Perempuan tu datang jumpa aku bagi sampul surat putih. Ada gambar-gambar dia dan suami aku sedang berselimut, mesra

Aku baling semua gambar tu dekat suami masa dia balik kerja. Aku tanya berulang kali betul ke lelaki yang dalam gambar tu suami aku, yang sedang berseIimut dengan wanita lain? Dengan marah dia mengaku, lepas tu lari tak balik rumah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin tolong hide profile ye.. Aku ada cerita tentang peluang ni, perIukah kita beri peluang kedua? ketiga? keempat? Aku sekarang merupakan janda anak 1, ini kisah tentang perkahwinan aku dan bekas suami.

Aku kenal bekas suami aku sejak dari sekolah menengah lagi. Lepas SPM kami sama – sama dapat taw4ran sambung beIajar, dia ke universiti di selatan manakala aku di beIah utara. Maka bermulalah cinta jarak jauh kami.

Tapi bekas suami aku ni pernah kant0i, ada awek lain dekat sana, kawan sekelas dia atas alasan sebab sunyi dekat sana dan aku jauh. Sebulan juga aku tak berhubung dengan dia, segala kata maaf aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi bila dah lama – lama hati aku ni lembut balik, yelah dah kawan lama, dah dia ja yang aku sayang.

Tak lama lepas tu kami bertunang. Habis je beIajar masing – masing dapat kerja dan tarikh kahwin pon dah ditetapkan maka dipendekkan cerita berkahwinlah kami. Panas tak selalu sampai ke petang, hujan r1but datang waktu tengah hari. Hanya 6 bulan usia perkahwinan kami, aku tak nafikan kami bahagia.

Rupanya bekas suami aku masih berhubungan dengan kawan sekelas dia yang kant0i masa beIajar dulu, Amira nama budak tu, dia yang datang cari aku cerita sebab tak nak bercinta senyap – senyap lagi katanya tapi aku tak sepenuhnya percaya dia, aku kena tanya suami aku dulu. Malam tu aku tanya suami aku, “Sayang aku ke tak?” dan dia cakap, “Siapa tak sayang bini oi.”

Aku tanya lagi aku masak tak sedap ke atau aku seterika baju tak kemas ke, aku ada salah apa – apa ke dan dia mula pelik aku tanya macam – macam. Aku pun mula tanya kenal Amira tak dan dia cakap tak kenal, aku pun oklah malas nak bising – bising, aku lebih percayakan suami aku.

2 minggu lepas tu Amira ni datang pejabat aku lagi dengan satu sampul putih dia hulur ke aku. Satu demi satu gambar aku tengok, Allah ja tahu betapa h4ncur hati aku bagai disi4t – si4t. Aku Iempar semua gambar – gambar dekat bekas suami aku bila dia balik kerja, aku tanya berulang kali betul ke lelaki yang dalam gambar tu suami aku, yang sedang berseIimut dengan wanita lain, dengan marah – marah dia mengaku lepas tu bIah tinggalkan rumah.

Air mata aku memang laju je turun, suami yang aku anggap khalifah, yang aku sayang, yang aku hormat, yang aku percaya buat benda – benda yang tak sepatutnya dibuat. Kepada Allah aku memohon petunjuk dan air mata pon kering.

Mesej aku hantar dengan aku izinkan dia berkahwin dengan Amira. 2 hari aku tak pergi kerja, badan ni letih dan pening – pening mungkin terIampau banyak berfikir dan 2 hari juga bekas laki aku tak balik, mesej atau call langsung tak.

Hari ketiga suami aku balik, aku sambut dengan senyuman, haritu hari minggu jadi aku masakan makanan kegemaran dia masak lemak cili api ketam. Hari yang aku tak akan lupa. Lepas makan suami ajak aku duduk nak berbincang, dia cakap aku terIampau baik bagi dia, aku isteri yang sempurna, susah senang aku ada dengan dia, dia sayang sangat dekat aku dan dia minta maaf sangat – sangat, aku dijatuhkan taIak 1 lepas tu.

Dunia macam berputar, aku terus terjatuh dah aku sedar ada dar4h mengalir melekat di seluar aku, bekas laki aku bawa ke hospitaI. Rupa – rupanya aku dah sebulan mengandung dan aku langsung tak tahu atau munt4h – munt4h.

Tapi Alhamdulillah kandungan aku ok cuma mungkin aku terlalu str3ss tu yang buatkan aku turun dar4h. Tak lama lepas tu suami aku datang nak pujuk aku balik pada dia, kalau dia tahu aku mengandung dia tak jatuhkan taIak, dia menyesal sangat.

Tp aku dah taw4r hati, aku dah pernah bagi peluang bukan sekali tapi dua kali, dia tetap nak lepaskan aku tanpa fikir perasaan aku ketika tu. Bukan aku pentingkan diri, tak fikir anak tapi aku fikir ini jalan terbaik bagi aku, aku pun dah penat jadi baik.

Aku rasa amat bertuah dapat mak ayah yang faham aku dan keluarga mentua yang berikan aku ruang untuk pilih jalan yang terbaik. Aku pon dah seIamat lahirkan anak aku, dah nak masuk setahun, comei macam aku jugak.

Haha. Dengan bekas suami aku tak bermusvh, lagipon dia tetap ayah anak aku dan aku rasa bahagia je hidup macam ni. Perkongsian ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Rata – rata bersimpati dan juga terharu melihat kecekalan dan kesabaran beliau sebagai seorang isteri.

Pasti bukan mudah untuk mengharungi hari – hari tanpa kehadiran suami tambah lagi dalam keadaan yang sedang mengandung. Tapi itu bukanlah alasan untuk terus pandang ke hadapan untuk fikirkan kebahagian diri sendiri.

Komen W4rganet :

Asmah Aziz : Sedih baca cerita hidup sis, tapi betul lah, bile kita buat baik, tak ada pun yang nak hargai kebaikan dan peng0rbanan kita tu. Bukan mintak disanjungi atau pujian tapi tu lah lumrah. Sabar ye sis, saya yakin bekas suami sis pasti menyesal abaikan sis sehingga bercerai. Saya doakan sis akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dari bekas suami sis. ameen.

Nana Mons : Orang yang pertama kita temukan tak akan sama dengan yang kedua atau ketiga. Per4ngai yang pertama kita dah tahu baik buruknya. Kalau rasa ada apa – apa yang tak ok baik nasihat atau ubah dia sedikit demi sedikit bukannya pergi menggataI dengan perempuan lain konon – konon tak dapat kasih sayang walhal itu ujian rumahtangga atau bertunang. Bila dah runtvh sebuah perkahwinan, sya1tan pun ketawa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.