carikan dia jodoh. Sebelum betul – betul terima mak ayah aku suruhlah dia keluar dulu macam nak kenal – kenal dulu dengan laki tu serasi atau tak.

Mestilah dia tak pergi sorang – sorang. Aku ikut jugak. Masa hari kejadian aku terk3jut tengok pakaian kakak aku. Sepanjang aku hidup tak pernah tengok dia berpakaian macam tu. Tahu tak apa dia pakai? Dia pakai baju kurung lama mak aku yang 2 saiz lagi besar dari dia.

Tudung bawal lama. Straight je takde style butterfly ke apa. N4ked face tak pakai apa – apa dekat muka. Bawak purse tanpa handbag. Aku terk3jut sebab tu bukan style dia. Dia guru. Baju kurung memang semua lawa – lawa.

Akak aku ni kira jenis melawa jugak lah pergi mengajar. Okay, bakal abang ipar aku pulak request nak jumpa dekat gerai biasa. Aku dah macam rasa nak kutuk je abang ipar aku ni. Bayangkan first date. Bawak lah pergi tempat okay sikit.

Tapi tak. Nak jumpa dekat gerai je. Bila sampai sekali lagi aku terk3jut. Bakal abang ipar aku ni pun sama selekeh pemakaian dengan kakak aku. Datang dengan motor. Pakai slipper jepun bawak henset biasa, takde lah iphone ke atau HP yang gah.

Seingat aku sepanjang perjumpaan tu masing – masing tak tanya pun kerja apa. Aku pun tak tahu bakal abang ipar aku ni kerja apa. Lagipun diorang bukan bercakap sangat pun masa tu. Malu mungkin. Haha. Yang aku ingat sebelum balik tu akak aku tanya, “Macam mana? masih nak teruskan lagi ke perkahwinan ni?”

Aku dalam hati dah boleh agak .Konfem punyalah taknak. Akak aku selebet giIa kot masa tu.Kalau aku jadi laki pun aku tak nak. “Mestilah. Saya yakin pilihan mak ayah saya yang terbaik.” Demi Allah aku terk3jut masa tu.

Seminggu lepas tu keluarga pihak lelaki datang rumah aku. Mereka bertunang. Masa hari pertunangan ni, akak aku dah jadi diri dia yang sebenar. Which is cara dia berpakaian dah tak macam makcik – makcik. Rupa – rupanya dia pakai macam tu sebab dia nak uji.

Dia nak pastikan calon suami dia ni bukan pilih dia atas dari rupa dan penampilan dia. Hahaha patutlah lain macam selebet dia. Abang ipar aku pulak masa bertunang datang dengan kereta Pegeout. Ingatkan kereta kawan ke sed4ra ke.

Rupanya memang kereta dia. Dahlah kemas giIa dia masa tu. Memang sangat lain dari masa pertemuan mula – mula tu. Nasib lah dia bakal suami akak aku. Kalau tak aku pun boleh jatuh hati. Yang comelnya mereka berdua ni masing – masing nak uji sesama sendiri.

Masing – masing nak tengok tahap keikhlasan masing – masing. Rupa – rupanya abang ipar aku ni engineer. Kerja dekat qatar. Kaya memang kaya. Sebab tu dia nak isteri yang bukan pilih dia atas dasar kekayaan dia.

Alhamdulillah sekarang dah 5 tahun kot perkahwinan diorang. Anak pun dah 2 orang. Akak aku pun dah berhenti kerja. Dia surirumah sepenuh masa ikut suami dia pergi qatar. Ye lah sape je nak berjauhan macam tu dengan suami.

Kisah diorang ni memang betul – betul buat aku rasa orang yang baik dan tak memilih, Allah akan hadirkan pasangan yang sama baiknya untuk diorang. Jom jadi baik. Mudah – mudahan pasangan kita pun begitu. – Anis

Komen Warganet :

Azimah Ab Rahman : Hampir sama dengan kisah kakak saya. Guru vs manager petronas. 1st jumpa masing – masing pakai selekeh, selebet. Alhamdulillah 5 tahun kawen anak dah 2 sekarang. Sorang perempuan, sorang lelaki. Alhamdulillah tumpang happy tengok diorang bahagia. Bukan drama, bukan novel but its reality.

Solehah Jamal : Tulah aku pun tunggu jugak lelaki kaya tak pandang rupa, bukan sebab aku lawa ke apa tapi sebab memang aku biasa – biasa je hahaha ni lah manusia lebih sudu dari kuah tak nyedor diri tapi nak yang kacak kaya hahahahahaha balik sol balik ~~ Hahhahahhaa

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?