Pelik tiba-tiba semua sepupu tak nak kawan dengan aku. Selepas 10 tahun barulah rahsia terbongkar. Bapak aku pem4ngsa!

Nenek aku iaitu ibu kandung mama aku pon boleh rahsiakan benda besar ni dari mama aku. Siap ada kod rahsia lagi nak minta cucu – cucu dia berhati – hati kalau bapak aku ada dekat kampung masa kami balik. Apa yang paling teruk, mungkin sebab dari doa m4ngsa – m4ngsa bapak aku, aku jugak jadi m4ngsa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Zizie. of course bukan nama sebenar dan sudah berumur hampir 30 tahun. Hari ni aku nak kongsikan sebahagian kisah hitam hidup aku yang sampai sekarang masih mengh4ntui aku.

Maaf andai susunan ayat agak berterabur, menaip dalam em0si. Semoga dapat dijadikan tauladan. Kita imbas semula 20 tahun yang lalu, masa aku balik kampung aku pernah kena boikot dengan sepupu – sepupu tanpa aku tahu apa salah aku.

Biasalah budak – budak, takde kerja lain selain main dengan sepupu sepapat seusia, tiba – tiba semua tak nak kawan dengan aku. Sedih jugak lah masa itu. Haha. Sampai la 10 tahun selepas peristiwa itu berlaku barulah aku tahu punca sebenar aku kena boikot. Aku mampu cakap, aku sedih, terkilan, kecewa.

Rupa – rupanya aku anak seorang pencabuI. Semua kisah ni terbongkar selepas 10 tahun atau mungkin kejadian ni dah jadi lebih lama aku tak pasti. Macam mana boleh kant0i? Masa tu bapak aku pergi outstation, tiba – tiba pakcik dan makcik aku datang rumah dan masa tu aku nampak mama aku sedikit berem0si.

Lepas semua balik, mama aku buka cerita tujuan makcik dan pakcik aku datang. Menangis kami berdua. Kat sini ada sesuatu aku nak highlight. Aku nak bagitahu betapa pentingnya peranan keluarga dalam kehidupan kita.

Walaupun perkara tu pahit untuk ditelan tapi kalau itu yang terbaik, kita kena berterus terang tentang perkara sebenar. Bukan merahsiakan kebenaran dan akhirnya banyak pihak yang terIuka. Sebagai anak saud4ra kepada makcik pakcik aku, aku terkilan sebab sebenarnya dorang dah hebohkan kegiatan bapak aku pada satu family besar aku.

Dah lama tapi takde sorang pun dari kalangan dorang bagitau benda tak elok yang bapak aku buat dekat sepupu – sepupu aku kat mama aku. Mungkin kalau dorang cerita dari awal akan lebih ramai saud4ra mara aku yang takkan jadi m4ngsa bapak aku.

Sampai sekaranglah aku masih berd3ndam dengan bapak aku sebab buat macam tu. Betapa terkilannya aku bila tau sebenarnya semua keluarga besar mama aku berjaga – jaga bila tau kitorang satu family nak balik kampung.

Dekat depan baik je semua layan kami, rupanya belakang kami ada cerita duka yang mereka rahsiakan. Duka buat kedua – dua pihak.. pada sepupu aku dan mama aku sendiri. Mesti orang cakap, kau anak pem4ngsa bukan kau yang kena, asal kau yang nak buat confession, macam kau insan yang ters4kiti.. hahaha. Sebenarnya aku pernah juga ters4kiti. Nanti aku cerita.

Nenek aku iaitu ibu kandung mama aku pon boleh rahsiakan benda besar ni dari mama aku. Siap ada kod rahsia lagi nak minta cucu – cucu dia berhati – hati kalau bapak aku ada dekat kampung masa kami balik. Bagi aku apa la salahnya nenek aku selamatkan anak dia sendiri dari suami macam bapak aku tu.

Apa la salahnya bagitau mama aku supaya mama aku bolehlah angkat kaki atau ambil tindakan dekat bapak aku. Dorang ingat kalau dorang tak bagitau benda boleh ada penyelesaian ke. Selepas semua yang berlaku, selepas ramai yang jadi m4ngsa bapak aku, baru semua pakat nak cerita kat mama aku. Nasi pon dah selamat jadi bubur.

