
Aku pandang muka perempuan itu. Dia duduk semeja dengan kami. Dia nampak takut. Ayah pula tahu aku baran. Kuat aku bagi amaran, “Ayah, kalau berskandal lagi, pejabat ayah ni akan bergegar!”
#Foto sekadar hiasan. Tengah hot dan viral sekarang kisah curang… Bila bapa atau ibu curang, m4ngsanya adalah anak – anak. Anak – anak boleh tr4uma hingga ke m4ti ye, aku salah seorangnya. Sebenarnya aku f0bia dengan masa kanak – kanak aku sebab aku yang menyaksikan segalanya.
Aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Ayah aku adalah seorang kakitangan kerajaan dan ibu aku pulak seorang suri rumah. Zaman kanak – kanak aku sama je macam orang lain. Keluarga aku nampak sempurna tapi ada sisi gelapnya.
Ayah aku ni perfectionist. So dia nak semua perfect tapi dirinya sendiri pun tak perfect. Bukan nak aibkan ayah aku tapi nak sampaikan anak isteri sengsara bila ayah curang. Di tempat kerja, ayah aku nampak tegas tapi bila ada staff wanita single, mulalah ulat bulu naik daun.
Semasa aku kecil, aku dengar cerita pasal ayah aku dan staff wanita yang baru, Fiza (bukan nama sebenar) bertugas di pejabatnya. Bila balik kerja, dia selalu bercerita pasal Fiza kat ibu aku. Ibu aku menjeruk rasa sebab ayah selalu memuji staff baru itu. Cantik. Pandai. Hampir setahun, cerita ayah aku berakhir setelah Fiza bertukar ke negeri asalnya.
Keadaan keluarga kami harmoni sampai aku belajar di kolej. Ayah aku ada skandal dengan perempuan lain. Aku tak pasti perempuan dari mana ntah. Bermulalah drama baran ayah aku. Bila mak aku buat salah, ayah mula guna kekerasan fizikal dekat mak aku.
Mak mula berendam air mata dengan sikap ayah aku. Mak selalu mengadu hal ayah pada aku. “Kakak belajar sampai grad. Cari kerjaya yang stabil. Jangan jadi macam mak. Suri rumah. Takda duit. Suami tak pandang. Kalau mak kerja, dah lama mak berpisah dengan ayah. Mak sabar kerana anak – anak. ” Sampai sekarang terngiang – ngiang di telinga aku.
Aku str3ss pasal hal ayah sampai aku gagal satu paper. Tiada siapa tahu masalah aku. Satu ketika, aku ada ikut kawan aku berjumpa seorang pengamal perubatan Islam di kedai makan berhampiran kolej. Lepas turn dia, aku tanya pak cik tu boleh berubat ayah aku tak? Pak cik senyum jer. Pak cik tu cakap per4ngai ayah aku tu takkan berubah. Katanya berdoa dan berserah kepada Allah.
Alhamdullillah ayah aku berubah buat seketika. Mak dan aku hilang str3ss. Aku lulus paper tersebut. Grad. Seterusnya, aku bekerja. Setahun lepas tu, ayah aku m4kin berlagak kerana kenaikan pangkat dan kewangannya sem4kin stabil. Dia selalu mengeluarkan kata- kata kasar terhadap mak aku.
Di hadapan aku dan adik – adik aku, ayah tak berani mencari pasal sebab kami adalah protector mak aku. Sepandai – pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua… Begitulah cerita pasal ayah aku dan staff bawahan dia sampai ke telinga mak aku.
Seriously, aku rasa memang kali ni ayah aku nak kena dengan aku. Panas hati aku bila dengar skandal bapa aku adalah isteri orang. Anak tiga… Sejauh mana hubungan mereka aku tak pasti. Dari hasil risikan aku, mereka memang rapat. Aku cakap kat mak aku, biar aku settle hal ayah aku.
Aku takut mak kena pukuI dengan ayah aku, biarlah aku yang kena pukuI. Aku tak kisah… Asalkan jangan bagi adik – adik aku tahu sebab diaorang nak ambil exam. Suatu hari, aku sengaja singgah ke pejabat ayah aku. Haha muka ayah aku cuak.
Sengaja aku masuk dalam office dia, nak cari perempuan tu. Terserempak dengan bos ayah aku. “Tiba – tiba saja cik sampai ke pejabat ni, ada apa – apa ke???” “Tuan Ahmad (bukan nama sebenar), saja saya singgah. Buat round.” Balas Aku…
“Nak tengok keadaan pejabat ni. Jangan ingat tempat kerja saya jauh dari sini, saya tak tahu apa yang jadi di pejabat ini.” Aku tersenyum sinis. Muka ayah aku berubah bila aku pandang muka perempuan itu. Aku tahu ayah takut aku Iempang perempuan tu sebab aku pun baran macam bapa aku. Baran aku boleh tahan sebab aku pernah pen4mpar ayah aku sebab pukuI mak aku.
Memang s4kit hati bila ayah aku marah – marah mak aku sebab perkara yang remeh. Bukan nak jadi anak derh4ka, tapi dah tak tahan tengok ayah aku marah, h1na dan pukuI mak aku. Tiba – tiba ayah aku ajak aku makan.. haha, nak sejukkan hati aku kot…
Di kafeteria ada beberapa staff makan bersama kami. Semasa makan di kafeteria, suasana tenang. Ayah aku tak berani nak layan perempuan tu. Aku pandang muka perempuan itu. Dia duduk semeja dengan kami. Dia nampak takut. Dalam hati aku, ada hati kau tackle ayah aku. Kau tak kenal aku lagi.
Sebelum aku pulang dari pejabat ayah aku. Aku memberi amaran kepada ayah aku. “Ayah, kalau berskandal lagi, pejabat ayah bergegar dengan pen4mpar kakak nanti. Kakak tak teragak – agak nak bagitau big boss ayah pasal hal ini. ” Lepas itu, ayah aku tak berani nak berskandal. Perempuan tu bertukar kerja ke tempat lain.
Selepas seminggu, ayah aku berdamai dengan mak aku. Senang hati aku bila tengok mak ayah aku. Aku tak tahu adik – adik aku tak pasal kisah ayah aku sebab mak aku akan berkongsi cerita dengan aku saja. Aku masih tr4uma dengan kisah curang ayah, aku tetap hidup single… sehingga kini walaupun setelah 15 tahun peristiwa itu berlaku.
Kepada bapak – bapak yang pernah curang atau sedang berfikir untuk curang, pandang wajah anak – anak anda lama – lama. Sanggupkah anda melihat mereka kecewa, d3rita atau sengsara??? Atau tr4uma??? Pilihan di atas anda… Anda yang mencorak anak – anak anda. Sekian kisah saya… Anak yang ters4kiti, – Ayana (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Suria Garden : Ni la sebabnya perempuan da tak percaya kat lelaki. Jadi berdikari sebab jadi suri rumah, di tangan lelaki kufur nikmat akan jadi kuIi batak tempat h1naan.
Abu Ubaidah : Terbaik sis… kadang – kadang dengan cakap ni tak jalan, kena guna tangan jugak. Apapun tt perlu hormat pada orang tua. Semoga ayah tt berubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.