
Tengah aku scroll Facebook, aku ternampak satu gambar yang mengh4ncurkan hati aku. Rupanya kekasih aku betul – betul kahwin. Dengan muka hampir menangis aku bagitahu kawan sebelah aku, “GF aku kahwin dengan orang lain.”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Cerita aku bermula selepas SPM. Aku pada mulanya sekadar cuba mengganggu rakan sekelas aku sebab dialah perempuan yang paling garang dan misteri dalam kelas aku. Entah macam mana ejek mengejek dan perg4duhan bertukar menjadi rasa sayang.
Tapi kami tak jadi kekasih memandangkan aku fikir duit topup pun minta mak ayah, manakan nak berkasih. Zaman tu SMS jadi penghubung. Celcom ke Celcom 1 sen/SMS. Selepas dapat result SPM, aku dapat taw4ran luar negara. Dia dapat matrikulasi. Aku masuk persediaan ke luar negara. Dapat elaun bulanan dan aku ‘declare couple’.
Tempat persediaan aku dengan matrik dia jauh. Kami sekadar berhubung dengan telefon. ‘Date’ bila cuti sem. Itu pun 2, 3 kali je setiap cuti sem sebab aku tak suka sangat keluar dating. Sebab sebenar, takut kantoi dengan ahli keluarga atau saud4ra.
Selepas aku ‘fly’ ke luar negara, aku masih teruskan hubungan dengan dia. Dalam hati aku, memang dialah orang yang aku nak nikahi. Ini memang saat paling indah. Boleh kata tiap – tiap hari lepas call mak aku, dialah orang yang aku call. Rasa macam tak ada siapa yang boleh pisahkan kami. Pendek kata, semuanya sempurna.
Tapi masa aku tahun 2, aku ada salah faham dengan dia. Dia terus block aku dari hubungi dia. Aku telefon guna Skype jadi dia tak tahu nombor aku. Dengar je suara aku, terus dia letak telefon. Lama aku mencuba sampai aku pun lupa berapa lama.
Lepas setahun, dia ada pakwe baru. Aku pula belajar ke laut dan extend. Nasib baik habis. Tapi rasa sayang tak pernah hilang. Selepas habis belajar, aku balik Malaysia dan kerja. Gaji aku time tu RM5k. Aku sangat cermat berbelanja tapi untuk keluarga memang aku all out. Aku fikir nak bahagiakan mak aku je.
Ayah aku meninggaI masa aku belajar di luar negara. Sampai sekarang aku tak boleh bercakap pasal ayah aku sebab mengundang air mata. Pernah masa aku interview kerja dapat tajuk “Orang yang dikagumi”. Aku cerita pasal ayah aku tapi lepas tu menangis depan interviewer sampai tak boleh bercakap. Dan inilah sebab aku tak bekerja di luar negara.
Duit yang aku simpan aku belikan mak aku kereta mewah. Mak akulah segalanya bagi aku. Dan rasa sayang aku dekat ex aku pun tak pernah hilang. Cuma aku kawal diri dari cari dia. Aku pernah bagitahu dia, aku ada pride aku sendiri. Aku tak akan kacau dia selagi dia ada boyfriend, tapi aku tak akan give up menunggu selagi dia tak kahwin.
Dua tahun lepas aku balik Malaysia, tiba – tiba ada orang DM Facebook aku. Rupanya janda aku. Aku cuba bersikap profesional dan cool, dan dia minta nombor telefon aku. Rasanya aku bagi ke tak? Berbunga – bunga la aku bagi. Malam tu dia text aku tapi aku layan macam biasa – biasa sebab status dia pun aku tak tahu lagi.
Tambahan pula aku memang dah berjanji dengan diri sendiri tak nak terlibat dengan permainan cinta ni. Hampeh dan meny4kitkan. Korang boleh jangka kan kenapa dia contact aku sebab dia ada problem dengan boyfriend dia. Tak ada restu keluarga katanya.
Aku jawab no comment dan aku tak nak campur. Dia kata aku suka la tengok dia tersiksa. Aku pun bagi la ceramah sikit dan dia pun hilang. Beberapa bulan lepas tu dia contact aku lagi. Katanya dah clash. Tipu la kalau aku kata aku tak happy.
Aku pun contact dia macam biasa dan lama – lama lebih rapat dari biasa. Dia nak sambung PhD dan aku pun mencadangkan satu universiti dekat dengan tempat aku kerja dan tinggal. Aku dah terbayangkan bahagia lagi sekali. Kami sepakat dengan term ‘playsafe’, “kalau ada jodoh, ada la”. Dia pun sambung la PhD tempat aku.
Tapi aku pun pelik kenapa aku tak keluar dating sangat walaupun dekat. Aku pun sibuk dengan kerja dan aku layan dia biasa – biasa. Kecuali kalau dia minta tolong lepas kerja, memang terus aku pergi jumpa dia. Satu hari tu dia cakap, “Jom kahwin.”
