Ayah selalu h1na anak org lain kuat sosiaI, kami adik beradik plan nak buat jahat untuk maIukan ayah

Ayah selalu mengata anak orang lain sebagai liar dan sosiaI, menghukvm anak orang lain rosak. Kononnya anak – anak dia yang terbaik tapi semuanya wayang. Adik aku yang perempuan, dari tudung labuh sanggup free hair pergi mall, keluar dengan jantan sebab nak tunjuk dekat ayah dan maIukan dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum. Saya ucapkan terima kasih andai cerita saya ini disiarkan. Saya yakin bahawa coretan ini bakal membangkitkan kemarahan sesetengah netizen namun bacalah dengan mata hati dan fahamilah suara hati kami.

Selalu kita membaca kisah keruntuhan institusi rumah tangga dikaitkan dengan kurangnya agama dalam diri ibu dan bapa. Berlainan dengan aku, ayah aku adalah seorang LC, Lulusan Cairo. Dalam masa yang sama kedua ibubapa aku lulus dengan first class dalam bidang Syariah.

Namun nasib kami 10 beradik sangat berlainan dan jauh dari sangkaan masyarakat. Mempunyai ibubapa yang ada ilmu agama belum tentu menjanjikan keluarga yang bahagia, terjaga dan sempurna. Setiap dari kami member0ntak dan hampir melakukan hal yang merosakkan diri sendiri dengan alasan mahu memaIukan ayah kami.

Aku buntu dari mana aku perlu mulakan kisah ini kerana aku perlu menyusun baris ayat agar tidak menyebabkan salah faham yang melibatkan poIitik. Sebelum itu, aku ceritakan serba ringkas tentang ayah aku.

Ayah aku seorang ustaz, bekerja dalam bidang korporat sebelum berhijrah ke dalam bidang agama, lulusan cairo, mengajar di masjid – masjid, mempunyai NGO nya sendiri dan memegang jawatan penting dalam sebuah parti poIitik.

Ayah aku sangat fanatik dengan partinya sehingga mengabaikan kami. Aku tidak nafikan sudut keilmuan ayah aku, memang hebat bila mengajar tafsir al-quran di masjid, mengeluarkan pendapat dan pandangan agama lebih – lebih lagi pandangan haraki, namun butir bicaranya di masjid jauh berlainan dengan apa yang terjadi dalam keluarga kami. Bagi ayah, poIitik no.1. Sedih. Aku ringkaskan cerita aku dalam bentuk point.

1. Hubungan ayah dengan mak. Perit untuk cerita bahawa sehingga ke saat ini, kami masih hidup menyewa dengan ayah aku pernah memegang jawatan yang sangat besar dahulu, salah satu keinginan ibu aku adalah mempunyai rumah sendiri, namun tidak tercapai.

Alasan ayah harta dunia hanya akan menjadi rebutan dan siksaan bila meninggaI nanti. Oleh kerana ayah aku tidak bekerja setelah menginfaqkan diri ke dalam poIitik, ibu akulah yang masih bekerja bagi menampung keperluan hidup.

Bergolak bergadai untuk anak – anak belajar. Kalau orang luar tengok, ayah dan ibu aku adalah pasangan yang sangat perfect, sweet couple dan keluarga sunnah namun itu hanyalah pandangan luar masyarat. Ibu aku wajib mengikut bapa aku ke mana sahaja, kalau tak, diugvtnya mahu kahwin lain.

Pada hakik4tnya ibu aku sering diugvt untuk disep4k, diter4jang hanya kerana kesalahan kecil seperti tertidur semasa mengurut ayah (selepas sama – sama penat selepas pulang mengajar dan lain – lain), tersilap iron baru atau terlupa letak kunci.

Sedih melihat ibuku, kadangkala beliau tertidur di meja makan, ketika melipat baju dan di tempat lain kerana teramat penat. Tetapi ibu aku seorang isteri yang sangat baik, tak pernah meIawan.

