Pengetua hidup mewah, rumah banglo, kereta besar tapi gaji cikgu tahfiz RM800. Dia bagi alasan

Dah la bekerja ISNIN hingga SABTU. Pagi selepas Subuh sehingga ASAR. Hanya Rm800 sebulan. Dasyat juga kerahan tenaga guru tahfiz. Mudir tersebut cakap, guru tahfiz atau guru agama mengaji ni kena ikhlas tanpa bayaran. Tapi tunang aku dapat tahu kemewahan hidup mudir…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Admin, mohon untuk siarkan confession saya untuk kongsi rasa buntu dan kecewa. Aku nak berkongsi rasa kecewa, sedih semua ada. Alkisah, tunang aku merupakan seorang Guru Tahfiz.

Kisahnyaa tunang aku dah 3 tahun bekerja sebagai guru tahfiz. Guru tahfiz ye. Sebelum tu, tunang aku memang pelajar tahfiz, dan berpendidikan juga dan sedang melanjutkan lagi pengajian sambil bekerja. Tidak mer0kok dan hafiz AlQuran. Okay.

Kisah sekolah pertamanya, majikan ni awal tawarkan Guru Tahfiz. Guru Tahfiz atau W4rden? Diorang cakap GURU TAHFIZ. Pagi hingga petang sahaja. Hujung minggu cuti sebab ada w4rden lain. Tapi tengok bila dah kerja, majikan tetap akan kacau hujung minggu atau malam juga untuk tengok budak budak dan aktiviti lain.

Tapi elaun atau OT tak diberikan. Sedangkan w4rden pun ada je dekat pusat tahfiz tu. Itu satu hal. Ada satu hari kemuncak kesabaran bila tunang aku dah balik kampung, boleh pula majikan tu suruh balik semula ke pusat untuk tengokkan budak.

Jarak kampung ke sekolah tersebut hampir 2 jam lebih juga. Mudahkan kerah orang macam tu. Guru tahfiz pun manusia juga tahu erti penat, ada keluarga dan ibu bapa. Dia pun baru je sampai ke kampung. Keputvsannya, dia ambil keputvsan untuk berhenti sebab majikan tak boleh nak bertolak beransur langsung padahal waktu cuti juga.

Berbeza tawaran kerja asal dan selepas bekerja. Sikap majikan tahfiz begitu ke? Dan sekarang tunang aku baru saja bertukar kerja berdekatan kampung aku. Gaji yang ditawarkan sehingga RM1200 – 1500. Siap janji ada kenaikan gaji lagi.

Lupa nak cakap, masih lagi sebagai guru tahfiz. Tak sampai sebulan bekerja, tanpa teguran kalau ada salah silap, mudir sekolah tu panggil tunang aku, katanya kena p0tong gaji jadi RM800 saja! RM800 weh. Tanpa kesalahan.

Memang kalau tunang aku kalau ajar budak dia semangat. Matlamat dia pun nak banyak lahirkan para huffaz. Alasan mudir turun gaji sebab nak cari w4rden waktu malam. Nak bayar gaji pekerja tak cukup. Katanya sebab tak boleh bagi gaji lebih sebab tunang aku tak jaga murid waktu malam!

Padahal waktu sebelum dapat kerja, hanya cakap kerja sebagai guru tahfiz sahaja pagi hingga asar, malam tak perlu. Apa punya per4ngai mudir macam ni. Kalau tak cukup, kenapa janji pada awal tawaran, skop kerjaaa lain?

Pada awalnya, mudir tersebut kata bekerja pagi sehingga petang saja. Malam ada orang jaga dengan gaji sekian – sekian. Dah la bekerja ISNIN hingga SABTU. Pagi selepas Subuh sehingga ASAR. Hanya Rm800 sebulan. Dasyat juga kerahan tenaga guru tahfiz.

Yang jadi terani4ya bila janji permulaan lain, tapi bila dah bekerja lain jadinya. Hmm. Sikap majikan /mudir tahfiz beginikah? Mudir tersebut cakap, guru tahfiz atau guru agama mengaji ni kena ikhlas tanpa bayaran. Ya. memang guru agama sepatutnya tak harapkan baIasan.

Tapi kita hidup realiti. Bukan alasan ulat dalam batu pun boleh hidup. Ya Allah. Terkedu aku alasan mudir sekolah tersebut bagitahu. Dah la guru tahfiz ni ajar murid sorang – sorang untuk hafalan lagi. Belum lagi yang campur iqra dan sebagainya.

Sedangkan mudir tersebut pergi ceramah sana sini pun masih dapat bayaran. Bukan free sajakan. Hmm. Kerja untuk pahala. Semua kerja ibadah. Tapi jangan lah sampai ani4ya orang lain macam ni sekali. Tanpa rasa bersalah.

Sedangkan dia tahu pekerjanya ada komitmen, yang nak berkahwin dan sebagainya. Sisi gelap mudir yang tunang aku luahkan. Dia luahkan sebab dia sangat kecewa. Sedangkan dia semangat je untuk mengajar murid – murid.

