Gaji lebih 10k sebulan, tapi abang aku tak nak hantar ke pengasuh. Semua hantar rumah mak, free

Seawal 8 pagi sampai 10 malam, tugas mak pastikan anak – anak dia cebok, mandi, menyusu, tidur. Bila ada yang tak sihat, dorang buat tak tahu je, aku yang berlari pergi kedai beli ubat. Sekarang ni aku dapat tahu, dorang tengah rancang tambah anak ke-6, katanya anak bawa rezeki..

#Foto sekadar hiasan. Aku Intan. Bercerita tentang sebuah kehidupan. Yang bagi aku, mungkin tiada jawapan kenapa dan mengapa ia begitu. Keluarga aku ada 5 orang. Kisahnya, abang aku no 2, yang bekerja sendiri dengan pendapatan suami isteri lebih 10 ribu sebulan.

Cuma aku kurang jelas dan sukar untuk faham kenapa dia berat hati untuk menghantar anaknya kepada pengasuh. Dia ada 5 orang anak. Yang berusia 1 hingga 10 tahun. 10, 8, 6, 2 dan 1. Yang umur 6 tahun, 2 tahun dan setahun, seharian di rumah mak aku yang mana rumah mak aku ada mak, aku dan adik lelaki aku.

Kakak sulung aku bekerja sebagai polis dan sangat jarang – jarang balik. Dan adik perempuan yang bekerja di luar daerah. Aku yang sedang mengikuti kelas master secara pjj. Dan adik lelaki aku yang bekerja dalam bidang f&b.

Jadi anaknya 6 tahun, aku yang akan jaga dan layan untuk jemput dari tadika pukuI 12.30 tengahari. Di samping menjaga anaknya yang berusia 2 tahun dan 1 tahun. Masa aku keluar, mak aku pulak akan ambil alih jaga budak – budak.

Adik aku kerja shift kalau masuk petang dia akan bangun pagi – pagi untuk tolong mak aku buat kerja rumah walaupun semalam dia balik pukuI 12 malam. Dan kalau dia masuk pagi dan pulang jam 4 petang, tetap cuba ringankan beban mak aku.

Tanpa dapat berehat sepenuhnya sebab ambil tanggungjawab jaga anak – anak buah. Jaga bukan sekadar jaga tapi seluruhnya sebab seawal pukuI 8 kakak ipar aku akan hantar anak – anak mereka tanpa mandikan. Jadi tugas kami untuk pastikan anak – anak tadi mandi, cebok, menyusu, tidur dengan lena dan sebagainya.

Termasuk lah jika budak – budak demam, cirit, tidak sihat. Abang dan kakak hanya biarkan kami yang uruskan. Kadang – kadang berlari – lari aku ke kedai belikan paracetamol. Aku dan mak akan bergilir – gilir masak, mengemas dapur dan rumah, basuh pakaian, sidai dan segala mak nenek kerja rumah.

Korang list lah terutamanya suri rumah. Faham bukan kerja rumah yang tidak pernah habis? Rumah pula sentiasa bersepah dengan mainan kanak – kanak. Yang sepatutnya mak aku boleh berehat dan aku boleh tumpu perhatian pada pelajaran.

Tapi sebab keputvsan aku asyik so – so je jadi bagi abang aku, no point aku fokus sangat, aku tetap tak bijak. Boleh la tolong jaga anak dia. PukuI 2 petang aku akan keluar jemput dua anak abang aku yang bersekolah. Sorang perempuan sorang lelaki.

Lepas balik sekolah pastikan diorang makan dan minum. Serta basuh pinggan mangkuk diorang. Baju sekolah kotor basuh sidai kain baju. Kiranya seluruh tanggungjawab jaga 5 orang anak tadi adalah tugas kami. Di mana abang aku dan isterinya?

Di ofis mungkin atau berjumpa client? Sentiasa sibuk walau kadang kala masa aku keluar cari barang keperluan, terserempak je dua pasangan sejoli tu kat mana – mana restoran sedang dating. Bahkan mereka keluar outstation dengan alasan urusan kerja dengan tinggalkan anak-  anak mereka di bawah jagaan kami 3 – 4 hari.

Padahal mereka pergi bercuti. Katanya mereka perIukan me time. Urusan kerja hanya sehari. Selebihnya upload gambar di media sosiaI. Tiada siapa yang judge sebab update caption “cari rezeki demi anak – anak maafkan mummy daddy tinggalkan kalian sekejap.”

Bersama baju – baju mewah yang dibeli untuk anak – anak. Di ofis mereka staff yang buat kerja. Mereka berdua adalah majikan yang bebas masuk keluar ofis. Tapi sewenangnya tinggalkan anak- anak di rumah mak aku. Dan kami galas tanggungjawab jaga anak – anak mereka.