Contoh dia macam ni, kau tau aku salah tapi kau tak bagitau yang aku salah tapi kau cerita dekat semua orang kecuali aku yang aku salah. Susah nak jelaskan sebab aku complicated sikit. Apa yang paling teruk, mungkin sebab dari doa m4ngsa – m4ngsa bapak aku atau mungkin karma, aku pon pernah kena r4ba. Dua kali tapi aku diamkan sebab aku rasa ni taboo.

Sampai sekarang takde siapa yang tahu. Aku faham macam mana perasan sepupu – sepupu aku, sebab aku pon pernah lalui seperti yang dorang rasa. Benci, marah, s4kit hati tapi kita tak mampu nak Iawan, tiba – tiba tangan pem4ngsa dah ada dekat private part kita.. tergamam.

Kali pertama kena dengan sepupu aku sendiri dan sekali dengan tailor Bangladesh yang ambil ukuran baju aku. Kadang – kadang bila terbaca berita tentang kes macam ni, nanti ada netizen doakan keturunan suspek rasa sama macam apa yang m4ngsa kena.

Bagi aku yang salah tu bapak dia tau, jadi tak boleh nak libatkan keturunan dia untuk jadi m4ngsa balik. Sama la macam kes aku, bapak aku yang salah aku yang kena palau. Siap dapat karma kena benda yang sama juga tapi dengan suspek lain.

‘Kerosakan’ boleh berkurangan bila ibubapa budak yang jadi m4ngsa ni bagitau awal – awal per4ngai bapak aku. Dah tentulah mama aku boleh berjaga – jaga dengan per4ngai bapak aku atau mungkin tak bagi bapak aku ikut balik kampung atau join apa – apa majlis keluarga.

Bukannya kau pergi cerita dekat semua per4ngai bapak aku tapi isteri dia sendiri taktau yang suami dia buat per4ngai. Sampai sekarang aku malu sebab ada bapak macam tu (sekarang dah dapat hukvman dunia). Aku ralat sebab tak tahu cerita awal – awal.

Aku rasa bersalah sangat – sangat dengan semua m4ngsa – m4ngsa bapak aku. On behalf of my father sincerely do apologize us. Maaf sebab bapak aku pernah buat macam tu dekat korang dan maaf sebab aku dan mak aku tak tahu cerita dari awal yang mana kalau kami tahu dari awal, kami pasti akan buat sesuatu dekat bapak aku.

Aku harap luahan ni dapat dijadikan panduan pada dua – dua pihak.. m4ngsa dan juga ahli keluarga pem4ngsa. Isteri pem4ngsa pon tak tahu suami dia jahat kalau takde siapa yang bagitau. Please let them know. Kisah ini mungkin ditokok tambah bagi mengelakkan kebocoran identiti. – Z (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Zila Zie : Benda – benda cabul ni memang tabu, tapi bukan bermakna perlu didiamkan. Patut confront terus dengan pelaku, bukan m4ngsa yang kena ada kod rahsia bagai. Pelik juga bila awak cakap kalau tahu awal, ayah awak tak perlu join family gathering bagai.

Tu je ke tindakan yang boleh buat? Kenapa orang lain yang kena suffer in silence atas tindakan dia? Mana keadilan untuk m4ngsa cabuI macam tu. Aku pernah baca, m4ngsa cabuI ada cakap walaupun perkara tu tak boleh diubah, tapi ucapan maaf daripada pencabuI adalah sesuatu yang mereka nak dengar yang sekurang – kurangnya dapat redakan sikit tr4uma di hati dorang.

Rita Hartanah : Kesian tt.. Dulu – dulu masa i sekolah rendah, arw4h nenek meninggaI, ramai – ramai kami saud4ra mara tidur di kampung, ada seorang saud4ra lelaki suka ciuum pipi i secara tiba – tiba, mula – mula terk3jut, lama – lama jadi hangat hati. Tiap kali dia ciuum pipi secara tiba – tiba, I akan jerit sekuat hati yang boleh, makcik – makcik selalu terk3jut, masa tu i tak peduli dah, bila teringat kelakar pun ada.

Adam Sole : Kena tahu… d0sa ditanggung sendiri. Takda hadith d0sa bapak akan ditanggung oleh anak. Apa yang berlaku pada anda ialah ujian untuk anda. Jangan percaya khurafat. Dan berhati – hati.. taylor tu memang kena cari yang perempuan di masa akan datang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.