Tapi, sikap majikan dan mudir yang penting diri buatkan dia down dan buntu nak kerja. Aku turut kecewa juga. Aku pun buntu untuk bantu. Berbalik pada cerita mudir tersebut. Menurut cerita tunang aku. Mudir tu sentiasa sibuk ke sana ke sini bagi ceramah.

Bila bagi ceramah, duit pun masuk juga. Pernah masuk TV juga. Hmm. Tunang aku pernah dengar bacaan mudir tu, makraj, bacaan banyak berterabur dan salah juga. Yela. Bukan nak cari salah. Tapi kalau orang belajar AlQuran mesti akan perasankan bacaan tu.

Mudir tu ada kereta mewah, rumah mewah. Mudir tu cakap pada tunang aku, kereta MEWAH *** tu orang bagi.. Tapi lain pula murid – murid sekolah tu ceritakan. Murid ceritakan mudirnya nak jual kereta mewah tersebut untuk beli kereta 4×4.

Logiknya kereta orang bagi atau wakaf boleh untuk dibuat jual ke? Oh mungkin hadiah? Kena husnuzon ye? Tapi apa mudir cakap pada budak – budak, taknak orang ingat ustaz pakai kereta mewah. Kenapa dia boleh cakap hal macam tu dekat budak sekolah.

Logiknya, budak kecil cakap menipu ke? Atau mudir takut bayangan sendiri orang berkata – kata? Kedua, mudir itu tunjuk pada murid rapatnya rumahnya 3 tingkat yang dibeli. Apa tujuan mudir tersebut beritahu murid – murid tentang hartanya, rumah dan kereta?

Mudir beritahu pekerja untuk bekerja ikhlas tanpa gaji? Tapi bercerita pada murid dan budak soal hartanya? Tapi nak bayar gaji pekerja agak berkira dan tak jujur. Awal janji lain. Ini pun gaji yang terima pun RM700.

Bersangka baik, dia tersilap kira. Seakan sambil lewa kebajikan pekerja. Kecewa sikap mudir Tahfiz begitu. Inikah sikap mudir atau majikan tahfiz?? Ustaz Hamadi cerita NUR itu wujudkah? Apa yang buat kami kecewa dan agak serabut adalah untuk kumpul duit kahwin dan kehidupan selepas berkahwin dengan keadaan kerja yang tak stabil.

Aku tertanya, kenapa kerja di sekolah tahfiz tak pernah nak mengangkat darjat guru tahfiz juga? Katanya kerja kena ikhlas, tanpa bayaran. Realiti hidup, semua bekerja boleh untuk ikhlas kerana Allah. Tapi sekurangnya bertimbang rasala untuk kehidupan guru – guru agama ni. Hmmm.

Jangan lah jadi munafik juga. Nasihat pekerja bawahan untuk ikhlas dan sebagainya tetapi mudir atau majikan sendiri pun hidup MEWAH. Doakan la rezeki tunang saya dan rezeki kami. Mungkin dugaan bertunang kami sebegini.

Kadangkala terasa k3jam betul manusia yang mengani4ya pekerja sebegini. Kalau rasa tak boleh membantu, tak perlu keluarkan ayat yang meny4kitkan. Terima kasih… – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

SharifahZulaikha Syd : K3jamnya mudir. Ingat sekarang ni beli barang pakai air liurkah. Fyi, ‘ustaz hamadi’ memang wujud. Saya doakan tt dan tunang dimurahkan rezeki. Carilah keje lain yang lebih berbaloi. Insya-Allah rezeki Allah luas. Takyah dengar dakyah mudir penunggang agama tu.

Naziah Naz : 30 tahun lepas abah saya penah cakap tentang masalah ni. Kesian pada nasib para guru – guru agama ni. Mereka berilmu tapi bila gaji tak setimpal dengan keperluan hidup dah tentu ramai yang akan lari ke bidang lain Pada perempuan kalo gaji kecik mungkin ok lagi la sebab ada suami yang menanggung tapi pada guru lelaki tanggungjawab mereka tuk menyara keluarga.

Najjah Kaspin : Jawapan akak, tak relevan. Dik akak nasihatkn boleh suruh tunang adik untuk buat iklan ajar budak mengaji. Sekarang banyak ustaz / ustazah ajar mengaji online je. Guna wasap conf call atau pun guna zoom.

Biasa cas ikut jam. Contoh setengah jam rm10. Boleh bukak kelas untuk kanak – kanak / dewasa. So tunang adik boleh control dan decide sendiri nak dapat income berapa banyak, lagi banyak jam mengajar, lagi banyak income.

Boleh buat part time atau full-time. Bila ada masalah, cuba cari penyelesaian. Nak cakap lebih – lebih, dia kerja dengan orang so tak boleh nak suruh suka – suka mintak up ke down kan gaji. So cuba cari alternative lain. Akak bagi pendapat ni sebab anak akak pun mengaji dengan ustazah online je. Good luck.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.