Abang aku pernah tawarkan upah tapi mak aku tak nak katanya ikhlas jaga cucu – cucu. Jadi semua adalah percuma. Tanpa sedikit pun kisah aku yang penat dan susah nak fokus belajar. Aku tengah kelas tapi kena gendong budak yang tengah merengek macam anak aku sendiri. Burn out sangat.

Aku pernah keluar menyewa tapi akhirnya mak aku jaga budak – budak tu sorang – sorang. Beza dia abang dan kakak ipar aku akan hantar dan ambik anak – anaknya dari sekolah ke rumah mak itu pun dengan rungutan buat apa pergi sewa rumah, membazir bla bla bla.

Jadi tergamak ke aku nak tinggalkan mak sorang – sorang? Belanja makan minum kat rumah mak guna duit pencen arw4h ayah kami. Mak tak nak abang aku kecil hati jadi dia tak mintak sesen pun. Duit pencen ayah cukup untuk kami makan walaupun mak terp4ksa catu duit.

Kadang – kadang abang aku balik awal dalam pukuI 6. Tu pun diorang lepak je dalam bilik. Ataupun abang aku akan keluar semula ke mana – mana dan isterinya memang terperap saja dalam bilik. Anak – anak main kat luar apa – apa hal kitorang yang pantau.

Kebiasaannya pukuI 10 malam ke atas diorang ambil anak – anak. Atau anak – anak dibiarkan tidur di rumah mak saja. Alasan sibuk uruskan syarik4t. Nak kaya mana pun aku tak tahu lah. Tahun depan abang aku plan tambah anak.

Biar betikk? Katanya anak ni membawa rezeki. Aku hanya mampu terkial – kial dan terfikir apakah makna anak – anak kepada ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah? Buat apa tambah anak jika bebanan menjaga anak diletakkan pada ibu?

Buat apa cari duit banyak – banyak kalau anak –  anak tak dapat kasih sayang. Alasan mereka, syarik4t mereka bukan hanya untuk mereka hidup tapi beri peluang kerjaya untuk pekerja mereka. Pada staff mereka katakan pulang awal sebab anak – anak tak boleh tinggal.

Geleng kepala aku bila dengar staff bercerita betapa caring dan lovingnya pasangan ini kepada anak – anak mereka sedangkan yang hampir giIa adalah kami. Mungkin sampai akhir hayat mak ditakdirkan jaga anak – anak abang. – Intan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shezz Fawaz : Hal macam ni, kena adik beradik dan mak bukak mulut. Suruh diorang laki bini cari pembantu rumah untuk jaga dan urus anak – anak di rumah mak. Pastu diorang kena bayar la pembantu rumah tu. Kalau tak, hantar anak – anak ke rumah pengasuh.

Sebab dah bertahun – tahun senyap menyanggup je, memang diorang ambik kesempatan. I pesan gini sebab i dah buat dlm famili sendiri. Terp4ksa jadi singa demi nak p4ksa yang lelain berdikari. Confessor untung ada adik – adik boleh ajak bergabung bukak mulut.

I sorang – sorang je, dah la bongsu, single pulak. Berjaya jugak jadi singa. Sampai dah rasa macam anak sulung sekarang ni. Sesapa yang dah bergelar parents, silalah bertanggungjawab jaga anak sendiri. Jangan nak main letak je kat rumah mak ayah, harapkan mereka dan keluarga jadi bibik, pengasuh percuma.

Orang lain pun ada hal, ada kehidupan sendiri, nak berehat. Parents kita dah penat jaga kita, pastu jadi kuIi jaga cucu pulak ke? Akhir zaman, ibu melahirkan tuan. Ginilah contohnya.

Shikin Ilyas : Mak ai… Jaga anak – anak sampai 5 orang, sikit pun tak bagi apa – apa. Makan situ, mandi situ, siap ambil dari sekolah bagai. Takkan sikit pun tak boleh fikir. Kalau hantar orang jaga memang cecah ribu. Tapi sebab keluarga yang jaga, boleh tutup mata.

Dari kecil mak dah sara anak, dah besar kena fikir duit untuk bagi makan cucu pulak. Sampai 5 pulak tu. Takkan takde langsung common sense? Macam tu memang la dorang sanggup nak tambah anak rapat – rapat, dah tanggungjawab jaga anak semua orang lain galas.

Nuruljannah Sulaiman : Bawak la mak dengan adik tu ‘lari’ sekejap, seminggu dua tanpa notis. Pergi bercuti ke, ziarah sed4ra ke. Tengok depa gelabah ke tak jaga sendiri anak – anak tu. Ni acah – acah suweet, tapi anak – anak orang lain yang jaga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?