Aku yang cerdik pandai ni pun cakap la, “Betul ke? Kenapa nak dengan aku?” Aku tanya untuk dapatkan kepastian tapi dia macam tak ada jawapan. Aku pun biarkan berlalu jela isu ni. Aku sebenarnya nak tengok kesungguhan dia sebab lepas ditinggalkan dia dulu aku jadi berhati – hati.
Satu hari selepas beberapa bulan aku bangun dari tidur dan aku call dia. Aku ajak dia kahwin. Dia gelak – gelak cakap, “Haritu tak nak.” Aku pun gelak – gelak jugak la, cakap aku nak test dia je. Aku ingatkan semua ok. Lepas habis call, dia mesej aku. Dia cakap dia memang nak kahwin tapi bukan dengan aku. Aku ingat dia bergurau.
Hari – hari seterusnya aku masih berhubung dengan dia tapi dengan mesej jela, beberapa kali seminggu. Dia ada cerita kawan dia dok kenen – kenen dia dengan orang lain. Tapi masa ni aku b0doh tak faham hati perempuan. Aku ingat hati dia dekat aku.
Tak lama lepas tu tiap kali aku bangkitkan lagi pasal kahwin, dia akan cakap dia memang nak kahwin tapi bukan dengan aku. Aku masih anggap benda tu biasa. Ada suatu hari tu dia tanya aku kalau dia jemput ke majlis dia aku pergi tak. Aku cakap, “H4ram, memang aku takkan pergi.” Lepas tu kita orang gelak – gelak.
Dan pada suatu hari dia minta nombor akaun aku katanya nak bayar duit aku. Aku ada tolong dia sikit – sikit sebelum ni, sebelum dia dapat duit jadi RA universiti. Aku cakap, “Tak payah la bayar, bagi iPhone dah la.” Tengoklah semua, b0dohnya aku sampai bab ni pun tak faham lagi.
M4kin lama aku rasa dia m4kin jauh. Dia ada cakap jangan kacau dia sebab sekarang dia tengah ‘seeing somebody’. Refer janji kalau ada jodoh. Aku masih tak percaya dan tambah pula sibuk kerja. Aku ada mesej dia tapi dia tak reply. Satu hari tengah aku scroll Facebook, aku ternampak satu gambar yang mengh4ncurkan hati aku.
Rupanya dia betul – betul kahwin. Haritu petang Jumaat aku ternampak gambar tu. Aku tengah kerja tapi dah dekat nak balik. Aku speechless. Dengan muka hampir menangis aku bagitahu kawan sebelah aku, “GF aku kahwin dengan orang lain.”
Lepas tu aku balik rumah, aku terbaring di ruang tamu tengok kipas. Macam – macam aku fikir. Tiga hari aku renung kipas. Nasib baik bos aku faham, dia bagi cuti. Aku tak boleh nak describe perasaan aku dengan penulisan. H4ncur. Berkecai. Tak berdaya. Aku rasa b0doh sebab tak faham hint dari dia.
Aku cuba ‘make peace’ dengan diri aku. Aku mesej dia ucapkan tahniah dan cakap, “As promised aku tak akan kacau kau lagi.” Aku tak lupakan dia, cuma aku biasakan hidup tanpa dia. Setahun lepas kejadian ni aku masih ingatkan dia. Tapi aku tak pernah pun buka Facebook dia.
Allah tahu aku ni lemah, jadi Allah kuatkan hati aku dengan ujian – ujian ini. Baru – baru ni aku diuji lagi. Aku kena k4nser. Ajaibnya, aku terima peny4kit ni dengan redha. Allah sayang aku. Bila difikirkan balik, kalau aku ada anak bini mesti lagi susah untuk aku hadapi peny4kit ni. Aku masih dalam rawatan. Umur pun dah banyak. Aku menulis luahan hati mohon korang doakan aku. Terima kasih.
Komen Netizen :
Siti Abdullah : Rindu tak salah, tapi kalau dah start bayangkan kehadiran dia ke apa tu yang salah. Sedekahkanlah al-fatihah kat dia setiap kali perasaan rindu tu hadir. Dan sedekahkan al-fatihah kat diri sendiri jugak sambil pegang hati doa supaya Allah buang perasaan sayang, rindu tu untuk dia dan niat untuk ubati k4nser jugak.
Sebab dari cerita bro, saya rasa dia tak jujur, main – main, so belajar la buang perasaan untuk orang macam tu. Fokus untuk proses sembuhkan diri. Banyak cara nak ubatkan k4nser. Dari sudut sains atau agama. Sebab kadang – kadang k4nser boleh datang sebab gangguan jin atau peny4kit ain jugak. So cari la perawat Islam macam Dr. Hj Jahid Sidek. Ada nampak beliau rawat pes4kit yang ada k4nser sebab gangguan jin kat video tt dia. Btw good luck, semoga Allah berikan kesembuhan buat bro. Aamiin..
Hani Aini : Semoga diberikan kesembuhan dari Allah dan dipermudah urusan kehidupan. Respect, hormat dan tak kacau wife orang.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.