2. Hubungan ayah dengan keluarga sebeIah mak. Ayah aku selalu menjadi sindiran keluarga sebeIah mak aku. Kerana sikap ingin menginfaqkan diri dan tidak mahu bekerja makan gaji sehingga ibu yang perlu bekerja membanting tuIang untuk membayar kereta dan membeli keperluan rumah.

Namun ayah selalu menyalahkan keluarga mak dengan alasan mereka semua berd3ndam dengan kisah lama. Ayah selalu mengelak dan memberi alasan untuk pulang ke kampung mak tapi bila berceramah fuhhh, berdesup ajar orang supaya mengeratkan silaturrahim dan menghorm4ti ibu mertua.

Oh, untuk pengetahuan, nenek sebeIah mak je yang masih hidup. Nenek pernah bersuara nak buat turn nak duduk dengan anak – anak, tapi sampai hari ni nenek tak boleh duduk dengan kami kerana nanti akan membantutkan urusan poIitik ayah sebab ayah dan ibu selalu keluar.

Bila nenek suruh balik kampung, ayah akan pastikan jadual tidak bertembung, andai bertembung, jangan harap ayah akan balik ke kampung. Selepas PRU yang lepas, ayah ingin ziarah raya ke negeri yang baru dimenangi partinya.

Jadi ayah mengambil keputvsan balik berpuasa ke kampung beberapa hari dengan alasan menyantuni ibu mertua dan up status di media sosiaI, hakik4tnya kami adik beradik tahu alasan sebenar dan cukup meluat dengan sikap hipokrit ini. Tahun – tahun sebelum ni, ayah tak pernah balik pun kampung untuk berpuasa dan sangat culas untuk balik beraya.

3. Ayah dan 5 anak di atas. 5 anak di atas semua mengaji pondok, tapi kawan – kawan cukupkah dengan mengaji pondok tanpa didikan ibubapa? Sangat cukup bagi ayah aku dengan alasan dia sudah hantar belajar agama. Ayah aku selalu mengkritik anak orang lain sebagai liar dan sosiaI, selalu menghukvm anak orang lain rosak dan bersyukur anaknya akhlak cantik dan baik, “bebas r0kok dan d4dah“.

Tapi hakik4tnya semua itu wayang. Selalu memuji anak sendiri depan orang dan menyalahkan orang lain atas silap anak sendiri. Tak perlulah aku cerita detail part ni sebab cukup aib. Seorang kakak meghidap k4nser tahap 4, namun percaya atau tidak, sepanjang beliau s4kit selama 3 tahun, ayah tak pernah buat solat hajat.

Tapi rajin pulak ayah buat solat hajat untuk orang lain dan orang puji – puji kebaikan ayah. Ayah sangat jarang datang jenguk kakak aku walaupun kakak buat macam – macam untuk tarik perhatian ayah, maklumlah dari kecil tak dapat perhatian.

Sanggup buat makan – makan khas untuk ayah datang, tapi ayah tak datang dengan alasan kesihatan namum petangnya ayah aku ke mesyuarat parti. Lagipun ayah aku cakap kakak aku dah ada laki, laki dia pandai – pandailah uruskan dia.

Kakak aku yang lain pulak mula s4kit misteri tahun lepas, selalu pengsan, meracau, bila berubat dengan perawat Islam, depa kata kakak aku kena sih1r dan s4ka. Namun macam biasa, ayah aku buat tak tahu sampai kakak aku malu dengan keluarga mertuanya, sebab ayah buat tak tahu dan siap cakap “malas ambil tahu benda macam tu”.

Tapi yang peliknya ayah aku sangat rajin buat kertas kerja, anjur program parti macam – macam, boleh bangga depan orang, usahakan program modal insan dengan jayanya, namun keluarga? Macam takde harga! Tak pernah ada program keluarga, nak buat usrah dan nasihat tak pernah jadi, asyik cancel. Cukuplah 2 cerita dulu, aku cerita 5 yang bawah pulak,

4. Ayah dan 5 anak bawah. 5 orang bawah masih belajar. Kalau tengok ayah memang mewah tapi nafkah anak – anak sangat sendu dan tak ada, sebab duit ayah habis kepada parti, tak pernah datang jenguk anak belajar, tak tanya macam mana pelajaran jadi kami semua kena pandai – pandai cari duit sendiri.

