Kakak lari masuk kebun getah cari abah dan desak abah bagi duit. Dia r4mpas semua duit dalam poket abah

Ketika kami berhempas pulas cari rezeki, kakak selamba keluar dating dengan boyfriend dia. Habis duit tabung dan almari baju mak dia selongkar cari duit. Baru ni kami keraskan hati tak nak bagi duit, dia lari ke kebun getah tempat bapa men0reh. Dia desak bapa bagi dia duit dan r4mpas semua duit dalam poket bapa sambil ugvt..

#Foto sekadar hiasan. Terutama sekali aku nak ucap terima kasih dekat admin kerana sudi post confession ni. Aku mintak maaf kalau tulisan aku ni memang panjang dan tak mencapai piawaian pembaca sekalian. Tapi penulisan ni aku tulis dalam keadaan emosi yang tak dapat dibendung lagi.

Aku Mia, anak keempat dari lima adik beradik. Keluarga aku memang keluarga miskin. Ibu bapa aku kerja pen0reh getah dan pesawah sahaja. Cerita ni bukan tentang aku. Tapi tentang kakak aku yang nombor tiga aku namakan Ija.

Saat ni aku dan keluarga aku perIukan solusi. Pada aku keadaan sem4kin parah dari hari kehari gara – gara kakak aku yang kaki lelaki dan kaki hutang. M4ngsanya? Kami adik beradik dan ibu bapa aku yang tua hampir mencapai usia 80-an.

Ija panjang tangan, tabung syiling aku dan ibu habis dia sebat. Diselongkar seluruh almari baju ibu sehingga tak bersisa. Kelakuan dia sangat meny4kitkan hati, berlagak kaya dan suka bergaya walaupun hakitk4tnya papa kedana.

Pernah satu tahap dia berhutang dengan Ah Long sehingga puluhan ribu dan Ah Long ugvt nak membunvh keluarga aku jika gagal bayar hutang. Kakak aku yang sulung, suami dia dan kakak nombor dua terp4ksa membuat personal loan menggadai segala barangan kemas untuk membayar hutang Ija.

Bila ditanya apa yang dibuat dengan duit pinjaman tersebut, Ija dengan selamba menjawab untuk modal berniaga. Tapi satu habuk pun tiada. Siasat punya siasat, kakak aku yang nombor dua; Ayu dapat tahu Ija sebenarnya berkawan dengan duda anak tiga dan menanggung perbelanjaan keseluruhan keluarga lelaki tu, Farid.

Termasuklah shopping barang branded untuk seluruh keluarga dan kaum kerabat Farid. Padahal Farid tak bekerja. Selepas selesai segala hutang Ija dengan Ah Long, dia pun berjanji tak akan berhutang lagi. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Beberapa orang kawan Ija datang ke rumah untuk menuntut hutang. Kami sekeluarga terk3jut kerana kami sangka Ija dah berubah macam yang dia janji. Kawan – kawan Ija maklumkan yang dia pinjam duit tapi tak pernah bayar balik pun.

Ibu aku bayar apa sahaja yang ibu masih ada di tangan. Hari demi hari memang per4ngai Ija sem4kin menjadi – jadi. Sem4kin panjang tangan dan kerap memeras ugvt aku dan keluarga untuk duit saja. Bila ditanya Ija asyik jawab ni kali yang terakhir sambil desak dan kadang kala dia merayu – rayu main air mata.

Tapi aku dah tak tahan, aku tanya Ija siapa lagi dia hutang sebab asyik minta RM 500 seminggu? Mana nak cekau duit? Ija cakap dia berhutang dengan Amanah Ikhtiar tapi cuma RM3000. Aku tak percayakan Ija. Aku telefon cawangan dan tanya mengenai hutang dia.

Rupanya dia berhutang sebanyak hampir 23,000.00! tapi setiap kali dia minta duit dia kata itu yang terakhir, dah nak habis bayar hutang. Tapi benda ni dah berlanjutan sejak bulan Februari 2019 dan sekarang sudah masuk Julai.

Dan setiap minggu jugalah kami sekeluarga dikerahnya untuk membayar hutang dia. Ketika kami berhempas pulas cari rezeki, Ija selamba keluar dating dengan boyfriend dia si Farid dan terbaru, dia couple dengan suami orang pula, Abu.

Abu ni penganggur dan Ija juga tanggung makan pakai dia. Dating kat pavilion, McD. Lagak macam banyak duit! Ija tak sedar diri Abu dan Farid cuma nakkan duit saja, bukan bersungguh nak ke dia pun sebab Ija memang biasa saja.

Kemuncak segalanya bila satu pagi subuh, dia p4ksa aku dan Ayu untuk bagi dia duit atau dia akan bunuh diri sebab malu tak dapat bayar hutang. Aku berkeras taknak bagi sebab aku memang tiada apa. Tabung pun dia kebas.

Dia keluar rumah dengan marah lepas tu menuju ke kebun getah di mana bapa aku tengah men0reh. Dia desak bapa aku bagi dia duit dan r4mpas semua duit dalam kocek bapa aku yang tua tu sambil ugvt lagi nak bunvh diri.

Bapa aku menangis sambil ceritakan betapa kurang ajarnya kelakuan Ija pada dia. Aku cadangkan bapa aku lapor pada polis mengenai hal ni tapi bapa aku kesiankan Ija dan tak nak tanggung malu kalau Ija masuk penjara.

Sekarang ni aku buntu. Aku tertekan. Puas Ayu dan kakak sulung aku nasihatkan Ija tapi dia buat tak endah saja. Dia masih dengan per4ngai kaki lelaki dia, kaki hutang dia. Masih kurang ajar dan masih mendesak kami bayar hutang dia dengan Amanah Ikhtiar.

Aku dah maklumkan pada pihak Amanah Ikhtiar yang Ija penipu dan kami yang kena bayar hutang – hutang dia walau tak hulur satu sen pun pada kami, tapi orang tersebut maklumkan pada aku ini masalah keluarga. Tak dapat nak bantu.

Aku merayu sangat pada pembaca, sesiapa yang ada cadangan jalan penyelesaian, tolong aku. Kami dah cuba tak bagi dia duit tapi dia peras ugvt Ibu bapa aku ketika orang lain keluar bekerja. Ija siap p4ksa ibu bapa aku jual rumah dan tanah tempat tinggal kami.

Ija akan terus meminjam lepas dia habis bayar hutang yang ini sebab Ija memang bayar ikut masa tapi kami lah m4ngsanya. Tolong aku.. – Mia M4ngsa (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Peah Peah : PerIukan sedikit kek3jaman dari semua adik beradik dan ibu ayah. Hati semua kena kering dan bertegas. Jangan sedikit pun ada rasa simpati. Asalkan Ija boleh insaf dan bertaubat tidak akan mengulangi tabiat yang sama. Memang kena ajar kalau tak dia yang enjoy pihak lain yang kena tanggung beban hutang.

Noni Nino : Pernah baca satu kisah pasal anaknya yang suka sangat buat jen4yah, dah report polis, berkali kali kena tangkap, last kes mahkamah beri jaminan supaya anaknya boleh dilepaskan. Tapi ayahnya minta mahkamah tarik balik jaminan dan biarkan anaknya masuk penjara.

Serik dah ayahnya nak melayan per4ngai anaknya yang tak berubah tu. Nampak k3jam tapi memang macam tu saja caranya nak ajar anak tak kenang budi. Bolehlah buat benda sama dekat si ija ni. Biar dia rasa.

Ainul Mardhiah : 1 je nak pesan, geran rumah, tanah dan dokumen yang berkaitan, jangan simpan di rumah.. kalau dia boleh korek tabung awak dan keluarga, tak must4hil dia boleh cari dokumen berkaitan

Azira Hanani Ab Rahman : Report polis atas ugvtan untuk ced3rakan dan meng4ncam b4haya kepada ibubapa. Bagi duit takkan selesai masalah. Pujuk mak ayah untuk buat report polis. Memang biasa mak ayah tak mahu sebab malu. Tapi berkeraslah dengan mak ayah untuk terima jalan ni. Kalau mak ayah tak mahu buat, adik beradik pegi buat report. Jangan lembut hati sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.