Aku tahu semua orang hadapi benda yang sama tapi kes ayah aku ni lain, dia memang lepas tangan dengan alasan dia dah bagi pendidikan agama, jadi pandai – pandailah bawak diri dan hidup dengan bersyukur. Bila kami dapat bantuan kewangan, ayah terus akan cakap, haa tulah bantuan Allah.

Sebenarnya ayah memang nak sangat orang tolong sara anak – anak dia, siap iklan siapa nak buat amal jariah akhir4t dengan tolong infaq, bagi bantuan duit untuk kami belajar. Kemuncak masalah ni, adik aku yang perempuan, dari tudung labuh sanggup free hair pergi mall, keluar dengan jantan dan hampir rosakkan diri dengan niat nak tunjuk kat ayah aku yang anak sendiri tak terjaga tapi sibuk jaga kritik h1na anak orang dan partinya.

Tapi Alhamdulillah kami sempat selamatkan dia. Ayah aku masih buta lepas tahu benda ni terjaga, solusi ayah aku mudah, kahwinkan dia, itulah solusi orang agama. Itu hanya cebisan kisah macam mana ayah aku lebih pentingkan parti dari keluarga sendiri.

Kalau cuba berbincang, ayat keramat akan keluar, “dasar anak derh4ka!”. Macam – macam ayat quran, hadis akan keluar dan kami hanya akan kalah dengan hujah agamanya. Aku pernah terfikir, memandangkan ayah aku hanya akan wala’ pada partinya, aku terfikir nak pergi jumpa pucuk pimpinan parti, nak minta nasihatkan ayah, tapi ok ke? Atau ianya hanya akan memburukkan ayah sendiri? – Anak Terabai

Komen Warganet :

Azura Bohari : Cerita sama macam sedare haku. Suami berpoIitik, duit tak pernah nanpak. Semua dia sumbangkan pada poIitik. Rumah, kereta, anak – anak belajar semua makcik aku bayar. Baju seluar sependa dia pun makcik ak beli.

Kalau tak beli memang b0gel lah. Rumah still menyewa, taknak beli dengan alasan harta duniawi. Selalu ugvt nak ceraikan makcik aku.. Selalu herdik makcik aku katanya derh4ka bila makcik aku bersuara pasal duit dan nafkah. Serius kami kesian sangat, tapi aku pun tak paham macam mana dia mampu lagi bertahan dengan suami dia. Lebih 20 tahun dah perkahwinan diorang.

Nomy Asri : Kesian mak awak. Terp4ksa akur pada suami atas alahan tak mau menderh4ka. Belajar rajin – rajin dik, awak dan adik – adik kena keluar dari kongkongan ayah. Kena belajar hidup berdikari, tak boleh harapkan bapak. Belajar, kerja, cari duit untuk tanggung diri sendiri. Kawen bukan jalan penyelesaian.

Ahmad Lutfi : Kerja dalam parti selalunya akan pesan supaya menjaga keluarga masing – masing. Kalau betul dah pesan macam tu, betul lah memang tak betul per4ngai ayah confessor. Tapi apa – apapun, harapnya confession ni tak menjatuhkan nilai sebenar seorang Muslim dan Ustaz.

Banyak lagi kisah ustaz yang baik – baik dan menjaga keluarga mereka dengan baik. Rasulullah sendiri dulu pun berjawatan besar, tapi sangat baik dengan keluarga baginda. Kesimpulannya, kalau orang tu betul – betul faham Islam, dia tak akan buat keluarga dia macam tu. Apa – apapun, semoga Allah mudahkan dan lapangkan urusan saudari. InsyaAllah ketabahan saudari akan dibaIas dengan sebaik – baik baIasan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.